Thursday 16 February 2012

HARUSSANI OOHHHH HARUSSANI..... MUFTI KE DIA NIE?

Bila hari ini kata lain, esok kata lain, pasti akan buat orang tertanya-tanya.  Betul ke yang bercakap tu mufti?  Kalau betul mufti kenapa sekejap tak boleh sekejap boleh?  Inilah masalahnya semua alim ulama kat Malaysia ni.  Cepat sangat menghukum tanpa usul periksa.  Kalau macamni punya cara, bolehkah Islam dipandang tinggi oleh penganut agama lain?  Mungkin ada yang kata persetan dengan pandangan penganut agama lain.  Boleh nak fikir macamtu.  Tapi kalau orang Islam sendiri akan pandang rendah, akan fikir yang agama Islam ni tak konsisten, seolah-olah tidak ada sebarang garis panduan yang tepat, tidak sempurna, boleh kah kita marah jika ribuan umat Islam menukar agama mereka.  Boleh?  Boleh blah laa!

Akak kesal sangat bila Mufti Perak, Harussani yang terlebih popular tu menghukum DS Najib sebagai syirik sebab hadir di majlis perayaan Thaipusam hari tu.  Dalam kenyataan awal Harussani, dia terkilan sebab DS Najib sanggup menggadai akidah apabila hadir ke majlis perayaan Thaipusam di Batu Caves.  Dia bercakap tanpa merujuk dahulu apa yang dilakukan oleh DS Najib.  Tengoklah gambar, tengok video, dengar dulu penjelasan DS Najib dan orang yang hadir di majlis itu sebelum sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum syirik dan menggadai akidah.  Itu hukuman yang amat berat dari seorang mufti.

Dan semalam setelah berjumpa dengan DS Najib, Harussani menukar hukuman pulak.  Kononnya DS Najib tidak salah hadir ke majlis tu kerana beliau tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain.  Kata sesetengah pihak, Harussani buat pusingan 'U' bila DS Najib 'berdehem'.  Itulah yang menjadikan orang lain marah, kecewa dan sakit hati.  Seorang yang bertaraf mufti boleh dilabelkan sebagai seorang pengampu kerajaan dan membuat fatwa mengikut keperluan Umno semata-mata!  Kalau tidak tahu keadaan sebenar, jangan menjatuhkan hukum!  Kalau tidak jelas jangan keluarkan fatwa!  

Isu macamni dah banyak kali berlaku.  Penganut agama lain dah lama duk sakit perut gelakkan kita.  Yoga haram, Valentine haram.  Sedangkan kalau ikut apa yang Harussani jelaskan semalam:  Jika tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain, maknanya tidak salah, tidak haram dan tidak rosak akidah.  Jadi apa salahnya Yoga, apa salahnya menyambut hari kekasih? Wahai para mufti dan ulamak sekelian, tolonglah jangan bikin malu sama orang Islam.  

Dan apa pulak kata Harussani dalam isu Anwar Ibrahim yang hadir di majlis Ponggal haritu?  Kalau Harussani meng'haram'kan perbuatan Anwar, apakah itu memang betul-betul haram dan syirik ataupun sebab Anwar Ibrahim seorang ketua pembangkang?  Bolehkah rakyat mempercayai bahawa apa yang dilakukan oleh Anwar itu sesuatu yang bertentangan dengan agama atau ianya setaraf dengan apa yang dilakukan oleh DS Najib? Pun dalam hal ini, Harussani perlu buat rujukan.  Jangan malas nak bertanya atau nak cari bukti.  Jangan cari jalan mudah:  itu HARAM, ini SYIRIK, dia ROSAK AKIDAH, mereka MURTAD.  

Kalau pemimpin salah, tegur dengan berhemah.  Kebanyakan pemimpin bukan ulama, bukan mufti, bukan mendapat pendidikan agama yang betul.  Malah semua orang akan melakukan kesalahan termasuklah mufti sendiri.  Tapi kalau dah asyik salah jer, baik jangan jadi mufti.......jadi bilal jer lah bang! 

  

4 comments:

  1. Anonymous12:55:00

    Setuju. Orang macam Harunssani ni kena tutup mulut. Kalau dia nak keluar fatwa, dia kena tunjuk bukti yang lengkap. Hakim nak jatuhkan hukuman pun bila dia puashati tengok bukti menunjukkan orang tu bersalah. Harap Kementerian yg berkenaan keluarkan garis panduan kepada semua mufti. Jangan pakai selamber je. Orang macam ni lah yg menjatuhkan nama Islam.

    Lagi satu elok Kementerian yg berkenaan keluarkan garis panduan mengenai sesuatu sambutan. Contoh, Thaipusam - apa orang Islam boleh dan tak boleh buat. Seminggu sebelum Thaipusam, war-warkan panduan di media. Kalau setakat orang pergi tengok ambil gambar pun dah jatuh syirik, apa nak jadi dengan Msia.

    ReplyDelete
  2. Anonymous15:55:00

    Patutnya bab nk keluarkan hukum agama ni, Majlis fatwa lah keluarkan secara rasmi. Boleh tak para ulama' dan mufti ni buat sesuatu yg lebih bersifat menyeru ke arah kebaikan berbanding lebih membuat hukuman. Bnyk lg masalah umat islam yg perlu diberikan penyelesaian , takkan ulama' dok ceramah n jatuhkan hukuman je? para umara' mcm najib susah payah perbaiki hidup rakyat n kemakmuran negara , ulama' dok keluar kata2 je sesuka hati. mufti kena la jaga kredibiliti islam ni. jgn buat lawak.

    ReplyDelete
  3. Dik Non 08:55 dan 11:55
    Memang betul apa yang diperkatakan!

    ReplyDelete
  4. Anonymous16:50:00

    Harussani ni sebenarnya banyak kejahilannya terutama dlm hal2 saintifik..contoh jelas dia pernah memfatwakan agar semua penghidap aids wajib diasingkan disebuah pulau kerana aids ni suatu pembalasan tuhan..dia jahil tapi sombong untuk mendapatkan maklumat yg betul.

    ReplyDelete