Friday 30 March 2012

IMAM KASUT DIBALING KASUT!!

Kenapalah agaknya orang Melayuni mudah sangat percaya dengan serban yang asyik tersiput di kepala?  Pandai sikit baca sepotong dua ayat dah anggap orangtu kuat ilmu agamanya dan bakal menghuni syurga dan kita wajib patuh dan percaya apa yang diperkatakannya.  Patutlah orang Melayu semakin malas nak belajar ilmu ekonomi, sains, fizik dan kimia sebab semuanya berlumba-lumba nak menghafal ayat Al Quran dan terjemahannya!  Tak payah fahampun, cuma hafal saja dan diperdengarkan kat mana-mana orang, maka ramailah mak-mak yang offer anak pompuan untuk dijadikan bini.  Tak kiralah bini nombor berapa, janji bini ostad!  Kahwin pun tak payah keluar belanja, semua tanggung beres.  Hantarannya hanya janji untuk bawak anak makcik ke syurga!!  Itu pasal jugaklah, Ostad Badrolamin diberikan kepercayaan untuk mengajar agama kepada bini orang jam 3 pagi.  Kan ke bodoh namanya tuu?  Yang bodoh sapa?  Orang yang jahillah, sebab diri sendiri tak ada asas yang kuat dalam agama.  Bila ada yang bijak sikit cakap pasal hadis, bacakan sikit sepotong dua ayat, orang yang jahil ni mudahlah cair.  Walaupun si jahil ni seorang yang terpelajar, doktor, lawyer, arkitek, pensyarah dan sebagainya, tapi sebab jahil agama, dia ditipu jugak oleh orang semacam Hoslan Husin.  
   
Bukan main lagi Hoslan Husin menjaja dia telah mengislamkan dua orang banduan dari dalam penjara.  Dia juga kononnya jadi imam di penjara.  Memang bukan dia yang bagitahu press, tapi dia bercerita kepada orang yang datang melawat dia.  Dah tentu-tentu dia tahu cerita dia akan disebarkan. Wahhh hebat Hoslan.  Hebat menipu.!  Itupun orang percaya jugak dan kata tuan Hakim bodoh sebab masukkan Hoslan yang alim itu dalam penjara.  Akhirnya Jabatan Penjara sendiri menafikan laporan berita tersebut.  Baca SINI.  Pun masih lagi ramai yang dungu dan kata Jabatan Penjara bersubahat.  Naik lemas akak dengan perangai dan ketaksuban melampau si jahil ni semua.

Cuba fikir sikitlah bang oiii....Kalau si Hoslan tu suci sangat dan alim sangat, dia tak baling kasutlah kat para Hakim.  Kalau orang alim, dia mesti dapat kawal kemarahan dan tidak riak macam Hoslan yang bagitahu satu dunia dia Islamkan orang dalam penjara dan jadi imam di penjara.  Semuanya dia nak tunjukkan kehebatan dia.  Inike wajah seorang imam?  Ini imam kasut.  Tarafnya sama rendah macam kasut yang dipakai di kaki dan dipijak.  Sebab tu imam yang tak berapa nak cerdik ni, tak boleh melawan hujah Hakim dan orang bijaksana.  Dia lawan hujah dengan baling kasut.  Itupun dia menjadi pujaan orang Malaysia.  Malu tul akak.   Orang macam ini kalau keluar taun depan, akan merosakkan lagi aqidah dan iman masyarakat di luar sana.  Silap-silap ada pulak yang fikir dia tu imam mahadi nanti.  Atau jelmaan malaikat yang menyerupai manusia.  Atau barangkali dia akan kata dia jadi orang perantaraan antara Allah dan manusia sebab dah lama belajar dari Ashaari sewaktu dalam al-Arqam dulu.  Entahlah labuuu....

Tu pasallah Anwar masih lagi dapat bertahan.....     
       

Thursday 29 March 2012

MASYAALLAH! ANWAR KATA TAK SALAH JADI BISEKSUAL???

Tak salah jadi biseksual?  Ko ni Nuar dah mereng ke apa?  Tak kan pasal ko punya kecenderungan seksual yang tak mengira jantina, ko kata tak salah kot.  Yang salah hanyalah Umno.  Ada ke si Nuar ni cakap yang Umno bertanggungjawab menjaga agama, jadi kalau iman orang Islam ni lemah, maka Umnolah yang bersalah.  Kalau gitu jomlah kita pergi merompak, mencuri, merogol, meliwat, membunuh sebab nanti kalau kena tangkap kita salahkanlah Umno.  Nanti kalau matipun, yang akan masuk neraka bukan kita, tapi Umno.  Boleh gitu?  Kalau bab-bab lepaskan kesalahan kat bahu orang lain nie, memang kepakaran Anwar. 

Akak sebenarnya tak nampak kat mana yang pembangkang duk kata Umno guna agama nak takut-takutkan orang Melayu dan Islam.  Apa yang dilakukan oleh Jabatan Pelajaran Johor yang menganjurkan seminar Sabtu ini yang bertajuk 'Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru? '  memang kena pada masanya.  Cuba perhatikan kat mana cacatnya seminar ni?  Tak ada.  Yang ada cuma perasaan cemburu dan sakit hati Anwar dan pihak pembangkang khususnya DAPigs jer.

Apasal pulak perkara baik macamni Anwar nak politikkan?  Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab Umno bagi memastikan aqidah umat Islam dipelihara.  Yang Anwar sakit hati tu apa kes?  Kalau orang ramai yang murtad, pandai pulak Anwar salahkan Umno.  Tapi bila usaha pencegahan dibuat, dikatakan pulak Umno menakut-nakutkan orang Melayu - Islam.  Apa lu cerita nie Nuar oiii??  Bila Jabatan Pelajaran Johor amik inisiatif untuk jaga aqidah anak-anak Johor, Anwar dah bimbang dan boleh pulak Anwar kata ini satu usaha yang menjijikkan. Bila Jais datang melawat gereja Methodist Damansara Utama ((DUMC) untuk periksa dakwaan berlaku kes memurtadkan orang Islam, Anwar melenting.  Anwar ni Islam ke tidak?  Cuba baca SINI

Kes orang Islam murtad memang berlaku.  Mustahil Anwar tak tahu.  Tapi untuk dapatkan bukti tentang gerakan memurtadkan orang Islam dah tentulah bukan senang.  Jadi yang lebih senang ialah menganjurkan seminar, bagi penerangan kepada guru, ibu bapa dan masyarakat Islam tentang bahayanya gerakan ini.  Kalau dikatakan ianya menakutkan umat Islam dan Melayu, memang patut takutpun.  Ini soal aqidah, soal syurga dan neraka. Bukan syurga Pas dan bukan jugak syurga dunia, tahu?  

Kalaupun tak ramai yang murtad, tapi itu bukan alasan untuk orang Islam yang lain buat tak tahu.  Kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.  Kalau dah membukit nanti dah payah nak diselamatkan.  Masatu segala 'bukit' ni akan berarak pulak kat jalanraya meminta diubah perlembagaan dan meminta biar rakyat bebas beragama dan bertukar agama dan agama Islam bukan lagi menjadi agama rasmi kat Malaysia.  Suara-suara itupun dah mula kedengaran sekarangni.  Dan itupun yang diperjuangkan oleh orang yang macam Anwar.  Bebas segala-galanya.  Memang jadi syurgalah kalau Anwar memerintah.  Syurga dunia....Akhirat kalu, sendiri mahu ingatla.....         

Wednesday 28 March 2012

NALLA: LEBIH STIM DARI BIASA? BOLEH JALANLA.....

Lu apa kes ane?  Mahu keluar satu lagi cerita basi kaa?  Kalau dulu dah berpuluh tahun jadi setan, mana mungkin tiba-tiba boleh jadi malaikat.  Dulu setan, sekarang tetap setan.  Cuma bertukar tuan.  Jadi perlu apa peduli apa yang setan nie cakap?  

30 tahun bersahabat dengan Anwar, dah tentu-tentu Nalla tahu semua aktiviti Anwar.  Bahkan cerita Nalla hantar Shamsidar ke Trivoli Villa untuk jumpa Anwar pun bukan lagi cerita baru.  Dah pernah masuk mahkamahpun.  Itu baru Shamsidar, belum lagi perempuan atau lelaki lain.  Memang tak hairanlah kalau Nalla tahu kesemuanya sebab masatu memang dia bersubahat.  Atas sebab apa dia bersubahat semua orang boleh fikir sendiri.  Dan bila Nalla keluar dari PKR dan bergaduh dengan Anwarpun bukan sebab Nalla dah bertaubat dan tidak lagi mahu jadi setan.  Tidak!  Nalla tetap setan, tapi dia keluar dari parti setan untuk melawan setan yang ada bagi menjadikan diri dia sebagai setan yang lebih berkuasa dari segala setan yang ada!  Itu aje....

Dan sekarang Nalla kembali semula dengan cerita basi yang kononnya lebih stim dari biasa.  Nalla membenarkan cerita orientasi seks Anwar yang celaru.  Kata Nalla, Anwar memang sah biseksual.  Apakah ini cerita baru?  Dah tentu tidak.  Semua orang dah didedahkan dengan segala cerita ke'biseksual'an Anwar. Video seks Anwar yang 99.9 peratus tulenpun dah keluar.  Air mani Anwar yang ada di jubur Saiful Baharipun dah ditemui.  Pengakuan mangsa liwatpun dah dirakamkan.  Apa lagi yang baru??  Kalau adapun bukti terbaru tentang penglibatan Anwar dengan budak-budak muda di zaman Nalla dulu, apa yang hebat sangat?  Boleh bawak ke mana bukti tu?  Video?  Dah sah-sah video dikatakan bukti besi dan tak boleh dipercayai oleh penyokong Anwar dan Pas.  Tak ada 4 saksi.  Kalaupun senarai nama lelaki dan perempuan dikeluarkan, apa yang kita dapat?  Apa hasil yang akan diperolehi oleh Barisan Nasional?  Apakah sebab bukti terbaru itu nanti penyokong pembangkang akan undi BN?  Tak mungkin!  Sebabnya, bukti yang ada dulu pun lagi nyata.  Ada video, ada air mani, ada gambar.  Tapi tak ada apa-apa yang berlakupun kepada Anwar.  Dia masih gah sebagai ketua pembangkang.  Nik Aziz tetap pertahankan dia dari segi moral.  Dia tetap dianggap Imam Mahadi oleh sesetengah orang.  Dia terus aktif sebagai ketua penipu yang dipercayai hampir satu pertiga rakyat Malaysia.

Jadi tak payah susah-susahlah Nalla.  Tolonglah berhenti dari menjaja cerita-cerita seks Anwar Ibrahim.  Anwar dah terang-terang diangkat sebagai simbol seks Malaysia.  Dan ramaipun yang tidak peduli kalau PM Malaysia ni kaki perempuan atau kaki main bontot jantan.  Depa tak peduli kalau PM tu lurus atau bengkok.  Dan lagi, akak rasa payah jugak nak cari pemimpin yang bersih dari skandal......Nanti satu-satu pulak skandal pemimpin BN yang kuar....Cana?      

Dah kepada penyokong BN, kita cari cerita lain la....Cerita seks memang sedap, akakpun suka jugak nak dengar....Tapi udah-udahla tue....Kalau dah banyak sangat cerita seks, bila dengarpun dah tak stim.  Jadi bosan pulak...
         

IBU REMAJA HILANG YANG DITEMUI DI THAILAND BUAT HAL PULAK!!

Memang melampau.  Inilah manusia yang tak kenang jasa.  Bila anak dia hilang, dia pun merayu, menangis-nangis mintak wartawan, polis, orangramai tolong cari anak dia.  Kitapun sedih, turut simpati, turut rasa bimbang, turut sebarkan wajah anak dia di merata-rata tempat.  Tup-tup bila anak dia dah jumpa, dah pecah pulak tembelang yang bukannya kena culik, mulalah mak dia meroyan.  Sekarangni mak dia yang dulu duk merayu-rayu suruh cari dan selamatkan anak dia, sekarangni merayu pulak mintak orang jangan ganggu keluarga dia, jangan datang kat rumah dia!  Tak ke hangin satu badan dengar pompuan ni cakap macamtu!  

Akak bukan tak faham perasaan dia.  Sebagai ibu memanglah dia malu bila anak yang dia sangka kena culik rupanyanya menculik diri sendiri.  Tapi bahasatu kenalah jaga kak oii.  Kalau dulu dah mintak tolong, dah susahkan semua orang, kan lebih manis kalau ko mintak maaf atas apa yang berlaku dan lepastu mintak tolong bagi ruang untuk selesaikan sendiri masalah keluarga ko ni.  Janganlah sesedap bahasa jer ko halau orang yang datang cari ko.  Akak sendiripun bengang gak dengan pompuan nie.  Entah-entah anak diapun ada kes kot dengan mak dia, tu pasal cabut lari macamtu.  Bila hal ni berlaku, dan sikap mak dia yang macamtu, orang lain akan buat pelbagai persepsi yang negatif kepada keluarga tu sendiri.

Dan lagi, akakpun semakin berangin jugak bila mula-mula kes ni berlaku dan seminggu lepastu ada lagi remaja perempuan yang kononnya dilarikan, puak pembangkang jadikan isu ni isu politik.  Depa duk kata ini adalah kerana negara ni diperintah oleh BN, sebab tu penculikan dan jenayah berleluasa.  Haa sekarangni, depa kena jawablah sendiri...Apa yang pemimpin Shah Alam dah buat dan apa yang kerajaan Selangor dah lakukan untuk membentuk moral remaja perempuan kat negeri di bawah pakatan pembangkang?? 

Monday 26 March 2012

KES LIWAT DALAM SMM. WAJIB BACA BANG!!

Cam gini cara demokrasi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)?  Depa ni belajar dari siapa agaknya eh?  Tanpa ada pemilihan, tanpa ada perbincangan, tetiba nama Safwan Anang diumumkan sebagai Pengerusi SMM yang baru.  Patutnya mahasewel hantar gak satu batu nesan kat SMM sendiri sebagai lambang kematian demokrasi dalam SMM.  Jangan sibuk duk hantar batu nesan kat Menteri jer kononnya sebagai melambangkan "kematian demokrasi pelajar".  Nak tahu lebih lanjut, baca sini.

Wednesday 21 March 2012

MAHFUZ OMAR DAH PENAT LAYAN RAKYAT. DIA NAK REHAT..

Sejak dari awal tahun lepas lagi Mahfuz dah sibuk balik kawasan, sibuk menabur janji dan memberi harapan kepada pengundi dan rakyat. Setiap hari diisi dengan pelbagai aktivti bertemu rakyat dan memberi ceramah bagaimana nak ke syurga. Bukan Mahfuz saja tapi semua ahli politik turun padang. Masing2 meneka pilihanraya akan diadakan bila2 masa jer. Bayangkan dari Januari 2011 depa dah sibuk sampai sekarang. Dah lebih setahun menunggu. Dari bulan ke bulan dan ramalan demi ramalan dibuat. Tapi PM masih berteka teki.

Mana Mahfuz nak tahan lagi. Dia dah penat nak balik kawasan, penat nak bagi ceramah dan banyak tenaga dan duit yang keluar. Tu pasal dia mengamuk. Dia bengang betul denga PM. Dia mula la tuduh PM takut, PM susahkan rakyat. Yang sebenarnya dia yang susah. Dia nak duduk lepak je. Air liur dia dah nak kering. Idea nak berceramahpun dah kontang. Tak ada cerita baru dia nak kelentong. Ye la, dah setahun lebih tuuu...

Bagi akak bagus jugak PM buat camni. Lama sikit rakyat dapat beramah mesra dengan wakil yang rakyat pilih. Macam2 yang rakyat dapat. Kakak akak yang kat Bandar Tun Razak tu cakap, ada je orang politik yang datang bagi itu dan ini. Yang terbaru wakil pembangkang ketuk rumah untuk bagi beras. Hahaha. Setahun tak payah beli beras ke apa...hahaha


Tarikh PRU: Teka teki Najib susahkan rakyat


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 20 March 2012

SALAHUDIN AYUB MENANGIS LAGI...

Belum kering lagi airmata Salahudin menangis pasal isu Pas Kedah, kini Salahudin menangis lagi. Kalau dulu Salahudin gembira sampai menangis teresak2 kerana terlalu gembira bila krisis Pas Kedah kononnya dah berakhir. Tapi rupanya panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Tak sempat tengah haripun, masih pagi lagi dah hujan ribut melanda. Siap petir dan halilintar lagi. Maka menangis lagilah si Salahudin mengenangkan nasib Pas. Sedih kan?

Itulah orang cakap, jangan takbur sangat. Haritu bukan main lagi pemimpin Pas pusat berkokok kononnya Pas begitu hebat menyelesaikan masalah. Kehebatan Pas pusat tu menunjukkan depa lebih bagus jika memerintah negara. Bukan macam Umno dan BN. Sekelip mata masalah Pas Kedah selesai, biduk berlalu kiambang bertaut kononnya. Ha sekarang amacam? Pas Pusat terdiam, Haramkah Daily langsung tak cerita Pas Kedah yang terus bergolak.

Phahrolrazi terus dengan sikap ego dia dengan buat tuduhan yang ada pihak ketiga nak jatuhkan dia dan mahu dia berundur dari pegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. Kenyataan terbuka dia disambut dengan penuh kemarahan Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd Azam Awang yang sifatkan tuduhan Phahrolrazi tak berasas. Katanya lagi bukan ada pihak ketiga tapi ada dua buah dewan dan 15 kawasan dalam Pas Kedah yang menyokong usul supaya Phahrolrazi berundur. Haaa amik kau! Maksudnya, majoriti orang Pas Kedah tak nak si Phahrolrazi dan sorang lagi kawan dia tu. Tapi Pas Pusat sudah mintak jugak MB terima balik makhluk 2 ekor tu jadi exco. Bila kerajaan Kedah jadi Kerajaan Pas, itulah masalahnya. Depa tak tahu nak bezakan antara parti dan kerajaan. Tapi itulah ciri2 pemimpin dan parti politik yang akan jadi pemerintah kerajaan Malaysia nanti, itupun kalau rakyat 'tergamak' lah nak pilih...

Kepada Salahudin, sudah sudahlah menangis tu. Buruk sangat rupanya...


Published with Blogger-droid v2.0.3

JOM PAKAT GELAKKAN MAT SABU...HAHAHAHA!!!!

Pagi-pagi lagi akak tak boleh nak tahan perut dari menggelegak nak gelakkan Mat Sabu.  Terbayang-bayang muka dia, terdengar-dengar ayat 'burit' dia.  Hahaha.  Hihihi.  Hohoho.  Nasib Mat Sabu sama cam nasib si Labu. Dahla muka sebijik cam labu...Hahaha gelak lagiii.  Si Mat Sabu ni sekarang dah jadi labu terbiar.  Orang dah tak nak.  Nak terjun dalam airpun takut banjir plak KL nanti.  Pergi ke sana, orang tolak, pergi ke sini orang halang.  Last-last mintak simpati kat bebudak mahasewel untuk jadi penceramah.  

Tengok depa punya promosi kat bawah.  Nampak?  Nampak nama Mat Sabu tak?  Itupun jatuh nombor 2 bang!  Adam Adli, budak yang tak habis belajar tu pun depa letak di kedudukan yang teratas.  Timbalan Presiden PAS jatuh nombor dua.  Hina beb.  Hina tahap buritan tuuu.  Tapi tak apa bang....Mah tak kisah.  Hahaha