Friday 28 September 2012

GEMPAK GILER: NIK AZIZ LELONG TONGKAT!!

Macam nak tercabut bulu mata akak bila baca yang Nik Aziz umumkan yang dia akan lelong tongkat dia demi untuk mendapatkan dana bagi PRU ke 13.  Pengumuman berkenaan dibuat kira-kira pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.   Sejurus itu Nik Aziz menyerahkan tongkat kesayangan tersebut kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu.  Seterusnya  di SINI.

Kesian betul Nik Aziz.  Sampai macamtu dia sanggup berkorban demi untuk parti.  Betul ker PAS tak ada dana?  Mana orang kaya Husam?  Mana tokeh2 balak, tokeh emas dan lain2?  Tak kan tak ada yang bagi duit kot?  Mustahil sangat.  Merepek betul.

Pandai sungguh Nik Aziz berpolitik.  Dia nak bagitahu yang Pas bukan semewah PKR yang dapat dana juta2 dan dapat pelbagai sponsor dari orang2 kaya yang pemurah dan tidak mengharapkan balasan.  

Atau Nik Aziz nak bagitahu yang tempuh luput dia dah berakhir.  Penyerahan tongkat tu umpama penyerahan kuasa.  Tongkat tu sebagai simbolik jer.....Alhamdulillah.    

NAJIB TAK NAK TAHU KERR???

Ini belanjawan paling menarik untuk diperkatakan dan untuk digunapakai.  Segala-galanya untuk rakyat Malaysia.  Najib tak nak tahu ker?  Inilah yang rakyat nak.  Inilah yang diidamkan oleh rakyat.  Jadi, jika rakyat tertarik dengan belanjawan/ budget ini, sila pilih akak sebagai PM anda!  Serius nie!!

1) Kereta percuma untuk kereta yang pertama (Nilai tidak lebih RM80K), kereta seterusnya diskaun 50% dari harga asal (nilai tahun 2012)
2)  Cukai individu dimansuhkan.  Cukai korporat dikurangkan 50%
3)  Gaji minimum RM3,000 akan ditanggung oleh kerajaan bagi tidak membebankan syarikat swasta.
4)  Rumah percuma untuk rumah yang pertama bagi pekerja yang berusia 28 tahun ke atas dan berkahwin (nilai rumah tidak melebihi RM250K) 
5)  Tol dan parking dihapuskan sama sekali
6)  Tiada had laju dijalanraya.  Tiada saman oleh polis trafik.  
7)  Pendidikan percuma sepanjang hayat
8)  Perubatan percuma sepanjang hayat
9)  Harga makanan dan barang makanan diturunkan 30%
10)  Setiap tahun rakyat Malaysia berhak mendapat percutian percuma ke luar negara sekali setahun (Nilai tidak melebihi RM7K setiap seorang)
11)  Harga rokok diturunkan 50%
12)  Setiap kelahiran anak, seorang ibu akan menerima RM3K dari pihak kerajaan 
13)  Ibu tunggal akan menerima bantuan RM2K sebulan dari pihak kerajaan sehingga beliau berkahwin lain
14)  Semua masjid dan surau akan dinaiktaraf dan akan dipasang aircond untuk keselesaan jemaah
15)  Gaji kakitangan awam akan dinaikkan 50% lagi dan bonus tetap setiap tahun tidak kurang dari 5 bulan.
16)  Wi Fi percuma di seluruh negara.  
17)  Smart phone percuma untuk yang pertama bagi yang berusia 18 tahun ke atas.  (Nilai kurang RM3K)
18)  Astro percuma.  
19)  Elektrik dan air percuma pada kadar bulanan RM300.00.  Selebihnya baru bayar
20)  Perkahwinan pertama akan ditaja oleh kerajaan dengan nilai tidak lebih RM25K

Apa lagi?  Banyak lagi rakyat akan dapat jika beri akak memerintah selama 5 tahun akan datang....!!!   Susah sangat ker nak berjanji dan menawarkan itu dan ini?  Kerja senang beb! 

Thursday 27 September 2012

MENTALITI TERLEBIH SERIUS DR PUAD ZARKASHI

Macam2 cara nak tarik perhatian.  1 October ni akan dianjurkan Hari Leher - V pulak dengan sokongan kuat oleh Paderi Gay Malaysia.  Portal antarabangsa progerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) Gay Star News pada 17 September melaporkan, Hari Kolar-V kebangsaan akan diadakan pada 1 Oktober sebagai respons terhadap dakwaan kerajaan menyokong garis panduan kepada kelompok itu di SINI.

Pada akak, tak payah nak ber'respon' sangatlah dengan perkara2 merepek cam gini.  Orang macam depa nie, lagi ditentang, lagi dia melawan, lagi dia tunjuk dia punya ego.  Lagi pulak ada yang menyokong dan simpati dengan golongan dia orang nie.  Buat tak tahu jer.  Budaya bebudak muda sekarang nie ialah, apa yang ditegah itulah yang wajib dibuat.  Apa yang dilarang, itulah yang perlu dilakukan untuk menjadikan mereka disanjung oleh kengkawan.  Ini budaya pembangkang, budaya yang dibawak oleh orang macam Anwar Ibrahim.  Untuk jadi popular perlu melawan arus, tak kiralah baik atau tidak, halal atau haram.

Tapi akak yakin akan ramailah yang memekak2 marah pasal penganjuran hari leher V Kebangsaan ni.  Dr Puad dah mula membebel dah.  Secara tak langsung ini akan mempromosikan lagi budaya LGBT dan mereka yang terlibat akan semakin berani menampilkan diri. 

Anggap jer lah dia orang nie semua memang suka tinggal kat Malaysia yang aman dan menggembirakan nie.  Setiap hari adalah hari yang menggembirakan bagi rakyat Malaysia.  Sebab itu macam2 hari yang dia orang nak buat dan macam2 penganjuran depa nak buat.  Lagipun orang Malaysia nie kaya2 belaka.  Dah lah kaya, pemurah pulak tu.  Apalah nak dimarahkan sangat restoran yang bagi makanan percuma pada lelaki yang pakai baju kolar V.  Lelaki Y pun orang bagi guna jet secara percuma.  Lagi hebattt!! 

Wednesday 26 September 2012

ZUNAR LANCAR PERANG?

Dengar citer Zunar nak buat karikatur untuk lawan karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW.  Zunar nak lancar perang kat orang Yahudi dan Amerika.  Yer ker?  Hahahaha.  Itu setakat mimpi jer la.  

Kononnya si Zunar ni punya motto ialah 'to fight through cartoon' macam yang dia war2kan kat dalam blog dia di SINI.   Tapi setakat nak fight untuk lawan BN jer la.  Mungkin bagi Zunar menentang BN lebih banyak pahala dan akan dapat masuk syurga dari menentang golongan yang menghina Islam.  Zunar bangga bila karya dia yang memalukan pemimpin dan menghina pemimpin dapat liputan meluas.  Zunar suka jugak bila dia diheret ke mahkamah biar dia nampak hebat.  Tapi setakat hebat tara tu jer la.  Bila orang luar usik Islam, hina Nabi Muhammad SAW, Zunar tak angkat pot pun.  Tak adalah usaha nak kumpulkan para kartunis untuk lawan balik karikatur penghinaan yang dibuat ke atas Nabi Muhammad SAW tu.

Zunar....Zunar....Alahai.....pejuang.....

Wednesday 12 September 2012

ABIL: HEBAT KE DIA? BANYAK LAGI ORANG YANG LEBIH HEBAT DARI DIALA....CUKUPLAH TU!

Hanya kerana dia seorang lelaki, Abil yang berhenti kerja sebab nak jaga isteri dia, Fauziah yang terlantar sakit mendapat liputan meluas.  Semua bersimpati.  Semua nak tolong.  Macam Abil lah satu-satunya insan yang penyayang di bumi Malaysia ni.  Bagaikan tiada lagi pengorbanan yang sehebat Abil.  

Pandang di sekeliling kita.  Berapa ramai isteri yang sanggup berhenti kerja kerana menjaga suami yang sakit dan dalam masa yang sama menyara anak lagi.  Berapa ramai wanita yang menjaga ibu atau bapanya yang sakit terlantar?  Kenapa semua pengorbanan ini tidak mendapat perhatian sebagaimana yang diterima oleh Abil?  Hebat sangat kah seorang lelaki yang menjaga isterinya yang sakit?  

Membaca blog Abil agak meloyakan.  Terasa fake sangat cinta yang didendang.  Cara penulisan dia membuat akak terfikir yang seorang lelaki, seorang suami tidak mungkin menulis seumpama itu untuk bacaan orang lain.  Adalah sesuatu yang aneh sekiranya blog itu ditujukan buat isterinya Fauziah.  Tidak lebih tidak blog yang dibina sekadar untuk meraih simpati, setakat mahu menonjolkan diri sebagai suami dan manusia yang baik dan pastinya bagi mendapatkan bantuan kewangan bagi menyara kehidupan.  

Jika sayang sekalipun bagi akak Abil perlu bekerja.  Kalau semua orang mengambil jalan yang sama macammana?  Isteri sakit suami berhenti.  Suami sakit, isteri berhenti.  Ibu bapa atau anak sakitpun suami dan isteri berhenti kerja.  Orang lain yang akan tanggung kehidupan mereka.  Itu bukan pengorbanan, itu mengorbankan orang lain.  Senang banyak la duduk kat rumah jaga orang yang sakit.  Cer kerja, balik jaga orang sakit.  Barulah pengorbanan dipandang lebih tinggi.  Bukan tak boleh nak upah atau gajikan orang lain.  Paling tidak ianya memberi peluang pekerjaan kepada orang lain jugak. 

Abil popular kerana dia seorang lelaki.  Lelaki dan perempuan merasa kagum kerana sukar bagi seorang lelaki melakukan apa yang dilakukan oleh Abil.  Kalaulah Abil itu seorang perempuan dan yang terlantar itu seorang lelaki....apakah perhatian masyarakat akan sama seperti yang diterima Abil?