Tuesday 7 May 2013

KALAU BOLEH TIPU, BUAT APALAH NAJIB BERABIS BERBILION-BILION UNTUK BELI JIWA PENGUNDI??!!

Macam-macam yang Najib buat sebelum pilihanraya. Semuanya nak beli jiwa punya hal. Tak payah nak tipulah, semua orang akan setuju bila Najib bagi BRIM, bagi broom, bagi brang... semuanya dengan satu tujuan, iaitu untuk memastikan rakyat memilih BN. Sama jugak kes dengan Pakatan yang duk janji macam-macam kalau memerintah. Tujuannya sama jer. Biar rakyat undi. Itu yang akak pelik sangat. Kalau lah boleh buat silap mata masa kertas undi dikira demi untuk memenangkan calon BN, buat apalah duk susah-susah nak bagi itu dan ini kat rakyat. Buat apalah duk turun kawasan dan tak tidur malam untuk mendekati pengundi. Lagi baik buat silap mata. Pangkah siap-siap calon BN, lepastu tukar kotak undi dengan kerjasama SPR. Kan lagi mudah dan lagi murah. Bayar je lah sikit kat orang yang buat kerja tu. Bagi sejuta sorang pun dah cukup. Masih sikit kalau nak dibandingkan dengan duit yang ditabur kat sekolah-sekolah Cina satu Malaysia nie!

Dan lagi satu, kalaulah memang BN menipu dengan kerjasama SPR, tak kan selama nie tak ada sekor pun yang berpaling tadah? Mustahil. Orang SPR pun bukannya semua sokong BN. Kalau dah dibayar dikalipun, tak kan tak ada yang taubat nasuha dan mintak ampun kat Nik Ajis. Tak kan tak ada yang nak dapatkan duit lagi banyak dengan membuat pusingan U turn? Tak kan tak ada video perjanjian syaitan yang dirakam oleh petugas yang dibayar jadi anjing BN? 

Logik ker? Itu pendapat akak la. Sebab nak buat semua penipuan nie bukan senang. Bukan melibatkan sorang dua individu, tapi ramai. Mustahil semua tutup mulut sampai mati. Orang kat Malaysia nie tak ada yang sanggup mati sebab orang lain, apatah lagi mati untuk parti.  Lagipun apa ke jadahnya yang dibuat dek PA (polling agent) yang dilantik oleh setiap parti duk depan peti undi tu? Tak nampak ke penipuan nie semua? Ke dah kena beli dek BN atau dah kena sihir? Blackout blackoutpun, Gelang Patah jatuh gak kat LKS, pakatan dapat gak Selangor, Kelantan ngan Penang. Bercakap pasal Selangor pulak, Najib  sendiri kata dia akan buat dan lakukan apa saja untuk rampas semula Selangor. Adalah agak mustahil kalau penipuan tidak dibuat di Selangor sampai BN kembali memerintah. Kenapa nak bagi jugak kat pakatan haram nie semua. 

Jadi tak payahlah duk buat kecoh dan nak buat perhimpunan untuk bantah keputusan pilihanraya. Anwar ni memang tak reti bahasa, seolah melawan takdir. Kalau Allah tak izinkan ko jadi PM, buatlah camanapun ko tak akan jadi PM. Ko akan terus jadi balaci DAP dan anjing Lim Kit Siang. Cukup-cukuplah menipu rakyat Malaysia dengan cerita karut marut dan fantasi yang memualkan tu. Lebih baiklah ko pergi jadi pensyarah dan tinggalkan Malaysia nie. Malaysia akan aman tanpa Anwar.  Bosanla dengan Anwar!