Friday 16 August 2013

NAZRI DAN NEDIM TELAH MENUNJUKKAN BETAPA KOLOTNYA BLOGGER BN!

Sehari duani bising sungguh para blogger duk hentam Nazri yang lantik Nedim jadi Pegawai Khas. Salahke apa yang Nazri buat tu? Pada akak yang salah adalah blogger yang bersifat kolot dan masih duduk kat bawah tempurung. Tindakan Nazri memang bijak dan tak boleh tercapai dek akal Melayu yang baru nak belajar jadi Taliban! Kalau tindakan Nazritu salah dah lama dah Najib akan sound. Tapi ini tak berlaku sebabnya depa tu bangsa Melayu yang bijak pandai!

Jangan duk melompat dulu. Baca bagi perabis. Orang BN duk sibuk yang budak2 muda tak undi BN dan cari cara macammana nak tarik anak2 muda sokong balik BN. Inilah caranya. Cara yang dibuat dek Nazri. Budak muda sekarangni duk ramai kat disco, kat kelab malam. Depa suka bersosial. Ini melambangkan kehebatan Melayu baru! Sebab tu alasan Nazripun untuk lantik anak dia jadi pegawai khas adalah untuk tarik bebudak yang cam ginilah. Sebab apa, dulu kita dah sibuk tarik mat mat rempit sokong BN. Masalahnya mat mat rempitni semua kelas rendah. Depa jenis yang kita kena bagi duit untuk sokong BN. Kalau PR bagi duitpun depa rembat dan sokong PR. Janji bagi duit. Apa kelas nak tarik bebudak rempit ni? Tak ke hebat klau bebdk muda kt bandar yg suka berhibur tu sokong dan undi BN? X payah duk buat konsert panggil artis datang. Bdk muda yg cenggini ada kelass you! Klau depa sokong BN barulah wajah BN akan jadi wajah elit. Bukan tahap longkang.

Salahke Nazri si menteri pelancongan tu lantik anak dia Nedim jadi pegawai khas aka office boy? Korang tak bangga ke kalau seorang Melayu bertaraf office boy pun boleh pakai ferrari? Secara tak langsung taraf orang Melayu dah meningkat melangit! Office boy Melayu leh pandu ferrari. Office boy cina ada? Office boy india ada? Takde la! Kita kena nampak gah nampak hebat. Baru org boleh dengar cakap kita.

Apa salah Nazri kalau dibandingkan dgn Mahathir, Tun Razak, Hussain Onn, Nik Aziz, Karpal Singh, Anwar Brahim, Lim Kit Siang? Anak orang lain siap jadi menteri, pm, mb, km dan macam2 jawatan lagi. Ini Nazri hanya lantik anak dia jadi Office Boy. Itupun salah? Issyyy kesian sungguhla akak kat Nazri ni.

Akak rasa pemilihan akan dtg ni biarlah Nazri jadi tpm dan KJ jadi naib presiden. Biar lepasni Nazri blh jadi PM dan KJ jadi TPM. Pehhh baru gempak beb! Melayu baru yang hebat, liberal, berwawasan, maju, dinamik dan sebagainya.

Cer tengok menteri lain. Semua lembek. Penakut dan takde pendirian. Nazri telah menunjukkan bahawa Melayu perlu ada kuasa dan berkuasa. Sebagai menteri pelancongan dia dah buat markerting dan branding yang baik. Mula2 dia promote diri dia dan anak dia. Dia letak branding Melayu baru yang hebat. Berjaya x? Berjaya kan? Dia bawak nora danish sekali. Apa kelas bawak aisyah ngan abby. Apalagi bob lokman. Hampeh.

Tahniahlah Nazri. Agak2 ada jawatan pembancuh kopi tak untuk pompuan? Akak nak htr resume. Pembancuh kopi pakai bmw. Ok kan? Muahahaha
Published with Blogger-droid v2.0.3