Friday 18 September 2015

WOI CINA DAP! KORANG TAK PAYAH RASA SELAMATLA SEBAB NAMPAK 35 RIBU JE BUDAK2 BAJU MERAH KAT PERHIMPUNAN TU...KALAU BETUL ADA PERHIMPUNAN MELAYU, BERJUTA MELAYU LA AKAN DATANG!

Akak nak cakap sikitla pada Melayu yang perasan nak mempertahankan Melayu tu...Kalau betul 16 Sept tu adalah perhimpunan Melayu yang rasa Melayu dah dianiaya dek orang Cina, akak tak rasala setakat 35 ribu je yang datang, atau 300 ribu je. Akak rasa berjuta dah memenuhi Kuala Lumpur. Tak muat semua stadium kat KL dan Selangor tu. Masaalahnya itu bukan perhimpunan orang Melayu yang nak mempertahan dan memartabatkan Melayu. Itu perhimpunan nak selamatkan Najib je. Mustahil Jamal tak tahu. Kalau setakat itulah kekuatan Melayu, akak memang malu jadi Melayu.

Kalau betul memang Melayu dah dianiaya di bumi Melayu ni, akaklah orang pertama yang turun ke KL. Tak ada bas, akak datang jalan kaki dari Nilai. Kalau kaki pun dah dipotong, akak merangkak datang jugak. Gitu semangat Melayunya. Tapi kalau Melayu tu nak mempertahankan Melayu yang dah merosakkan bangsa Melayu, memang akak tak akan campur. Bukan sebab akak penyokong Mahathir, atau Hadi apalagi Mat Sabu. Tapi sebab akak mempertahankan berjuta lagi bangsa Melayu yang teraniaya oleh sikap Najib dan 35 ribu Melayu yang berhimpun kat Padang Merbuk 16 Sept aritu!

Setakat 20 ribu atau 35 ribu atau 300 ribu....eleh...berapa persen je dari orang Melayu yang hadir? Maknanya berjuta-juta Melayu yang lain adalah menentang si baju Merah.....Tak caya? Tanya Azalina! Hahahahaha.....Poodahhhh la Jamal!