Monday 31 October 2011

JINGGA13 AKAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KARPAL SINGH??? YER KE TIMAH???

Melalui blog Sharpshooter, akak dimaklumkan yang Jingga13 (tah apa yang jingga..tak tahula.!)  akan buat laporan polis jam 2 petangni terhadap Presiden MCA, Chua Soi Lek sebab bagi statement yang dikatakan menghina Islam dan hukum hudud.  Jadi akak nak pesan kat Jingga13 tu suh dia buat sekali laporan polis terhadap Karpal Singh sebab menghina jugak dengan mengatakan undang-undang Islam, hukum hudud akan membuatkan penjenayah bebas dan semakin banyak jenayah berlaku kat Malaysiani.  Ada berani ke kawan?  Kita tengok jer lah.  Hehehe. 
Kalau diperhatikan, memang orang2 bukan Islam menentang perlaksanaan hukum hudud, tak kira MCA, MIC, DAP, GERAKAN atau lain-lain parti politik. Jadi tak payahlah orang PAS dan orang Melayu PKR duk cari gaduh ngan orang Melayu UMNO, Perkasa dan Melayu Penyokong Kerajaan pasal hudud ni.  Sendiri mahu ingat la der... 

TUAN GURU KARPAL SINGH AJAR HUDUD KAT NIK AZIZ???.....

Hebat Karpal Singh!  Hidup Karpal Singh!  Gelabah biawak Nik Aziz bila sana sini kengkawan dari Pakatan pembangkang mempersoalkan hukum hudud yang tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.  Terbaru Karpal Singh mengemukakan hujah tentang kes zina yang memerlukan 4 saksi sebelum hukuman dilaksanakan.  Kata Karpal, kalau macamtu lagi banyak zina akan berlaku dan semakin banyak penjenayah akan bebas kerana tidak cukup bukti.  Tahu takpe.  Tu sebab Anwar boleh lepas kalau dibicarakan ikut hukum hudud sebab tak ada 4 orang saksi.  Yang ada cuma Eskay jer dan video yang sekadar besi tak bermata.  Lagi senangla nak meliwat, berzina.  Itu apa yang Karpal Singh cuba tekankanlah.  Baca SINI

Pada akak, banyak lagi isu dan masalah lain yang lebih utama sebelum pelaksanaan hukum hudud.  Akak cukup bersetuju dengan pandangan bahawa pemerintah perlulah membangunkan Islam terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum hudud.  Menurut fakta yang dikemukakan oleh Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, beliau menyatakan bahawa 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.  “Sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang  yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.  Baca SINI

 Jadi harap-harap Nik Aziz bagilah penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada Karpal Singh dan yang sekutu dengannya. Jangan duk menuding jari kat Najib dan Kerajaan jer. Jangan duk marah jer kat MCA dan Soi Lek....Jaga dulu hang punya member...

Saturday 29 October 2011

AKAK KECEWA DIL! RUPANYA PEMENANG PIALA MALAYSIA SUDAH DITENTUKAN..??

Kenapa bagi Tganu jaringkan gol? Akak sanggup tak tengok penyudah perlawanan Chelsea dan Arsenal hanya untuk tengok N9 bermain. Walaupun perlawanan langsung tak boleh nak dibandingkan ngan Chelsea, tapi akak tetap tengok dengan semangat hobin jang hobin! Tapi akhirnya akak kecewa bila N9 kasi satu gol kat Tganu. Patut jangan kasi satu pun. Kasi 2 - 0 lebih bagus. Hehe. Akak suka sungguh. Tambah cinta kat Aidil walaupun kasi lepas satu. Nampak makin hensem dia. Hehe. Tahniah N9! Terima kasih Khairudin Hai O kerana bagi jaringan kemenangan dan tengkiu buat penjaga gol Tganu yang buat kesilapan. Lena tidur akak malam ni...

Tapi ada satu yang akak nak share. Masa sebelum perlawanan tu ada kengkawan akak yang kata, tak payah tengok Piala Malaysia ni sebeb gerenti Tganu menang sebab Agong orang Tganu. FAM pun main politik gak. Tuanku Mizan akan pulang semula ke Tganu Disember ni selepas 5 tahun jadi Agong. Jadi kononnya Tganu dijadualkan akan menjuarai piala Malaysia untuk jadi hadiah wat Agong. Apa ke bangang punya tuduhan tu? Inilah mentaliti pembangkang. Kawan akak tu penyokong kuat PKR dulu. Tapi la ni nak sokong DAP lak sebab kecewa tengok prestasi PKR. Melayu tuuu...

Semua perkara depa ni pandang serong. Semua benda yang berlaku kat Malaysiani adalah dibawah kuasa Najib dan BN. Depa lupa qada' dan qadar. Lupa tentang usaha dan jati diri orang lain. Sebab tu akak suka sangat bila N9 menang. N9 membuktikan yang FAM tidak dipolitikkan, pemain bola bebas politik. Memang ini tamparan wat orang2 yang macam kawan akak tu. Padan muka depa. Agaknya apa yang depa nak kata lagi kan? Atau mungkin depa akan kata Najib dah tendang Tuanku Mizan sebab dia bukan Agong lagi 13 Disember ni? Najib yang arahkan FAM untuk pastikan N9 juara sebagai satu simbolik kepada Agong yang akan digantikan? Lantak korangla...Akak tak nak jadi gila sampai camtu sekali. Penyakit yang amat kronik menyerang pembangkang...dulu, kini dan selamanya!!!!

Wednesday 26 October 2011

BOB LOKMAN MELUCAH LAGI

Berderai ketawa penonton dengar lawak lucah penceramah kebanggaan PAS, Bob Lokman. Kalau dulu menjaja cerita lucah dalam seni, sekarang menjaja cerita lucah dalam agama pulak. Akak tak faham kenapa manusia pelawak yang sebegini disanjung bagai nak rak dek orang2 PAS? Agaknya orang PAS memang gila hiburan, tapi nak pergi tengok konsert malu pulak sebab ada janggut sejemput. Nak tak nak depa hiburkan hati dengar cerita lucah Bob Lokman. Rosak jalan ke syurga...

Akak sebenarnya merujuk pada dialog Bob Lokman masa menjawap soalan panel dalam satu majlis 'Belia: Antara seni dan maksiat' di Temerloh tentang penglibatannya sebagai artis sebelum ni. Bob Lokman kata dia bukan tengok batang getah tapi perempuan bergetah yang menimbulkan syahwatnya sebab sebagai pelakon dia banyak bergaul dengan perempuan. Pada akak dah memang hang tu merenyam, miang dan gatal, jangan duk salahkan perempuan pulak. Yang hang pi terjojol bijik mata tengok pompuan tu apasal? Ramai lagi pelakon dan penggiat seni yang profesional. Kalau ada pompuan berbaju singkat taklah dia pandang berkali2 sampai timbul syahwat. Bob Lokman tak payahlah salahkan bidang seni dan orang yang ada di dalamnya. Salahkan diri sendiri, salahkan kelemahan diri untuk mengawal nafsu.

Yang sebenarnya si Bob Lokman ni dah terlalu gatal anak tekak nak bercakap lucah. Tu yang keluar citer pompuan bergetah tu. Banyak lagi kata2 yang lebih sopan untuk dikeluarkan. Apatah lagi dalam majlis ilmu yang dihadiri ramai remaja. Tapi itulah Bob Lokman. Dia masih rindukan dunia hiburan dan kerana itu dia menghiburkan orang PAS dengan cerita lucahnya. Ketawa orang ramai adalah ubat untuk penyakit gila glamornya tu. Nak buat camana, ye tak?

Tuesday 25 October 2011

ELTON JOHN & ANWAR JOHN IBRAHIM: SONGSANG MADE IN MALAYSIA!

Hehehe. Elton John akan dibawa ke Malaysia dan akan membuat persembahan di Genting Highland!  Akak dah tahu dah yang orang PAS akan melalak mintak dibatalkan konsert Elton John tu.  Sebenarnya akak pun bukan minat ngan Elton John, setakat suka dengar lagunya ajelah.  Dan kalau dia datang wat konsert kat Malaysiapun akak tak kisah sebab akak tak akan datang tengok.  

Bila Ketua Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Nasri Nik Malek duk desak kerajaan batalkan konsert Elton John kerana katanya remaja kita akan hancur bila tengok Elton John kat Malaysia, akak nak gelak gak.  Setakat kehadiran sehari Elton John kat Malaysiani, tak kan rosak dan hancur remaja kita.  Selama ni Elton John tak datangpun ramai gak remaja yang songsang kat Pantai Timur tu.  Tak payah susah-susah cakapla, Si Anwar Ibrahim tu lagi bahaya dari Elton John!  Kes liwat 1 dulupun dah membuktikan dia melakukan perbuatan songsang, boleh pulak dia dibiarkan memberi ceramah, berdialog serata Malaysia.  Siap boleh bagi ceramah agama lagi tu.  Lagi rosak budak-budak remaja apabila kita menghalalkan kesongsangan made in Malaysia ni. Cuma bezanya Anwar tak lah kahwin ngan lelaki dan menafikan penglibatannya.  Tapi satu Malaya dah tahu dan percaya.  

Akak tak sokongpun Elton John datang kat Malaysia dan akak lagi tak sokong kalau Anwar Ibrahim dibenar memberikan ceramah terutama yang dihadiri dek remaja-remaja Malaysia!    


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6172-batal-konsert-elton-john-atau-biar-remaja-hancur

HARUN TAIB BUAT LAWAK MURTAD!

Amende lu cerita Datuk?  'Lulus rang murtad di parlimen, bukan di stadium'.  Sekali baca memang nampak betul.  Tapi dua kali baca, rasa macam nak muntah hijau akak.  Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib ni sekadar nak bercakap jer, tak lebih dari itu.  Dia cuma nak perlekehkan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang bantai PAS kerana takut nak tunjuk muka kat HIMPUN haritu.  Akak rasa Datuk Harun Taib ni kena tanya dulu sekutu rapatnya DAP dan PKR kalau depa setuju nak luluskan akta murtad sebelum menyalahkan kerajaan apabila ianya gagal diangkat dan dibentangkan di parlimen.  Dan lebih mudah, ada tak hal-hal berkaitan murtad dan hukum hudud atau janji untuk melaksanakannya sekiranya pakatan memerintah dicatatkan di buku jingga, kitab pakatan rakyat tu?  Ada?  Cer citer.  

Friday 21 October 2011

SABUISME DAN AZIZBARISME YANG MERBAHAYA!

Kelmarin Sabuisme dan kini Azizbarisme!  Pada akak kedua-duanya merbahaya kepada negara.  Seorang menghina pejuang kemerdekaan dan cuba mencipta sejarah baru dan seorang lagi menghina Sultan dan Raja Raja Melayu.  Ke dua-duanya manusia gila yang ingin mencipta sejarah tersendiri.  Itu pendapat akakla.  Bila tengok ke dua-dua isu yang dimainkan, memang tak dapat lari dengan kehendak dan tuntutan kaum Cina DAP.  Akak bukan benci sangat dengan orang Cina tetapi benci dengan sikap segelintir orang Cina yang mendokongi DAP, yang bercita-cita ingin menakluki Tanah Melayu ini.  Dah banyak kali akak cakap, depa ni semua telah menghasut orang-orang Melayu supaya berpecah dan menyokong mereka.  Depa gunakan orang yang berpengaruh, orang yang bijak bercakap macam Mat sabu dan orang yang bijak akademik macam Aziz Bari.  Harini mungkin Mat Sabu dan Aziz Bari tak nampak sebab masih berada di zon selamat, seronok bila ramai yang memuja, ramai yang sokong dan ramai yang sanggup berdemostrasi untuk depa.  Tapi nanti, bila kuasa yang terlepas, nasi akan jadi bubur!  Masatu, kalau menangis air mata darah sekalipun, dah tak berguna.  Bukan setakat Kampung Baru jer rata dikerjakan dek depa, tapi segala kekayaan bumi Tanah Melayu ni akan dibaham bagai tak mahu dek pendatang China ni!  Jangan perasan kaum ni nak berkongsi kekayaan dengan Orang Melayu.  Tengok jer Singapura, macammana nasib Orang Melayu depa.  Segelintir je yang berjaya, lain-lain masuk ke Malaysia dan mencari kehidupan di sini.  Itupun depa ni tak sedar lagi!!!  

Ni akak nak cakap sikit dengan bebudak UIA yang agaknya tengak sibuk berdemo.  Belajar dulu dek oiii.  Kencingpun mak masih basuh, ada hati nak bercakap pasal negara, pasal perlembagaan, pasal undang-undang.  Belajar, pastu kerja dan cari duit dulu.  Sekarangni, duit beli seluar dalampun guna duit PTPTN, lagi mahu cakap besar.