Thursday 21 March 2013

ADUH LAAA....ANWAR BERTANDING DI PEKAN!

Tu diaaa!!! Punyalah nak tunjuk 'anu' nya jantan, Anwar akan bertanding kat Pekan lawan Najib!  Anwar malu sebab Hadi Awang berani cakap yang dia nak lawan ngan Najib di Pekan. Jadi tak kanlah, lari dari Permatang Pauh, nak bertanding kat Perak atau Selangor jer. Apa celop bang? Tak kan nak lawan ikan-ikan bilis atau ikan bawal jer. Alang2 kalah biarlah dengan ikan jaws! Tak lah malu sangat masa nak bersara nanti... Hehehuhu

Tapi setahu akak la, si Anwar ni cakap jer besar, tapi sebenarnya goyang. Dia ni sebenarnya Raja Lari. Apa je yang berlaku yang dia rasa akan menyusahkan dia, dia akan lari. Bukan dia nak lawan. Lari ke kedutaan Turki, lari kat belakang Wan Azizah, lari celah kangkang lawyer.

Si Anwar ni, bukan berani tara mana sangat pun. Macam kes saman pasal video terbaru dia lah jugak. Dia berani nak saman Papa Gomopun sebab dia tahu kalau masuk mahkamah nak lawan kes itu pun mesti lepas PRU. So, lepas PRU nanti, dia tarik balik la saman tu. Sekarang sajala nak tunjuk berani untuk saman supaya pencacai dia rasa dia betul2 teraniaya dengan teknologi magik yang digunakan oleh pakar IT Umno. Itupun tak pasti lagi, dia betul2 saman ke atau main acah2 jer....

P/s:  Akak harap, biarlah Anwar saman Papa Gomo sebab kalau dia saman barulah video terbaru keluar. Tapi kalau Anwar tak saman, video tu Papa Gomo jer la yang tengok....

Monday 11 March 2013

BAPAK SAIFUL MASUK KEADILAN LA PULAKKK...

Kecohla lu Lan. Anak lu kena liwat, lu pulak jadi glemer semacam. Kalau nak menegakkan keadilan sekalipun, tak payahla nak join parti yang ada nama 'keadilan' pulak. Nampak sangatla tak betulnya. Kalau dah tahu dari dulu semuatu konspirasi, apasal dari dulu tak nak cerita. Ni dah dekat sangat nak pilihanraya, ko tetiba plak kata konspirasi. Lawak la ko ni. Siapa yang berkonspirasipun akak tak pasti la.

***********************************

Bapa Saiful Bukhari sertai KEADILAN

(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 11 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.

Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.
Saiful“Saya dah lama menyokong perjuangan KEADILAN, sejak 1998. Tetapi sebagai penyokong akar umbi.

“Saya mengikuti dengan penuh minat perjuangan KEADILAN. Saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum KEADILAN.

“Saya juga mendoakan semoga KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan yang cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita.

Kata Azlan, sebagai rakyat Malaysia, beliau berhak membuat keputusan untuk dirinya sendiri.

Justeru katanya, tindakan beliau menyertai KEADILAN dibuat selepas membuat pertimbangan munasabah.
“Saya dah fikir sedalam-dalamnya berhubung implikasi. Kita kena fikir secara profesional dalam hal ini. Penyertaan saya dalam sebuah parti politik tidak ada kena mengena dengan kes mahkamah.

“Saya mempunyai prinsip jelas. Saya serah kepada tuan-tuan dalam kenyataan saya pada 8 Mac.
“Ini penyertaan saya dalam parti politik yang kebetulan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar. Kalau saya sertai parti sebelah sana, tentu tak timbul isu,” sinisnya merujuk dakwaan pihak tertentu mengatakan beliau dibiayai.

Monday 4 March 2013

INSPEKTOR WANITA JADI TEBUSAN LANUN SULU!

Melampau betul dah lanun Sulu nie semua. Memang patut dah lama kita tembak je! Terbaru diberitakan seorang pegawai polis wanita menjadi tebusan di Semporna. Tak tahu dah berapa orang yang si lanun nie jadikan tebusan. Kurang ajar betul! 

****************************************************

Saya juga baru menerima maklumat seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor menjadi tebusan penceroboh tentera Sulu di Semporna
by BORHAN ABU SAMAH 9:04 AM (utusan online)