Wednesday 30 November 2011

MUHYIDDIN YASSIN MEMALUKAN!! TAK LAYAK JADI PM!!

Teruk betul ucapan TS Muhyiddin Yassin!  Memalukan dan memualkan.  Mana hati tak bernanah bila TS Muhyiddin kata DAP memberi definisi kepada Islam  yang dianuti PAS, PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka, PAS tidak mampu menyediakan air bersih kepada rakyat Kelantan lagi mahu cakap nak buat Negara Kebajikan. Semua yang buruk-buruk pasal PAS.  Mana hati tak sakit, mana mulut nak tahan dari meluahkan kemarahan.  Dan salah seorang yang tak mampu nak tahan perasaan bengangnya ialah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.  Salahudin menyifatkan ucapan TS Muhyiddin memalukan dirinya kerana membidas DAP, PKR dan PAS malah tidak layak diucapkan oleh bakal Perdana Menteri.  Baca SINI

Sebenarnya bagi akak, tahap pemikiran Salahudin sama dengan tahap pemikiran PAS dan pakatan yang lain sebab depa hanya nampak apa yang depa nak nampak jer.  Depa terasa bila TS Muhyiddin Yassin duk telanjangkan penipuan dan kehodohan sikap parti depa.  Depa nampak teks yang itu jer la.  Padahal ada banyak lagi perkara yang disentuh oleh TS Muhyiddin.  Kalau Salahudin kata TPM tak cakap pasal gagasan dan wawasan pembangunan negara, dia memang SALAH.  Salahudin Salah!  Bacala balik teks TPM!

TS Muhyiddin menyentuh penubuhan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera dan TERAJU, tentang Program Transformasi Ekonomi Bumiputera, tentang penubuhan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera bagi membantu anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan, tentang komitednya kerajaan membantu sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dan lain-lain yang sepatutnya si Salahudin ni baca dan ambik tahu!  

Dan untuk cakap pasal gagasan dan pembangunan negara, Salahudin boleh jengah balik Belanjawan 2012 yang dibentangkan.  TPM nak cakap balik semua gagasan tu kat Perhimpunan Agung UMNO buat apa sebab semua para perwakilan dah tahu, dah jelas tentang gagasan dan pembangunan negara.  Yang masih belum jelas ialah orang-orang macam Salahudin. 

Entahlah labu!  Tapi akak suka pantun 4 kerat TPM hari tu tentang PKR.  Untuk ingatan akak letakkan balik kat bawah:-

Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu,
PKR umpama golok kayu,
Tetak tak lut gadai tak laku.

Kalau boleh akak nak bagi gak pantun 4 kerat kat Salahudin.  Dengar ye encik Salahudin....

 Encik Salah memakai coli,
 Coli dibuat dari perca,
Air pun ada E.coli,
Apa cer?

Sila jawap ya encik Salahudin......hehehe

       

APA KE JADAH KJ MENYOKONG ANWAR DAN PR NI?????

Khairy Jamaluddin memang dah sekian lama dicurigai. Nampak sangat dia cuba berada dalam zon selamat. Kalau nanti PR ditakdirkan memerintah, si kitol ini berharap dia bakal diserapkan dalam barisan kepimpinan PR pulak. Sebab tu dia banyak jugak menyokong tindakan PR.

Dan sekarang dia berterus terang menyatakan yang dia pun setuju dan amat berharap supaya sekatan ke atas protes jalanan dalam rang undang undang perhimpunan aman dapat dipinda. Dan itulah jugak yang diminta dek Anwar dan pembangkang yang berjiwa jalanan ni. Kononnya itulah yang diperlukan oleh anak muda macam dia. Akak pun teringat si KJ ni masa mengetuai patriot melawan bershit 2.0. Bila nak kena sembur lari lintang pukang mamatni. Rupanya dia bukan sangat nak berbaju merah, tapi saja-saja suka nak berarak dijalanraya. Nak lepas gian sebab itu jiwa dia. Jiwa yang sama dengan Anwar, orang yang menjadi idola si kitol ni.

Patutnya KJ keluar je dewan cam pembangkang lain semalam untuk tunjukkan protes. Tapi dia tetap angkat tangan, tetap undi, tetap memperlihatkan ke'biawak'kannya. Keluar dewan kata nak pinda pulak. Memang serupa lidah biawak! Macam ni, masih nak kekalkan dia jadi ketua pemuda ke?

http://www.malaysiakini.com/news/182743

Tuesday 29 November 2011

NGERI!! NAJIB PERLU LETAK JAWATAN!!

Menakutkan!  Betul-betul mencemaskan!  Keadaan kelam kabut dan tidak menetu.  Itulah yang berlaku di di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur. Seramai 200 orang berhimpun sebagai bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.  Mereka akan berarak menuju je parlimen dan menyertai pulak kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.  Ha?  200 jer?  Rakyat Malaysia 28 juta.  Bantahan oleh 200 orang jer nak kecoh?  Apa ada hal!  Depa ingat, depa tu laywer, depa berkuasa menentukan hala tuju negara?  Depa tu bijak sangat ke?  Setakat menghafal fakta, menghafal kes dan akta bolehla.  Ini bukan zaman P Ramlee yang mak mertuanya mencari menantu doktor atau laywer.    Piraaahhh!  Woi, tu banyak kes yang hangpa duk tangguh sebab tak sempat nak kaji kes.  Jangan sibuk nak berhimpun, nak berjalan kaki.  Baca dan teliti kes hangpa tu dulu sebelum nak selesaikan kes orang lain.  Klien bayar korang untuk menang kes dalam mahkamah, bukan untuk menangkan Ambiga, Anwar!  Ker depa bayaq hangpa lebih kot????
_______________________________________________________________________
Mkini
200 peguam, orang ramai berhimpun bantah akta
GALERI FOTO
Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
NONEPerarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
LAPORAN LANGSUNG
11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini.

Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu.
11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat.”
NONEMenurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna.

Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan ‘boo’ para hadirin.

"Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?”
"Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM.”
11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.

NONE11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.
11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.

Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.
NONE11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.

11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.
11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.

"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara.”
NONE11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa.”

Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.

11:05am:
Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.
11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.
11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.
NONE11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.

10:56am:
Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.

10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.

10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.
NONE10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.
10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.
10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.

Saturday 26 November 2011

VIRUS UMNO???

Akak nak tergelak ada, nak sedih pun ada. Virus UMNO dah menyerang orang kuat pendek PKR, si Sam Ketot tu. Itulah tuduhan terbaru pengikut PKR yang kecewa dengan tindakan Ketua AMK, Shamsul Iskandar aka Sam Ketot yang meroyan di Johor semalam. Sam Ketot nak jadikan Bershit 3.0 sebagai platform untuk membebaskan Anwar yang dirasakannya pasti masuk ke penjara. Si Sam Ketot berharap dia akan mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan, sebaliknya dia hampir dihumban ke longkang. Kesian sungguh.

Memang ramai yang marah dengan Sam yang memalukan kaum PKR. Banyak blok PR yang mengutuk keras budak Shamsul ni. Antaranya Ameno World yang meletakkan tajuk: Ketua AMK disaran masuk longkang. Blog Anak Sungai Derhaka: PM Melayu, strategi bodoh Shamsul Iskandar.

Kesian betul dia. Cuma akak tak paham bila ada yang kata Sam kena virus UMNO. Tang mana virus tu akakpun tak tahu. Tak pernah pulak UMNO duk ajak orang berdemo. UMNO tak pulak terfikir nak pinda undang2 untuk membolehkan bukan Melayu jadi PM. Tak payahla nak kata virus membodek sebab tahap bodek Sam Ketot langsung tak ada kelasss.

Dan akak tertarik bila orang PKR sendiri cakap depa tak akan mati kalau Anwar masuk penjara. Hahaha. Yang akan mati, si Anwar sendiri. Kerjaya politik dia akan mati bila dia masuk ke penjara. Tak ada sapa nak memperjuangkan Anwar lagi. Anwar semakin bersendirian. Sebab itu Anwar terpaksa jilat Karpal dan Guan Eng!

Moga Anwar dan kaum PKR yang lain bermuhasabah diri sempena tahun baru Maal Hijrah. Buat azam baru dan kembalilah ke jalan yang benar...Aminnnn

Friday 25 November 2011

BODEK SAM KETOT TAHAP BODEK LEMBU PENDEK!!!

Pemimpin PKR nampaknya cukup bimbang dengan pengaruh DAP dalam pergerakan mereka. Memang nampak sangat ahli2 PKR dilihat lebih banyak mengikut ideologi DAP. Mereka lupa tentang asas penubuhan parti Keadilan dulu adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim, ingin menuntut keadilan buat Anwar. Bukan untuk adil dalam parti, apalagi adil dalam memerintah. Semuanya tidak ada di dalam kamus parti Keadilan sebenarnya.

Sebab itu awal-awal lagi Azmin dah bagi peringat kat ahli PKR yang mereka perlu berjuang supaya Anwar dibebaskan dan mesti jadi Perdana Menteri yang ke 7. Dan rupa-rupanya Anwar pun bimbang jugak yang Guan Eng akan jadi PM atau malaun lain dari DAP. Sebab tu Sam Ketot dalam ucapan dasarnya di Kongres Angkatan Muda PKR mendesak kerajaan untuk membuat pindaan undang2 untuk membolehkan kaum Melayu sahaja menjadi Perdana Menteri. Depa bimbang kalau PR menang, orang DAP boleh dan akan jadi PM. Jadi semangat dan matlamat asal Parti Keadilan tidak kesampaian. Perjuangan mereka dipergunakan oleh DAP.

Akak tak pasti apa respon DAP dalam soal ini. Kalau PAS mungkin depa pun setuju jugak. Cuma akak yakin yang PAS tak berkenan untuk pilih si peliwat tegar sebagai PM. Cuba baca Harakahdaily Online harini. Depa sikitpun tak bagi ulasan ataupun menonjolkan cerita tentang ucapan Azmin yang nak jadikan Anwar sebagai PM ke-7. Yang depa cerita pasal isu 'Anak Muda Diiktiraf Peneraju Demokrasi Tulen'.

Dan akakpun nak gelak jugak dengan tahap bodek si Sam Ketot. Memang tahap bodek lembu pendek. Dia cakap kalau Anwar dipenjara, dia akan gerakkan jenteranya untuk buat perhimpunan Bersih 3.0! Kalau sebelumni perhimpunan haram Bershit hanyalah memberi tumpuan pada pilihanraya yang bersih dan adil. PAS pun dah tekankan jugak untuk buat Bershit 3.0 untuk tujuan mendesak kerajaan menerima dan melaksana 8 tuntutan Bershit 2.0 dulu. Tang mana pulak nak selit hal2 berkaitan moral si Anwar?

Tak apalah, nanti kalau Anwar jadi PM bolehlah Azmin dan Sam Ketot jadi menteri. Menteri apa agaknya ya?

CINTA AZMIN ALI MASIH UTUH!

Pehhh!  Akak kagum dengan cinta Azmin terhadap Anwar.  Walaupun telah sekian lama memadu kasih, walaupun dilanda badai dan sekalipun banyak kecurangan yang dilakukan oleh Anwar, cinta dan kasih Azmin tetap kepada Anwar.  Anwar terus di hati.  Anwar terus diperjuangkan untuk menjadi Perdana Menteri ke 7!  Azmin tidak rela melihat Anwar merengkok di penjara.  Azmin tidak sanggup cinta Anwar beraleh lagi kepada rakan sepenjaranya nanti.  Cuma akak tidak pasti apakah kehebatan cinta Azmin itu berbaloi dan dibalas oleh Anwar?  

"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim"  kata Azmin bersemangat di ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini. 

Apa kata Kak Wan? 

Wednesday 23 November 2011

MUKA KHALID IBRAHIM BERBIRAT LAGI!!

Wah hebat Tuan Guru Nik Aziz!  Naik berbirat muka Khalid Ibrahim bila Nik Aziz yang dah berpengalaman selama 20 tahun memerintah Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan pusat. Lim Guan Eng pun masih tunggu dan lihat.  Tapi Nik Aziz berani.  Kenapa berani?  Sebab diapun bimbang tunggu lama-lama, takut tak dan.  Hehehe. Apa-apapun akak tabik Tuan Guru!

http://www.malaysiakini.com/news/182177

HARIMAU MUDA MENGECEWAKAN!!!!

Harimau Muda dah bunuh 2 orang dan mencederakan ramai lagi penonton Indonesia!  Kejam sungguh!  Dan kekejaman itu menjalar ke Malaysia.  Harimau Muda bukan setakat bunuh 2 orang tetapi berpuluh orang!!  Akak pun tak berapa pasti jumlahnya tetapi itulah hakikat sebenar yang membuat ramai orang yang kecewa dengan Harimau Muda Malaya ni!

59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa yang dimenangi oleh kontingen Malaysia tidak dapat menandingi satu pingat emas yang dimenangi oleh bolasepak.  Betul cakap-cakap orang bahawa kemenangan Harimau Malaya ke atas pasukan Garuda, Indonesia umpama memenangi Sukan Sea 2011 secara keseluruhannya.  Padahal ianya cuma 1 pingat emas dari 59 pingat emas yang dimenangi Malaysia.  Liputan meluas, layanan dan sambutan keterlaluan kepada pasuan Harimau Malaysa sebenarnya telah membunuh semangat pemenang pingat emas lain-lain acara!

Nama Baddrol Bakhtiar, kapten skuad Harimau Muda yang menjaringkan gol kemenangan bagi mengutip emas, lebih menonjol daripada Adrian Ang yang menyumbang 4 emas, Fatehah Mustapa yang meraih 3 emas, Phillipa, Aaliyah Yoong Hanifah dan nama-nama lain yang turut menyumbang emas kepada negara.  Liputan media seolah tidak mampu berlaku adil terhadap pemenang-pemenang lain apabila gambar, catatan, ulasan TV dan promosi perlawanan bolasepak terlalu menonjol.  Pembaca berita di TV3 juga memakai baju kuning semasa menyampaikan berita sebagai tanda sokongan dan promosi kepada Harimau Muda.  Lapangan Seri pentas juga dibuka bagi menonton perlawanan Harimau Muda.  Pasukan Harimau Muda pulang dengan jet dan disambut meriah di LCCT.  Yang lain??

Tapi akak tak nafikan, akakpun cuma menonton tiga perlawanan akhir yang melibatkan Harimau Muda.  Lain-lain acara tak pulak menarik minat akak untuk menonton.  Memang betul, bolasepak adalah 'ibu segala emas'.  Tapi perlukah liputan yang tidak begitu adil kepada lain-lain acara?  Apakah perasaan pemenang pingat emas yang lain, keluarga mereka, jurulatih mereka?  Dan mungkinkah di Myanmar nanti akan berlaku sesuatu yang diluar jangka:  Malaysia cuma memenangi 1 pingat emas untuk acara bolasepak.  Lain-lain acara tiada pingat kerana semangat kontigen yang lain telah mati di tahun 2011 di Indonesia.....Atau mungkin ini hanya ilusi akak semata-mata.

Malam tadi mimpi Khairul Fahmi datang ajak akak dating....

 
   

Tuesday 22 November 2011

LAWAK KLASIK PAS! KELAKAR SIOT!

Dulu aruah mak akak pernah bagi peribahasa untuk orang yang penakut: Cakap berdegar-degar, tahi sangkut kat gelegar. Maksudnya orang yang penakutni memang suka cakap besar. Konon tak takut rimau, tak takut hantu. Tapi bila malam nak buang air takut nak keluar rumah. Orang dulu2 mana ada toilet dalam rumah. So, sebab penakut punya hal, dia pun berak dari dalam rumah je. Tu yang tersangkut kat gelegar. Nak tahu apa makna gelegar, pi la cari sendiri dalam kamus.

Akak sebenarnya nak bebel pasal orang PAS. Orang PAS ni, kalu bercakap hal hudud macam dia sanggup mati syahid untuk pertahankan hudud. Bila cakap pasal nak membenteras maksiat, macam sanggup bergolok bergadai, berdemostrasi bagai. Tapi bila kena sergah sikit dah kecut mecut anu dia. Dulu masa diberitakan Elton John nak datang wat persembahan, PAS punya suara macam nak runtuh langitni. Macam kalau Elton John datang semalam kat Malaysiani, bakal rosak akhlak semua anak muda. Akan bertambah bilangan gay kat Malaysia. Jadi PAS membantah dan hantar memo kat segala menteri untuk batalkan pertunjukkan Elton John yang digelar Raja Gay. Tak cukup dengan itu depa nak buat demontrasi besar-besaran, nak bakar dan pijak gambar Elton John di hari pertunjukkan tu nanti. Punyala berapi2 marah dan nak tunjuk teror kat pengundi Melayu dan Islam. Nampak PAS ni memang bawa pengundi ke syurga lah.

Tapi itu dulu, sebelum disergah dek Anwar dan Ambiga yang memperjuangkan seksualiti merdeka, yang cuba nak menghalalkan perlakuan gay atas prinsip kebebasan dan hak asasi. Dan orang-orang PAS baru perasan yang manusia gay ramai penyokong PKR kerana ketuanya idola masyarakat gay di Malaysia. Nak tak nak terpaksalah tutup mata dan pekakkan telinga. Tapi malu punya pasal ketua pemuda PAS negeri Pahang, Shahril Azman Abdul Halim terpaksa memberi alasan kenapa demontrasi bantahan terhadap Elton John yang akan dibuat hari ini dibatalkan. Katanya pemuda PAS sibuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihanraya umum. Bila ek PRU 13? Minggu depan ke? Sampai pemuda PAS tak ada masa barang sejam dua untuk buat demontrasi? Lawak kan? Itulah lawak tahap-tahap Bob Lokman. Tak sia-sia belajar dari Bob Lokman. Hahaha

Akak bukan galakkan orang buat demo, tapi akak rasa kelakar giler bila orang PAS sanggup ketepikan prinsip hanya untuk menjaga undi. Sanggup diperbodohkan oleh PKR dan DAP. Kesian pengikut PAS dan malang untuk orang Islam yang percaya bahawa PAS akan bawa mereka ke syurga....



http://m.malaysiakini.com/news/182042

PUAKA BAKAL MERACAU DI UNIVERSITI!! TONY PUA PUNCA HISTERIA??

Akak rasa mesti Tony Pua(ka) bakal meracau di universiti.  Dia akan menjadi puaka yang bakal merasuk pelajar universiti supaya menjadi histeria.  Segalanya berpunca dari perancangan untuk membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di universiti tempatan!  

Memang sakit hati betul Tony Pua(ka).  Penat dia duk mintak bantuan model cantik PKR Nurul Izzah untuk jadi duta barangan KR1M.  Buat press conference lagi untuk menghina dan mengutuk produk KR1M.  Tup tup Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terbuka hati untuk membuka kedai KR1M di Universiti. Pun ianya dibuat setelah berbincang dengan pihak pelajar sendiri yang melihat manfaat yang akan diperolehi. 

Memanglah hangin satu bandan.  Akak percaya Tony Pua(ka) dan modelnya Nurul Izzah akan melancarkan demo di Universiti untuk menolak pembukaan KR1M ni.  Dan tak lama lagi akan ada mahasiswa hingusan yang akan mengangkat sepanduk, kain rentang dengan tulisan 'Kami Tak mahu KR1M' atau 'KR1M' kini bakal membunuh pelajar Universiti pula' dan pelbagai lagi yang bakal disiarkan secara langsung di TV Selangor dan ulasannya akan dapat dibaca di MKini, Harakah dan lain-lain akhbar pro pakatan.   

Kalau si Puaka tu bertindak emosional begitu akak faham sebab ramai kaumnya yang terjejas dengan pembukaan KR1M.  Tapi yang si Nurul Izzah turut sama tu apa ke jadahnya?  Ke Nurul Izzah lakukan demi untuk bapa kesayangannya yang terperangkap dengan budi kaum DAPig?  Entahlah.  Cuma akak harap biarlah KR1M tu dibuka cepat, biar Tony Pua dan sekutunya sedar diri sikit.  Depa ingat cuma kaum depa je yang pandai berniaga.  Kaum depa je yang pegang ekonomi Malaysia dan sebab itu depa nak kaum lain ikut je apa depa cakap.  KR1M depa kondem,  FELDA, NFC semua depa kutuk dan cuba musnahkan.  Banyak cantik!   



Monday 21 November 2011

PAS: BUKAN SETAKAT AIR TERCEMAR, BUDI BAHASA PUN TERCEMAR JUGAK

Dari kecik lagi kita dah diajar untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap pemberian biarpun pemberian itu hanya bernilai lima sen, ataupun pemberian yang tiada sebarang nilai seperti tolong membantu mengambil barang jatuh.  Pun kepada posmen yang memang kerja dia menghantar surat, jika dia datang memberi surat kepada kita, kita akan mengucapkan terima kasih.  Itu budaya semua kaum dan agama serta amalannya di dalam Islam amat dituntut.

Tapi apa yang berlaku hari ini, PAS yang kononnya memperjuangkan Islam telah mengajar budak-budak untuk tidak mengucapkan terima kasih, mengajar ibu dan bapa untuk mengenepikan rasa kesyukuran hanya kerana pemberian yang sedikit!!!  Wang RM100 kepada setiap pelajar sekolah dianggap sebagai duit 'celah gigi' dan dikatakan hanya bernilai kurang 50 sen untuk setiap hari persekolahan bagi setiap pelajar.  Orang-orang PAS diajar untuk 'berkira', diajar untuk mengucapkan terima kasih hanya untuk sesuatu yang besar nilainya.  

Akak amat terperanjat dan kesal dengan sikap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang merasakan pemberian RM100 kepada pelajar hanya menyusahkan ibu dan bapa untuk datang dan mengambil duit itu ke sekolah.   Maknanya RM100 itu tidak bernilai bagi dia.  Hebat dan kaya sungguh Ustaz Idris ni.  Cuma pada akak kalau setakat kaya harta dan wang ringgit, tak ada maknanya kalau miskin budi bahasa.  Dalam kes ini, budi bahasa manusia yag bergelar Ustaz ini larut dalam air yang tercemar di Kelantan.  Langsung tak ada budi bahasa.  Dah la air tercemar, budi bahasa pun tercemar jugak! 

Baca di SINI  dan di SINI

 

Sunday 20 November 2011

KHALID GAGAP TAK SANGKA LIM GUAN ENG MEMALUKANNYA!

Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor sehingga Jun 2012, Lim Guan Eng dengan pantas menafikan bahawa Pulau Pinang akan mengambil tindakan yang sama sebelum berbincang dengan rakan pakatan yang lain. Memang Khalid gagap terkedu dan amat malu kerana disindir seolah2 membuat kepututusan sendiri tanpa merujuk kepada rakan pakatan yang lain. Macam negeri Selangor adalah milik mutlak Khalid gagap. Tidak ada semangat setiakawan. Memang patutlah pemimpin PKR lain dah jelak dan menyampah sangat dengan Khalid yang memerintah Selangor sesuka hati mak bapak dia. Memang usia Khalid Gagap sebagai MB akan berakhir tak lama lagi. Memang itu yang akak tunggu. Tapi si Lim Guan Eng tu pun macam bagus2 jugak. Dia sengaja nak malukan Khalid Ibrahim dan dalam masa yang sama nak bagitahu semua orang bahawa dia seorang ketua yang suka berbincang, seorang ketua yang menghormati rakan, seorang ketua yang berpandangan jauh, tidak mudah melatah dan dan pastinya tidak gagap! Pirahhhh!!!

http://m.malaysiakini.com/news/181897

Saturday 19 November 2011

ANWAR BELA ANJING?

Memang Anwar cukup terdesak. Pelbagai cara digunakan untuk cuba mempengaruhi rakyat supaya tidak mudah percaya kepada bekas-bekas rakan baiknya sewaktu ketika dulu. Setelah kemaluannya dipertontonkan oleh Eskay, Anwar semakin dihimpit ketakutan jika banyak lagi salahlakunya bakal didedahkan. Untuk menutup sebahagian dari mulut2 bekas rakan baiknya, Anwar tidak teragak2 mengupah Syed Husin Ali yang dilabelkan Zulkifli Noordin sebagai anjing pencen untuk melahirkan sebuah buku memoir. Di dalamnya terdapat tuduhan terhadap Zulkifli Noordin yang meminta RM60k bagi mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya untuk memberi laluan kepada Anwar yang baru keluar dari penjara.

Bila kali pertama pendedahan itu dibuat oleh MKini, akak langsung tak percaya. Dan akak hairan bilamana membaca komen penyokong tegar Anwar betapa mereka merasakan bahawa tulisan Syed Husin itu memang sahih. Padahal sesiapa saja boleh menulis buku dan membuat cerita palsu. Kenapa harus percaya dengan Syed Husin yang dilebel oleh PAS sebagai anak kominis tu? Syed Husin barangkali perlu melakukan sesuatu untuk dirinya sendiri kerana sebelum ini dia langsung tidak bersinar walau diposisi mana dia berada. Seorang tua yang di penghujung usianya terasa amat ingin diberi perhatian. Kasihan sungguh...

Baca seterusnya tulisan Zul Kulim yang pedas berapi...

http://zul4kulim.blogspot.com/2011/11/anjing-anjing-pencen.html

Friday 18 November 2011

BENGONG TAHAP AYAM!!

Bengong.  Inilah calon YB pilihan PAS untuk PRU ke 13 yang kononnya akan bertanding di Perak.  Bakal Menteri Penerangan menggantikan Rais Yatim, calon yang dikatakan menjadi pilihan Nik Aziz.  Ye ke?  Kepada penyokong PAS tegar, tolonglah jangan undi ustaz ni.  Nak tahu sapa?  Orangtu namanya Ustaz Idris Hj Ahmad yang sekarang ni adalah AJK PAS pusat.  

Dengan penuh yakin Ustaz Idris Hj Ahmad menayangkan kehebatannya dalam bidang matematik.  Akak rasa kalau dia salah seorang yang amik peperiksaan UPSR hari tu, mesti ustaz ni akan dapat A dalam matematik.  Confirm!  Tapi tahap UPSR je la.  Kata Ustaz Idris, wang RM250 juta yang diberikan kepada NFC lebih baik diberikan kepada 62,500 keluarga miskin UMNO dengan memberikan mereka 2 ekor lembu yang berharga RM2,000 setiap seekor.  Memang nampak betul.  RM2,000 X dengan 2 ekor X dengan 62,500 keluarga jawapannya RM250 juta.  Sila beri tepukan gemuruh buat Ustaz Idris!!!!! 

Memang di mata kasar, tindakan bagi duit RM4,000 atau lembu 2 ekor kepada satu keluarga nampak macam bagus.  Memang ikut model sebuah negara kebajikan.  Tapi selepas tu apa?  Kalau tahun tu jugak raya korban, keluarga tu jual sekor, sembelih sekor untuk korban, yang dapat hanya RM2,000.  RM2,000 tu pulak beli barang dapur, baju raya, kuih raya, langsir dan seagainya, maka duit tu semua akan habis.  Tahun depan kerajaan yang bermotifkan kebajikan akan bagi lagi RM250 juta kepada keluarga yang sama.  Dan proses yang sama akan berulang.  Kalau keluarga tu sanggup bersabar sikit, tunggulah lembu tu beranak.  Tapi bukan mudah jugak nak jaga lembu bunting, nak beranakkan dia.  Kena juga ada bantuan khidmat nasihat dari pegawai veterinar dan untuk bantu 62,500 keluarga untuk memberanakkan lembu, akak rasa memang tak masuk akal.  Lepas tu, lembu-lembu sebanyak 125,000 ekor tu pulak akan mulalah berkeliaran sampai atas jalanraya.  Dan banyaklah kemalangan yang berlaku.  Tak kan setiap keluarga nak bina kandang untuk 2 ekor lembu kot.  Kos lagi tu.  Akai ada ka?   

Tak mungkin kerajaan sebengong Ustaz Idris Hj Ahmad.  Dengan projek NFC, ianya memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat bukan setakat setahun dua, tapi berpuluh tahun.  NFC akan bagi latihan kepada penternak lain untuk meningkatkan pendapatan.  Beri peluang perniagaan lagi kepada sektor sokongan selain daripada mengurangkan import daging.  Memanglah projek besar seperti itu tak boleh dinilai dalam dua tiga tahun.   Kena bagi masa.  

Kalau macamnilah konsep negara kebajikan Pakatan Rakyat, yang kerjanya nak memberi je asal rakyat undi PR, memang tak sampai tahun 2015 dah bangkrap dah Malaysia ni.  Takut betul akak ngan cara pemikiran depa ni. 

Thursday 17 November 2011

KHALID GAGAP TAK GAGAP LAGI...

Kalini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tak gagap lagi. Dia betul2 yakin dan dengan kata2 yang teratur dia mengumumkan yang kerajaan Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor sehingga Jun 2012. Alasannya sebab dia nak menunaikan janjinya pada rakyat Selangor. Selamani agaknya memang banyak janji yang dibuat tapi tak dilaksanakan. Jadi bila pilihanraya nak sampai barulah Khalid terkincit2 nak memenangi hati rakyat Selangor.

Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang dibentangkan minggu lepas memperuntukkan RM1.6 billion iaitu kenaikan sebanyak 11.89% berbanding RM1.430 billion pada 2011. Jadi Khalid nak lah tabur kat rakyat untuk pujuk hati rakyat Selangor yang dah menyampah giler ngan PR. Orang Islam pun masih tak boleh lupa lagi kes MB Selangor yang duk sokong gereja dalam isu murtad. Masih basah kat ingatan, masih berdarah kat hati.

Memang PR cukup takut kalau PRU 13 dibuat lebih awal. Tu sebab depa buat macam2 helah untuk tangguh. Buat Bershit 2.0, biar rakyat kecoh sikit. Dan usaha depa memang berbaloi sebab DS Najib yang terlalu prihatin telah setuju pulak untuk buat penambahbaikan pilihanraya. Dalam hal ni akak kagum ngan Nik Aziz yang menerajui Kelantan. Dia betul2 jantan bila tak pernah kisah bila pilihanraya dibuat. Tapi Khalid macam jantan yang tak bertelor. Telornya naik ke kerongkong. Tu yang tak habis2 nak gagap.

Pada akak, tak kisahlah esok atau bulan 6 tahun depan pilihanraya. Akak tetap yakin yang BN akan menang di Selangor!

ANWAR MELACUR DI JOHOR PULAK DAH.....

Puas melacurkan Selangor, sekarang Anwar cuba melacurkan Johor pulak.  Anwar dengan angkuhnya menyatakan yang PR akan dapat menawan Johor pada PRU ke 13 nanti.  Akak tertanya-tanya dalam hati, ye ke rakyat Johor suka dengan Anwar dan PR ni?  Dah sembuh ke luka di hati rakyat Johor bilamana Lim Guan Eng menuduh Johor sebagai negeri yang tak selamat?  Apakah dapat perkenan dari Sultan Johor yang murka dengan kebiDAPan Lim Guan Eng?    

Kerana semangat nak tawan Johor, maka PKR buat kongres nasional - kali kelapan di Johor Baru pada 25 hingga 27 November ini.   BACA SINI

Dah lah Anwar, tak payah berangan nak tawan Johor.  Tumpukan dulu kes liwat dan kes laporan palsu tu.  Lepastu cuba jawap bagi pihak Nurul Izzah, betul ke dia ada bejuta-juta duit simpanan kat Israel? 

LEMBU ISRAEL YANG CANTIK.....!

Wah!  Citer betul ke tak betul ni?  Israel bela lembu?  Biar betik?  Lembu mana?  Apa nama?  Hehehe.  Lembu dari Malaysia beb.  Cantik.  Selalu kita ingat lembu yang cantik-cantikni semua mari dari luar negara.  Lembu NFC pun diimport dari luar negara, tapi lembu Israel ada kat Malaysia weh.  Hebat tak hebat.  Cuma lembu Israel yang cantik tu aje ada kat Malaysia.  Susu dan dagingnya ada kat Israel.  Tahinya pulak dilempar kat orang Palestine. 

Akakpun tak tahu cerita yang dikeluarkan ini betul atau tak, tapi memang tak mustahil berlaku.  Nurul Izzah, duta produk KR1M, ada akaun di Israel.  Bukan ribu-ribu, tapi puluh-puluh juta.  Soalan pertama, mana dia dapat duit yang banyak cam gitu?  Soalan ke dua, nape dia simpan kat Israel?  Akak tak sabar nak dengar penjelasan dari mulut comel Nurul Izzah.  Akak pun dah bosan dengan citer bapak Nurul Izzah.  Kalau betul, mesti itu duit dari bapak dia.  Soalan lain pulak, nape bapak dia tak letak aje nama Kak Wan, nape mesti nama Nurul Izzah??  Mesti tak berani kan?  Nape tak berani?  Entah.....  banyak sangat kes 'liwati' kot, nanti Kak Wan lari, naya la bang Nuar!   



 -----------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, November 16, 2011


Wah Nurul Izzah ada akaun di Israel?



posting dari bugati veyron


HUIIYOOOOO..TGK..!!! ANAK SAPA NI??... NI LA AKAUN ANAK NUAR LAKI JIJAH MADUNYA AZMIN NIH..!!!.. KAYA..!!! JUTA, JUTA, JUTA...BANK ISRAEL..???..HAH..ISRAEL..ISRAEL..ISRAEL..!!!!...


AKAUN MILIK NURUL IZZAH DI ISRAEL.


Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)... 3 years
Account No : C-719-418-210 (M)
Amount : USD 13,000,000.00
Date of opening account : 17/06/96
Date of Maturity : 17/06/99

8. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99

9. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02

10. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
1 years
Account No : F-3532-3310-501 (NG)
Amount : USD 15,500,000.00
Date of opening account : 21/09/98
Date of Maturity : 21/09/99

11. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : DA-9159-7211-819 (M)
Amount : USD 4,500,000.00
Date of opening account : 20/05/96
Date of Maturity : 20/05/99

12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00

 

RAJUK KOH TSU KOON......

Baguslah dan akak ucapkan tahniah sebab Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri.  Koh Tsu Koon akhirnya sedar diri yang ramai dari kalangan ahli Gerakan sendiri dah tak nak bergerak sebab adanya pemimpin yang lemah seperti dia.  Pada akak itu keputusan yang amat tepat.  Cuma akak berharap pengganti Koh akan mampu membawa kecemerlangan di dalam Gerakan yang semakin malap. 

Wednesday 16 November 2011

PENCAIR DAKWAT KEKAL DITEMUI.....dakwat kekal dah tak kekal!!!!

Pilihanraya akan datang bakal menggunakan dakwat kekal seperti yang disalakkan oleh Bershit 2.0 dan jugak para pembangkang yang memang tak pernah berpuas hati dengan sistem yang telah sedia ada.  Menurut peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwat kekal boleh digunakan tanpa perlu melakukan pindaan perlembagaan.  Cukup sekadar membuat pindaan terhadap peraturan pilihanraya.  http://www.malaysiakini.com/news/181516

Cuma akak rasa kalaupun dakwat kekal digunakan, masih banyak ruang untuk melakukan penipuan, jika itu yang difikirkan oleh pembangkang.  Dakwat kekal itu boleh dicairkan oleh pegawai penyelia pilihanraya sebelum diletakkan di jari.  Pegawai juga boleh tidak menandakan pengundi apabila dibayar untuk berbuat demikian.  Jadi pengundi boleh mengundi beberapa kali tanpa dapat dikesan.  Jadi apa istimewa dan hebatnya dakwat kekal tu?  Kalau nak menipu, segala bentuk penipuan boleh dibuat.  Dan kalau dalam fikiran yang jumud dah kata yang BN melakukan penipuan dalam pilihanraya, apapun yang bakal dilakukan, keputusannya tetap sama.  Kalau BN menang, mesti BN melakukan penipuan, itu kata pembangkang.  Betul kan?  Penat tul rasanya.... 

Entah-entah BN dah jumpa cara untuk mencairkan dakwat kekal tu tak?  Entah-entah dah ada syarikat milik menteri kabinet yang akan bawa masuk dakwat kekal dan sekali dengan bahan pencair tak?  Sebab tu kerajaan dah tak kisah kalau dakwat kekal digunakan.  Peh...banyak betul prasangka!  

Akak harap ada dakwat kekal yang warna merah.  Jadi akak nak taruk kat semua jari, biar nampak cam baru lepas kahwin.  Hehehe

DS NAJIB DISIMBAH CILI GARA-GARA KR1M!!!!

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menerima kritikan demi kritikan daripada pihak pemimpin pembangkang yang seboleh-bolehnya ingin menutup KR1M yang kini semakin berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat berpendapatan rendah.  Pemimpin pembangkang memanglah boleh suka-suka hati nak tutup KR1M sebab depa semuatu orang kaya yang cuma beli barangan dapur kat Cold Storage.  Tapi bagi orang yang berpendapatan rendah dan sederhana, pembukaan KR1M merupakan satu rahmat buat mereka.

Macam-macam tuduhan yang pembangkang ni buat.  Depa kata produk kat KR1M ada bakteria E.coli, terlebih vitamin A, terdapat raksa dan plumbum berlebihan, harga jualan lebih mahal.  Pendek kata KR1M ni memang kedai yang boleh mencabut nyawala.  Punyala buruk dan teruk KR1M yang diilhamkan oleh DS Najib ni. 

Pada akak, kalau memang betul produk yang dikeluarkan oleh KR1M ni mempunyai keburukan, ini patut diambil tindakan yang sewajarnya.  Bab bab makananni, akakpun risau jugak.  Sepatutnya barangan yang dikuatiri mengandungi bahan terlarang atau melebihi had yang dibenarkan, dihentikan jualannya serta merta.  Tak kan nak bunuh orang-orang miskin pulak ye tak?  Kan ke depa ni nak undi BN?  Nanti kalau semua pakat mati sebab makan dari produk keluaran KR1M, siapa pulak lagi yang nak undi BN?  DS Najib akan dituduh sebagai pembunuh pulak nanti.  

Memang DS Najib kena tengok-tengokkan jugak kerja si Mydin, pengendali KR1M ni.  Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk oleh Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.  Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa. Mereka membandingkan dengan 3 lagi jenama sos cili iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan.  http://www.malaysiakini.com/news/181479

Begitu jugak dengan susu formula 1Malaysia yang dikatakan mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan.  Bahaya untuk kanak-kanak sebab pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan di ‘Hypervitaminosis A’, yang antara lain, boleh menyumbang kepada masalah hati, mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan warna kulit. 

Ini semua adalah hasil kajian yang diperolehi dek kaum pembangkangla.  Depa ni memang seboleh-bolehnya nak mencari kesalahan je.  Kalaupun ada satu dua jenis barang yang tak bagus, tak kan nak tutup kedai kot.  Dulupun ada kes susu formula yang tercemar jugak.  Tak pulak pembangkang suruh tutup Tesco, Giant dan kedai-kedai lain.  Takut sangat mati duk minum susu formula.  Tu yang sampai pagi bertenggek kat kedai mamak duk minum teh tarik, nescafe tarik dan bermacam-macam tarik lagi, tak pulak depa takut mati.  Nape tak suh tutup jer kedai mamak semua kat Malaysia ni? 

Kadang-kadang niat yang baik akan dipergunakan oleh orang lain untuk mencari keuntungan....Hasrat asalnya amat mulia untuk mengurangkan beban masyarakat dengan peningkatan harga barangan.  Tapi.....entahla....akak makan maggi je la.



Tuesday 15 November 2011

LIM KIT SIANG TENAT! DOAKAN DIA YA....

Lim Kit Siang tenat!  Memang sakit tenat!  Ini bukan main-main, bukan sekadar gurauan tepi tol, tapi betul-betul tenat.  Lim Kit Siang mengidap sakit perasaan, sakit hati yang melampau, sakit fikiran yang sampai ke tahap kritikal, hanya kerana lembu!  Mungkin masa dia kecik, dia banyak sangat minum susu import, itu yang sakit lembunya menular sampai ke otak.  

Isu NFC tiba-tiba menarik perhatian Lim Kit Siang sehingga menimbulkan persoalan sama ada seseorang perlu masuk penjara atas ‘skandal’ yang menyelubungi NFC.  Akak tak nak mengulas panjang pasal isu NFC ni sebab dah banyak sangat ulasan dan jawapan yang diberikan, tapi kalau dah memang otak lembu, memangla payah nak paham. Kalau dah memang ada semangat lembu, memanglah kerjanya cuma ikut je apa orang lain suruh.  Namapun lembu.  Laporan Audit 2010 yang menjadikan isu ini hot tidak menyatakan sebarang kesalahan, kegagalan atau penipuan, yang disebut ialah keperluan meningkatkan keperluan sebanyak 40% seperti mana jangkaan asal.  Sila baca dari sumber sini

Banyak lagi sumber lain untuk dicari pasal isu NFC ni.  Korang carilah sendiri....

DR JUANDA KALIS DOSA???

Hilang Dr Asri, muncul Dr Juanda.  Hilang Dr Juanda, muncul Dr Asri.  Itulah mufti dan bekas mufti muda yang suka publisiti.  Akak bukan tak suka pada orang-orang agama yang muda lagi bijak ni.  Tapi akak cukup tak berkenan bila depa ni terlebih suka pada publisiti.  Depa ni suka kalau bercakap hal-hal yang kontroversi dan yang akan menjadi buah mulut masyarakat.  

Mengenai status haji DS najib dan rombongannya yang mula ditimbulkan oleh Dr Juanda pada 9 November lalu, sudah pasti rakyat yang dahaga isu-isu untuk menghentam dan menghina DS Najib menggunakan isu tersebut bagi mempersoalkan kredibiliti DS Najib.  Soalannya, kenapa Dr Juanda ingin memalukan DS Najib dengan menyatakan yang dia 'terkejut' apabila DS Najib selesai menunaikan ibadah haji apabila merujuk kepada twitter DS Najib.  Walaupun Dr Juanda menafikan yang dia mengeluarkan kenyataan 'terkejut' itu, tetapi apabila muncul lagi kenyataan Dr Juanda yang dikeluarkan hari ini oleh Mkini dengan mempersoalkan pula penasihat agama DS Najib, ianya seolah membenarkan yang Dr Juanda memang 'terkejut' dan apa yang dilaporkan oleh MKini adalah benar!   

Seorang mufti yang luas ilmu pengetahuan agamanya seharusnya bertindak lebih bijak dan berhemah daripada mengeluarkan kenyataan yang bakal membuat rakyat mempersenda dan mentertawakan seorang pemimpin tertinggi kerajaan.  Apakah status Dr Juanda sebagai mufti membuatkan beliau kalis dosa dan boleh membuat kenyataan menghina Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin?  Apakah tidak berdosa jika seorang berstatus mufti menghiris hati dan memalukan orang lain di khalayak ramai??  Cuba baca petikan kenyataan mufti Perlis yang bijak ini baik-baik kat SINI.  Nampak tak bagaimana dia cuba nak merendahkan ilmu agama Jamil Khir dan Abdullah?  Dan nampak jugak tak bagaimana Dr Juanda merendah-rendahkan DS Najib?  Juga anda semua perasan tak bagaimana Dr Juanda membanggakan dirinya yang kononnya lebik luas ilmu agamanya dari yang lain-lain?  

Sebenarnya Dr Juanda hanya perlu menghubungi Datuk Seri Abdullah Md Zin atau Datuk Seri Jamil untuk berbincang tentang kenyataan dari twitter DS Najib dan biarlah mereka yang mengeluarkan kenyataan.  Tapi Dr Juanda tak buat macamtu.  Dia nak mengalahkan Dr Asri yang turut gemar bermain dengan isu sensasi.  Akak tak boleh nak salahkan MKini sebab depa ni memang kerjanya nak jatuhkan DS Najib.  Lagi ada isu yang panas, lagi baik.  Tapi mungkin jugak Dr Juanda kalis dosa.  Dosa pahala bukan di tangan kita untuk menentukan, betul tak?  Dan sempurna atau tidak haji seseorang juga bukan kita boleh tentukan, betul tak Dr Juanda???

Itulah kengkadang, pada akak kebanyakan orang muda la ni tak cool langsung.  Tu yang akak duk intai orang tua...hehehe 

Friday 11 November 2011

KISAH VIDEO SEKS KEMBALI LAGI......

Mana mahu lari bang???  Bila duk main depan belakang, depan belakang jugak orang akan cari dan akan siasat.  Terbaru Anwar telah disiasat berikutan laporan palsu yang dibuatnya berhubung rakaman video seks pelacur cina dengan seseorang yang rupa macam Anwar, badan macam Anwar, tapi perut je buncit.  Tapi seperti biasala, pihak PKR mendakwa ini semua cubaan UMNO dan BN untuk menganiayai ketua pembangkang tu. 

Anwar disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Jenayah yang jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000.00.  Bukan banyak manapun dendanya, tapi kalau ternyata betul Anwar buat laporan palsu tu, implikasinya pasti menyeksakan batin Kak Wan Azizah....huhuhu

Baca SINI dan SINI

PARLIMEN BUBAR HARI INI!

11 November 2011 menurut maklumat yang diyakini Najib akan membubarkan Parlimen dan serentak dengan itu negeri – negeri dibawah Bn juga akan membubarkan DUN. Sehingga kini dalam Pakatan Rakyat masih belum ada kata sepakat dalam pembubaran DUN di negeri dibawah PR."  CheGuBard.  http://chegubard.blogspot.com/2011_10_01_archive.html

Wah hebat CheGuBard.  Semua perkara yang menjadi rahsia kerajaan dapat diselongkarnya kerana ada 'orang dalam' yang amat dipercayai telah membocorkan rahsia.  Pun andaian dan percaturan politik juga pembacaan kaji bintang serta lawak para bomoh telah menyakini CheGuBard bahawa parlimen akan dibubarkan hari ini.   Mana tahu mungkin betul sebab masih ada 14 jam lagi sebelum berakhirnya 11 November 2011.  Hehehe.  Tapi akak rasa CheGuBard perlu cari sumber lain la kot.  Jangan percaya khabar angin, jangan percaya pada tilikan.  Sebab terlalu percayalah CheGuBard suka merapu dan mempercayai sesuatu yang diyakininya umpama satu naskah Quran yang tidak mungkin berubah.  Umpama hadirnya malaikat maut yang tidak pernah terlewat walau seminitpun. 

Tak apalah CheGuBard....Nanti bagitahulah dekat blog yang Najib dah dapat ilham baru semasa berada di Mekah atau Rosmah dah dapat ilham untuk buat tarikh yang lain pulak.  Atau boleh jadi hang tulis jer yang Najib bimbang sebab hang dah ugut dia hari tu pasal rakyat yang sedang marah dan tolak BN kalau buat pilihanraya awal.  Cakap jer la apa-apa atau tulis je la semerapu mungkin sebab segalanya buat akak dan yang lain-lain terhibur dengan lawak hang.  Hahahaha.  Hehehehe

Thursday 10 November 2011

HEBAT!!! CUBAAN GULINGKAN NAJIB DIDEDAH.....

Bila pilihanraya dah semakin dekat, macam-macam cerita boleh dengar.  Macam-macam buku politik akan diterbitkan dengan pembiayaan oleh individu atau syarikat yang berkepentingan.  Dan salah satu darinya ialah buku 'NAJIB Perdana Menteri TERAKHIR'.  Kononnya buku ini adalah cetusan rasa dari orang dalaman UMNO yang menjadi mata dan telinga kepada keluhan akar umbi. 

Semuanya nak tunjuk pandai, semuanya nak menangguk di air keroh, semuanya berorientasikan duit dan nama.  Tapi bila akak tengok tajuk pun akak dah rasa ada yang tak kena.  Najib:  Perdana Menteri Terakhir.  Apa maksud si penulis?  Perdana Menteri terakhir?  Maknanya selepas ini Malaysia tak akan ada PM lagi ke?    

Buku ni sebenarnya nak mempromosikan sistem dua parti kat Malaysia ni.  Si penulis, Shahbudin Husin, bekas naib ketua Pemuda Umno Wangsa Maju berkata yang dia menghasilkan buku ni sekadar nak kritik Najib.  Betul ke?  Nak kritik Najib atau nak jatuhkan Najib atau nak malukan Najib?  Cuba cakap terang-terang sikit.  Yang akan terima kesan secara tak langsung dari penerbitan buku ini sudah tentu TPM sendiri yang kononnya dituduh merancang dari dalam untuk menggulingkan Najib.  Kesan lain sudah tentu terhadap UMNO dan BN.  Apa lagi pilihanraya yang sudah semakin hampir.  

Kerana prinsip dan tanggungjawab kononnya Shahbudin Husin sanggup terima tindakan disiplin kerana penerbitan buku ini.  Pada akak dia tak payah cakap pasal tanggungjawab la.  Kalau dia rasa bertanggungjawab sangat kepada UMNO dan BN dan rasa bertanggungjawab untuk menasihatkan PM, tulisla sendiri pada PM.  Tak payah nak terbitkan buku.  Gunakan blog, bak kata Tun Mahathir.  Banyak lagi saluran yang lebih berhemah boleh dibuat.  Penat tul akak tengok orang-orang yang macamni.....

MUHYIDDIN AKAN SERTAI AMANAH???

Kerana rasa terpinggir dan tidak punya ruang untuk bersuara, akhirnya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).  Betul?  Boleh ke?  Dah giler ke apa?

Sebenarnya yang gila nak bercakap ialah orang-orang Amanah tu sendiri.  Selamani depa tu tak dipedulikan dan suara depa orang tak nak dengar.  Bukan je orang atasan, bukan aje Perdana menteri tak nak dengar, orang kebanyakan dan rakyat biasapun dah tak nak dengar apa depa cakap.  Semua dah tak nak tengok dah muka-muka veteran yang memang sepatutnya menghabiskan masa dengan cucu kat rumah ni. Dah lemau....semua pangkat atok yang masih belum puas menatap muka sendiri kat TV dan suratkhabar!  Bila orang dah tak amik peduli, merajuk.  Biasalah orang tua kan???

Bila TPM kata Umno tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana parti itu mengamalkan prinsip demokrasi, depa hentam pulak TPM.  Kononnya Muhyiddin tak sedar diri, tak tahu yang dirinyapun dipinggir dalam UMNO.  Wah bukan main prihatin lagi orang-orang Amanah.  Yang cakap tu bukan presiden tau, tapi Pegawai khas kepada ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bernama Muhd Lukhman Ghani. 

Akak ni bengang bukan sebab apa, tapi sebab orang-orang macamni lah yang buat UMNO dan BN susah.  PRU 13 dah nak dekat, tapi orang yang macamni cuba menangguk di air keruh.  Cuba nak ugut BN.  Kalau BN tak ikut apa depa cakap, depa akan tubuh parti baru dan ada kemungkinan akan menyertai PR.  Orang yang macamni patutnya dah lama ditolak oleh BN.  Menyusahkan je.  Sekarangpun tuduhan depa yang BN dan UMNO tak bagi ruang untuk bersuarapun dah bagi satu bonus buat pembangkang.  Seolah-olah itulah amalan buruk UMNO dan BN selama ni.  Tidak demokratik, kuku besi dan suka memonopoli.  

Kalau Tg Razaleigh cakap yang ruang bersuara dah lama tertutup sejak wujudnya UMNO baru di zaman Tun Mahathir, apa pasal sekarang baru nak wujudkan Amanah?  Kenapa tak dari dulu lagi?  Lupa pulak, Semangat 46 (S46) pun dah pernah wujud dulu kan?  Dan S46 telah bekerjasama dengan PAS dan DAP untuk pilihanraya umum tahun 1990 dan 1995.  Lepastu bila tengok S46 tak boleh hidup, depa bubar dan masuk balik UMNO baru.  Sekarang Tg Razaleigh nak buat hal lagi.  Penat la akak tengok anak raja yang sorang ni.  Memang pengaruh tu ada, tapi tak payahlah Tengku.  Duk diam-diam kat Gua Musang tu lagi baik.  Dan cuba-cubalah cari musang yang berjanggut dulu ya.  Kalau tak jumpa, baik Tengku simpan janggut, lepastu jumpa Lim Guan Eng dan mintak jawatan PM bila PR dah memerintah nanti.  Tapi akak rasa memang sampai berjanggutla menunggu......

Wednesday 9 November 2011

OMK: ORANG MACAM KITA? atau OHHH.... MARI KEMUT??

PRESIDEN:

  

NAIB PRESIDEN:
    

HIDUP SEKSUALITI MERDEKA!  IKHLAS DARI:





Akak:  Sedang menunggu cerita selanjutnya......Pehhh panas siot!