Wednesday 1 February 2012

PENGAKUAN KETUA PENGARANG HARAKAH BIKIN KHALID SAMAD BENGANG!!

Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lufti Othman mengaku yang PRU 13 merupakan pilihanraya yang bukan saja getir tapi jugak sukar dan amat kritikal kepada Pas! Wahhh mesti Khalid gereja bengang giler sebab selamani dia dan pemimpin Pas lain duk kata yang BN akan dikafankan selepas PRU 13. Malah Pas semakin kuat tanpa Hassan Ali. Hahaha. Mustahil seorang pengamal media yang menerajui Harakah tidak dapat membaca kemahuan rakyat.


Ahmad Lufti cakap macamtu semasa membentangkan kertas kerja di Konvensyen ICT &media Baru Pas Pahang 2012 di Sg Gau Sabtu lepas. Wajarlah dia rasa macamtu sebab konvensyen tu pun cuma dihadiri 200 orang je. Bukan 2000 orang. 20,000 lagi jauh.


Jadi nampak sangat yg Pas sendiri ketar. Tapi cakap kat luar macamkan mulut naga. Berapi2. Yg tenat Umno dan BN. Pas kuat, Pas akan talkinkan Umno, Pas akan rampas Tganu dan macam2 lagi. Rupanya dalam senyap depa takut sendiri, dlm bisik depa nyatakan kebimbangan.


Bukan setakat Pas, lidah rasmi Pas, Haramkah pun semakin lemau, semakin tak menyengat. Berita konvensyen Sabtu lepas baru keluar harini. Dan lagi kelakar bila konvensyen tu tentang ICT dan Media Baru tapi cerita lewat 4 hari. Dan lebih malang ianya dihadiri oleh Ketua Pengarang Harakah sendiri!


Lawak jugak bila baca tentang ke'poyo'an AJK Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Mokhtar Senik yg turut membentangkan kertas kerja. Dia kata yg Umno hanya boleh hidup di habitat yg tidak bermaklumat. Lazimnya sukar untuk melakukan perubahan sebab masyarakat di habitat yg sedemian jahil maklumat. Kononnya sebab itulah Pas hidup di bandar2. Lawak kan?


Akak nak jugak tanya, ramai sangat ke calon Pas di bandar yg menang? Di Kelantan tu, seluruh habitatnya yg mudahcapai maklumat ke? Bukan ke ramai masyarakat Kelantan yang tidak pernah tahupun tentang kewujudan media baru? Sebabtu Pas masih terus berkuasa di Kelantan. Mereka cuma dengar ceramah politik dari pembesar suara je. Dahla depa dimomokkan dengan kejahatan dan penipuan TV3 dan Utusan. Jadi depa tak dapat berita semasa yg sahih dan tepat. Tapi mujurlah Umno dan BN terus terusan mendekati rakyat Kelantan dan tidak meminggirkan dia orang. Tu pasal rakyat Kelantan sekarang semakin bijak, semakin dahagakan maklumat yang tepat dan mula berjinak2 dengan media baru. Bila dah nampak yang Pas semakin dijauhi rakyat, mulalah pemimpin Pas gelabah. Tu pasal depa mula adakan konvensyen yang bermatlamat mewujudkan saluran alternatif maklumat melalui media baru. Baru nak buat beb! BN dan Umno dah lama ada. Pas baru nak meneroka.  Lagi si Mokhtar Senik tu cakap habitat Umno di tempat yg tidak bermaklumat. Lawak giler la pemimpin2 Pas ni. Betul giler punya lawak!


Published with Blogger-droid v2.0.3

1 comment:

  1. Anonymous23:45:00

    BIASALA YANG MENYEDAPKAN HATI KITA AKAN KATA ORANG TAK BETUL ORANG BODOH

    SEBENARNYA PAS TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI

    BAYANG ANJING DAP HAHAHAHAHAH

    ReplyDelete