Wednesday 29 February 2012

MANGSA BERDARAH DAN TERKULAI! APA KAITAN DENGAN ANWAR???

Gempak giler!  Terkulai dan berdarah!  Siapa punya angkara masih belum dapat dipastikan lagi.  Namun apa yang pasti ianya bermotifkan 'kemarahan melampau'.  Dengan kaki yang dipotong dan kepala tergantung, sesiapa sahaja yang melihat pasti rasa gerun.  Akak pasti, ini adalah angkara orang Umno!  Jahat sungguh orang Umno nie!

Pusat Khidmat Anwar Ibrahim di Seberang Jaya hari ini kecoh seketika apabila seekor ayam yang dipenuhi darah serta dicabut sebelah kakinya, digantung dipintu bangunan tersebut.  Berita selanjutnya di sini

Yang jadi mangsa ayam.  Tak ayam, babi.  Tak babi, ayam.  Memang babi dan ayam betul manusia nie semua.....

MAAFKAN PAPAGOMO, PARPUKARI! PLEASE.........

Alangkah baiknya punya sifat pemaaf!  Payah nak jumpa satu manusia yang luhur sifatnya, yang besar jiwanya.  Kengkadang akak rasa diri akak terlalu rendah berbanding ketinggian ilmu seorang pemaaf seperti Badrolamin!  Walaupun dipukul oleh 20 orang lelaki, Badrolamin masih tetap tersengeh.  Malah dia tidak akan membuat laporan polis terhadap orang yang telah memukulnya.  Masyaallah!  Tinggi sungguh ilmu agama yang bersarang pada diri Badrolamin.  Akak betul2 terharu......

Sebab tu bila Badrolamin kata dia akan saman para blogger, akak tak percaya.  Mana mungkin seorang pemaaf macam Badrolamin tidak boleh memaafkan perbuatan Papa Gomo, Parpukari, dan ramai lagi blogger yang menulis tentang tangkapan khalwat di bilik 8365 tu.  Memang Badrolamin tulis sendiri kata-kata ugutan tu seperti yang akak petik di bawah:

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

Nampak?  Nampak tak yang Badrolamin buat ugutan?  Mana sifat pemaaf Badrolamin?  Tak kan marah kot bang???   Kena bantai dengan 20 orang samsengpun cik abang boleh maafkan.  Tak kan lah dengan para blogger cik abang nak hilang sabar kot???  Semua blogger tu sekadar nak naikkan nama abang jer.  Nama abang Badrolamin dah semakin meniti di bibir semua kaum wanita terutamanya yang punya masalah rumahtangga.  Tak payah lagi nak susahkan kementerian Shahrizat.  Ye lah kan, Shahrizatpun dah sibuk dengan urusan suami dan anak-anak, mujur jugak ada abang Badrolamin yang amik kisah hal kaum wanita....

Maaf eh???  Ala comel-comel janggut putih abang......

Tuesday 28 February 2012

INAFIONA BERSUARA!

La ni wanita yang dikatakan berkhalwat ngan Badrolamin nafikan yang dia berdua-duaan dengan Badrolamin. Dia kata fitnah. Badrolamin pun kata fitnah. Anwarpun kata fitnah.Beberapa kerat penyokong PR pun kata fitnah.  Tapi kenapa kedua-dua Badrolamin dan wanita tu sengaja menimbulkan fitnahpun satu hal yang menghairankan jugak.  Cuma akak teringin nak tahu apa riaksi Inafiona atau isteri pertama Badrolamin.  Kenapa Inafiona dan isteri pertama tidak menafikan atau mengiyakan macam yang Wan Azizah selalu lakukan untuk menyelamatkan suaminya?  Akakpun nak tahu apakah Inafiona dan isteri pertama diberitahu tentang kedatangan wanita itu ke hotel?  Bukankah isteri2 Badrolamin kenal dan rapat dengan wanita itu?  

Bila Inafiona nak bersuara?  Sebagai wanita, akak nak sangat tahu perasaan dia....Dan kalau dia rasa ada yang tak kena, carilah mana-mana ustaz lain yang bukak kaunter jam 2 pagi di hotel eh.....Pasti Badrolamin memahami..... 

    

Sunday 26 February 2012

GANAS GILER!

24 jam siot. Kalau tak batal terima padah. Wahhhh ganas betul dia punya ugutan. Penganjur Himpunan Hijau 2.0 bagi kata dua kat kerajaan. Kalau tak batal projek Lynas, depa akan buat Himpun Hijau 3.0 pulak. Takutnyerrrr....!!


Lawaklah depa ni semua. Macamlah Himpun Hijau 2.0 tu berjaya sangat. Setakat 5000 je yang datangpun. Bukannya ramai sangat. Itupun kalau tolak orang luar kawasan, entah2 500 orang je penduduk tempatan. Lagi mahu ugut. Agak2 la weiii.


Tapi akak percaya, kalau Himpun Hijau dibuat lagi  pasti orang pertama yang akan datang ustaz Badrul. Dia akan bukak kaunter hijau jam 3 pagi. Hehehe


Himpunan Hijau berakhir, kerajaan diberi 24 jam batal projek Lynas - Nasional - Sinar Harian


Published with Blogger-droid v2.0.4

BLOGGER UMNO, SUDAHLAH TUUU...

Stop! Sudah-sudahlah duk buat cerita yang tak betul. Sekejap kata jam 3 pagi, sekejap 3.10 pagi dan pastu kata 2.30 pagi pulak. Mana satu ni? Hangpa tak kesian ke kat ustaz tu? Dia tolong orang tahu? Orang pompuan macam akakni berbesar hati sangat bila ada uztaz yang budiman nak dengar masalah kita orang jam 2, 3 pagi. Mana ada sorang ustaz nak buat cam gitu?

Korangni kalau tak tahu jangan duk main hentam je. Kesian ustaz yang sanggup meluangkan masanya yang berharga untuk tolong carikan bilik, untuk tolong dengar cerita sedih kami kaum pompuan ni. Bukan siang, tapi malam2 buta. Memang ustaz tu tahap2 wali. Kebaikan dan keprihatinan dia begitu menyentuh perasaan akak. Kalaulah Nik Aziz macamtu kan bagus. Kalau mufti perlis atau bekas mufti perlis yang buat kat orang pompuan macamtu lagi baik...muda lagi tuuuu...

Sampai sekarang akak masih tak dapat nak faham kenapa blogger umno duk mengata ustaz BAD tue. Sampai hati korang...huhuhu

Kul 3 pagi nanti ustaz ada kt hotel mana eh? Sajalah nak tahu. Kot2 ada kengkawan nak mengadu masalah rtangga, boleh gak akak tolong hantar ke bilik ustaz. Hehehe

Lupa plak nak pesan kat korang, kalau wife korang duk cari ustaz jam dua tiga pagi, jangan marah. Izinkan je. Ustaz nak bagi tazkirah tu. Nak nasihat wife u all suh balik kat u all. So janganla duk hantar samseng plak..

Published with Blogger-droid v2.0.3

KERONCONG UNTUK ANA...

Ana tak bersalah. Ini cuma satu keroncong yang didendang oleh Umno. Ana sekadar menolong isteri orang. Ana sudah terangkan segalanya kepada Imam Mahdi dan wali kita di Kelantan jugak sudah memaafkan ana dan meletakkan senarai nama ana sebagai penghuni syurga. Ana mintak jika ada isteri yang punya masalah, sila hubungi ana dan pastikan datang ke hotel antara jam 2-3 pagi. Insyaallah anak akan bantu. Imam ana jugak punya hobi membantu tidak kira bila, di mana dan siapa. Pun tidak peduli lelaki atau perempuan. Cuma ana masih tidak dapat menandingi kehebatan imam ana itu sebab ana cuma tahu membantu perempuan. Ini kelemahan ana berbanding imam mahdi.

Hahaha hehehe hohoho


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday 22 February 2012

HASSAN ALI BUBAR JATI???

Baru sehari tubuh tak kan nak bubar?  Tak kan sebab logo ala-ala logo setan, buat Hassan Ali kecewa dan terus nak bubar Jati.  Tak kan bila Mahathir tak restu, Hassan Ali jadi mati kutu.  Tak mungkin.  Memang tak mungkin. 

Siapa pulak yang percaya Hassan Ali nak bubar Jati?  Jati tu adalah kesinambungan hidup dia.  Dia dah berpatah arang berkerat rotan dengan Pas dan Umno.  Tu pasal dia tak nak masuk Umno, apatah lagi kembali kepada Pas.  Dia nak jadi kuasa ke tiga.  Dan orang yang ke tiga ni biasanya memang ada ciri-ciri yang tidak baik.  Bila duduk berdua-duaan, akan ada yang ke tiga.  Siapa?  Syaitan.  Bila ada orang ke tiga, hubungan baik antara suami isteri akan jadi punah ranah.  Itulah istilah orang ke tiga.  Dan apakah kuasa ke tiga yang dikatakan oleh Hassan Ali dan sesetengah orang tu sebagai satu kuasa yang tidak baik sama konsepnya dengan 'orang ke tiga'?  Barangkali!  

Akak tak ada permusuhan apa-apa dengan Hassan Ali.  Tapi bila Hassan Ali dengan pantas menubuhkan Jati, rasanya ada yang tidak kena di mana-mana.  Jati ditubuhkan untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.  Dan suka jugak akak nak tanya, apakah selama ini Umno tidak memperjuangkan agama Islam?  Tidak mempertahankan hak orang Melayu dan Raja-raja Melayu?  Menyokong pertubuhan Jati seolah-olah merendahkan perjuangan Umno selama ini.  Apakah kita semua sudah tidak yakin yang Umno akan memperjuang dan mempertahankan Islam, Melayu dan Raja?  Dan pertubuhan Perkasa pun dah sedia ada di bawah pimpinan Ibrahim Ali.  Ibrahim Ali tak marah ke kat Hassan Ali yang tiba-tiba nak menjuarai isu Islam dan Melayuni?  Betullah apa yang Tun Mahathir cakap yang Jati boleh memecahbelahkan orang Melayu sedia ada yang dah semakin terpecah.

Bila Hassan Ali keluar dari Pas sebab perjuangan Pas dah lari dari perjuangan asal, itu akak rasa tindakan yang amat tepat.  Tapi rasanya tidak perlu menubuhkan Jati.  Masuk saja Umno, bantu sahaja Umno memartabatkan Islam, Melayu dan Raja.  Apa ada hal?  Tapi ini semua sebab Hassan Ali mahukan pengaruh.  Hassan Ali mahukan perhatian.  Hassan Ali mahu menjual dirinya kepada mana-mana parti politik yang ingin mengambil kesempatan di atas popularitinya sekarangni.  Tidak mungkin sebab IMR.  IMR hanya alasan.  

Semua orang tahu yang Hassan Ali seorang peniaga.  Seorang yang bijak menjual diri dan produknya sekalipun produknya sama dengan yang dimiliki oleh orang lain.  Dan lama-kelamaan, produk Hassan Ali hanya tinggal nama.  Percayalah!  Jati cuma untuk PRU 13.  Sebaik selesai PRU ke 13 nanti, Jati akan sepi.  Itu sebab Jati ditubuhkan secara tergesa-gesa.  Macam esok Melayu akan hilang, macam lusa kuasa Raja akan rampas.  Macam tulat Islam akan musnah.  Penubuhannya tidak diperincikan.  Pemilihan logo yang dikaitkan dengan ciri-ciri syaitan jugak memperlihatkan ketergesa-gesaan itu.  Kalau Hassan Ali lebih berhati-hati dan mengambil masa yang lama sebelum membuat pemilihan logo, pasti isu logo setan itu tak keluar.  Mustahil Hassan Ali perlukan publisiti yang negatif seperti itu.  Walaupun sesetengah pihak berpendapat, syaitan tidak pernah ada logo, tapi logo yang sama itulah dijadikan simbol oleh manusia yang memuja syaitan.   

Akak masih berharap yang Jati akan dibubarkan dan Hassan Ali masuk Umno dan berjuang bersama-sama Umno.  Tolong jangan memperkecil-kecilkan peranan yang telah, sedang dan akan diterusan oleh Umno dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja ini!!   Bagi akak, Jati bukan satu pilihan.              

MKINI BUAT HAL LAGI.......

Nilah kebebasan akhbar.  Boleh putar cakap, boleh pusing sana sini.  Mkini yang tak sedar diri tu pun masih lagi nak mengutuk kebebasan akhbar kat Malaysia ni.  Masih tak nak mengaku yang kebebasan media di Malaysia lebih baik berbanding negara yang dikatakan lebih demokrasi daripada Malaysia di rantau Asia Tenggara.  Cer tengok cara Mkini punya laporan:  
Malaysia terus mencatatkan prestasi yang buruk berhubung kebebasan akhbar di negara ini meskipun memperbaiki kedudukan dengan mencatatkan tempat di tangga ke-122 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders.

Apa yang Mkini tak nak tekankan ialah kedudukan Malaysia yang lebih baik berbanding Brunei di tangga ke-125, Singapura (135), Thailand (137), Filipina (140) serta Indonesia (146).  Lihatlah perbandingannya!  Kalau pembaca duk baca kenyataan yang di perenggan atas saja dah tentu-tentu mengutuk Malaysia macam nak rak.  Depa tak tahu yang Singapura yang depa duk agung-agungkan tu lagi teruk indeks kebebasan akhbar dia.  Lagi banyak kekangan, lagi tidak demokrasi dan terkawal kebebasan bersuara dekat sana berbanding Malaysia.  Pun macamtu, orang Malaysia yang tak reti nak bersyukur dan tak reti nak berterima kasih macam Mkini dan Pakatan pembangkang, depa cuma tahu nak mengutuk jer....!  Pun depa kutuk bukan sebab depa rasa kerajaan tak bagus.  Depa kutuk supaya rakyat marah, supaya rakyat bangkit tentang kerajaan dan undi puak depa. 

Perkara yang baik-baik yang dibuat oleh kerajaan, depa duk sorok celah kangkang.  Kalau kena tang depa, yang burukpun depa spin bagi nampak cantik.  Macam kes Anwar duk sokong Israel.  Walaupun dah tentu-tentu buruk, tapi depa spin dan kata yang Anwar cakaptu selari dengan pendirian Hamas dan Fatah.  Siapa Nik Aziz dan Majlis Syura Pas?  Siapa je orang Malaysia berbanding dengan puak Hamas dan Fatah untuk berbicara tentang Palestine dan Israel?

Macamtu lah...bila kebebasan yang diberi tidak digunakan dengan sebaiknya bagi mereka yang terlalu mengidamkan kuasa......Dah bebas, nak bebas lagi, lama-lama boleh terbabas bang!
 

LAA ITU JER JAWAPAN NIK AZIZ PASAL PERTEMUAN NGAN ANWAR SEMALAM????

Ni akak amik dari blog sebelah sana jawapan Nik Aziz terhadap isu sokongan Anwar terhadap Israel.  Nik Aziz memang masih tak bersetuju dengan pendirian Anwar yang tak nak mintak maaf dan tak akan saman WSJ.  Semua yang diperkatakan oleh Anwar dan semua yang ditulis oleh Utusan atau media yang kononnya pro kerajaan adalah benar lagi membenarkan. 

Cuma akak tak faham kenapa Nik Aziz dan Pas terlalu takut dengan Anwar?  Baru-baruni bukan main garang lagi dengan bagi kata dua:  Mintak maaf atau saman WSJ.  Tapi bila Anwar enggan, Nik Aziz cuma kata:  
PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini. 

Apa lu cerita Nik Aziz?  Sapa nak terima siapa nie?  Pas nak terima Anwar atau Anwar nak terima Pas?  Nik Aziz dan Pas memang macam pompuan lemah yang dibuli dek laki yang kaki pompuan dan jantan!  Apa je faedahnya bagi kata dua kalau akhirnya sendiri beralah bila bertentang mata dengan si Nuar Al Juburi tu?  Issyyy tak faham akak.....  Akak nak dengar apa pulak kata Majlis Syura Pas dan pemuda Pas.  

-------------------------------------------------------

22/02/12

Kenyataan TGNA isu Anwar dan Israel


DATUK SERI ANWAR, PALESTINE DAN ISRAEL

Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestine untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.
   

Tuesday 21 February 2012

JATI BERCIRIKAN SYAITAN? HASSAN ALI?? OHH TIDAKKKKKKK......

Biar betul Hassan Ali ni.  Betul ke logo Jati yang dipilih untuk melambangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) itu bercirikan Syaitan?  Akak terperanjat jugak bila baca apa yang ditulis di Haramkah Daily di SINI.

Tapi kalau betul memang lawak betul.  Memang memalukan bagi Hassan Ali.  Orang nak buat NGO, dia nak buat jugak.  Buat pulak tergesa-gesa, macam dah tak ada esok lagi dah.  Tup tup salah pilih logo, atau orang yang cadangkan dia guna logo tu saja nak pekena dia kot.   Isyyy macam tak percaya pulak.  Tapi apa nak dihairankan.... Hassan Ali kan?? 


____________________________________________________

Logo Jati macam logo setan?

Harakahdaily, 21 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Jati yang diterajui oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat daripada PAS telah dilancarkan di Shah Alam Convention Center, Shah Alam petang ini.

Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.

Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu.
http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html

SESUDAH DEBAT, RAMAI YANG MASUK DAP!!

Debat antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng dah berakhir.  Macam-macam kita dengar komen dari rakyat yang menilai perdebatan tu.  Apa kesudahannya?  Orang DAP dan PR terus menyokong dan mengatakan LGE hebat di pentas debat.  Orang MCA dan BN pulak mengatakan yang CSL memenangi debat tersebut dan LGE gagal.  Isu yang dikeluarkanpun semuanya isu lama yang boleh dibaca di mana-mana.  Jadi kat mana hebatnya debat antara MCA dan DAP tu?  Dan makin banyak pulak yang nak mengumpan supaya DS Najib dan Anwar pulak berdebat.  Ada faedah ke?  Setakat nak bertanding untuk menjuarai debat nak buat apa?  Rakyat dapat apa?  Kepuasan?  Kepuasan apa?  Ramai ke yang terpengaruh sampai pembangkang dah mula hantar borang nak masuk MCA?  Atau ahli-ahli MCA dah keluar beramai-ramai dan menyertai DAP bila dengar debat tu?

Yang akak tengok, sekarang LGE dan CSL dah mula berbalas-balas komen di akhbar.  Penyokong ke dua-dua pihakpun mula kutuk mengutuk ke dua pendebat terbabit.  Para penulis mula mengambil bahagian-bahagian tertentu dalam sesi debat untuk diangkat, dipuji atau untuk dikeji.  Debat 20 minit ke 2 jam, apa jer nak cakap?  Dan masalahnya, nak cakap apa lagi?  Bosan la....Setakat nak tunjuk berani berdebat jer, lain tak ada.   

Akak rasa kalau macam tu punya debat, tak ada maknanya.  Jadi tak payahlah nak mintak DS Najib berdebat dengan Anwar.  Debat dah jadi macam gelanggang lawak je.  Macam gelanggang tinjupun ada.  Cakap je, takde guna beb.  Perlaksanaan yang penting.  Masa debat, macam-macam boleh cakap, macam-macam boleh janji, boleh kutuk.  Tapi boleh ke janji tu dilaksanakan, bolehke kutukan tu diperbaiki atau dicari jalan penyelesaiannya?  Kalau cakap nak tutup tol, tapi bila menang tol masih terpacak, apa lu cerita? 

Rakyat dah tengok dan baca banyak yang dilaksanakan oleh DS Najib dan BN dan apa tindakan Anwar juga PR selama ni.  Dari situ rakyat dah dapat membuat penilaian, dah tahu nak pangkah sapa dan parti mana.  Kalaupun Anwar tu bakal menang dalam debat, apakah ini membuatkan kita semua merestui dia sebagai Perdana Menteri yang baik?  Lupakan moral, lupakan segala pembohongan dia selama ini dan lupakan kecintaan dia kepada Israel, kerana dia hebat di pentas debat, dia layak menjadi Perdana Menteri?  Begitu? 

Rasanya kalau nak suruh berdebat, suruh calon yang baru nak masuk gelanggang, yang tak pernah ada track record.  Boleh jugak kita tahu ke mana hala tuju calon yang berdebat tu.  Dan kalau untuk calon pilihanraya, kawasan pilihanraya tu sendiri buat debat di kawasan masing-masing.  Biar rakyat di kelompok yang kecil itu pilih calon mana yang sesuai untuk jadi ahli parlimen atau dun depa.  Setakat Anwar dan DS Najib, tak payah debat beb.  Itulah masalahnya kita ni semua.  Negara lain nak buat, kita nak buat.  Tapi hampeh!   

Apa punya debat daaaa.....


  

Monday 20 February 2012

TAK ADA YANG PEDULI, ANWAR DI MAHKAMAH SYARIAH ESOK!!!

Hahaha.  Simpati akak dengan manusia sorang ni.  Nanti kata sekor kang marah pulak.  Hehehe.  Rupanya esok Anwar akan berada kat mahkamah syariah Jalan Duta.  Tak ada sapa yang nak ambik tahu, tak ada sapa yang besar-besarkan kes yang dia akan ada kat mahkamah syariah tu.  Tak ada yang nak tolong buatkan perhimpunan 100 ribu penyokong kat dia.  Nak tak nak terpaksalah Anwar promosikan diri sendiri kat blog dia.  Hahaha.  Nak pi tengok dia ke esok?   Banyak lagi kerja orang nak buat bang Nuar oiiii.....Apa kes?  Entah...Pasal rayuan ker?  Entah.  Ada akak kisah????

PAKATAN PILIHAN TERBAIK.....

Pakatan memang pilihan yang lebih baik berbanding Barisan.  Kenapa?  Sebab jika Pakatan Rakyat memerintah seorang isteri pemimpin boleh mendapat kontrak kerajaan tanpa perlu dipersoalkan dan begitulah sebaliknya.  Anda tidak perlu bimbang lagi tentang demontrasi jalanan sebab PR tidak akan membenarkan ianya berlaku.  Demokrasi akan mati.  Memang Pakatan Rakyat pilihan terbaeekkkkkk!

KESIAN ANWAR!! SUDAH-SUDAHLAH TU.....

Kesian Anwar, kesian penyokong2 dia yang tidak pernah penat berusaha agar Anwar dinobatkan sebagai piem.  Dah macam2 helah dibuat, macam2 lawak depa duk reka.  Tapi semuanya gagal meraih simpati, gagal menambah bilangan penyokong.  Yang tinggal kat pkr tu cuma tukang lawak yang semakin ketandusan idea, tukang karut yang semakin terpinggir.  Orang bukan saja tak nak gelak, menolehpun dah tak minat.  

Bila lawak baru depa buat malam tadi kat Sembrong, orang cuma geleng kepala jer dengar.  Depa duk buat lawak sedih lagi.  Bagitahu kat pentas opera depa yang cermin kereta Anwar dipecahkan.  Tuduhan tetap pada orang Umno.  Samseng tetap Umno.  Tapi lawak depa tak bersambut.  Lawak fesyen lama beb.  Tu pasal dah tak laku kat pasaran.  

Ni akak nak bagitahu kat Anwar dan kat penyokong tegar Anwar yang masih dapat hidup mewah dengan duit yahudi tu: orang kat Malaysiani dah tak peduli kat Anwar.  Kerjaya lawak Anwar dah berakhir.  Anwar bukan lagi satu jenama mahal, sebaliknya hanya memiliki jenama chow kit yang hanya dipilih oleh minah indon pendatang haram!  Orang Umno tidak mungkin memperjudikan dirinya untuk satu jenama yang sengkek seperti Anwar.  Mustahil orang Umno nak masuk penjara sekadar nak pecahkan cermin kereta Anwar???  Tak berbaloi langsung beb!  Jadi sudah-sudahlah tu.  Kalau orang lain dah tak kesian, baiklah korang kesian kat diri sendiri.  Malulah jadi manusia yang berstatus rakyat Malaysia!            

Friday 17 February 2012

MENDIDIH DARAH CHEGU BARD PEPAGI NI BILA BACA BERITA NIE!!

Hahaha.  Apo laiie CheguBard?  Marah la.  Komen la.  Mengamukla!  Meroyanla!  Ekau sakit hati ngan DS Rosmah pasal beg, haa malam tadi DS Rosmah dapat beg lagi, tahu?  Beg empat segi lagi!  Tulisla kat blog ekau pasal bondo nie.  Jangan tak tulis pulak sebab akak tahu yang ekau suko cito2 cincin, beg ni semuo.

DS Rosmah terima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.  Ini adalah anugerah sulung.  Tahun depan anugerah ni akan dinamakan dengan nama Rosmah pulak.  Camana Chegu Bard?  Ekau ado ko?  Orang lain bagi pengiktirafan, yang ekau tak habis-habis jeles tak bertompek!  Ke ekau ado hati ngan DS Rosmah??  Hahahaha. 

Thursday 16 February 2012

HARUSSANI OOHHHH HARUSSANI..... MUFTI KE DIA NIE?

Bila hari ini kata lain, esok kata lain, pasti akan buat orang tertanya-tanya.  Betul ke yang bercakap tu mufti?  Kalau betul mufti kenapa sekejap tak boleh sekejap boleh?  Inilah masalahnya semua alim ulama kat Malaysia ni.  Cepat sangat menghukum tanpa usul periksa.  Kalau macamni punya cara, bolehkah Islam dipandang tinggi oleh penganut agama lain?  Mungkin ada yang kata persetan dengan pandangan penganut agama lain.  Boleh nak fikir macamtu.  Tapi kalau orang Islam sendiri akan pandang rendah, akan fikir yang agama Islam ni tak konsisten, seolah-olah tidak ada sebarang garis panduan yang tepat, tidak sempurna, boleh kah kita marah jika ribuan umat Islam menukar agama mereka.  Boleh?  Boleh blah laa!

Akak kesal sangat bila Mufti Perak, Harussani yang terlebih popular tu menghukum DS Najib sebagai syirik sebab hadir di majlis perayaan Thaipusam hari tu.  Dalam kenyataan awal Harussani, dia terkilan sebab DS Najib sanggup menggadai akidah apabila hadir ke majlis perayaan Thaipusam di Batu Caves.  Dia bercakap tanpa merujuk dahulu apa yang dilakukan oleh DS Najib.  Tengoklah gambar, tengok video, dengar dulu penjelasan DS Najib dan orang yang hadir di majlis itu sebelum sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum syirik dan menggadai akidah.  Itu hukuman yang amat berat dari seorang mufti.

Dan semalam setelah berjumpa dengan DS Najib, Harussani menukar hukuman pulak.  Kononnya DS Najib tidak salah hadir ke majlis tu kerana beliau tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain.  Kata sesetengah pihak, Harussani buat pusingan 'U' bila DS Najib 'berdehem'.  Itulah yang menjadikan orang lain marah, kecewa dan sakit hati.  Seorang yang bertaraf mufti boleh dilabelkan sebagai seorang pengampu kerajaan dan membuat fatwa mengikut keperluan Umno semata-mata!  Kalau tidak tahu keadaan sebenar, jangan menjatuhkan hukum!  Kalau tidak jelas jangan keluarkan fatwa!  

Isu macamni dah banyak kali berlaku.  Penganut agama lain dah lama duk sakit perut gelakkan kita.  Yoga haram, Valentine haram.  Sedangkan kalau ikut apa yang Harussani jelaskan semalam:  Jika tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain, maknanya tidak salah, tidak haram dan tidak rosak akidah.  Jadi apa salahnya Yoga, apa salahnya menyambut hari kekasih? Wahai para mufti dan ulamak sekelian, tolonglah jangan bikin malu sama orang Islam.  

Dan apa pulak kata Harussani dalam isu Anwar Ibrahim yang hadir di majlis Ponggal haritu?  Kalau Harussani meng'haram'kan perbuatan Anwar, apakah itu memang betul-betul haram dan syirik ataupun sebab Anwar Ibrahim seorang ketua pembangkang?  Bolehkah rakyat mempercayai bahawa apa yang dilakukan oleh Anwar itu sesuatu yang bertentangan dengan agama atau ianya setaraf dengan apa yang dilakukan oleh DS Najib? Pun dalam hal ini, Harussani perlu buat rujukan.  Jangan malas nak bertanya atau nak cari bukti.  Jangan cari jalan mudah:  itu HARAM, ini SYIRIK, dia ROSAK AKIDAH, mereka MURTAD.  

Kalau pemimpin salah, tegur dengan berhemah.  Kebanyakan pemimpin bukan ulama, bukan mufti, bukan mendapat pendidikan agama yang betul.  Malah semua orang akan melakukan kesalahan termasuklah mufti sendiri.  Tapi kalau dah asyik salah jer, baik jangan jadi mufti.......jadi bilal jer lah bang! 

  

Wednesday 15 February 2012

BUKU JINGGA DIANGGAP TULISAN RASULULLAH? PAS MAKIN HILANG AKAL!!!

Giler ke apa? Ada ke patut depa boleh samakan buku Jingga tu macam surat yang dihantar oleh Rasulullah saw? Bukan main lagi orang Pas mengagungkan buku jingga ni. Hukum hudud pun tak ada, lagi mahu cakap yang kemuliaan buku jingga tu macam datangnya dari Rasulullah saw. Akai ada ka? Kalau nak bagi perumpamaanpun agak2 la beb!

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah bukan main bengang lagi bila buku jingga yang dimuliakannya tu dibakulsampahkan dek Ahmad Maslan dalam satu majlis yang melibatkan orang Felda. Dia cakap yang Ahmad Maslanni macam Maharaja Rom yang mengoyak surat yang dihantar oleh Rasulullah. Tang mana yang buku jingga tu hebat dan mulia sangat tak tahulah akak. Memang taraf buku jinggatu sama cam sampah je.

Tapi apapun akak tak setuju jugak dengan tindakan kurang cerdik Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan duk campak buku jingga kat bakul sampah. Siap depan ramai orang lagi tuu. Bagi akak itu bukan cara yang berhemah untuk tunjukkan kebencian kita terhadap sesuatu yang dipercayai hebat oleh orang lain. Apalagi kalau bukutu bagi sesetengah orang macam datangnya dari langit! Tak sesuai langsung tindakan Ahmad Maslan macamtu. Akak memang tak setuju dan meluat. Tapi nak wat camana. Benda dah berlaku. Sesekali wat bodoh je la, ye x?


Ahmad Maslan ulangi sejarah ‘Maharaja Rom’


Published with Blogger-droid v2.0.3

PEGUAM QAZAF ANWAR DISAMAN 10 JUTA!!

Amik kau! Ini berita menarik yang berlaku disekeliling Anwar. Peguam kes qazaf Anwar, Kamar Ainiah dan syarikat guaman dia disaman 10 juta beb! Ini angkara kenyataan sedap mulut yang dibuat dek Kamar Ainiah pada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang disiarkan kat Malaysiakini dan Haramkahdaily.

Semua orang yang teraniaya failkan saman. Akak cuma nak tunggu Anwar saman Dato T dan Umi Hafilda je lagi...


Peguam Anwar kes qazaf disaman RM10 juta - Politik - Sinar Harian


Published with Blogger-droid v2.0.3

PAS BERTEPUK SEBELAH TANGAN!

Pas patut tahu rasa malu, patut tahu di mana kedudukan mereka di sisi PKR dan DAP.  Hubungan antara 3 kekasih ini penuh dengan misteri, penuh dengan prasangka dan benci dalam diam.  Cuma secara luaran saja nampak mesra, nampak bagai pasangan kekasih yang saling sayang menyayangi.  Pas tidak pernah rasa yang dia sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan.  Bila Pkr merajuk hari tu, cepat-cepat Pas pujuk.  Pkr suruh pecat Hassan Ali, Pas sanggup pecat demi cinta pada Pkr dan Dap.  Tapi bila Pas merajuk, Dap dan Pkr buat dek jer....Sikit depa tak kisah beb.

Isu Majlis Syura Pas dan Nik Aziz yang bagi kata dua kat Anwar pasal isu Israel langsung tidak dipedulikan.  Nik Aziz mintak Anwar tarik balik kenyataan atau saman Wall Street Journal (WSJ), tapi Anwar selamba jer tak jawap, malah siap nyanyi lagu Madu dan Racun lagi kat Melaka.  Nik Aziz merajuk sakan dan mintak Anwar bagi kenyataan secara terbuka.  Anwar hanya senyum dan pergi lepak ke Thailand.  Nik Aziz akhirnya terpaksa mintak Anwar jumpa secara bersemuka sebagai jalan akhir menyelamatkan hubungan mereka.  Pun Anwar bagi respon ala-ala jer.  Punyalah Pas rendahkan martabat parti depa demi Anwar dan Pakatan!

Dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang sebelumni nampak kecewa dengan Anwarpun akhirnya terpaksa berlembut.  Kononnya ini adalah hal dalaman Pkr.  Kalau Anwar ahli Pas sudah pasti Pas boleh ambik tindakan disiplin.  Tapi Anwar pemimpin Pkr.  Kalau dah macamtu, apa payah-payah suruh Anwar tarik balik kenyataan atau saman WSJ?  Setakat nak kata yang kononnya Pas tidak jadi kuda kepada Pkr dan Dap?  Tapi bila tak ada apa-apa tindakan dibuat terhadap Anwar, memang sahlah Pas kaki sapu kencing Pkr dan Dap!  

Bilalah Pas nak sedar nie?  Akak rasa mungkin depa dah sedar jugak, tapi kemilau Putrajaya membuatkan hati depa ni tertutup kot....Begitulah politik.... 




       

Tuesday 14 February 2012

JADI WARTAWAN TAPI BANGANG!

Akak ingatkan bila jadi wartawan dia patut tahu banyak perkara sebab sifat wartawan ni suka membaca, suka menemubual orang lain, suka ambik tahu dan serba tahu.  Tapi rupanya ada jugak wartawan keluaran Arab Saudi yang bangang dan bengap tahap ayam!  Akak bukan nak tuduh yang si Hamza Kashgari, wartawan bangang tu bersalah sebab hina Nabi sebab akak sendiri tak tahu sangat apa yang dia tulis dan apa niat dia yang sebenarnya.  Lagipun katanya dia dah mintak maaf.  Cuma yang akak duk hairan, kenapa seorang wartawan boleh bertindak sebangang itu dengan mengicaukan kata-kata penghinaan ke atas Nabi tanpa dia sedar yang hukuman ke atas orang yang menghina Nabi akan dipenggal kepalanya??  Mustahil Hamza tak tahu dan mustahil Hamza sengaja mencari publisiti dengan menggadaikan nyawanya sendiri.

Dan Suhakam pulak, tetiba nak bersuara ni apa hal?  Yang tetiba ramai pulak wakil pakatan yang membantah penghantaran pulang si Hamza tu kenapa?  Hamza lebih kenal negara dia sendiri dari Latheefa Koyak dan N Surendran.  Dia lari sebab dia tahu dia bersalah dan bakal dipancung.  Kalau dah tahu, yang duk gatal tangan menulis kata-kata penghinaan tu apa hal?  Dan memang patutpun kerajaan Malaysia hantar balik sebab dia dikehendaki oleh negara dia sendiri.  Jangan pulak nanti Malaysia dijadikan transit untuk penjenayah dari negara luar.  Kalau kita sendiripun, pasti tak nak penjenayah kita mendapat perlindungan di negara lain.  Boleh jalan la dengan hak asasi.  Kalau dah jadi warganegara, kenalah ikut semua undang-undang yang termaktub. Kalau tak nak ikut, boleh keluar dari negara asal dan menetaplah di negara yang disukai. 
 
Isu si Hamza ni sebenarnya dah dipolitikkan pun.  Hamza telah mencetus satu perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia.  Orang macam Hamza ni patut jangan dibenarkan jejak kaki kat Malaysia ni pun.  Tak pasal-pasal orang Malaysia nak bergaduh pasal budak bangangni.  Jangan buang masa.  Isu dalam negara, isu rakyat negarani masih banyak yang perlukan pembelaan.  Tak payahlah nak sibukkan rakyat asing yang dah dilabelkan sebagai penjenayah tu. Negara dia ada undang-undang dan itu kita patut hormat.  Dia mesti akan diadili kat sana.  Kita pun mesti tak suka negara lain mempertikaikan undang-undang kita.  Sama jugaklah dengan negara lain. 

Tapi ye lah kan, orang macam Suhakam yang menjunjung hak asasi secara total dan lain-lain monyet pakatanni mana tahu nak hormat undang-undang?   

AZMIN ALI DISIASAT POLIS!!

Bagus, bagus!  Siasat, jangan tak siasat.  Azmin Ali dipanggil untuk melapor diri di balai polis esok pasal insiden 901.  Belum apa-apa lagi si N Surendran dah kecoh dan kata ini semua nak menakutkan pemimpin PKR.  Hai, pernah ke pemimpin PKR takutkan polis?  Esok, mesti kecoh punya.....Bosan tul ngan PKR ni.  Nak wat camana ye tak...Dah namapun Parti Kecoh Rakyat! 

http://www.malaysiakini.com/news/189070

Monday 13 February 2012

NIK AZIZ DULUPUN SAMBUT VALENTINE LAH DERR!!

Setiap kali muncul 14 Februari, setiap kali itu jugaklah semua nak berkokok.  Semua nak tunjuk macam dialah yang paling alim, dialah ulama yang mempertahankan Islam dan dialah juara orang Islam se Malaysia.  Kengkadang akak naik jelak jugak dengan alasan-alasan merekani.  Menyambut hari Valentine menggalakkan pembuangan bayi, menyambut Valentine seperti kita mengagungkan St Valentine dan hukumnya adalah haram dan bla-bla bla.

Akak tak beranilah pulak nak kata bendani haram atau tidak sebab dulu-dulu akakpun sambut gak.  Masa kat asrama pompuan akak sambut dengan adik atau kakak angkat.  Bila dah ada boyfriend, akak sambut dengan boyfriend.  Bila dah kahwin sambut ngan husband, bila dah ada anak, akak sambut ngan anak.  Dalam fikiran cuma nak suka-suka jer.  Tak ada pulak disertakan dengan niat nak mengagungkan St Valentine.  Tak kenalpun sapa mamat tu.  Apalagi kisah yang berlaku 14 Februari tu.  Yang akak tahu masatu ada hari nak nyatakan perasaan kasih kat orang yang kita sayang.   Masa sambut hari kekasihtu ada makan-makan, ada bunga, ada cekelat, ada bear.   Seronok siot!  Sampai la nie, tak pulak akak sesat atau ikut ajaran agama lain. Entah-entah dulupun Nik Aziz dan Harussani ada sambut hari Valentine jugak tak?  Setakat Mat Sabu dan Anwar dah memang confirm!  Anwar pulak, bukan setakat tarikh 14 Februari dia sambut Valentine.  Tak percaya cer tanya dia pegi mana 12 dan 13 Januari taun lepas?  Hehehe

Cuma akak tak faham kenapa orang PAS duk sibukkan isu Valentine tu?  Macam isu menyambut Valentine tu isu yang paling penting sepanjang zaman.  Bila isu murtad, depa buat tak kisah pulak.  Pada akak isu murtad lebih penting, maha penting berbanding isu sambut hari kekasih.  Sambutan hari kekasih tu pada akak tak jadi hal, yang jadi hal kalau orang yang sambut tu pergi buat maksiat.  Pun orang nak buat maksiat tak payah tunggu 14 Februari.  Hari-haripun depa buat maksiat.  Kalau tak, masakan wujudnya video seorang yang menyerupai Anwar bermesra dengan China doll.  Pun itu bukan bertarikh 14 Februari.  Kalau nak ikutkan, 14 Februari adalah hari untuk kekasih, hari menyatakan perasaan sayang.  Kalau seorangtu sayangkan kekasihnya, mustahil depa nak pi buat maksiat.  Itu teori kuno akakla.  Jadi kat mana kebenaran nak kata yang sambutan hari Valentine tu akan menyumbang kepada berlakunya maksiat dan pembuangan bayi??  Betulke dah ada kajian yang menunjukkan anak-anak tak sah taraf semuanya lahir bulan November?  Cer buat kajian kat Kelantan sana sebab negeri tu memang ada banyak kes.....

Pun akak sebenarnya bukan nak sokong sambutan hari Valentine atau nak sokong Karpal Singh.  Kalau Karpal nak bergaduh ngan Hadi Awangpun apa akak peduli.  Lagi baik.  Cuma akak tak nak orang luar nampak sangat yang agama Islam ni aneh.  Akakpun sekarangni dah lama tak sambut hari kekasihni sebab ianya mendorong kepada ciri-ciri pembaziran yang melampau.  Harga sekuntum bunga dan lain-lain hadiah naik berganda-ganda.  Harga makan di hotelpun mahal.  Nak keluar pulak kena cari baju baru lagi.  Nak pakai make-up lebih lagi.  Belum nak letak perfume satu badan.  Issyyy membazir semuatu.  Dan membazir tu satu amalan syaitan.  Itu yang akak cakap kat anak akak yang masih kecik tu.....

Tak apalah, nanti kita sambut 14 Februari sebagai hari memperingati pejuang kemerdekaan jer seperti yang diumumkan dek kerajaan.  Jangan pulak nanti ramai pasangan yang bukak meja kat kubur pulak....Baca yasin dan terus sambut Valentine kat situ.  Parah nie....
 
Tapikan, akak pun sebenarnya teringin nak dating ngan Nik Aziz sempena Hari Valentine.  Akak nak bagi bunga kat dia.  Bukan sekuntum tau, tapi sepokok.  Sepokok bunga kemboja! Kepada Abang Nik Aziz, Happy Valentine's Day darling!!!!   Hehehe

Friday 10 February 2012

KENAPA RAJA NONG CHIK HALAU SHAHRIZAT??

Biar betul citer nie. Katanya semua orang dalam UMNO dah tahu kes ni, cuma depa buat bodo jer.  Ye ker?  Menurut ceritanya, Raja Nong Chik adalah dalang yang menghantar email tentang segala bukti penyelewengan dalam NFC.  Dia buat macamtu sebab nak halau Shahrizat dari Pantai Dalam.  Kononnya Raja Nong Chik dah simpan hajat untuk jadi calon kat Pantai Dalam masa PRU ke 12 hari tu lagi.  Tapi nama Shahrizat yang naik untuk lawan Nurul Izzah.  Dan sebab sakit hati Raja Nong Chik dan kengkawan dia terus berpaling tadah dan sokong Nurul Izzah.  Itu yang bawak kemenangan kepada Nurul Izzah.  Dan kali ini Raja Nong Chik dah tak nak berputih mata lagi.  Dia harus tendang Shahrizat jauh-jauh ke kandang lembu.  Setakat nak lawan Nurul Izzah, rasanya Raja Nong Chik tak bimbang sangat kot.  Dia yakin akan menang.  Dan Nurul Izzah jugak katanya dah menggigil takut dan bakal lari ke Permatang Pauh.  Itulah konspirasi yang didedahkan dek RPK di SINI.

Betul atau tidak, itu adalah sebahagian dari sifat politik itu sendiri.  Sapa nak percaya boleh percaya.  Cuma  akak kurang yakin dengan motif Raja Nong Chik, jika betul dialah dalang yang diperkatakan.  Kalau setakat nak jadi calon kat Pantai Dalam, dia tak perlu pun nak dedahkan isu NFC.  Shahrizatpun tidak mungkin akan bertanding lagi sebab kekalahan memalukan di Pantai Dalam.  Lebih baik dia mencuba di tempat lain.  Orang Pantai Dalam mahukan orang lain jadi pemimpin dia orang.  Dulu masa PRU ke 12 pun, rakyat di Pantai Dalam dah tolak Shahrizat yang dah tiga penggal jadi ahli Parlimen.  Depa nak muka baru.  Muka yang fresh.  Tapi Shahrizat berkeras jugak nak jadi calon.  Itu masalah Shahrizat la.  Sekarangni masalah Raja Nong Chik yang kononnya duk halau Shahrizat untuk jadi calon di Lembah Pantai. Rasanya, Raja Nong Chik cuma perlu cakap dengan PM je dan tidak ada sebab untuk PM tolak memandangkan prestasi kerja beliau yang begitu menonjol.  Kenapa pulak Raja Nong Chik perlu rasa takut dengan Shahrizat?  Tak mungkin. Akak rasa kurang yakin kali ini dengan kisah konspirasi yang diadun oleh RPK di Malaysia Today.  Tapi akakpun bukan pandai dalam hal-hal politik.  Tu pasal akak tak jadi ahli politik.  Barangkali ini hanyalah permainan persepsi RPK jer...

Kalau betulpun pendedahan penyelewengan NFC tu dibuat oleh Raja Nong Chik, ini merupakan kesalahan di pihak suami dan keluarga Shahrizat sendirilah.  Dah tahu isteri awaktu Menteri, saja nak cari pasal dengan beli pelbagai kondo dengan dana yang disalurkan kerajaantu pasal apa? Akak tak akan salahkan Raja Nong Chik.  Dalam politik, untuk berjaya seseorang itru perlu bijak berpolitik.  Shahrizat memang akak suka, tapi laki diatu memang akak tak berkenan langsung.  Sebagai seorang isteri yang taat, dah tentulah Shahrizat akan ikut kemahuan laki dia.  Macam Wan Azizah jugakla.  

Pada akak, Raja Nong Chik memang calon yang sesuai di Pantai Dalam sebab dia memang orang dalam.  Bukan orang luar macam Shahrizat.  PRU ke 13, BN kena ambik balik Pantai Dalam dari parti paling bermasalah, PKR!  Tapi kalau DAP masuk daun, tak tahulah pulak akak camana.  Tapi wife Raja Nong Chik pun bangsa Cina jugak.  Apa ada hal?    
 

NIK AZIZ MINTA CARI KEBENARAN DI TANDAS

Memang sah nyanyuk. Nyanyuk tahap kronik. Ubat yang sesuai untuk penyakit nyanyok kronik cam gini ialah dengan menelan sebotol pil tidur. Biar terus tidur agar tak menyusahkan orang!  Pun begitu akak dah tentulah tak sampai hati tegok Nik Aziz terbujur kaku setelah menelan pil tidur tanpa perlu meminta maaf kat semua rakyat Kelantan dan pengundi Pas se Malaysia.

Kat mana logiknya seorang tuan guru yang kononnya setaraf dengan wali meminta orang lain mencari kebenaran di dalam tandas? Logik ke? Celaka, celaka, celaka. Semuanya sebab Nik Aziz marahkan Puad Zarkashi yang menyuruhnya menyatakan pendirian terhadap kenyataan Anwar yang menyokong negara Israel. Puad mintak ulama dalam Pas mentarbiyah semula Nik Aziz agar dia kembali ke pangkal jalan. Itupun Nik Aziz kata sesat? Suka~suka hati je orang tuani nak kata orang sesat.  Dah maksum sangat ke? Dah tentu masuk syurga ke sampai tak boleh nak ditarbiyah. Akak nampak Nik Aziz ni semakin angkuh, semakin tak boleh ditegur.

Dan lagi kalau kita rasa orangtu salah, sesat atau perlu diperbetulkan, kenapa mintak orangtu cari kebenaran dalam tandas? Dan mintak orangtu dengar kata iblis. Sepatutnya minta orangtu ditarbiyah macam yang disaran oleh Puad. Orang dah sesat,lagi mintak dia terus sesat dengan bagi saranan yang sesat lagi menyesatkan!

Gila betul...Hanya sebab Anwar, tuan guru boleh jadi lagu nie...Parah


Nik Aziz: Kenyataan Puad jelas tersesat - Politik - Sinar Harian


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 9 February 2012

FAEKAH LETAK JAWATAN!

Baru dia tahu langit tinggi rendah. Dia ingat orang saja2 buat tuduhan dan tak berani bagi bukti. Dia ingat semua orang macam bos gagap diatu yang takut pada Anwar dan DAP. Kes Eli Cork pun sedang hangat dan tak terjawab, ni muncul pulak cerita lagi pedih.

Puncanya si Faekah dan bos dia MB Selangor duk tuntut RPK untuk dedahkan bukti amalan rasuah pemimpin pakatan di Selangor. Tup tup hari ni RPK tunjuk bukti kat Malaysia Today, siap dengan gambar dan no kad pengenalan lagi. X cukup dengan itu RPK siap bagi no cek dan salinan cek lagi. Tu diaaaa. Camana la ni? Agak2 nak letak jawatan tak?

Tapi sebelum hantar notis berhenti, hang tolong jawap sikit tuduhan RPK tu tau Faekah. Ye ke tak. Fitnah ke betul. Akak nak tahu jugak sebab RPK pun bukan boleh dipercayai sangat. Tapi kalau betul, PR di Selangor bakal bungkus! Dan sebelum ditendang keluar, baiklah hang letak jawatan Faekah ooiii!


DIALOG RAKYAT: Selangor tuntut Raja Petra kemuka bukti rasuah


Published with Blogger-droid v2.0.3

APA KAITAN AZMIN DENGAN PEMBUNUHAN DATO' PATRICK???

Wahhhh...pendedahan besar-besaran sedang berlaku.  RPK mengamuk lagi di Malaysia Today.  Sehingga kini telah masuk episod ke 4.  Katanya ada banyak lagi pendedahan.  Betul tak betul akakpun tak tahu.  Tapi RPK dedah dengan nama, ic dan gambar sekali.  Tapi kalau dia nak temberangpun orang boleh buat apa.  Dia bukan ada kat Malaysiani untuk disaman.  Kecualilah ada yang hantar pembunuh upahan cari dia kat luar sana.  Dan dalam perbualan telefon, nama Azmin disebut.  Azmin mana?  Azmin Ali ke?  Azmin Heli ke?  Azmin Poyo ke?  Tak tahulah Azmin mana.  Tapi nama yang disebut tu Azmin..... 



SC: …itulah…pasal yang YB mintak 50 ribu nak ape…nak pakai 50 ribu boleh takde masalah…dalam minggu depan boleh?
Mat Suhaimi: Dalam minggu depan ye…
SC: Pasal saya nak setelkan akaun sikit…
Mat Suhaimi: Okay…
SC: Lepas tu takde masalah lah…
Mat Suhaimi: okay, okay, okay, hari Isnin boleh?
SC: Hari Isnin boleh…lagi satu YB…say mintak tolong satu…saya di Batang Kali ada tanah…geran…nak keluar pasir…pasir banyak lagi tu…
Mat Suhaimi: Berapa besar tanah tu?
SC: Dia 100 lebih ekar…
Mat Suhaimi: Nanti saya bincang dengan Azmin….tapi kena bayarlah…Azmin sedang collect duit untuk pilehanraya…
SC: ah, okay, okay…nanti kita bincang.


http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/47137-episode-4-the-selangor-sand-mining-scandal

Wednesday 8 February 2012

MENCARI TOKOH SEKS MALAYSIA!

Tetiba akak terfikir.  Siapakah yang boleh dinobatkan sebagai tokoh seks Malaysia?  Baru-baruni kecoh bila sambutan Maulidur Rasul dicemari dengan penganjuran sebuah perhimpunan yang menggunakan tema 'Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam'.  Pihak Jabatan Agama Islam telahpun mengambil tindakan terhadap depa ni semua tapi tak tahulah tindakan yang bagaimana.  Bagi akak, kumpulan yang hilang arah ni sememangnya tidak patut menggunakan nama Rasulullah untuk meraih populariti.  Itu adalah tindakan yang amat kurang ajar dan langsung tidak mencerminkan akidah yang terpuji, malah amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.   

Tapi akak bukan nak cakap pasal isu tu, tapi nak kengkawan semua fikirkan siapakah tokoh seks Malaysia?  Kalau masih belum ada, apa kata kita adakan satu pertandingan mencari tokoh seks Malaysia yang bakal mencatatkan nama Malaysia di persada antarabangsa.  Untuk mencari tokoh ini berlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan dan mempunyai ciri-ciri berikut:-

1)  Berkahwin tetapi mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang
2)  Bijak me'ngayat' wanita dan lelaki
3)  Punya hubungan dengan lelaki dan cenderung melakukan perbuatan liwat
4)  Mestilah mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dunia
5)  Punya koleksi video bagi membuktikan kehebatannya diranjang
6)  Beraksi seks bersama seorang atau dua orang mak nyah akan memberikan markah tambah
7)  Bijak berpidato dan menyembunyikan kegiatan seks
8)  Isteri calon ini mestilah menyanjung kehebatan suaminya dan kalau boleh menganggapnya sebagai anugerah Tuhan
9)  Perlulah mendapat pengiftirafan di mata dunia dan aksi seksnya perlulah dipaparkan di majalah negara maju seperti Jepun.
10)  Suka makan karipap dan 'karipap'.

Jika anda melihat atau mengetahui tokoh yang mempunyai ciri-ciri di atas, silalah kemukan namanya untuk dicalonkan.  Tarikh akhir pencalonan:  Dua minggu sebelum PRU ke 13! 

Saturday 4 February 2012

RAHSIA BESAR NIK AZIZ!

Tak sangka rupanya Nik Aziz menyimpan rahsia besar selamani. Rahsia yang akhirnya didedahkan juga kepada rakyat. Nak tahu rahsia Nik Aziz? Gempak weh. Dah lama Nik Aziz simpan, baruni dia sanggup cerita. Akak pun terperanjat dengar rahsia Nik Aziz nie!

Rahsia besar Nik Aziz ialah dia pernah dimarah oleh pemimpin Pas Kelantan sebab menyatakan hasrat untuk mengundur diri dari bertanding dalam PRU akan dtg! Terperanjat tak! Memang terperanjat siot! Akak ternganga mulut selama 4 jam setengah tak boleh tutup sebab terperanjat sangat dengan rahsia tu. Patutlah Nik Aziz kata dia tetap nak bertanding jugak. Rupanya takut kena marah beb. Kesian Nik Aziz.

Yang pemimpin Pas Kelantan pun tak agak2 nak marah orang tua yang sentiasa sakit tu. Agaknya tu sebab Nik Aziz kena masuk spital hari tu tak. Kena marah dek pemimpin Pas Kelantan rupanya..

Hadi Awang tak bolehlah perli Nik Aziz pasal akhlak orang Islam yang nak mintak jawatan. Nik Aziz bukan mintak jawatan, bukan nak bertanding atau nak jadi MB sampai mati tapi dia terpaksa. Kesian sungguh akak kat Nik Aziz. Pemimpin Pas Kelantan ketandusan orang untuk ganti Nik Aziz. Kesian. Betul2 kesian.



Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 3 February 2012

AZIZAN RAZAK AKUR TUTUP MULUT! MB NO KOMEN

Tak sampai kemanapun berani dan kerasnya MB Kedah, Azizan Razak.  Bila disergah supaya tutup mulut oleh Pakatan Rakyat, nak tak nak, Ostat Azizan terpaksa jugak diam.  Bila wartawan tanya tentang isu KUIN, Azizan Razak dah tak boleh jawap apa-apa.  Ini arahan, katanya.  No komen.   Maka jadilah Azizan Razak yang kononnya keras kepala tu sebagai MB No Komen.  Begitulah hebatnya kebebasan bersuara dalam Pakatan Rakyat!   

POLIS TAHAN NAJIB! BANGANG PUNYA PKR!

Apa ke bangang punya PKR bila seorang PM nak melawat pun depa buat laporan polis? Dan apa ke bodohnya Mkini untuk melaporkan berita tak masuk akal NI?

PKR nak polis tahan Najib dari buat lawatan ke kuil.  Sebab apa?  PM nak buat lawatan rasmi ke kuil Batu Caves depa cakap bermotifkan politik?  Motif politik apanya?  Dah itu memang tugas seorang PM untuk melawat tempat dalam negarani, tengok jika ada masalah, dengar suara rakyat dan beri bantuan sebaik mungkin.  Kalau tak melawat, depa kata PM tak ambik berat, bila buat lawatan kata bermotif politik plak.  Gila ke apa PKR ni?  Jangan nak bandingkan dengan lawatan Anwar Ibrahim.  Dia tu sapa?  Ketua pembangkang je.  Dan logiklah kalau isu laporan polis dibuat di Sungai Petani membantah kehadiran Anwar Ibrahim ke kuil kat sana sebab bimbang berlaku insiden tak diingini.  Laporan polis dibuat berdasarkan motif itu, bukan sebab motif lawatan politik.  

Akak tengok PKR ni makin lama makin mengarut.  Makin gelabah semacam.  Macam cacing kepanasan.  Depa duk ingat Batu Caves tu PKR yang punya ke?  Bangang ayam tul orang2 PKR nie      

SMM DISALAHGUNA? ADA KAITAN DENGAN PENYOKONG YAHUDI?

Penggunaan nama SMM sekarang ini sudah dikhianati oleh individu dan kumpulan tertentu. Sepatutnya tidak boleh menggunakan nama SMM jika salah satu front gabungan tidak setuju.  SMM ditubuhkan pada tahun 2002 dan pengerusi pertamanya ialah Mohd Khairol Anwar Mat Zuki juga merupakan Presiden Gamis pada masa itu. SMM hanya bergerak atas muafakat bersama, bukan bergerak atas identiti sendiri. Bagi memastikan SMM ini bergerak atas permuafakatan bersama bukannya satu identiti yang lain atau pertubuhan yang berbeza seperti mana yang terjadi pada ketika ini maka perlulah baca di SINI

Thursday 2 February 2012

ZAID IBRAHIM: LALANG YANG REBAH

Ape cer Zaid? Dulu marahkan Umno, masuk Pkr. Marah Pkr, mtk maaf kt Umno dan kuar Pkr lalu masuk parti Kita. Pun masa awal tu terus jugak kutuk pakatan. Tetiba bila rasa tak ok, BN x nak layan, merajuk pulak dan patah balik dengan pakatan. Tapi masih lagi dalam Parti Kita. Tup tup merajuk pulak dengan Kita terus nak bubar parti tu. Apa ke jadahnya Zaid oiii. Takde pendirian langsungla mamat lalangni.

Kelakar betul. Si Zaid ni ingat senang ke nak jadi pemimpin? Senang ke nak puaskan hati semua orang? Mudah ke nak mintak semua orang ikut dan patuh pandangan kita? Orang macam hang ni Zaid, baik duduk kat pejabat je. Jadi peguam sepenuh masa. Tak payah menyibuk nak masuk politik.


Zaid Ibrahim mahu bubar parti KITA - Politik - Sinar Harian


Published with Blogger-droid v2.0.3

MAHASEWEL DIAJAR!

Untuk semua mahasewel yang kerjanya tak lain dari berdemo dan hantar memo, sila baca berita ini.

Kenapa kena baca, sebab korang kena tahu yang nak mengubah sesuatu dengan tunjuk perasaan, berdemo, berbaring atas jalan, bawak sepanduk, menjerit bagai orang gila sebenarnya tak akan bawak kemana.  Contohnya kat Mesir tu.  Kononnya kebangkitan rakyat telah jatuhkan pemerintah.  Memang betul boleh jatuh, tapi lepas tu apa?  Lepastu, tak mungkin orang yang dah terbiasa berdemo, tunjuk perasaan, merusuh ni semua akan buang sifat buruk dia orang.  Untuk mintak apa-apa aje depa akan berdemo, bergaduh.  Mana-mana pihak silap sikit je, pihak yang satu lagi akan merusuh.  Macam yang terjadi kat Mesir tulah.  Pasal bolapun nak berbunuh-bunuhan.  Korang bolehlah cakap yang korang berdemo secara aman.  Mula-mula aman la.  Cer ada yang mati, mesti ada yang akan balas dendam.   Itu semua akan jadi budaya sampai mati.  Korang nak ke Malaysia ni jadi cam gitu?  Kalaupun nanti Pakatan memerintah, budaya tu tak akan boleh mati punya.  Jadi, baiklah budaya merusuh, berdemo, berarak dan berbaring kat jalanraya tu korang buang dari menjadi hobi semasa masih budak lagi ni.  Carilah hobi baru, menulis ke, kumpul stem ke, kumpul duit ke.  Itu lebih berfaedah.  Nanti orang boleh beli kereta harga berjuta, korang marah pulak.  Orang mampu beli rumah mewah, korang sakit hati pulak.  Fikir-fikirkanlah......      

Wednesday 1 February 2012

PENGAKUAN KETUA PENGARANG HARAKAH BIKIN KHALID SAMAD BENGANG!!

Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lufti Othman mengaku yang PRU 13 merupakan pilihanraya yang bukan saja getir tapi jugak sukar dan amat kritikal kepada Pas! Wahhh mesti Khalid gereja bengang giler sebab selamani dia dan pemimpin Pas lain duk kata yang BN akan dikafankan selepas PRU 13. Malah Pas semakin kuat tanpa Hassan Ali. Hahaha. Mustahil seorang pengamal media yang menerajui Harakah tidak dapat membaca kemahuan rakyat.


Ahmad Lufti cakap macamtu semasa membentangkan kertas kerja di Konvensyen ICT &media Baru Pas Pahang 2012 di Sg Gau Sabtu lepas. Wajarlah dia rasa macamtu sebab konvensyen tu pun cuma dihadiri 200 orang je. Bukan 2000 orang. 20,000 lagi jauh.


Jadi nampak sangat yg Pas sendiri ketar. Tapi cakap kat luar macamkan mulut naga. Berapi2. Yg tenat Umno dan BN. Pas kuat, Pas akan talkinkan Umno, Pas akan rampas Tganu dan macam2 lagi. Rupanya dalam senyap depa takut sendiri, dlm bisik depa nyatakan kebimbangan.


Bukan setakat Pas, lidah rasmi Pas, Haramkah pun semakin lemau, semakin tak menyengat. Berita konvensyen Sabtu lepas baru keluar harini. Dan lagi kelakar bila konvensyen tu tentang ICT dan Media Baru tapi cerita lewat 4 hari. Dan lebih malang ianya dihadiri oleh Ketua Pengarang Harakah sendiri!


Lawak jugak bila baca tentang ke'poyo'an AJK Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Mokhtar Senik yg turut membentangkan kertas kerja. Dia kata yg Umno hanya boleh hidup di habitat yg tidak bermaklumat. Lazimnya sukar untuk melakukan perubahan sebab masyarakat di habitat yg sedemian jahil maklumat. Kononnya sebab itulah Pas hidup di bandar2. Lawak kan?


Akak nak jugak tanya, ramai sangat ke calon Pas di bandar yg menang? Di Kelantan tu, seluruh habitatnya yg mudahcapai maklumat ke? Bukan ke ramai masyarakat Kelantan yang tidak pernah tahupun tentang kewujudan media baru? Sebabtu Pas masih terus berkuasa di Kelantan. Mereka cuma dengar ceramah politik dari pembesar suara je. Dahla depa dimomokkan dengan kejahatan dan penipuan TV3 dan Utusan. Jadi depa tak dapat berita semasa yg sahih dan tepat. Tapi mujurlah Umno dan BN terus terusan mendekati rakyat Kelantan dan tidak meminggirkan dia orang. Tu pasal rakyat Kelantan sekarang semakin bijak, semakin dahagakan maklumat yang tepat dan mula berjinak2 dengan media baru. Bila dah nampak yang Pas semakin dijauhi rakyat, mulalah pemimpin Pas gelabah. Tu pasal depa mula adakan konvensyen yang bermatlamat mewujudkan saluran alternatif maklumat melalui media baru. Baru nak buat beb! BN dan Umno dah lama ada. Pas baru nak meneroka.  Lagi si Mokhtar Senik tu cakap habitat Umno di tempat yg tidak bermaklumat. Lawak giler la pemimpin2 Pas ni. Betul giler punya lawak!


Published with Blogger-droid v2.0.3

KEPALA BABI LAWAT KEPALA BABI!!!

Malas beb akak nak cerita pasal kepala babi lawat kepala babi ni.  Korang baca je lah apa yang disiarkan kat Haramkahdaily kat bawah ni.  Kepala PAS Selangor yang jadi barua pada Bapak Anwar Bin Ibrahim (BABI), melawat Masjid Nurul Iman yang kepala babi diletakkan oleh orang berhati babi di pintu masuk masjid.  Lepasni kasi letak CCTV kat masjid, kasi letak guardla.  Nak jaga kesucian agama Islam, apa salahnya berbelanja sikit.  Duit derma orang ramai kan ada banyak.  Setakat bayar RM800 guard sebulan dan CCTC sekali pasang RM2,000, takkan tak boleh kot.  Barulah kita tunjuk yang Islam itu terjaga dan dijaga kesuciannya.....Apa punya kepala babi lah..... 

________________________________________________________

Kepala babi: PAS Selangor lawat Masjid Nurul Iman


Harakahdaily, 01 Feb 2012
SELAYANG, 1 Feb: PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Masjid Nurul Iman di Batu 18, Rawang, pagi ini ekoran satu kepala babi ditemui di pintu masuk masjid itu, pagi semalam.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Khalid Samad mengetuai lawatan itu dan mengadakan perbincangan dengan pihak masjid yang disertai nazir masjid, Ilham Akhbar Harun. Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib turut serta dalam pertemuan itu.

Selepas mengadakan perbincangan, mereka pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak bagi mendapat maklumat berhubung kejadian pagi semalam itu.

Khalid meminta pihak polis menjalankan siasatan rapi dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan keji itu serta mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu.

PAS MEMALUKAN....! NIK AZIZ IKUT UNDUR!

Sedih ada, nak gelakpun ada, nak marah pun ada.  Orang Islam lain duk bergelut pasal isu murtad, pasal isu orang Melayu yang ketinggalan, tapi PAS masih sibuk bergelut melayan karenah memo SMM yang tak sampai ke tangan Hadi Awang.  Apa ke besar sangat isunya nak melayan tuntutan bebudak mahasewel ni semua berbanding isu murtad, isu orang Melayu? 

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kata depa dah hantar memo pasal penggantungan pelajar KUIN pada Presiden PAS, Hadi Awang, bulan Mei tahun lepas.  Bila Hadi Awang bagi kenyataan baru-baruni yang dia tak baca dan tak tengokpun memo tu, mulalah SMM buat bising dan sindir orang PAS. Lepastu mula pulak 2 orang kanan Hadi tuduh menuduh sesama sendiri.  Kata memo tu ada dah bagi kat orang ini, orang ini pulak kata tak terima pun.  Alahai PAS, setakat memo tu lupakan ajelah.  Bebudak KUIN yang digantungtu pun bukannya mati, depa dah masuk kolej balikpun, dah belajar pun.  Cuma sorang je lagi yang masih berbaki masa penggantungannya.  Nanti dia masuklah belajar balik.  Apa yang nak angkat pot sangat?  

Memang betullah kata Hassan Ali, parasit dalam PAS dah semakin membiak, membunuh satu persatu golongan ulama.  Walaupun akak bukannya orang PAS, tapi akak rasa sedihlah jugak dengan sikap orang-orang Islam yang berpolitik macamni.  Akak berharap jugak akan ada parti politik berteraskan Islam yang jadi pembangkang seperti PAS dapat membantu mengimbangi tindak tanduk kerajaan pusat.  Tapi PAS semakin lemah, semakin hilang integriti dan semakin terpesong dari landasan yang diperjuangkan.  Sekarang bila orang tengok PAS, orang akan nampak figura Anwar Ibrahim, orang akan kaitkan dengan DAP, orang akan fikir tentang Islam yang liberal.  Bangsa lain akan gelak je dengan orang Melayu dan Islam.  Itu yang lagi buat akak rasa pedih.  Makan dalam beb.  Rasa semakin geram dengan Anwar si penjilat Israel tu dan dengan kuncu-kuncunya dalam PAS.  

Kalau macamni, kira dah jatuh wajib Nik Aziz berundur beb!  Dan lebih elok kasi bubar je PAS.  Lebih baik ada JATI walaupun Hassan Ali tu bukannya boleh pakai sangat.  Tapi itu lebih baik dari orang PAS yang ada kat Malaysia ni!!