Tuesday 18 August 2015

DASAR KERAJAAN MEMANG BAIK, YANG TAK BAIKNYA DASAR NAJIB..DASAR PEMBELIT NOMBOR 1 .. !!

Tak boleh tahan bila duk baca Najib mintak pesara bantu kerajaan untuk betulkan fitnah di laman sosial. Najib mintak pesara bagitahu rakyat tentang dasar-dasar kerajaan yang baik. Masaalahnya, semua rakyat dah tahu dasar kerajaan memang baik. Kalau tak baik dah lama dah kerajaan lingkup, punah ranah. Sebab dasar kerajaan yang baik jugaklah, sampai la ni, BN masih memerintah. Tapi yang jadi masaalah ialah macammana nak jernihkan atau nak betulkan tuduhan DASAR PEMBELIT Najib! Itu yang payah kita nak bantu. Terkebil-kebillah mata si pesara...penatlah otak depa nak fikir camana nak bantu Najib!

Akakpun kalau boleh nak bantu Najib. Nak bantu bagi Dasar Pembelit itu dijernihkan dan dibetulkan. Tapi macammana? Bagilah jalan sikit. Bolehla akak spin sana sikit mana yang terdaya. Kesian jugak akak kat Najib. Sana sini duk mintak tolong. Dah tak terlarat agaknya bangun tidur (kalau dapat tidurla..) asyik kena kutuk, kena maki. Itulah pasal..orang suruh turun, tak nak. Sekarang menyusahkan orang!

Ok lah.. sekarang akak nak bantu Najib jernihkan keadaan. Pasal 2.6b tu sebenarnya itu bukan duit rakyat. Itu adalah duit Doraemon, duit yang kuar dari poket Doraemon sendiri atas permintaan Najib dan isteri.  Najib jumpa Doraemon setelah melakukan 3 permintaan kepada jin yang keluar dari lampu antik yang dulunya dipunyai oleh Aladdin. 2 permintaan lagi masih sedang dalam siasatan..

Tanggungjawab akak dah selesai...akak dah bantu Najib! Cuba fikir apakah agaknya yang boleh dilakukan Najib jika dah bersara nanti? Najib boleh bukak universiti yang menawarkan kursus Pembelitan dan kursus Mencari Derma sehingga menjadi Billionaire!  Harus ramai yang daftar masuk you!! 

Monday 17 August 2015

NAJIB: TURUNLAH...PLEASE...PLEASE...PLEASE...!!!!!

Dah setahun lebih tak menulis. Naik bosan dengan cerita-cerita politik longkang dan membaca kelentong dan spin si penerima upah. Hakikatnya ekonomi semakin merudum...Tak payahla duk kata sangat ini sebab faktor luaran. Memang ada faktor luaran, tapi kalau politik kita ok, pemimpin kita semua tip top, bank negara ok, orang luar akan melabur kat kita. Depa tak bawak lari duit keluar dari negara kita.

Bercakap pasai duit keluar...Apa pasal duk bising duit derma 2.6b tu masuk negara kita? Kira ok apa? Kita patut galakkan lagi Najib mintak derma kat pak2 Arab tu. Tak apalah masuk akaun Najib pun. Orang kita jugak. PM kesayangan kita jugak. Yang tak ok, kita patut marah kat Najib, apa pasai dia bawak keluar pulak duit tu? Dah elok-elok park kat sini. Dan pasai apa duk bagi perabih kat Abang Mad 'boo". Betui tak? Akak tak tahulah semuatu betui ke tak. Tapi gitulah orang duk kata...

Yang akak nak kata lagi, kat mana-mana tempat akak pergi, asyik duk dengar orang berzikir mintak Najib turun. Yang anehnya, depa tu sebenarnya orang UMNO. Kalau dulu, pantang sentuh pemimpin UMNO sikit, mahu keluar silat kangkung depa duk pertahankan UMNO dan pemimpin. Sekarangni, tanpa malu, tanpa segan, depa duk mintak sangat Najib turun. Bukan tak sayang UMNO, bukan kata nak pangkah pembangkang yang lagi meraban tu. Cuma nak Najib turun sorang je. Gantilah kat sapa-sapa pun kecuali Abang Mad 'Boo"..Semua yakin, kalau Najib turun, esok ekonomi akan pulih dengan sendirinya. Ringgit akan naik, pasaran saham akan naik. Itu depa katala.. Akakni cuma sampaikan aje. Kalau nak dengar..dengarlah. Tak nak dengarpun tak apa.