Tuesday 5 June 2012

KENAPA NALLA? WHY??? WHY???

Sampai la nie akak tak dapat nak faham.  Kenapa Nalla yang menjadi pilihan sebagai sahabat baik?  Kenapa bukan orang lain yang baik-baik, yang bukan bekerja di Magnum Corporation? Kenapa tak bersahabat dengan imam masjid atau mufti?  Kalau betullah Anwar seorang yang alim dan benar-benar memperjuangkan Islam, dari awal-awal lagi dia tidak mungkin menjadikan Nallakarupan sebagai sahabat.  Kalau sebagai kawan, itu biasa.  Sesiapa sahaja boleh berkawan dengan sesiapa tak kira agama, bangsa, pekerjaan atau apa pun.  Tapi yang musykilnya sebagai sahabat karib.  Sahabat yang bekerja di syarikat perjudian!  Lama pulak tuuu...30 tahun!!  Hairan kan?  Pun Anwar masih lagi dipanggil Pak Sheikh, dianggap sebagai Imam Mahdi dan ditabalkan sebagai anugerah Tuhan!  Lagi mahu jadi imam dan bagi tazkirah kat masjid.  Patutpun kena halau... 

Ada ke Nik Aziz berkawan rapat dengan tokeh judi?  Hadi Awang ada?  Setakat berkawan rapat ngan tokeh babi tu adala kan???

4 comments:

  1. Anonymous00:14:00

    Jawapan dia mudah je. Kalau dengan orang Melayu kang, awal-awal lagi dah pecah tembelang dia. Tapi dengan Nalla ni, dia rasa selamat sikit. Sebab Nalla pandai gak simpan rahsia. Tapi selama mane dia boleh bertahan dengan rahsia ni. Sampai masa akan terbongkar juga. Berkat solat hajat ramai2, akhirnya Allah bukakan hatinya untuk paparkan siapakah orang yang bernama DSAI ini sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Anonymous04:29:00

    Harga Petrol - Rakyat Ditipu Hidup-Hidup

    Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

    Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.

    Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!


    Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!

    Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).

    Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi!

    Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani?

    Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..

    Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)

    Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat!

    Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!"

    Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol.

    ReplyDelete
  3. Anonymous04:45:00

    Berita pengkhianatan terkini Umno dalam FMT

    Ketika kita belum lagi mendengar PAS dan PKR menyerahkan kerusi dalam kawasan majoriti Melayu yang signifikan kepada DAP, hari ni dalam berita FMT bertajuk "Taiping seat dispute settled" dilaporkan:
    Gerakan will contest the seat (Taiping) while PPP would take the Grik parliamentary seat, which is now contested by Umno. Umno is expected to give way to PPP to contest Grik.
    Saya akui, DAP memang menang banyak di Perak hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang dibuat oleh Umno. Tetapi, adakah DAP bertanding di kerusi majoriti Melayu?

    Ada DAP bertanding di Gerik misalnya (73.49 peratus Melayu)?

    Dalam pilihan raya 2008, Umno bagi kerusi Gerik kepada Gerakan dan dimenangi oleh Ketua Wanita parti itu, Datuk Tan Lian Hoe.

    Kalau berkongsi kuasa sekalipun, itu tidak bermakna menyerahkan kuasa legislatif Melayu kepada kawan-kawan kita yang bukan Melayu. Itu sangat fundamental. Sebab itulah agaknya DAP tidak dipersetujui bertanding di kawasan-kawasan yang signifikan majoriti Melayu oleh parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR). DAP tidak dipersetujui bertanding di Kelantan dan Terengganu umpamanya.

    Berkawan memang berkawan dan bukannya nak bergaduh, tetapi takkanlah berkawan sampai nak serah hak yang semakin ciput dan pupus. Hanya puak celaka yang buat kerja jahat tu.

    Kerusi majoriti Melayu hakikatnya adalah kuasa legislatif Melayu yang semakin pupus akibat tindakan Umno membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 (Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini").

    Celaka beribu-ribu kali celaka, Umno yang terjerit-jerit berlakon kononnya nak jaga kepentingan Melayu hakikatnya pengkhianat durjana yang menyerahkan kuasa legislatif Melayu kepada tuan-tuannya dari Gerakan, MCA, MIC, PPP dan entah apa lagi.

    Kalau bukan pengkhianat Melayu, apa lagi nak panggil Umno?

    ReplyDelete
  4. Anonymous04:47:00

    .
    UMNO KHIANATI ORANG MELAYU ..
    Setelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham FGV (Felda Global Venture)? Najib telah mengumumkan pemilikan saham2 FGV seperti berikut: Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH) Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia. maklumat lanjut sila klik disini Sekali lagi peneroka ‘dianjingkan’ oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi.


    Umno selalu menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan Yahudi dan akan pertahankan negara Israel tetapi bagaimana pula dengan Umno yang sekarang ini berbaik dan mempelawa syarikat yahudi memiliki saham FGVH yang diusahakan oleh orang melayu Islam yang tidak mahu apa2 hubungan dengan negara Israel atau mana2 syarikat yahudi? Penerokaan, pengurusan dan perusahaan FELDA adalah dimiliki hampir keseluruhannya oleh orang2 melayu beragama Islam dan sepatutnya Najib dan Isa Samad tidak mempelawa syarikat yahudi mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Saham kerana ia bertentangan dengan kehendak peneroka. Peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi.

    Peneroka hanya boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH sementara syarikat yahudi Louis Dreyfus boleh memiliki jauh lebih banyak saham dari itu! Kroni Umno pula akan memiliki 11 peratus melalui peruntukkan saham bumiputera kepada MITI!


    Dengan hanya memperuntukkan 2.5 peratus saham FGV kepada peneroka, Najib dan Isa Samad secara tidak langsung sedang memberi isyarat kepada peneroka bahawa mereka tidak memepunyai apa2 kuasa dalam menentukan halatuju Felda! Apakah peneroka Felda akan terus membenarkan Umno/BN membinasakan masa depan anda dimana setiap langkah yang diambil rejim Umno mengarah kegelapan masa depan Felda!

    ReplyDelete