Thursday 28 February 2013

BALA SD KE 3!

Mula2 dulu kata Akuan Bersumpah (SD) 1 adalah palsu, maka si Bala buat SD ke 2. La nie pulak si Bala kata SD ke 2 pulak palsu dan kata yang SD 1 pulak yang betul. Mana yang betul dan mana yang palsu? Yennadeii!!  Sat lagi SD ke 3 akan dibuat plak yang akan menafikan ke dua-dua akuan bersumpah sebelum ini. Dalam SD ke 3, Bala kata SD pertama dibiayai oleh PR, SD ke 2 dibiayai oleh BN. Lalu SD ke 3 dibiayai pulak dek 3rd Force! Lantak ko lah Bala! Nak buat SD sampai ke 100 pun, takde sapa nak percaya. Patut dah kena penjara dah mamat India nie! Macammana boleh lepas dan bagi ceramah sana sini, akakpun tak faham.

Dan lagi yang mengherankan tu, camana PR boleh tergamak nak ambik si Bala ni buat rujukan dan bantu untuk kempen dia orang? Orang macam Bala ni adalah manusia paling penipu dalam sejarah. Lidah berbelit dan kaki kencing, kaki rasuah dan macam2 kaki lagi. PR sibuk cakap parti depatu bersih. Tapi duk pi usung si Bala sana sini tu apa hal? Bersih tapi duk using taik. Puiii! 




Thursday 21 February 2013

NATE BABI ....AZMIN KENA LAGI!

Mungkin terlambat untuk akak tahu yang si Azmin Ali pergi ke Mekah dan bergambar sakan dengan Nik Aziz tu bukan sebab terjumpa, tertembung atau apa2 'ter' lagi. Rupanya memang Azmin ke Mekah untuk berjumpa dengan Nik Aziz untuk bincang pasal kerusi Bachok. Betul atau tidak, manalah akak tahu, tapi itulah yang ditulis oleh si Adukataruna dalam blog dia. 

Hebat Azmin. Pergi Mekah untuk cakap pasal politik. Kenapa ek? Mesti tak berani nak pergi sendiri ke Kelantan. Takut kena kejar dengan penyapu kot.  Pkr kena sedar diri yang dia orang dah ditolak oleh orang Kelantan. Bukan setakat Kelantan, orang Penang pun reject depa ni semua, apalagi Johor dan negeri2 lain. Geli jugak tekak akak kalau si Anwar jadi PM dan Azmin jadi menteri. Ohhh tidakkkkk.....Visual di jamban masih segar dalam ingatan! 


**********************************************************************

Katanya Azmin cari TGNA di Mekah

Disampaikan kepada gua, si J berkata, Azmin Ali ke Mekah untuk berjumpa TGNA. Isinya ialah mengenai kerusi Bachok. PKR mahu Bachok melalui Dr Zaiyadi. Ada pertukaran yang tertentu.

Pada gua, Bachok ni kerusi yang sensitif. Kerana gua tak sure rakyat PAS Bachok sanggup dilukakan 2 kali. Diperbodohkan berkali-kali.

Pada 2008, rakyat PAS Bachok terpaksa memilih orang luar. Dan orang luar itu telah khianat terhadap mereka dengan menggunakan logo PAS. Tapi kini, ketika luka belum sembuh, tiba2 PAS bagi PKR, gua tak tahu apa yang terjadi.

Gua takda masalah pun sesiapa. Dr Zaiyadi gua kenal. Dia layak jadi MP. Idea ada. Karisma ada. Ada orang perlekehkan keberanian dia untuk isytihar keluar UMNO dulu sebelum berniat nak bertanding di Bachok. Tapi melihatkan Dr Zaiyadi, gua tahu dia guna tektik Hasan Nash. Tunggu dipecat. UMNO juga tahu Zaiyadi tunggu peluang itu.

Cumanya... gua juga tahu pengundi PAS Bachok ada masalah luka dihiris2.

"Pakcik. PRU13 ni, gano kalu PAS beri PKR tanding?"

1. "Nate babi gapo gitu?"

2. "Lagu ni la kito oghe Bachok. Suppo bola."

Wednesday 20 February 2013

PKR KENA PERLI DEK MAKCIK NIE DAN PAS PUN KETAWA GULING-GULING ITIK....

Kat Harakah harini akak terbacala kata-kata makcik, si ibu tunggal di Selangor duk cakap "...jangan abaikan ibu tunggal..." ketika Pas Selangor bagi sumbangan kat dia. Apa yang disumbangkan, tak tahulah akak, tapi nampakla ada beras bersama makciktu dan plastik berisi barang. Yang tak tahan tu bila kat plastik tu ada logo Pas. Cer korang tengok. Hahaha. Rupa-rupanya orang Pas pun sama macam parti politik lain jugak yang duk tayang dia punya 'sedekah' untuk dapatkan sokongan rakyat. Riak tu. Patutnya Pas kena ikut cara Islamla bila nak bersedekah. Tangan kiripun tak tahu yang tangan kanan bagi sedekah. Hahahaha. Parti Islam taik kucing tul Pas nie. 

Tapi akak bukan nak cakap pasal taik kucing sebab semua orang kenal taik kucing tu macammana dan Pas itu macammana dia punya busuk dalam berpolitik. Akak nak cakap pasal ibu tunggal di Selangor yang duk perli Pkr yang masih tak tunai janji nak bagi ibu tunggal duit bulanan. Dan Pas pun mainkan isu ini jugak secara halus untuk kata yang Selangor tu patutnya dipimpin oleh Pas bukan Pkr yang diketuai dek Khalid gagap. Pas nak kata, kalau Pas yang jaga Selangor, pasti ibu tunggal terbela. Itu pasal kat Harakah itu besar-besar Pas tulis tajuk "Makcik berharap jangan abaikan ibu tunggal" untuk cerita ini. Padahal boleh je bagi tajuk lain yang lebih bersifat kesepakatan pakatan rakyat seperti 'Pakatan Rakyat bela nasib ibu tunggal' atau sebagainya. Ini sah sah macam Pas duk perli Pkr di selangor pasal isu ibu tunggal yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sudahlah begitu, kena tipu pulak hidup-hidup, kata nak bagi rm100 sebulan. Ini dah lebih 4 tahun, masih menunggu duit yang tak kunjung tiba. Tup tup dapat palstik merah bercop kan lambang Pas. Hahahaha. Lawak siot!  Siap bergambar tu...

******************************************************

‘Makcik berharap jangan abaikan ibu tunggal’

Ridhuan Husin, 20 Feb 2013

Saari dan pemimpin Pemuda Gombak menyampaikan sumbangan kepada eorang penerima.

GOMBAK: PAS Negeri Selangor sekali lagi membuktikan kepada masyarakat bahawa konsep Negara Berkebajikan merupakan agenda besar dalam Pakatan Rakyat melalui program ‘Ziarah Berkebajikan’ di Hulu Klang.

Seorang ibu tunggal terharu apabila menerima sumbangan dalam program ‘Ziarah Berkebajikan’ anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) dengan kerjasama Pejabat Adun Hulu Klang di flat Pangsapuri AU3, Hulu Klang petang semalam.

Hajah Saidah, 70, antara penerima sumbangan ketika ditemui berkata beliau yang selama ini hidup dalam kedaifan mengucapkan rasa syukur kerana terpilih menerima kunjungan dari Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Dewan Pemuda PAS Gombak di kediamannya di Blok 9, Flat Pangsapuri AU3.

Beliau yang menitiskan air mata ketika mengucapkan terima kasih kepada menganjur berharap supaya golongan ibu tunggal tidak dipinggirkan.

“Makcik rasa sangat terharu atas sumbangan ini dan ia boleh meringankan sedikit sebanyak beban yang makcik tanggung. Makcik juga berharap jangan abaikan ibu-ibu tunggal,” ujar beliau yang kelihatan uzur.

Tuesday 19 February 2013

KARPAL SINGH DIPECAT!

Berita terkini, paling hangat dan paling gempak. Karpal Singh yang suka-suka bagi kenyataan menghentam Pas dan Pkr telah dipecat dari Dap! Beliau dipecat melalui surat yang dikirim oleh Lim Guan Eng sebentar tadi. Dalam kenyataan 3 mukasurat... Prangggg! Akakpun terjaga dari mimpi.....! Khak Ptui! Mimpi pulak dahhhh!

Rupanya bukan Karpal yang kena pecat, tapi Pengerusi Dap Johor dimintak untuk tutup mulut! Tutup mulut jer. Tulis masih boleh lagi bang. Apa cer?


Malaysiakini
Pengerusi DAP, PKR Johor diarah tutup mulut
3:31PM Feb 19 2013  
Ekoran perang mulut antara pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dengan rakan sejawatannya daripada PKR, Datuk Chua Jui Meng semalam, satu arahan dikeluar meminta mereka 'tutup mulut' dan tidak meneruskan lagi pertikaian mereka secara terbuka.

NONE"Saya telah bercakap dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar  Ibrahim dan kami bersetuju supaya Chua dan Boo berhenti daripada terus membuat komen terbuka mengenai hubungan antara kepimpinan DAP dan PKR Johor, terutama mengenai isu agihan kerusi," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

"Kedua-dua pemimpin negeri itu juga hendaklah berunding terlebih dahulu dengan kepimpinan tertinggi parti masing-masing sebelum membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai peruntukan kerusi antara kedua-dua parti bagi pilihan raya umum akan datang."

Lim menegaskan bahawa pertelagahan antara kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat Johor itu telah dieksploitasi oleh media arus perdana yang dikawal oleh BN.

"Publisiti negatif sedemikian tidak wajar menjelang pilihan raya umum dan hanya akan menggembirakan BN dan mengecewakan penyokong Pakatan Rakyat, yang berharap untuk mencipta kejayaan memecah kubu BN ini (Johor)."

Lim berkata kepimpinan DAP pusat menghargai sumbangan Boo dan mengakui kekecewaan beliau tetapi menegaskan bahawa ia tidak seharusnya dinyatakan secara terbuka sehingga semua saluran perbincangan dimanfaatkan.

KONFLIK DAP - PKR

Bagus! Makin lama makin terserlah keangkuhan Dap. Dap nak jadi parti yang paling berkuasa di Malaysia. Dap tak perlukan Pas, tak perlukan Pkr. Kalau Pas dan Pkr tak nak dengar kata, depa boleh berambus. Mana-mana pemimpin yang tak dengar kata akan kena tendang. Hebat Dap ni. Perasan hebat!


Konflik DAP-PKR Johor: Karpal bidas Jui Meng

19 Februari 2013
Chua Jui Meng
Chua Jui Meng
 
KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya tentang konflik antara DAP dan PKR di Johor yang kini mencetuskan perbalahan terbuka serta boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, DAP memandang berat penegasan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Karpal berkata, siasatan mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti orang di sebalik 'serangan berbisa secara rahsia' terhadap DAP itu dan 'tangan hitam' di sebaliknya.

Katanya, penegasan Boo itu tidak boleh diketepikan begitu saja demi kepentingan pakatan pembangkang.
"Kredibiliti Chua boleh diragui. Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya.

"Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan 'ibu politiknya' tidak layak dipandang mulia dan dengan penuh kebanggaan. Sekiranya apa yang dilakukan Chua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, maka perbuatannya perlu disekat, lebih cepat, lebih baik," kata Karpal.

Sehubungan itu, Karpal menyeru pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj. - Bernama

Saturday 16 February 2013

KENAPA INTONASI UCAPAN NAJIB MACAM SI PENJUAL UBAT?

Akak baru je tgk kat buletin utama Najib bagi ucapan. Entah dekat mana, x pulak akak angkat pot. Tapi cara dia berucap dgn memanjang2kan perkataan memang memualkan. Malu plak nk tengok pm buat cam gitu. Mmg seblm inipun Najib selalu guna cara berucap yg mcm itu. Memang sebijik cam penjual ubat kuat kat pasar malam je bunyinya.

Najib nak buat lawak kot. Najib nak sinis kat pakatan. Tapi bunyinya menyakitkan telinga. Tolongla ubah cara berucaptu. Nampak x serius pulak. Akak suka cara Tun M berucap. Menyakinkan dan nmpak serius. Sedap bunyinya. Cara berucap pun penting jugak. Kalau bunyi cam penjual ubat memang akak rasa nak tutup je tv. Tolongla....
Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 15 February 2013

PM PSY(CHO)

Kelakar siot. Rasa nak terburai perut akak gelak bila ada bisik-bisik psycho yang bertebaran mengatakan si Mak Lampir bercita-cita nak jadi piem! ternganga-nganga mulut Nurul Izzah dibuatnya. Mak Lampir dah hilang akal ke? Dah buang tebiat ke atau dah nyanyuk? Patutla Karpal Singh duk kata banyak kali yang piem Malaysia tetap Anwar Ibrahim. Dia risau kalau ada yang nak caras Anwar. Rupa-rupanya si Mak Lampir dah merengek nak catat sejarah untuk jadi piem wanita pertama Malaysia.  Hahaha hehehe.

Dalam Keadilan Daily ada duk sebut yang si Zuraida, Ahli Parlimen Ampang yang paling tak sedar diri abad ini berkata dia yakin calon wanita PKR akan menang besar dalam PRU akan datang. Dia nak kata diri dialah tu. Hahaha. Lantak ko la labu! 

“Rakyat tidak mudah untuk menolak calon wanita kerana mereka yakin wanita berusaha keras untuk mendampingi rakyat. Mereka lebih tabah, bersemangat dan setakat ini rekod pemimpin wanita masih bersih.

“Alhamdulillah, semua calon wanita kita diterima rakyat. Cuma kali ini berkat kerja keras, tidak akan ada halangan untuk menang." kata si Mak Lampir.

Cuma tang hujungtu tak tersebutla yang si Mak Lampir nak dia dicalonkan sebagai piem Malaysia. Rupa-rupanya semua orang dalam pakatan tipu rakyat tu bercita-cita nak jadi piem dan menteri belaka..... So, janganla duk pangkah PR ni wei. Nanti sampai setahunpun depa masih duk bergaduh untuk letak siapa sebagai piem. Itu belum lagi barisan menteri kabinet. Tunggang terbalik dibuatnya Malaysia ni!  



 
 

Wednesday 13 February 2013

BODOH PUNYA BN PP!

Bodoh punya BN Pulau Pinang. Tak payahla nak bodek lagi Najib pasal kes PSY tu. Dah sah-sah laungan yang diterima 'NO', ada pulak perasaan nak kata itu adalah disebabkan oleh sabotaj pihak lawan. Kalau betulpun sabotaj, maknanya orang BN Pulau Pinang ni memang bodoh tahap gabanla jugak. Kenapa nak bagi peluang pihak lawan sabotaj majlis sendiri? Ke ada pulak pemimpin BN kat PP sana tu yang bekerjasama mensabotaj parti? Memang patutpun BN kalah kat sana kalau pemimpin BN Penang tak reti nak buat kerja. Kenapa tak boleh nak fikir untuk letak budak-budak untuk laungkan perkataan 'YES' bila Najib tanya 'Are you ready for BN?'. Najibpun satu jugak. Duk tanya soalan yang akhirnya memakan diri. 

Tak payah bazirkan masa untuk Penang. Akak setuju dengan pendapat yang mengatakan penggal akan datang ini, Penang akan jadi milik PR. Lantak pi lah. Dah nampak sangat sokongan kaum Cina kat DAP. Apa lagi nak terhegeh-hegeh kat sana? Baik jaga negeri yang jugak nak kena lebur macam Johor dan Melaka tu.  Itu kes KFC pun boleh membuatkan orang Melayu marah apalagi orang Melayu Johor. Bosanla tengok pemimpin2 BN nie!

Akak cukup risau sebenarnya kalau BN tumpas. Akak risau dengan nasib anak akak di tangan pemimpin PR. Akak risau kalau masyarakat majmuk di Malaysia ini semakin tidak terkawal tahap perkaumannya. Akak jugak risau jika media masssa utama negara ini dikawal oleh bangsa asing. Akak bimbang kebebasan yang keterlaluan bakal menjahanamkan bangsa Melayu dan agama Islam. Akak cukup risau! Tapi segalanya perlu dihadapi. Potensi untuk PR menang memang ada. Masyarakat Cina di Malaysia semakin yakin suatu hari nanti Perdana menteri Malaysia terdiri dari bangsa Cina. 

Tahun 2013 boleh menjadi tahun malang bagi Malaysia. Angka 13 boleh menambahkan koleksi angka malapetaka.   Tahun ular benar-benar boleh menjadikan 'Ular' berkuasa. 

Oh negaraku Malasysia!    


Monday 4 February 2013

BLAH JE LA....

Ramai rakyat Malaysia yang dah berhijrah ke negara lain. Dan ramai pulak lagi yang berkira-kira untuk berhijrah dengan alasan Malaysia bukan negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak. Malaysia dikatakan telah mengamalkan diskriminasi sejak 50 tahun yang lalu. Asyik2 kerajaan bantu orang Melayu dan Bumiputera. Nak beli rumahpun ada diskriminasi. Nak belajarpun sama. Nak berniaga apatah lagi. Orang bukan Bumiputera tidak mendapat tempat yang sama macam orang Melayu dan orang Bumiputera. 

Betul ke macam tu? Memang betulpun. So? Tunggu apa lagi? Blah la!

Logik jugak kalau orang Cina dan India yang cakap nak berhijrah sebab alasan yang macamtu. Tapi jangan tak tahu bilamana ramai jugak orang Melayu yang kononnya nak berhijrah jugak dengan alasan yang sama. Depa pun sama-sama nak kata yang kat Malaysia ni tidak ada masa depan. Sebenarnya orang macamni adalah orang yang ego. Kalau di Malaysia ni depa malu kalau kerja di bawah orang Melayu atau orang Malaysia. Tapi depa bangga kalau kerja jadi kuli orang putih. Bangga kalau dapat beli apartment di pinggir bandar orang putih sedangkan dengan harga semahal itu depa boleh duduk kat banglo dua tingkat di Nilai.

Akak tak nampak kat mana kurangnya Malaysia ni. Malah semakin berkembang maju dan sasaran untuk menjadikan negara maju ada kemungkinan lebih awal 2 tahun dari 2020. Orang Jepunpun ramai yang hantar anak belajar di Malaysia kerana percaya dengan sistem pendidikan dekat sini. Banyak peluang perniagaan yang ada di sini. Orang Malaysia semakin kaya je akak tengok. Kiri kanan semua rumah besar-besar belaka. Kat jalanrayapun banyak kereta mewah. Hotel-hotel di Malaysia banyak yang penuh tanpa mengira cuti atau tidak. Tiket flightpun penuh untuk ke luar negara. Masih kata tak senang? Masih rasa tak kaya? Pada akak ini semua orang yang tak reti nak bersyukur. Bila kita tak bersyukur, gaji 20k sebulanpun tak cukup berbanding gaji 2k sebulan. 

Dan lagi, kalau nak tahu negara tu maju atau tidak, tengok pada sikap orang Cina la. Kalau dulu, masa zaman 30 tahun yang lalu, mana ada ramai orang Cina minat nak sibuk-sibuk jadi pemimpin, terlibat dengan politik? Tapi bila negara dah maju, depa pun dah banyak duit, banyak sumber kekayaan yang dimonopoli, makanya depa pun nak kuasa politik. Depa nak jadikan orang pendatang ni semua kaya-kaya belaka. Dalam pada masa tu depa pun duk hasutla orang Melayu suh pindah ke luar negara. Biar yang bijak pandai tak ada kat Malaysia. Senangla depa nak kontrol Malaysia ni nanti. Panjang akai depa ni semua.

Pada akak, kalau ada sesiapa nak berhijrah, pi blah je la. Akak sikitpun tak kisah kalau Malaysia ni macam 20 tahun yang lalupun. Biarlah macamtu. Kalau negara maju dan kaya sangatpun, tapi tak aman, baik tak payah. 'Tak aman' bagi akak tu bukan setakat tak aman sebab berperang, tapi 'tak aman' di dalam hati. Tak aman dalam perhubungan antara agama dan kaum. 

Tak perlulah untuk jadikan Malaysia semaju Singaporepun. Lantak pi lah kat depa di Singapore sana tu. Ingat dia orang tak ada masalah ke? Ingat semua rakyat dia gembira ke jadi rakyat Singapore? Tak caya tanyalah Aaron Aziz....Hahahaha.  Agak-agak Abby Abadi nak berhijrah ke Singapore tak?  Kalau dia nak, kita hamparkan permaidani merah dari Tambak Johor hingga ke Singapore....