Monday 30 January 2012

HADI AWANG SINDIR NIK AZIZ. HAHAHA

Baikkk punya sindir bang! Berbirat muka Nik Aziz bila Hadi Awang kata akhlak seorang muslim yang baik tak akan meminta jawatan. Kalau tak paham lagi, memang sah2 jenis Aziz Bari. Yang perasan bijak tapi biol.


Maknanya Hadi cakap nak undur untuk bagi muka baru. Tapi kalau tak ada yang mampu, barulah orang lama tampil ke depan. Bukan macam Nik Aziz, yang awal2 lagi nak pegang jawatan sampai mati. Walaupun dah hampir nazak, tetap gak berghairah nak bertanding. Nanti klau xde jawatan xde plak orang nak sponsor pegi mekah ye tak. Huhuhu.


Seronok tengok kekalutan Pas la nie. Serba tak kena dengan macam2 karenah pemimpinnya. Langsung tak sepakat. Itulah hukum Allah kepada yang duk menipu rakyat dengan ayat2 Quran. Yang melacurkan agama demi kepentingan diri dan individu tertentu. Kengkadang simpati gak akak dengan ahli Pas yang duk mengidam syurga akhirat tapi berimamkan orang yang gilakan syurga dunia. Apa nak jadilah nie..


Undur diri: Apa maksud Presiden PAS


Published with Blogger-droid v2.0.3

AZIZ BARI kena PELUK! RAPAT PUNYA!

Bukan calang-calang orang yang peluk si Aziz Bari ni.  Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Adam Adli!  Hebat tak hebat.  Depa peluk Aziz Bari sebab dia berani.  Berani meluahkan pendapat yang disalurkan oleh si pemeluk tadi.  Tapi dah asyik kena peluk, lama-lama panas jugak bang, berpeluh jugak.  Tu yang akhirnya jadi busuk. Depa yang berpeluk tak perasanla, tapi yang dekat dengan depa akan terbau jugak busuknya.  

Memang padanpun muka si penganggur Aziz Bari tu.  Belum lagi jadi pemimpin dah senang-senang nak tendang orang itu, nak tendang orang ini.  Dia ingat semua orang nak dengar cakap dia ke apa.  Mentang2 lah isu dia derhaka pada Sultan Selangor dulu dapat sokongan puak DAP dan yang lain2 Melayu yang derhaka, dia ingat selama-lamanya cakap dia orang junjung kot.  Dahla dipanggil prof kangkung, lagi ada hati nak cakap pasal undang-undang.  Dan lebih tak sedar diri si Aziz Bari ni suruh pemimpin pusat Pas pecat Ustaz Azizan pasal isu budak mahasewel KUIN.  Selamba je Presiden PAS, Hadi Awang kata apa yang dibuat MB Kedah tu ikut undang2 dan tepat.  Hahaha.  Memang muka seluar dalam prof kangkung ni.

Memang dah tak tahu kat mana si Aziz Bari tu nak letak muka.  Agaknya lepasni dia hulur tengkuk kat DAP lah tu.  Orang cam Aziz Bari tu senang je dibiri-birikan dek DAP.  Pakar perlembagaan kunun.  Puiii!  Memang dia elok duk diam2 tanam labu je.  Bila labu dah besar, dia boleh peluk dan terjun dalam air.  Dan lebih elok kalau bawak sekali si Anwar dan Azmin tu......Adam Adli?  Tak payah bawak, bagi kat akak je,  Nanti akak cubit-cubitkan pipi dia..... 


 ----------------------------------------------------------
Sinar Harian 29/1/2012

Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalah faham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.
Abdul Hadi berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.

"Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan Pas Pusat sendiri," tegasnya.

Khamis lalu, pakara perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mengesyorkan agar Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan ke atas Menteri Besar atas alasan bertindak bertentangan dengan prinsip Buku Jingga dan merestui tindakan ke atas pelajar-pelajar terbabit.

Abdul Hadi menambah, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.
 

Saturday 28 January 2012

SAH! HADI AWANG SERTAI KUASA KETIGA!

Kalut sungguh orang Pas ni. Macam-macam kisah yang berlaku akhir2 ni. Itu petanda bakal berakhirnya parti Pas di Malaysia! Sana sini dah berpecah. Ada ahli Pas orang Nik Aziz, ada ahli Pas orang Hassan Ali dan ramai ahli Pas orang Anwar. Ada jugak ahli Pas orang Dap. Depa cuba nak tunjuk bersepakat, tapi sebenarnya berjuang dalam keadaan keliru. Akak percaya, akhirnya orang ini nanti akan undi Umno jugak.


Ni Hadi Awang pulak kononnya tak nak bertanding. Katanya dah lama sangat berkhidmat. Nak bagi peluang kat orang muda. Boleh percaya ke? Bukan ke dia jugak bercita2 jadi PM? Akak rasa Hadi Awang dah tak larat dah nak melayan pemimpin Pas lain. Perjuangan Pas yang asalpun dah berkubur. Nak harap jadi PM pun keadaan sekarang semakin sayup. Nak bekerjasama ngan Umno pun Nik Aziz dan geng bantah. Hadi Awang nampak banyak kepincangan dalam Pas. Pemimpin muda berlumba2 bersuara untuk tunjuk hebat. Kata pemimpin tua depa dah tak mau dengar. So, nak tunggu apa lagi? Baik blah je.


Atau barangkali Hadi Awang lebih nampak jalan yang bercahaya kalau sertai Hassan Ali dalam kuasa ketiga. Atau barangkali Hadi Awang patuh pada seruan Karpal Singh yang mahu semua ahli bertanding satu kasawan je. Bermakna tak boleh jadi Adun dan ahli parlimen dalam satu masa. Demokrasi yang mati lebih awal di bawah telunjuk Dap. Semuanya berkemungkinan.


Dan Tuan Ibrahim tak payahlah nak tunjuk prihatin sangat pasal Hadi Awang nak undur diri. Konon nak wat perbincangan. Hadi Awang bukan langsung tak nak bertanding, cuma nak bertanding satu jawatan je. Apa ada hal? Pilih je la nak letak kat dun Rhu ke atau kat parlimen Marang. Apa yang payah sangat?


Pas bincang hasrat Hadi undur 12 Feb - Politik - Sinar Harian


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 27 January 2012

FITNAH! DATUK T DISAMAN 100 JUTA OLEH WAN AZIZAH!

Saman RM100 juta kepada setiap orang trio Datuk T!  Saman itu terpaksa dilakukan oleh Wan Azizah sendiri sebab dah lama sangat nak tunggu laki dia saman malu trio Datuk T yang tayangkan video porno tahun lepas.  Ye ker?  Ada berani ke Kak Wan?  Tengok video tu pun tak berani, lagi mahu saman?  Nanti video terbaru keluar baru tahu.  Thailand punya kak!  Ganas giler tu kak!...Hehehe.

Patutlah Anwar takut sangat ngan trio Datuk T.  Setakat Utusan, dia beranilah saman.  Setakat isu menyokong gay yang dikeluarkan dek Utusan dia saman, tapi yang lebih menjatuhkan maruah macam yang dibuat oleh trio Datuk T tak pulak dia saman.  Memanglah semua orang heran.  Aneh betul Anwar Ibrahim ni.  Aneh sungguh Wan Azizah dan anak-anaknya.  Kalau Anwar tak nak saman, Kak Wan pergilah saman sebab memalukan Kak Wan, Izzah dan keluarga.  Tak berani kan?  Takut nanti lagi banyak video tersebar.  Takut lagi banyak skandal terdedah.  Telan je lah....

Jam Omega mana bang?  Telur omega ada ke tak?  Hehehe.  http://www.malaysiakini.com/news/187598     

PAS CEMAS! AZMIN ALI SENAK PERUT!

Konon tak kisah dan tak peduli bila Hassan Ali nak buat jelajah satu Malaya.  Tapi dalam diam PAS sendiri tidak yakin dengan keputusan pemecatan yang depa buat.  PAS cemas bila melihat Hassan Ali meraih sokongan dari kalangan pengikut PAS sendiri.  Depa nampak bila Hassan Ali turun padang, ramai yang berkopiah putih datang.  Dalam pada tak kisah tu, depa diam-diam buat kajian, buat tinjauan tentang pengaruh Hassan Ali. Dan untuk tutup kebimbangan depa, depa pun bagitahu yang pemecatan Hassan Ali beri kesan minima je pada ahli-ahli PAS.  Baca SINI

Tapi masalahnya tinjauan depatu cuma kat pembaca MKini dan MI jer.  Semua yang duk bagi komen tu adalah orang muda pembaca tegar ke dua-dua portal tu dan pengkomennya pulak adalah orang yang sama je dari dulu sampai sekarang dan tak ramai manapun.  Depa lupa yang orang yang datang masa ceramah Hassan Ali bukan pengkomen tegar, entah-entah tak pernah bagi komen pun atau tak baca MKini dan Malaysian Insider.  

Pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Ahmad Zuhdi Marzuki sendiri mengaku yang PAS tergesa-gesa buat rumusan dari tinjauan tu.  Dia buat rumusanpun untuk menenangkan perasaan gelisah pemimpin PAS lain yang melihat kegarangan Hassan Ali.  Azmin pun dah tak lalu nak makan bila Hassan Ali bakal serbu Parlimen Gombak.  Saari Sungibpun dah panas bontot bang!  Tak dapat pencalonan untuk jadi calon Gombak Setia bukan bermakna rakyat tak sokong dan tak undi.  Yang tak mau pilih tu cuma beberapa kerat je dari pemimpin dan perwakilan PAS.  Depa yang takut dengan pengaruh Hassan Ali.  Tu pasal depa tak pilih.  Tapi rakyat pasti sokong Hassan Ali sebab rakyat nampak apa yang dia buat untuk kawasan dia dan Selangor.  Bukan setakat rakyat nampak, Sultan Selangorpun nampak dan bagi pengiktirafan!  Lu cerita apa Khalid Gereja oiii!  Nak tuduh Hassan Ali jadi budak suruhan UMNO tu apa hal?  Lagi hina kalau jadi pembasuh berak DAP dari jadi budak suruhan UMNO.  http://www.malaysiakini.com/news/187571       

Wednesday 25 January 2012

KHALID IBRAHIM MELAMPAU! PENDEDAHAN TERBARU PEMBANTU EXCO AGAMA ISLAM SELANGOR!

Memang sah!  Khalid Ibrahim sanggup menggadaikan Agama Islam demi kepentingan politik peribadinya semata-mata.  Dari dulu lagi Khalid bukan pemimpin yang prihatin dengan masalah orang Islam dan agama Islam itu sendiri.  Dia lebih pentingkan paderi, lebih mengutamakan gereja dan cukup takut kepada LGE dan Teresa Kok daripada hukuman Allah.  Sebab tu dia tak sabar-sabar nak pecat Hassan Ali dari jadi exco Selangor yang jaga Hal Ehwal Agama Islam.  Walaupun penggantinya dari PAS, Dr Yunus dilantik, tapi Khalid Ibrahim rampas portfolio Hal Ehwal Agama Islam.  Dia ingin kontrol JAIS dan MAIS.  

Mustahil Khalid Ibrahim tidak tahu yang dia sibuk dengan urusan lain sebagai MB Selangor.  Masakan dia ada banyak masa untuk menjaga portfolio yang amat penting itu, apatah lagi dalam masa sekarang yang memerlukan pemantauan yang begitu rapi.  Bukan dia tak tahu.  Dia memang sedar dan cukup faham.  Tapi memang itu yang ingin dia buat.  Khalid Ibrahim anggap portfolio itu tidak penting dan tidak perlukan perhatian yang banyak.  Sebab tu dia bagi tugas dia pada pembantu Exco Hal Ehwal Agama Selangor,  Dr Shafie Abu Bakar yang dulu adalah juga pembantu kepada Hassan Ali.  Dia tidak ambik serius hal-hal yang melibatkan Agama Islam.  Dia lebih pentingkan tugas yang lain.  Kalau haritu bagi terus pada Dr Yunus apa salahnya?  Tapi dia tak nak, dia takut Dr Yunus akan pantau pihak gereja, akan pantau rumah pelacuran, judi dan arak di Selangor.  Mana boleh cari makan beb kalau cam gini....Itu pasal si Khalid ni serah tanggungjawab yang kononnya dia pegang tu pada orang lain, mintak pembantu Exco je yang buat kerja.  Mestilah banyak halangan, banyak kekangan.  Ini yang didedahkan oleh Dr Shafie ketika ditanya oleh wartawan: 

------------------------------------
Ditanya beban tugas selepas pertukaran bos, Dr Shafie berkata, beliau yakin kerjanya sebagai pembantu exco agama akan lebih berat dibawah Tan Sri Khalid.

"Oleh kerana dia sibuk dengan pelbagai tugas, mungkin peranan (exco agama) ini banyak diturunkan kepada saya lah.

"Barangkali saya akan lebih banyak menjalankan tugas yang sepatutnya dijalankan oleh Menteri Besar kerana masa dia tak banyak," katanya yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat).

Hakarah
---------------------------------------------  

GOSSIP MURAHAN WARTAWAN GAY!!

Dah namapun gay, mestilah bercakap macam burit ayam, cara menulis macam cakar ayam, perangai macam ayam kat lorong.  Inilah wartawan yang begitu disanjung di Malaysia sejak dia keluarkan isu Rosmah Mansor bershopping sakan kat Sydney, Australia.  Ingatkan penulis hebat, watrawan yang bertokoh dan punya kaliber, rupa-rupanya wartawan ini pernah dinobatkan sebagai wartawan paling teruk/ paling buruk/ paling tak boleh dipercayai di Australia.  Bahkan tidak layakpun untuk digelar wartawan.  Seterusnya baca SINI

DEBAT: PENJUAL UBAT VS PENJUAL ULAM.....

Hujung minggu haritu akak pergi ke Pasar Tani Salak Tinggi.  Dan masa keluar jer dari kereta, telinga akak diterjah dengan suara si penjual ubat bersahut-sahutan.  Katanya, tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, ...ubatni untuk kesihatan, cakap je sakit apa, ubat ni akan sembuhkan. Makan je ubatni, sakit kencing manis akan hilang, darah tinggi akan lenyap, dah boleh makan seafood walaupun sebelumni ada gout, kanserpun boleh pulih tuan-tuan.  Setakat migrain, sekali makan je gerenti hilang!  Tu diaaaa....Punyala banyak khasiat ubat tu.  Dan waktu akak menghampiri kawasan tempat orang jual ubattu, punyalah susah nak lalu.  Orang berkerumun mendengar.  Kagum.

Dan tika sampai ke tempat si penjual ulam, suasana agak aman.  Hanya layanan mesra pakcik yang senyum sambil membungkus ulam yang dibeli pelanggan.  Makcik, yang barangkali isteri pakcik tak cukup tangan menyelok kocek dan beg tangan kecik tanpa jenama menerima bayaran dan mengembalikan duit baki kepada pelanggan.  Tidak ada suara pekikan supaya membeli ulam-ulaman dan tidak ada khasiat yang diceritakan bagi menarik pelanggan.  Orang tetap ramai yang membeli.

Ke dua-dua senario di atas umpama gambaran dua individu yang diajak mengadakan debat bagi menunjukkan kehebatan masing-masing.  Anwar umpama si penjual ubat yang terlalu petah menawarkan pelbagai janji bagi menyembuhkan pelbagai penyakit seperti rasuah dan kemiskinan. Dan rakyat yang mendengar begitu teruja dan ingin untuk percaya.  Tapi Najib seperti si penjual ulam, yang tidak perlu berjanji itu dan ini kerana rakyat sudah tahu khasiat ulaman itu, rakyat sudah faham dan bersedia untuk membeli ulaman yang ditawarkan Najib tanpa perlu berkokok menyakitkan telinga seperti si penjual ubat kuat itu!  Dan perlu diingatkan bahawa menjadi popular bukan bermakna menjadi yang terbaik.  Suara si penjual ubat mungkin didengar di seluruh pasar dan menarik ramai orang untuk mendengar tetapi tidak semestinya membeli apa yang ditawarkan.  Dan semua orang tahu bahawa ubat yang ditawarkan oleh si penjual ubat kuat bakal membawa kemudaratan kepada sipemakan.  

Cuma kita sedia maklum, walaupun semua orang tahu yang ubat si penjual ubat tidak bertauliah ini bukan boleh dipercayai, ramai jugak yang ingin mencuba.  Kononnya tak salah nak cuba.  Tukarlah ubat yang dibagi dek doktor pada ubat si penjual ubat kuat tak bertauliahni.  Mana tahu kalau boleh hilang penyakit.....Tapi kalau dah terlantar sakit, kalau dah rosak buah pinggang, hempedu, hati dan segala yang dalam perut tu, baru tahu langit tinggi rendah.  Menyesalpun tak guna bang....!!  

Jadi yang mana satu pilihan hati?  Si penjual ubat atau si penjual ulam?  Cuma kengkadang, si penjual ulam kat pasar tani tu kebanyakannya orang tua.  Cer bagi budak muda sikit.  Mungkin lagi ramai yang pekena ulam tuu.....ye dakkk??   

DENDAM ANWAR TERHADAP AZIZAN RAZAK BAKAL BERBALAS!!

Ramai yang tahu Anwar masih berdendam dengan Ostat Azizan, MB Kedah yang dikatakan keras kepala itu.  Memangpun banyak tindakan Ostat ni yang orang Pas sendiri tak berkenan.  Tapi macam biasalah, orang Pas ni tak berani nak bertindak kalau tak dapat restu dari kengkawan depa dari PKR dan DAP.  PKR dan DAP tak berani nak lebih-lebih sebab nanti PAS yang hati kecik tu merajuk pulak dan sertai BN.  Kacaulah perancangan depa nak tawan Putrajaya.  Hancurlah impian Anwar nak jadi PM.  Jadi apa saja yang dibuat oleh Ostat Azizan depa diam je dan terus makan hati.

Tapi dendam Anwar tak pernah padam pada MB Kedah tu sebab Ostat Azizan pernah cakap kat orang PAS dalam satu majlis tertutup yang Anwar memang kaki liwat, Anwar memang tak ada moral dan tak layak jadi pemimpin.  Dia pun percaya yang Anwar liwat Saiful.  Memanglah Anwar sakit hati.  Sikit demi sikit Anwar pengaruhi rakan-rakan dalam PAS supaya buang Ostat ni.  Tapi isunya tak begitu kuat dan tak jadi berita hangat.  Bila dendam masih belum berbalas, Anwar ajar pulak budak-budak suh buat demo terhadap Ostat Azizan pasal isu pelajar KUIN yang digantung pengajian.  Bila demo dibuat dek bebudak mahasewel yang ketagih berdemo, orang tak akan perasan itu adalah hasutan dan angkara Anwar.  Orang akan kata semuanya adalah kemahuan mahasewel yang menentang AUKU.  Jadi memang nampaklah MB Kedah ni tak sepakat, tak seragam dengan kehendak Pakatan Rakyat dan lari dari perjuangan yang dipatrikan di buku jingga.  Puaslah hati Anwar bila pemimpin PAS lain dah mula panas punggung.  Depa tahu itu isyarat dari Anwar yang sudah hilang sabar terhadap Azizan Razak! 

Bab bebudak KUIN tu, akak sokong jugak keras kepala Azizan yang tak nak mintak maaf kat pelajar KUIN tu.  Apasal pulak dia kena nak mintak maaf sebab dia tak salah apa-apa.  Dia ikut undang-undang.  Undang-undang AUKU masih terpakai dan dia tak salah sikitpun.  Yang berapi-rapi marah tu adalah Anwar dan diluahkan melalui keceluparan mulut si mahasewel, Adam Adli.  Kita tengoklah nanti macammana kuatnya pengaruh Anwar dalam PAS.  Macam Hassan Ali, Azizan Razak juga bakal menerima padah.  Cuma kalau nanti Azizan Razak ditendang, yang akak bimbangkan bebudak mahasewel yang lain akan ingat itu adalah kejayaan mereka.  Depa bakal semakin bongkak, semakin ghairah nak berdemo, padahal semuatu angkara si ketua penipu nombor satu kat Malaysia!  Maka mahasewel akan terus sewel dan bodohla nampaknya......    

Monday 23 January 2012

KECOH DI KAPAR ANGKARA ANWAR!

Ni pergaduhan dua kumpulan dalam Pkr masa lawatan Anwar ke parlimen Kapar sebenarnya berpunca dari sikap Anwar sendiri.  Dua puak bergaduh hanya tak nak satu pihak diberi publisiti dan dikhuatiri akan mendapat tempat di hati Anwar. Sebenarnya sikap menonjolkan diri dan inginkan perhatian Anwar di kalangan ahli Pkr memang dah lama berlaku. Anwar sendiri suka ahli2 parti dia berebut2 menyanjung dia, mengagungkan dia. Tu sebab orang yang banyak bodek akan dapat tempat di sisi Anwar berbanding yang buat kerja.


Apa nak heran ahli Pkr yang macamni. Itu dah jadi budaya depa. Dan yang pelik ada gak penyokong duk kata ini semua angkara Umno, ini semua budaya Umno yang meresap dalam diri ahli Pkr. Lagi mau tuduh Umno. Hehehe. Lawak betul.


Ceramah Anwar kecoh - Politik - Sinar Harian


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 19 January 2012

HATA WAHARI HINA PKR!! ANWAR TAK MALU KE?

Hata Wahari yang ditendang keluar dek Utusan Malaysia dulu dah sah menyertai parti DAPig!  Baguslah.  Melayu yang bijak.  Cuma akak hairan jugak kenapa si Hata ni tak pergi sertai PKR?  Bukan ke Anwar akan jadi Perdana Menteri?  Patutnya Hata Wahari masuklah PKR atau PAS.  Tapi dia pilih DAP, parti yang secara dasarnya adalah parti Cina seMalaysia.  Dia tak pilih PKR sebab PKR parti busuk, parti yang tidak ada haluan dan parti yang tidak ada masa depan.  Tu pasal Anwar duk sibuk masuk keluar kolej dan universiti sebab hanya budak-budak je yang nak masuk PKR.  Kesian Anwar.  Lagi kesian dengan Rafizi dan Zuraidah Mak Lampir yang meroyan bila disaman RM100 juta dek Kak Jat!!!  Hehehe.  Akak suka...... 

JAIS PERLU DIPANTAU: KHALID SAMAD

Jais dan Mais perlu dipantau!  Hanya Khalid Ibrahim saja yang boleh pantau Jais dan Mais.  Teruk sangat ke Jais dan Mais sampai perlu dipantau?  Bukan ke itu suatu yang amat memalukan umat Islam?  Apa kata PAS?  Di mana mereka dalam isu INI?

Isu gereja dan memurtadkan orang Islam rupanya masih berbekas di hati MB Selangor dan Khalid gereja.  Bila Hassan Ali datang ke gereja bersama anggota Jais yang ditafsirkan 2 orang Khalid ni sebagai serbuan yang menyalahi etika, itu yang buat Teressa Kok dan orang2 DAPig berdendam.  Tengok macammana Khalid Gagap menyalahkan Jais dan Hassan Ali dalam kes ni dan dengan segeranya dia meminta maaf kepada pihak gereja.  Punyalah takut DAPig marah.  Dia langsung tidak mempedulikan orang Islam yang telah dimurtadkan dan sensitiviti umat Islam secara keseluruhannya.  

Dan bila Hassan Ali dipecat, Khalid Ibrahim terus amik portfolio Hal Ehwal Islam Selangor.  Khalid Samad dengan bangganya memberitahu yang Jais dan Mais perlu dipantau supaya kejadian seperti serbuan hari tu tak berlaku.  Apa nak jadi ni?  Poning kepala akak!!

-------------------------------------------------------------------------------------
Khalid: MB boleh pantau Jais, Mais
Wartawan Sinar Harian
January 19, 2012
Khalid Abdul Samad
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pertimbangan yang tepat apabila mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam agar institusi agama Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dapat dipantau beliau sebaik mungkin. Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dengan kedudukan sebagai Menteri Besar, sudah pasti Abdul Khalid boleh mengendalikannya dan meluruskan perkara yang ‘bengkok’ dalam Jais dan Mais termasih soal zakat dan isu-isu yang ditimbulkan tetapi tidak diberikan jawapan wajar.

Wednesday 18 January 2012

PAS SELANGOR: HADI AWANG MINTAK PENJELASAN!!!

Teruskanlah bermimpi wahai Pas, teruskanlah berjuang demi Anwar dan teruskanlah menjadi pak turut kepada puak yang membenci Islam. Teruskan cita2 untuk berkuasa dan ketepikan Islam demi merampas Putrajaya!


Apa yg berlaku kat Selangor memang memeranjatkan. Bukan akak je tapi orang Pas sendiri. Pun bukan Pas Kelantan tapi Pas Selangor! Mana taknya Dr Yunus yang baru dilantik sebagai exco Selangor cuma jaga portfolio adat resam Melayu dan bukan Hal Ehwal Islam. Dan portfolio yang penting tu dipegang dek Khalid Ibrahim.


Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar A Samad pasti kecewa. Pasti bertalu2 ditanya dek pemimpin tertinggi Pas dan Hadi Awang yang calonkan Dr Yunus, kenapa boleh jadi lagu ni. Dan untuk sedapkan hati, untuk tenangkan gelora, Iskandar terpaksa berharap yang portfolio Hal Ehwal Islam akan diserahkan semula kepada Dr Yunus. Cuma Khalid barangkali bagi masa untuk Dr Yunus biasakan diri dengan tugas exco dulu.


Teruskanlah bermimpi wahai Iskandar! Khalid gagap perlu jaga periuk nasi. Dia perlu jawap pada Dapig. Dia tak akan peduli apa yang orang Pas rasa. Siapa Pas? Pas terlalu lemah kalau nak dibandingkan dengan Dapig.


Nasi belum menjadi bubur. Lembek sikit je. Jadi masih ada jalan untuk baiki keadaan. Sudah2 lah diperkotakkatikkan dek Pkr dan Dapig.


Portfolio agama: PAS S\gor yakin MB ambil alih sementara - Malaysiakini


Published with Blogger-droid v2.0.3

SUBKY LATIF: KEDUNGUAN PAS TERSERLAH!!

Veteran Pas Subky Latif telah menambah bilangan golongan dungu dan didungukan dalam Pas! Bila bercakap asyik nak tunjuk bijak, tapi kalau dah jenis dungu tak boleh nak buat apa jugak!


Bila wartawan The Malaysian Insider tanya pasal tuduhan Hassan Ali adanya parasit dlm Pas, Subky Latif jawap parasit tu macam benda halus, palesit, orang Pas tak takut. Sebab Pas ada Haron Din, ada Ismail Kamus yang boleh tangkap dan buang palesit ni. Kelakar betul jawapan dia. Ada ke sama parasit dengan pelesit? Bunyi je macam sama, tapi jauh beza tu bang!


Macam ni Pas nak memerintah negara? Semua benda dikaitkan dengan hantu, jin, palesit. Yang akan kaya raya pastilah para bomoh. Nanti kalau negara muflis pun depa akan kata angkara jin, kalau sampah berselerakpun dia cakap sebab hantu. Kalau air tak bersih, byk jenayah berlaku depa cakap pasal palesit. Bijak sungguh. Macamni ust Idris Ahmad duk kata depa lebih bijak mentadbir? Piirahhh.


Published with Blogger-droid v2.0.3

ISLAM DI SELANGOR SEMAKIN MEMBIMBANGKAN! KHALID GAGAP JAGA HAL EHWAL ISLAM!!

Ingatkan Dr Yunus yang dilantik sebagai exco kerajaan Selangor akan menggantikan Hassan Ali dan semua portfolio yang pernah disandang Hassan Ali.  Rupanya tak.  MB Selangor, Khalid Ibrahim pulak melantik diri dia sendiri untuk jaga Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.  Dr Yunus hanya pegang Portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan sahaja.  Dr Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel) manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (Padat), kedua-dua jawatan itu sebelumnya disandang oleh Datuk Dr Hasan Ali.  

Seorang Hassan Ali boleh jaga macam-macam portfolio dan jawatan lain, tapi bila Hassan Ali tak ada ramai pulak yang terpaksa buat kerja dia.  Sebab apa?  Sebab semua orang yang ada tu malas nak buat kerja banyak, malas nak fikir.  Cuma nak duit je.  

Tapi akak terperanjat jugak bila Khalid gagap duk jaga Hal Ehwal Islam.  Bila pulak dia ni prihatin dengan orang Islam dan agama Islam?  Bukan ke dia yang menyokong gereja dan murtad?  Bukan ke?  Memang ini bala besar pada umat Islam kat Selangor.  Kesian Selangor.  Kesian Sultan Selangor yang diperbodohkan dek Khalid Ibrahim.  Sultan mesti tak nak Dr Rani dan perkenan untuk lantik Dr Yunus untuk jaga Hal Ehwal Islam.  Tapi Khalid lebih pandai pusing.  Tak apalah Sultan Selangor suka Dr Yunus sebab Hadi Awang yang pilih.  Khalid tak suka, sebab nanti payah gereja nak kasi murtad orang Islam. Dia terus rombak portfolio hari ni jugak.  Dia tak nak Dr Yunus jaga Portfolio tu.  Bagi Khalid gagap orang Pas tak cukup Islamik untuk jaga hak elwal Islam.  

Tahniah Pas!  Tahniah sebab terlalu bijak sehingga dipijak oleh orang Pkr!!  Tahniah!  Tahniah orang Islam dan Melayu Selangor kerana mempunyai MB yang begitu Islamik!!      

KESIANNYA DR RANI......

Memang kesian Dr Rani.  Dah berangan sejak dari hari pertama Hassan Ali dipecat untuk dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Selangor.  Tup tup yang dipilih Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang.  Nama Dr Yunus dicadangkan dek Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor dan diperkenankan oleh Sultan Selangor.  Tu la pasal, sapa suh sokong pihak gereja.... kan dah kempunan... Kesian...kesiannnnn...Nak tutup malu, dia kata dia tolak pencalonan dia!!  Hahahaha

Tuesday 17 January 2012

KADIR SHEIKH FADZIR DITANGKAP!!

Memang sah orang tua yang tak cukup kasih sayang dan tak puas makan duit haram ni, semakin mabuk! Semakin hilang akal dan patut ditangkap dan disumbat dalam penjara.


Bekas menteri kabinet yang semakin celupar ni dah mula pandai menipu untuk menagih perhatian pakatan pembangkang. Dia tuduh BN selamani beli undi dengan harga RM200 ke RM1000. Tapi yang tragisnya dia kononnya tak terlibat. Cuma tolong edarkan duit je. Mangkuk betul bekas menteri ni! Kalau dah tahu salah, yang hang duk tengok je apa hal! Nape tak buat laporan?


Memang datuk ni kena bertanggungjawab dengan kenyataan dia. Dia perlu disiasat sebab membuat pengakuan terlibat bagi duit kat pengundi. Jangan ingat hang boleh lepas bila sesuka hati wat fitnah. Dan klau betul berlaku macam yang dikata, dia kena buktikan! Jangan kasi lepas!


Ke dia dah buat perjanjian syaitan ngan pakatan. Kalau dia dipenjara nanti, bila PR memerintah dia akan dilepaskan. Janji buat fitnah kaw kaw dulu, lain belakang citer. Memang mangkuk, pinggan, penyapu, kuali la mamat ni. Camana dulu jadi menteri tak tahula akak.


Pakatan balas dendam nampak. Hassan Ali duk kata nak dedahkan rahsia dan parasit kat dalam Pas. La ni depa pi mintak mamak Kadiaq ni duk buat citer plak pasal BN. Rakyat mesti percaya sebab dia dulu bekas menteri.


Ayam punya Kadiaq!


Published with Blogger-droid v2.0.3

IDRIS AHMAD KU SAYANG......

Wah wah wah!  Bukan main lagi dia punya canang.  Macam hebat sangatla PR memerintah.  Yakin sangat cik abang kita ni yang Pakatan lebih mampu mentadbir pusat berbanding BN.  Dia bagi pulak perbandingan dengan negeri2 di bawah pentadbiran PR.  Kononnya Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah begitu hebat semasa di bawah pentadbiran PR.  
Tapi akak nak tanya, tu isu air yang tak pernah selesai kat Kelantan tu apa kes?  Bukan setahun dua memerintah.  lebih 20 tahun, masalah air kuning berkeladak masih belum selesai lagi.  Hebatnya kerajaan Kelantan.  Tu kat Selangor, baru je 3 tahun memerintah, sampah pun semakin banyak sampai ada yang dah panggil Selangor Darul sampah.  Bijak sangat ke mentadbir sampai hal-hal asas yang macamtu pun payah sangat nak diuruskan.  Tu kat Penang, awatnya tol Sungai Nyioq duk terpacak lagi?  Awat tak tutup je?  

Yang dibanggakan sangat dek Idris Ahmad ni hanyalah sebab kerajaan Selangor bagi sumbangan RM300 kat guru Kafa.  Kononnya itu yang pernah dijanjikan oleh PR.  Tapi yang dijanjikan dek PR RM500 sebulan.  Mana lagi RM200?  Khalid gagap songlap ke?  Guru-guru lain nape tak dibagi pulak?  

Hai cik abang, kalaupun nak mengampu pemimpin tertinggi PR, cer jeling-jeling sikit apa yang dah dibuat.  Jangan pakat puji je bang.  Setakat janji nak buat itu ini, semua orang boleh buat.  Tapi akhirnya mampu ke nak buat?  Cer cermin skit wajah tu.  Mana lebih metalik dari MB Perak?  Lagi metalik, lagi mahal ooooo 

A SAMAD SAID BAKAL MEROYAN DI JALANAN!

Pilihanraya sudah hampir.  Pembangkang masih kalut nak menarik undi.  Putrajaya dah lama beralun dalam mimpi.  Tapi nak menggapai mimpi terasa amat sukar.  Sebab tu pembangkang bakal menyalak lagi dengan Bershit 3.0!  Depa nak rakyat toleh kat depa, depa nak perhatian diberi 100% ke arah perarakan dan pelbagai agenda yang bakal dibuat.  Depa nak rakyat lupa tentang bantuan yang diberi kerajaan, mereka nak rakyat ketepikan janji seorang Perdana Menteri untuk melakukan transformasi! 

Bershit 3.0 akan meraih undi simpati, akan menaikkan semangat budak-budak muda pengundi baru yang berdarah panas.  Seperti tulisan Adam Adli di tweeternya, dia begitu merindukan perarakan Bershit 2.0!  Bukan perjuangan untuk membersihkan pilihanraya jadi keutamaan, tapi sekadar menyambut satu perayaan berbentuk hiburan yang kian diminati golongan muda.   Perarakan jalanan adalah hiburan terkini yang amat berpengaruh.  Seakan menjadi trend remaja Melayu yang masih tidak dapat lari dari elemen hiburan.

Dan dengarnya si tua berjambang putih akan megepalai bershit 3.0!  Sapa lagi kalau bukan A Samad Said!  Jalanpun dah tak mampu, kata-katapun dah semakin merapu, tapi dia tetap dianggap hero dan dilantik sebagai  pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)!  Segala-galanya sebab sajaknya Unggun Bersih mendapat perhatian.  

Kesian akak dengan orang tua yang berpenyakitni.  Sakit mentalnya semakin menjadi-jadi.  Akak hairan kenapa orang gila dijadikan hero?  Teringat akak pada kebanyakan cerita Melayu kat TV.  Banyak cerita yang meletakkan watak orang gila sebagai jelmaan malaikat.  Ker depa semua tu dah terlalu terpengaruh dengan anggapan seperti itu tak?  Menganggap A Samad said sebagai malaikat yang turun untuk menyelamatkan rakyat Malaysia dari kekejaman BN. Ambiga pasti gembira sebab dapat memperbodohkan orang Melayu lagi!  Hidup hidup!  Ambiga Ambiga!

NYAWA HASSAN ALI DIANCAM!!

Sejak jadi popularni, macam-macam yang melanda Hassan Ali.  Di mana2 je orang bercakap pasal Hassan Ali.  Ada yang marah, ada yang suka, cinta, ada yang sinis, yang ketawa, mengata dan macam-macam lagi bila nama Hassan Ali disebut.  Dan tiba-tiba bila Hassan Ali merancang untuk buat jelajah satu Malaya seminggu dua lagi ramailah golongan pembangkang yang panas hati.  Bila Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kata yang Hassan Ali boleh berceramah di negeri Pakatan dan keselamatannya akan dijaga, akak pun tertanya-tanya dalam hati.  Mahfuz ada dengar ke bisik-bisik yang mengatakan kereta Hassan Ali nak diletupkan atau pentas ceramah Hassan Ali dibakar?  Kalau tak ada, kenapa dia bersungguh-sungguh untuk menyatakan yang keselamatan Hassan Ali akan dijamin?  Dan sejak bila pulak negeri yang dinaungi Pakatan mengharamkan individu tertentu masuk untuk berceramah?   Siapa pulak Mahfuz yang nak jamin keselamatan orang?  Dia polis ke?  Tentera ke?  Atau bodyguard Hassan Ali? 

Aneh tapi itulah lawak jenaka mr bean Malaysia.  Kesian dia.  Bibir senyum tapi hati banyak sakit oooooo kat Hassan Ali!!  

Monday 16 January 2012

BILA HUSAM MUSA MULA GHAIRAH....

Macam2 citer ghairah Husam Musa yang tersebar di internet. Dan satu cite ghairah dia ialah masa dia berada di Alor Setar kelmarin. Husam Musa jadi ghairah bila nampak ramai yang membanjiri stadium. Terus dia nampak jawatan MB Kelantan. Dan dalam keghairahan yang menggila itu Husam Musa terus menabur janji. Katanya Kelantan akan menghapuskan hutang PTPTN yang ditanggung rakyat Kelantan. Nak hapus hutang PTPTN? Boleh percaya ke cakap mamat tu?


Akak setuju ngan Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin yang cakap keghairahan Husam Musa tak realistik. Ini bukan macam janji ngan amoi. Setakat janji ngan amoi nak bayar hutang sewa rumah dia bolehla. Tapi ni janji nak hapus hutang PTPTN. Itupun Husam dah bagi syarat kalau kerajaan persekutuan bayar royalti minyak yang dituntut. Dan macammana pulak dengan pelajar di negeri yang lain? Cakap senangla. Cer bersihkan air kat Kelantan tu dulu sebelum nak bagi itu ini kat rakyat.


Ni semua gula-gula untuk bebudak muda yang jadi pengundi baru lah ni. Samala macam janji Guan Eng nak hapuskan tol. Tu pasal kat Penang sana takde tol! Janganlah memperbodohkan bebudak mahasiswa tu semua dengan janji manis yang menggelikan telinga tu. Janganlah kejam sangat ngan rakyat yang lurus. PTPTN sebenarnya mengajar pelajar untuk bersikap amanah. Mengajar pelajar untuk gunakan duit yang dipinjamkan untuk belajar dan berjaya seterusnya bertanggungjawab membayar semula duit yang dipinjam.


Agak2 Lim Guan Eng setuju ke nak laksanakan idea biol Husam ni klau PR memerintah? Tapi tang tabur janji palsu tu memang setaraf la ngan Guan Eng pun! Kenala undi pakatan. Tol hapus, minyak turun, ptptn tak perlu bayar, liwat halal. Pehh hebat. Papa memang hebat! Hehe kesitu plak peginya akak...


Published with Blogger-droid v2.0.3

HASSAN ALI TIRU CARA ANWAR!

Bila Hassan Ali kata dia akan menjelajah ke seluruh negara untuk bagi penjelasan sebenar isu pemecatannya, ramai pembangkang marah.  Kononnya Panglima Khalid Al Walid dulupun pernah digugurkan tapi tak pulak dia mengamuk.  Akak pun heran, bilamasa plak yg Hassan Ali mengamuk? Dia cuma nak pergi jelajah satu Malaysia je untuk bercakap ngan orang ramai. 


Bila Hassan Ali buat jelajah, pandai pulak depa marah. Tapi aritu yang Anwar duk jelajah satu Malaysia duk mengaruk pasal kekejaman kerajaan memfitnah dan mencampakkan dia dalam penjara puak pembangkang duk kata itu hak Anwar pulak. Padahal Anwar tak ada kes pun. Hukumanpun belum jatuh. Kalau dah jatuh hukum dan sementara tunggu rayuan, dia gi jelajah logik la jugak. Tapi Hassan Ali dah dipecat dari Pas dan dipecat sebagai exco negeri Selangor tanpa menunggu tarikh rayuannya berakhir. Kejam la tu. Jadi tak salah Hassan Ali menjelajah dan membongkar salah laku Pas.


Yang sebenarnya parasit dalam Pas dah panas pungkok. Paling tidak Hassan Ali nampak jugak jasanya dalam kes kes membabitkan aqidah. Nampak jugak kewarasannya dalam menilai bakal PM yang memperjuangkan golongan yg punya kecelaruan seks. Tapi org Pas lain bikin apa? Bikin pecah belah umat Islam dan berjuang untuk lelaki dua alam adalah.


Published with Blogger-droid v2.0.3

MAHASISWA MERBAHAYA DIBEBASKAN!!

Polis ambik pendekatan berlembut lagi.  Mahasiswa yang punya ciri-ciri pembunuh dibebaskan dengan jaminan polis dengan alasan dia akan menduduki peperiksaan!  Baca SINI 

Kalau dah tahu awaktu belajar dan nak lulus peperiksaan, kenapa buat ugutan jenayah kat PM?  Bila dah kena tangkap, tahu takut pulak tak dapat nak periksa, takut tak lulus dan dibuang.  Sebelum buat tak fikir dulu.  Inilah masalahnya penyakit bebudak U sekarangni.  Harap pandai menghafal je, otak guna untuk ingat formula dan data.  Tapi tak tahu nak fikir yang mana baik, yang mana buruk.  Yang mana jantan, yang mana pondan.  Patutnya mahasiswani disumbat kat penjara sebab dah terang-terang dia mengeluarkan kenyataan ugutan.  Kalau budak umur 10 tahun mungkin kita beranggapan dia main-main untuk berseronok.  Tapi ini dah dewasa, katanya dah 24 tahun.  Lelaki seusia 24 tahun memang dah boleh merancang, bertindak dan berfikir secara matang.  Dan kalau ada ugutan, memang dia punya kemampuan untuk melakukannya dan sebab itu dia wajib ditangkap, dibicarakan dan dipenjarakan!  

Setakat tangkap, soal sejam dua, tak ada hal lah.  Esok lusa akan banyak lagi mahasiswa yang akan buat ugutan, sampai kita tak akan tahu yang mana satu main-main dan yang mana satu serius.  Polis ingat bila buat tindakan macamni, pembangkang akan puji la dan kata yang polis baik, polis prihatin dan berperikemanusiaan.  Jangan mimpilah pembangkang dan penyokong depa nak rasa cam gitu.  Depa kutuk lagi ada.  Baca je depa punya komen kat Mkini pasal kes tu.   


Sunday 15 January 2012

UCAPAN KARPAL MENGERIKAN NIK AZIZ DAN HADI AWANG

Bila tak semene-mena Karpal membangkitkan isu hudud kat konvensyen Pakatan, mesti Nik Aziz dan Hadi terpinga2.  Akakpun duk kerling2 jugak liputan sempena konvensyen tu, tercari2 klau2 Pas menjanjikan hudud jika menang nanti.  Tapi xde plak. Tak tahulah kot akak terlepas pandang maklumlah hujung minggu akak sibuk skit. Tak sempat nk baca semua. Lagipun xde yg baru yg depa duk cite kat konvensyen tu. Ada xde cite gempak mati hidup semula Nik Aziz je.  Lain2 citer dah basi dan gunapakai semula perkataan 'bersih'.


Berbalik ucapan Karpal tentang hudud, kata Karpal perlaksanaan hudud perlu dibincangkan semula sebelum PRU 13.  Karpal memang tak akan sokong.  Camtu gak org2 Dapig. Maknanya dalam erti kata lain, Karpal bagi kata dua kat Pas. Klau Pas nak teruskan hudud, depa akan blah dan tinggalkan Pas. Memang Nik Aziz dan Hadi terpana dan kelu lidah nak bagi jawapan. Depa ingat depa nk diamkan je sampai lepas pilihanraya. Klau menang baru nak laksanakan. Kononnya lah.  Tapi Karpal dan Dapig perlu jawap pada org kapir yg tak nak hudud dilaksanakan bila pr menang nanti. Persetujuan untuk hudud akan buat pengundi cina dan india akan menolak pr.  Jadi mana Pas tak kelam kabut. Walaupun konvensyen tu dihadiri orang berkopiah putih, ianya masih tidak menjanjikan keberanian buat Pas mengumumkan pendirian.


Pas ingat Dapig dah boleh dijinakkan bila Hassan Ali dipecat. Tapi rupanya tidak. Puas Hadi duk berapi2 cakap pasal kuda tunggangan bagi meyakinkan kelompok berkopiah putih. Tapi rupanya memang Pas ditunggang Dapig. Itu realiti yg xde sesiapa pun boleh nafikan.


Akak tunggu keputusan 3 kumpulan bersepakat tentang hudud seblm PRU 13. Ada berani ke Pas?


Published with Blogger-droid v2.0.3

SIAPA SANGKA NIK AZIZ RUPANYA ORANG UTUSAN!

Tu diaaa! Rahsia mati hidup semula berkumandang di konvensyen PR di Aloq Setaq! Sapa lagi kalau bukan manusia yang dianggap keramat Nik Aziz Nik Mat. Rupanya masa Nik Aziz sakit tenat haritu dan dimasukkan ke spital, jantungnya dah berhenti. Dah kiok. Tapi kemudian sebab perjuangan Pas belum selesai Allah dengan pemurahnya memberikan Nik Aziz nyawa semula. Nik Aziz diutuskan tuhan untuk membantu rakyat dan pakatan menawan Putrajaya!

Ini bukan akak buat cerita, tapi diceritakan dek blogger pembangkang yang kelihatannya dah semakin meluat tahap dewa dengan cerita keramat tu. Akak tak tahulah apa Ambiga, Karpal atau Lim Guan Eng akan kata. Depapun mungkin terus sujud kat Nik Aziz kot.

Dahla dalam usia yang lanjut, Nik Aziz masih bernafsu nak bertanding lagi. Kalau betul haritu jantung Nik Aziz dah berhenti, dah kiok, siapa dalam badan Nik Aziz? Hantu raya ker?

http://batuvskayu.blogspot.com/2012/01/saat-genting-nik-aziz-di-hospital.html?m=1

Friday 13 January 2012

BLOGGER YANG PUNYA HATI KECIK!

Muka ganas giler. Nama samaranpun macam nama mafia yang kerjanya membunuh musuh. Tulisannya jangan ceritalah. Sama ganas ngan muka. Pakai tembak je asal majikan dia suka. Macam boleh runtuhla kerajaan dengan tulisan hebat dia. Itu yang dia duk fikir sendirilah. Tapi itu luaran je. Rupanya mamatni penakut beb. Hati dia kecik je. Kelakar bila baca yang dia lari menyorok bila surat saman nak dihantar kat dia. Terserlah jiwa keperempuanannya. Lebih pompuan dari akak! Tapi kemudian tetiba je dia mengaum balik. Cabar peguam menteri tu datang jumpa dia kat konvensyen pakatan di Alor Star esok. Gila kau. 100 ribu tu puak pakatan akan berdiri menjadi pahlawan kat dia. Pehh, camana nak cari dia dalam lautan 100 ribu orang yang akan hadir kat konvensyen tu. 100 ribu tahu? Memanglah mamat tu berani.

Untuk mamat blogger tu akak bagi pantun sikit:
Kalau takut dipukul badai...usah berumah ditepi pantai.
Kalau takut semua tergadai...usah fitnah berbagai bagai!


KENAPA YUSOF AL-QARDAWI BOLEH TERSILAP......

Bukan main bangga blogger Pakatan bila Sheikh Yusof Al-Qardawi duk ucapkan tahniah kepada Anwar sebab dibebaskan dari tuduhan liwat.  Pada dia bila ulama macam Sheikh Yusof Al-Qardawi cakap macamtu menandakan Anwar memang tak bersalah dan kejadian liwat yang dilarang dalam Islam juga tidak berlaku.  Tapi masalahnya seorang ulama masih seorang manusia yang tidak tahu apa yang berlaku atau dilakukan oleh manusia lain dalam ruang yang tersembunyi. Secara lahiriahnya Anwar memang kelihatan seorang yang warak dan suatu ketika dulu orang memanggilnya sebagai sheikh.  Punyala alim.  Tapi alim Anwar alim-alim kucing.  Alim Anwar alim-alim sawa.  Kalau nampak ikan, terus ngap jugak.  Kalau nampak ada keuntungan di mana-mana dia pasti belit punya.
  
Mana Sheikh Yusof tu tahu Anwar kaki liwat sebab dia bukan mangsa.  Yang jadi mangsa adalah Saiful.   Sebab tu orang masih percaya pada mangsa.  Sama jugak kesnya dengan di pihak yang sebelah sana.  Korang percaya Anwar menjadi mangsa konspirasi dan bersimpati dengan Anwar.  Tu pasal korang percaya dengan dia.  Percaya membabi buta.  Keputusan mahkamah harus berdasarkan bukti. Sebabtu ramai yang boleh lepas bebas kerana tidak cukup bukti.  Yang dah mengaku membunuhpun boleh lagi lepas sebab bukti tidak mencukupi.  Contohnya seorang lelaki yang menunjukkan di mana dia menanam mayat seorang yang dibunuhnya.  Tapi kenapa dia boleh lepas dari hukuman?  Barangkali senjata bunuh tidak ditemui atau keterangan yang bercanggah atau kecederaan yang tidak konsisten dengan aduan dan macam-macam lagi putar belit yang boleh dilakukan oleh peguambela.  Itu tidak menghairankan dan memang berlaku.  dalam kes Anwar, bukti asal air mani Anwar ada di dalam bontot Saiful telah menunjukkan ada berlaku kejadian liwat.  Tapi barangkali untuk meletakkan ianya sama seperti kejadian rogol, pastilah tidak mampu dibuktikan oleh pendakwaraya.  Dan itulah kehebatan Karpal Singh.  Bukan sebab mahkamah dengar suara rakyat seperti yang Anwar dakwa.      

Itu sebab undang-undang Islam amat mudah.  Islam inginkan 4 orang saksi.  Memang kelihatannya tidak masuk akal sebab mustahil nak meliwat atau merogol orang kena ada saksi pulak.  Tak mungkin berlaku.  Tapi orang beragama Islam percaya bahawa Allah akan memberikan pembalasan kepada si pelaku.  Sama ada di dunia atau di akhirat.  Sebab itu orang Islam yang baik, takut untuk melakukan kejahatan kerana Allah nampak segalanya dan terlepasnya hukuman di dunia tidak bermakna terlepas hukuman di akhirat.  Kalau kita percaya semua itu, kita tidak akan kecewa Anwar dibebaskan dan marah kepada tuan Hakim yang membuat keputusan.  Allah sedang memberikan masa untuk Anwar bertaubat.   Itupun kalau dia terbukak hati nak bertaubat la.  Setahu akak dia akan terus buat!

Dan akak heran jugak kenapa penulis blog pembangkangni nak salahkan Utusan bila siarkan kegembiraan kelompok gay Filipina apabila Anwar dibebaskan?  Kejadian liwat yang berlaku kerana suka sama suka atau atas kerelaan atau pilihan sendiri tidak seharusnya dihukum, ini yang mereka perjuangkan.  Dan perjuangan mereka telah diterjemahkan kejayaannya di mahkamah Malaysia.  Tentulah mereka gembira.  Semua peliwat dan yang diliwatpun gembira.  Anwar pun suka. 

Pada akak, keputusan sudah dibuat.  Akak nak tengok sejauh mana Anwar boleh pergi.  

Thursday 12 January 2012

BETUL KE HISHAMUDDIN HUSSEIN BAKAL LARI BERSAMA KERIS????

Ini sesuatu yang agak tidak menarik untuk diperkatakan. Tapi itulah telahan yang telah dibuat oleh orang yang katanya telah mengkaji kedudukan Hishammudin Hussein di Sembrong.  Sokongan kaum Cina yang menguasai 40% dari pengundi akan berpihak kepada pembangkang.  Dan katanya lagi Hishammudin akan lari ke kawasan lain pada PRU akan datang.  Betul ke?  Apakah begini tingkahlaku seorang pendekar?  Kenapa masih diam dan masih terus lembut?  Kenapa tidak dihunus sahaja keris dan terus mengamuk di Sembrong dan tunjukkan kejantanan sebenar?   Tak apa.  Kita tunggu saja tindakan Hishammudin seterusnya. 

Dan jika betul orang Cina Johor telah mula beraleh kepada PR, ini sesuatu yang menyedihkan.  MCA dan Gerakan tidak lagi mampu membantu BN secara keseluruhannya.  

Kata Anuar Zain 

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Ada apa dengan Anuar Zain ek?  

Wednesday 11 January 2012

VETERAN UMNO JULANG ANWAR! MEMANG BETUL HITAM METALIK!

Apa kena ngan atuk sorang ni?  Masa dia join Amanah ngan Tengku Razaleigh hari tu dah nampak dia punya kongkang.  Dan kekongkangan dia semakin terserlah dalam isu Anwar.  Akhirnya Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tak dapat berselindung lagi terhadap cintanya terhadap Anwar!  Dia secara terang mengakui kehebatan Anwar dan menganggap Anwar sebagai pemimpin yang baik dan berjiwa kampung jugak mengambil berat pasal rakyat.  Tang mana yang dia nampak Anwar cam gitu tak tahulah pulak akak.  Pada akak Anwar pemimpin yang gila kuasa, berjiwa yahudi serta mengambil berat hal-hal 'lubang' sahaja.   

Rupanya Kadir Sheikh Fadzir adalah musuh dalam selimut yang selama ini begitu bersimpati dengan Anwar Ibrahim sejak dari pemecatannya di zaman Tun Mahathir.  Tapi sebabkan tamak, sebabkan jawatan dan kuasa dia teruskan jugak duduk dalam Umno.  Dia masatu menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan pada tahun 1999.  Tak kan nak korbankan jawatan menteri kot.  Lepastu masa zaman bapak mertua KJ jadi PM dia jadi Menteri Penerangan pulak.  Entah apa yang dia buat masa kat kementerian penerangan, tak tahu lah akak.  Yang pasti dia sudah bagi penerangan yang salah pada PM masatu.  Pasaltu bapak mertua KJ tak boleh bertahan lama dan ambik tindakan salah!   Akhirnya 5 negeri jatuh kat tangan pembangkang.  Sebabnya ramai musuh dalam selimut macam Tan Sri ni la.  

Harapnya akan terserlah lagi semua manusia yang bermuka-muka ni.  Kalau dah suka dan sanjung sangat Anwar, pergilah berjuang dengan Pkr.  Kenapa nak sorok muka kat Amanah dan NGO lain.  

Kalau kulit hitam metalik akak tak kisah, tapi kalau hati yang hitam metalik, tu yang payah!!  

SAKMONGKOL JOIN DAP UNTUK MUSNAHKAN ANWAR??

Ni satu hal lagi.  Melayu yang satuni dah masuk Dapig sebab daging Dapig lebih sedap dari daging lembu.  Kononnya Dapig lebih halal dari lembu sebab takde rasuah. Tak najis.  Gitulah agaknya bila hati dah gelap.  Tak apalah.  Negara demokrasi.  Nak masuk manapun masuklah sebab last-last esok masuk kubur gak.  

Cuma bila si Sakmongkol tongkol ni bilang yang dia was-was Anwar akan terus bebas dan PR perlu bergerak tanpa Anwar, akak jugak jadi was-was.  Si tongkol ni cakap dari pandangan peribadi ataupun dia bercakap bagi pihak Dapig?  Si tongkol ni jugak percaya yang Anwar dah balun China doll melalui bukti yang diperolehi.  Ni semua dia dapat masa dia masih kat dalam BN lah ni.  So, dia percaya yang Anwar tidak dapat lari dari tuduhan membuat laporan palsu kepada polis.  Anwar masih tidak bebas seperti jangkaan semua orang.  Banyak kes yang membelengu dirinya.  Memang betul pun.  Sebab tu Anwar nak sangat jadi PM untuk selamatkan diri dia sendiri, bukan sebab nak selamatkan Malaysia!  Tu yang dia cakap, kalau PR memerintah, dia dalam penjarapun akan keluar jugak.  Jadi perjuangan Anwar hanya untuk dirinya semata.  Memang dari dulupun begitu, cuma orang dan mengikut dia jer yang tak faham.  Yang fahampun buat dek je janji masyuukkk!!  

Berbalik pada cerita si TONGKOL tadi, rasanya dia bercakap bagi pihak Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng.  Hubungan depani rapat.  Sebab tu dia berani tutuh Anwar.  Kalaulah Anwar tu bagus sangat, kalaulah Pkr tu hebat sangat dah lama dia dan kawan dia si Aspan tu masuk Pkr.  Tapi sebaliknya dia masuk Dapig sebab Dapig lebih stabil dan memang memerlukan orang Melayu derhaka macam si tongkol untuk imej yang lebih majmuk.  Dapig nak ahli-ahli Pkr masuk dalam Dapig jer.  Tendang Anwar jauh-jauh, bubar Pkr.  Dapig jadi parti pelbagai kaum dan jadi alternatif kepada BN.  Bukan PR, pun bukan Pas.  Hanya DAPig.

Jadi akak harap penyokong Anwar faham, penyokong Pas mengerti.  Lupakan Anwar.  Selamatkan Nurul Izzah je.  Pas teruskan dengan perjuangan asal.  Jagalah Kelantan tu, apa ada hal?  

Musuh utama kita adalah DAPig!  Kalau nak berbahasa kasar lepaskan pada Dapig!  Bukan macam bebudak muslimah Pas yang menyanyi lagu 'Umno mampus'.  Tu kasi DAPig mampus lagi baik, lagi mulia.       

Tuesday 10 January 2012

PEHH! 100 RIBU LAGI?? HEBAT PAKATAN!

Geli hati perut akak pasal angka 100 ribu ni. Nape agaknya pakatan rakyat suka sangat angka 100 ribu ek? Aritu masa nak wat kempen Bebab Anwar 901, angka 100 ribu jugak yang dijaja dek Pkr dan pakatan rakyat. Terbeliak biji mata kengkawan dengan angka 100 ribu rakyat berhimpun kat depan mahkamah. Panik abang polis. Terbayang kat kepala akak camanala tuan hakim nak mencelah2 kat tengah2 100 ribu orangtu. Bukan sesikit manusia tu. Tup tup bila hari 901 tu, hampeh! Jangan cakap 100 ribu, 5 ribu pun payah.

La ni pakatan duk jaja pulak angka 100 ribu orang akan berhimpun sempena Konvensyen Rakyat kali ke 3 di stadium Sultan Abd Halim, Alor Setar pada 14 Januari nanti. 100 ribu lagi? 100 ribu bang? Biar betik? Hahaha. Sapa yang datang tu? Orang Pkr adalah tak sampai 2000 orang, itupun ikut angka yang datang ke Johor hari tu. Kalau depa datangla pulak. Tak apalah, 100 ribu pun 100 ribu lah. Angkani sebenarnya dijaja dek Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi. Suka hati mak kau lah nak kasi angka berapa pun. Tapi yang tak tahan angka 100 ribu tuu. Ngeri beb!

Dan lagi, konvensyen tu nanti bertemakan 'Bersihkan Malaysia'. Nak bersih mende bang? Cer kasi bersih dulu Kelantan yang terkenal dengan kotornya tu. Dan cer kasi bersih hati2 busuk kaum pembangkang yang cemburu dengan kejayaan Malaysia di bwh pimpinan Umno dan BN. Diri sendiri kasi bersih dulu, pastu bersihkan kawasan dan negeri masing2 sebelum bercakap nak bersihkan Malaysia!

100 ribu? Pehhh hebat. 100 ribu tuuu,

ALAHAI PKR...AGAK-AGAKLAH KALAU NAK MENIPU TU....

Sehari sebelum keputusan liwat dibuat, rakyat dikejutkan dengan berita pengawal Wan Azizah, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek disuntik morfin dan dia dalam keadaan nazak.  Jahat sungguh Umno ni.  Dah la bos dia nak kena masuk penjara, pengawal Wan Azizah pun depa cuba nak bunuh.  Punyala hebat Pkr punya kelentong.  Semuanya nak kasi gempak, nak kasi rakyat cemas, nak bagi rakyat marah.  Biar kempen 901 dipenuhi dek rakyat yang membenci kerajaan.  Begitulah harapan orang Pkr.  Yang si Azmin pulak dah gagal nak himpunkan 100 ribu penyokong di perkarangan mahkamah, nak tak nak terpaksalah buat drama nazak.  Biar semakin ramai rakyat datang.  Tapi akhirnya tak sampai 5 ribupun yang datang.   

Pastu pulak si Fayad yang nazak tadi kerana suntikan beracun tetiba disahkan doktor tak ada apa-apa.  Tercucuk sikit je.  Takde morfin, takde racun.  Sebab panas hati ngan doktor tu, si Fayad yang nazak tu boleh keluar dari hospital sendiri kawan-kawan.  Tak sampai sehari dah baik ke bang?  Ke berjalan keluar dalam keadaan nazak?  Lawak ke tak lawak tu?   Bila orang duk kutuk dia sebab dia tetiba sihat, si Fayad tu kononnya diberitakan pergi ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan.  Hospital yang dirahsiakan supaya tidak diganggu oleh polis.  Dan yang paling tak masuk akal sekali bila dikatakan yang polis mengganggu Fayad yang masih tak sihat.  Teruk sangat ke sampai tak boleh bercakap?  Keluar hospital dan pindah lari ke hospital lain boleh pulak.  Polispun bukan teruk sangat.  Kalau dah memang nazak, koma, dah tentu-tentu tak boleh ambik keterangan.  Tapi kalau dah boleh bercakap, otak tak mati, tak gila, apasal pulak tak boleh bagi keterangan?  Polis menyiasat sebab korang yang kata diracun, ada melibatkan kejadian jenayah.  Nanti kalau lewat buat siasatan, korang kata pulak polis anti Pkr.     

Drama Pkr ni sikit-sikit koma, sikit-sikit nazak.  Tapi pastu semua pakat sihat dan segar bugar belaka. Depa sebenarnya dah tersilap langkah.  Depa ingat Anwar akan kena penjara.  Tu yang bikin macam-macam perancangan termasuk kena racun.  Depa akan pakat cakap, nanti Anwar pun akan diracun jugak dipenjara.  Bila tak jadi masuk penjara, payahla depa nak jawap kat rakyat pasal kes si Fayad.  Sebab tumpuannya memang isu morfin dicucuk oleh seseorang yang ingin membunun Wan Azizah tetapi terkena tangan Fayad.  Jadi, depa nak cari alasan yang baikla untuk menjawap pentanyaan polis nanti.  Si Fayad kena dibagi skrip yang perlu dihafal supaya tak salah cakap.  Tu yang lari tu.  Lari untuk cari skrip dan hafal skrip.

Alahai Pkr, kalau nak bunuh Anwar dan Wan Azizah, tak payah cucuk morfin di tengah-tengah orang ramai.  Bodoh betul si perancang tu.  Kerajaan ada banyak duit.  Kalau kerajaan nak kasi mati, upah je lah pembunuh upahan, letupkan kapalterbang yang bawak Anwar dan isteri dan macam-macam cara lagi boleh buat.  Itu kalau kerajaan jahat dan kejam la.  Tak mainlah cucuk menyucuk ni.  Hal cucuk menyucuk, itu kemahiran Anwar Ibrahim jer.....

BERITA HANGAT BUAT LELAKI GAY!!

Ni untuk perhatian semua lelaki2 yang punya kecenderungan seks luar kebiasaan.  Di sebabkan permintaan ramai, akak terpaksa jugak keluarkan iklan ni, walaupun ianya tidak sepatutnya dibuat oleh seorang wanita suci cam akak.  Akak bawa terus iklan ni dari blog Taiping Mali:

Levi's akan perkenalkan jean terbaru di Kuala Lumpur

Syarikat pengeluar jean terkemuka dunia dari Amerika akan memperkenalkan jean rekaan terbaru oleh pereka Malaysia.


Jean ini sesuai dipakai oleh lelaki yang mempunyai bontot cute. Salah satu kelainan rekaan ini ialah ia tidak mempunyai zip di hadapan sebaliknya ia diletakkan di belakang.


Ia sesuai dijadikan hadiah hari jadi. 100 pembeli pertama dihadiahkan gel pelincir dari jenama terkenal iaitu KY jelly.


Jean tersebut di kenali sebagai Levi's Anu Gay 901. http://taipingmali.blogspot.com/2012/01/levis-akan-perkenalkan-jean-terbaru-di.html

EK ELEH ADAM ADLI.......

Loya la akak ngan budak jambu Upsi tu.  Tak lalu nak tengok perangai bagus-bagus dia.  Macam hebat sangat.  Yang Jinggay 13 pulak duk sokong dan keluar kenyataan yang lagi meloyakan akak: “Adalah satu kerugian buat negara dan institusi perguruan itu yang telah menggantung mahasiwa yang begitu progresif dan berani menyatakan pendiriannya secara tegas"  kata setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad.

Uweekkkk!!!!  Rugi ke negara kalau si Adam Adli tu tak de?  Tak de mana nak ruginya.  Untung adala.  Budak yang bikin kacau dan menyusahkan polis, institusi pengajian tinggi dan menghasut pelajar lain untuk berarak di jalanraya dan tidur di depan pagar Universiti tu tak bikin untung sama negara tahu?  Dia akan menghuru-harakan negara macam Anwar Ibrahim jugak.  Budak macamtu, balik kampung tanam jagungpun, jagung tak nak tumbuh.  Percayalah cakap akak.  

Tu mentor dia, si Anwar Ibrahim duk senyum sampai telinga sebab dapat memperkudakan dia dan kengkawan dia.  Dia mana perasan.  Pergi sana orang angkat, pergi sini orang dukung macam budak kecik.  Suruh apa saja dia akan buat, suruh kata apa saja dia akan kata.  Tu yang kalau Anwar suruh menonggengpun dia akan buat jugak.    

Monday 9 January 2012

HASSAN ALI TAK SENONOH?

Main sedap mulut je nak kata apa kat orang. Tapi dah memang itu rasmi manusia, habis madu sepah dibuang. Kiranya Hassan Ali ni macam sepah la. Sepah ke sampah wahai Nik Aziz?

Akak terperanjat gak bila tengok berita kat tv3 tadi bila Nik Aziz mengulas tentang pemecatan Hassan Ali dari Pas. Dengan muka yang masam mencuka Nik Aziz kata suami isteripun bercerai, inikan pulak dalam parti. Kalau dah tak senonoh, pecatla. Wah gitu. Tak senonoh dia kata. Tang mana yang tak senonoh tu? Tang kritik Anwar ke? Kritik orang tak bermoral dianggap tak senonoh ke? Nasihat untuk buat kebaikanpun tak senonoh ke? Habis yang senonoh tu apa? Meliwat? Ajak orang murtad? Merosakkan mahasiswa? Memang pelik sikap Nik Aziz ni. Haritu bukan main canang buat kenduri bila jumpa Hassan Ali sampai Hassan Ali tarik balikla kritikan pasal konsep negara berkebajikan tu.

Sebenarnya Nik Aziz dan Hadi Awang dah tak boleh kontrol geng comolot Anwar yang ada kat dalam Pas tu. Depa semakin berkuasa. Para golongan ulamak dah macam dicucuk hidung. Ikut je la kata depa. Nak wat camana, awak dah tua ye tak? Perjuangan dah tak selari ngan golongan muda. Salah sendiri jugak. Bagi sangat muka sejak dulu. La ni depa jadila anak derhaka yang duk pijak kepala orang tua.

Selamat berjaya lah akak ucapkan kat Nik Aziz dan Hadi Awang. Pada akak sebelum terlambat baik pisahkan diri dari Pkr dan Dapig tu. Tak payah join Umno pun takpe la, janji teruskan perjuangan asal Pas.

KEPUTUSAN UPSI: ADAM ADLI DIGANTUNG

Ni yang terbaru diterima, dibaca dari tweeter  yang Adam Adli digantung 3 semester.  Laaa kenapa tak gantung terus?  Tapi rasanya UPSI bagi cukup masa untuk Adam Adli berkempen untuk PRU 13.  Kalau dia belajarpun, tapi tak fokus buat apa, ye tak?  Akak percaya yang Adam Adli akan berhenti terus sebab dia pasti dapat tajaan dari Anwar untuk belajar di kolej swasta......

Dan kepada keluarga Adam, sokonglah perjuangan Adam.  Anwar Ibrahim tak jadi masuk penjara.  So, jawatan pembancuh kopi masih kosong lagi.....Hahahaha.

-----------------------------------------------------------------------

Recent Tweets

Solidariti Mahasiswa
Muktamad! SMM akan fail kes ke Mahkamah Tinggi!
Solidariti Mahasiswa
Undang2 zalim terus cengkam aktivis mahasiswa! digantung pengajian selama 3 semester!
»
Solidariti Mahasiswa
Ucapan slps prosidng mahkamah di UPSI. Walaupun digantung 3 sem, mahasiswa akn terus lawan!

BOB LOKMAN BEBAS GAK! 901 HARI PAKATAN!

Wah, dengar citer selepas Anwar dilepas dan dibebaskan, Bob Lokman yang dibicarakan di mahkamah Kuantan pagi tadi diberitakan turut dibebaskan.  Bob Lokman dibicarakan atas tuduhan memberi kuliah tanpa tauliah.  Bertambah tinggilah serban Bob Lokman selepas ni.  Semakin hilang akal lah Pakatan.  Kiranya 901 adalah hari pakatan.  Hari mereka bergumbira.  Hari yang diberitakan suatu kemenangan bagi rakyat.  Si Anwar tu rakyat ke pemimpin?  Entahlah labu.  Suka hati mak kau lah....

Apa pun bagi akak 901 adalah kemenangan awal BN!  Tak percaya?  Hahahaha...... Cer pikir jauh sikit....

AZMIN ALI KECEWA DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH!

Kecewa beb kawan kita si Azmin Ali tu.  Senyum tapi dalam hati tuhan je yang tahu.  Akak tunggu gak apa yang Azmin nak kata.  Tk tweet lagi sampai la ni 12.00.  Mesti kecewa sebab tak dapat jadi PM sementara.   Huhuhu.  

ANWAR BEBAS: 901 MEMBAZIR MASA

Tepat jangkaan akak di SINI

Buang masa dan buang karan jer 901 dibuat.  Tu la pasal.  Bila dah buat salah, takut dan tak nak percaya sistem perundangan negara.  Sekarangni pun katanya pembebasan Anwar sebab rakyat.  Podahhhh! 

Friday 6 January 2012

BELUMPUN JADI KETUA, AZMIN DAH CUBA NAK AJAR PAS!!

Memang nampak sangat si Azmin ni gila kuasa macam bos dia jugak. Belum lagi dilantik jadi pengganti Anwar, dia dah tunjuk lagak. Patutlah ramai orang dalam Pkr yang berbulu tengok muka dia termasuklah Wan Azizah dan Nurul Izzah. Anwar tu masih wujud tertonggok kat depan dia, dia dah bercakap nak jadi Perdana Menteri. Bengang betul dia bila ada wartawan yang tanya kalau2 Ku Li akan jadi PM jika pakatan memerintah. Siap tanya lagi kat wartawan 'saya tak layak ke?'. Walaupun secara bergurau, tapi gurau makan dalam beb. Gurau ada makna tersirat. Gurau serius tu. Memang ada hati nak jadi PM. Bini dia @ buah hati kekasih dia, Shamsidar dah kembang kempis hidung nak jadi first lady. Makan tak lalu, tidur tak lena la ni. Tu yang Umi Hafilda makan hati sangat tu.

Si Azmin gila kuasa ni sekarang dah bagi amaran kat Pas suruh ambik tindakan kat Hassan Ali di atas kritikan Hassan Ali terhadap Anwar dan perhimpunan 901. Azmin sakit hati bila pemimpin Pas duk diam tak cakap apa kat Hassan Ali yang meminta orangramai dan mahasiswa tidak melibatkan diri dalam masalah peribadi Anwar. Mana dik non tak mengamuk bila Hassan Ali seolah2 mengiyakan kerendahan moral Anwar. Sehari duk tunggu pemimpin Pas menjawap Hassan Ali atau menendangnya keluar. Tapi pemimpin Pas cuma diam. Ada tak ada pun Nik Aziz cakap dia akan hadir 9 jan nanti tapi terpulang pada ahli lain nak datang atau tidak. Mengamuklah kawan. Walaupun tak ada kuasa apa2, Azmin terus desak Pas amik tindakan pada Hassan Ali. Perasan anak ayam mamat jambup ni.

Sekarang duk nampak ke depan memanglah Azmin. Chegu Bard entah ke mana. Mungkin sibuk dengan ABUnya. Mungkin jugak tak nak bersaing lagi dengan Azmin yang pernah menewaskannya dulu. Anak dan bini Anwarpun tak sibuk cam Azmin untuk berkempen.

Ko tahulah nasib ko Min bila buah hati ko masuk penjara nanti. Ramai dah nak kenakan ko tapi segan2 ngan orang tua nyanyuk dan mereng si Anwar tu. Ko tunggu je la Kiah! Akakpun tak sabar nak tengok kesudahan drama bersiri ni. Dah lama sangat, berbelit2 sampai naik jemu dan bosan pulak. Bosan tengok hero tua. Bosan dengan plot yang meleret dan kemunculan pelakon extra yang terlalu ramai. Bosan akak cakap lu.

UNTUK TATAPAN ABANG POLIS JE....AAWWWW!!!

Ni akak nak bagi rahsia besar yang abang polis tak kan dapat semasa dalam latihan polis di mana-mana kat dalam dunia ni.  Polis yang macam gini lebih mengghairahkan dari polis di bawah didikan Hishamuddin yang sering dikritik hebat.  Kalau nak jadi polis yang dihormati dan dipatuhi dek Adam Adli dan kengkawan lain yang jugak penggemar demonstrasi perlulah melakukan perkara-perkara yang cam gini.  Dengar ye abang polis.....

Peraturan yang perlu dipatuhi untuk menangkap pesalah yang berdemo

Pertama:  Semasa nak menyapa orang yang berdemo perlulah memberi salam 1 Malaysia dahulu
Kedua:  Semasa nak menangkap mereka perlulah memberikan senyuman kerana ini adalah tuntutan penjawat awam.  Lebihkan gula dalam senyuman
Ketiga:  Semasa nak menggari perlulah meminta izin dan berkatalah kepada pesalah:  'Maafkan saya, bolehkah saya menggari awak?'  Selepas dibenarkan hendaklah mereka digari dengan lemah lembut dan jangan lupa teruskan dengan senyuman.
Keempat:  Sekiranya pesalah melawan hendaklah polis berkata 'Astaqfirullah, mengucap ya...jangan melawan, tak baik.  Berdosa.  Tuhan marah tau...Saya tangkap ya?  Saya tangkap ye?'
Kelima:  Sekiranya pesalah melarikan diri pihak polis hendaklah berkata:  'Janganla lari.  Kalau lari saya kejar.  Saya kejar ni....saya kejar....'  Senyum jangan hilang.  Tangan kanan keluarkan telunjuk dan sebelah tangan lagi pegang pinggang.  Dapat bayangkan?

Begitulah cara-cara yang betul yang telah dipersetujui oleh pakatan pembangkang.  Jika pakatan rakyat memerintah nanti, beginilah cara-caranya pihak polis akan bertindak.  Ketika itu Ketua Polis Negara adalah Adam Adli.  Hidup! hidup!  Adam! Adam!  Adli! Adli!  (sorakan sama cam gaya geng2 Adam Adli bersorak reramai semasa berdemo)  

Sekian terima kasih.

LAWAK 901...!! LAWAK TERAKHIR SEORANG BAKAL PM..!!

Semakin dekat nak masuk penjara, semakin pandai Anwar berjenaka.  Kalau dengar jenaka dia, macam nak putus urat perut punya tak tahan nak gelak.  Menggelegak anak tekak akak.  Ni semua sebab meroyan tak dapat jadi PM lah ni.  Kalau esok mati kat penjara sah sah mati mata terbukak.  Kesian tul ngan Anwar.  Dalam duk tunggu saat nak ke Sungai Buloh, Anwar bikin lawak penjara:  Anwar akan tetap jadi PM suatu hari nanti.  Bila pakatan rakyat tawan Putrajaya, walaupun Anwar dalam penjara akan ada PM sementara dilantik.  PM sementara tu akan terima arahan dari Anwar di penjara. Hebat betul. Kemudian PM sementara akan mintak Anwar dibicarakan balik.  Selepas undang-undang liwat dipinda, Anwar akan bebas sebab menurut undang-undang baru itu nanti, meliwat dan diliwat tidak menjadi kesalahan.  Anwar akan diangkat pulak jadi PM.  Gitulah perancangan Anwar yang kononnya hasil perbincangan dia dengan rakan-rakan pakatan.

Gila ke apa?  Macam main-main pulak.  Memang bunyinya lawak sungguh.  Anwar macam dah semakin mereng, semakin hilang akal.  Sakitnya cukup parah dan ada kemungkinan nanti dia tidak layak masuk penjara sebab dah gila dan terpaksa dihantar ke rumah sakit jiwa pulak.  Mungkin ini boleh berlaku kalau melihat cara Anwar buat lawak akhir-akhir ni.  Orang gilapun tak boleh buat segila Anwar.  Ni gila punya gila!

Anwar ingat betul ke kengkawan dia akan jadi PM sementara dan bukan kekal?  Kalau depa dah jadi PM, dah pegang kuasa, hang ingat depa akan panggil hang balik ke jadi PM?  Boleh percaya ke?  Lagi lama hang merengkok dalam penjara adalah sebab depa takut hang keluar dan buat kecoh untuk rampas title PM tu.       

Dah lah Anwar.  lebih baik duk diam.  Habiskan masa berkualiti dengan isteri dan anak-anak.  Bertaubat je la.  Itu lebih baik dari berjenaka tak tentu hala.  Kalau tak kesian dengan Kak Wan atau Nurul Izzah sekalipun, kesianlah dengan diri sendiri.   

Thursday 5 January 2012

SAFWAN ANANG KOMA LAGI PETANG NI!!

Safwan Anang koma lagi!  Kali ni mungkin lama sikit nak sembuh.  Semuanya gara-gara nasihat yang diberikan oleh Hassan Ali dari Pas yang mahu semua mahasiswa menjauhkan diri dari menghadiri kempen Bebaskan Anwar 901.  Hasan Ali, bekas ahli akademik dan bekas ketua Biro Tatanegara, berkata sebagai pelajar mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak terpengaruh apa-apa yang mungkin berlaku kepada Anwar.

"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau  tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," katanya.  Nah, itu nasihat pakar!  Nasihat dari wakil Pas.  So, faham-faham ajelah ya adik-adik....

Kenyataan Hasan Ali juga telah bikin muka Anwar dan Azmin berbirat.  Hasan Ali bagitahu yang dia tidak akan hadir sebab memang tak ada arahan dari pihak atasan yang dikeluarkan untuk meminta ahli Pas beraya di depan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Senin ni.  Yang ada cuma dari bahagian Selangor, Dr Rani.  Selebihnya elek! Hehehe.  Nik Aziz sekadar bagi air muka je kat Anwar.  Selebihnya dia orang dah tahu sangat pasal kecenderungan seks Anwar.  Tu pasal depa tak kuasa nak layan kempen untuk membebaskan si peliwat tegar tu.  Dan lebih tragis, Hasan Ali dah bagi nama pengganti Anwar!  Sama ada Nik Aziz atau Hadi Awang.  Kesian Anwar.  Belum masuk penjara lagi, orang dah buang dahhhh.....  

Sendiri buat sendiri tanggunglah beb, kata Nik Aziz dalam hati ketika berzikir.  Hehehe.    

SAYU HATI BACA LUAHAN HATI ANWAR.......CE KORANG BACA NIE...

Pilu, sayu, sedih....bercampur baur bila terbaca luahan hati Anwar yang sedang tidak keruan kini sementara menunggu nasibnya ditentukan 9 Januari.  Hangpa tak kesian ke?  Dia ada isteri, ada anak-anak yang perlukan perhatian.  Dia ada Adam, ada Azmin, ada Rafizi yang sentiasa perlukan kemesraan.  Kenapa semua nak dia dipenjarakan?  

Anwar berkata yang Pakatan tak kan tumbang tanpa dirinya.  Dia berucap di hadapan 500 orang rakyat di sekitar Negeri Sembilan.  Kenapalah akak tak datang petang semalam.  Padahal akak ni ada kat Nilai jer.  Rugi besar rasanya kerana tidak berpeluang untuk bertentang mata dengan bekas graduan Sg Buloh yang akan melanjutkan pelajarannya di peringkat PHD di universiti yang sama:  Penjara Sungai Buloh.  Rugi....rugi....

Tapi....kejap eh.  500 orang je yang datang dengar ucapan Anwar Ibrahim kat Negeri Sembilan?  Biar betul Mkini ni.  Nak main-main ke apa.  Kan selalu kehadiran Anwar akan bikin gempak?  Kalau tak 5000 orang ke atas mana mungkin Anwar nak berucap?  Apa kelass setakat 500 orang je.  Dan lagi kenapa depa tak sediakan pentas yang besar buat Anwar?  Kenapa berucap kat pentas kecil di tapak letak kereta?  Mana pergi CheguBard?  Mana hilangnya Aspan Alias?  

Patutlah ucapan Anwar begitu berapi-rapi sekali.  Sebenarnya dia marah, dia kecewa dan dia dah tahu yang kehadiran dia tidak lagi diperlukan.  Tu pasal keluar kenyataan 'pakatan tak akan tumbang tanpa saya!'  Kenapa?  Selamani dia ingat pakatan rakyat akan hancur kalau dia tak ada ke?  Hahahaha.  Macamtulah Nuar.  Bila ada, adik sayang, bila tak ada adik melayangla.....

Sedih kan?  Kan?  Huhuhu



 ____________________________________________________________________
Mkini:
Anwar: Pakatan tak akan tumbang tanpa saya

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak akan tumbang sekalipun dirinya dipenjarakan atas tuduhan liwat.

Anwar kini dalam rangka menjelajah seluruh negara menjelang keputusan perbicaraannya minggu depan walaupun polis telah memberi amaran supaya tidak berbuat demikian.

Anwar pada tahun 2008 dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas pembantu lelakinya. Keputusan perbicaraan ditetapkan pada hari Isnin ini dan jika didapati bersalah, ahli politik berusia 64 tahun itu menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Anwar telah menafikan pertuduhan itu dengan mendakwa ia satu komplot kerajaan untuk mencemarkan imej beliau.

Lewat petang semalam, Anwar memberitahu perhimpunan yang dihadiri kira-kira 500 penduduk sekitar Negeri Sembilan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggota tiga parti pembangkang itu tidak akan tumbang walaupun tanpa dirinya.

"Anwar di dalam penjara, Anwar di luar penjara ... ia tidak penting. Yang paling penting, rakyat perlu tumbangkan Umno," katanya semasa ucapan berapi-api selam sejam.

Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, secara tidak dijangka pada pilihan raya umum 2008 menafikan BN majoriti dua pertiga di parlimen yang telah memerintah selama setengah abad.

Pada pentas kecil sementara yang dibina di tempat letak kereta, Anwar berkata beliau tidak bersalah dan meminta penyokongnya untuk "menyelamatkan negara daripada terjerus dengan gejala rasuah dan salah urus kerajaan.

"Saya tidak bersalah. Saya mangsa fitnah ... tidak ada kes jika mereka berdasarkan fakta-fakta atau mematuhi undang-undang," katanya.

Selepas ucapannya itu, hadirin menjeritkan slogan seperti "Hidup rakyat" dan "Hidup Anwar”.

     

9 JAN: ANWAR DIDAPATI TIDAK BERSALAH!

9 Januari 2011:  Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.  Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu setelah meneliti hujahan ke dua-dua belah pihak dan mendapati tidak terdapat ...............

Jika itu keputusannya memang ianya amat baik untuk Umno dan BN.  Yang akan terperanjat ialah Azmin serta kaum pembangkang yang sebenarnya mengharapkan keputusan sebaliknya.  Mereka mahu Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara.  Azmin mahu menjadi Ketua PKR.  DAP dan PAS merasakan Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada perjuangan mereka.  Anwar tanpa sedar dirinya menjadi alat kepada DAP dan PAS.  Dia merasakan dirinya hebat, sebaliknya dia dipergunakan secukup-cukupnya oleh mereka yang konon menyokongnya.  Itulah kebodohan Anwar yang dia sendiri tidak pernah tahu.  Betullah cakap orang, orang yang perasan dirinya bijak sebenarnya adalah bodoh.  

Jika itu keputusannya Anwar bakal diketepikan terus.  Dia tidak lagi mampu menyumbang apa-apa kepada parti.  Suaranya adalah suara lapuk yang tidak lagi menusuk.  Suaranya adalah suara 'bapuk' yang sekadar penyeri si kaki-kaki bontot di celah-celah bangunan kusam.  Paling hebatpun Anwar bakal terlibat dalam NGO yang memperjuangkan orientasi seksual yang pelbagai.

Jika itu keputusannya Umno dan BN bakal menyaksikan sokongan rakyat atas pagar kembali kepadanya.  Mereka selama ini merasakan Umno dan BN begitu takut terhadap Anwar dan berkomplot dengan mahkamah bagi menyumbat Anwar ke dalam penjara.  Bila sebaliknya berlaku, tahulah mereka bahawa segala-galanya adalah permainan Anwar dan pembangkang sendiri.  Tuduhan liwat itu betul, tetapi itu adalah permasalahan peribadi antara Anwar dan Saiful.  Puak pembangkang akan gelabah dan hilang punca.  Pergaduhan sesama mereka bakal terjadi dan ini adalah bagus untuk Umno dan BN.  Mereka tidak lagi boleh meneruskan kempen 901 dan mengharapkan rakyat akan berdemo di jalanraya, demi menuntut keadilan.  Paling bagus yang boleh mereka lakukan ialah menghasut mahasiswa untuk melakukannya.  Pun perlu diingatkan, ibu bapa penyokong pembangkangpun pasti tidak mahu anak kesayangan mereka dibuang dari universiti dan pastinya sambutan untuk demonstrasi pelajar tidak mendapat sambutan yang sewajarnya.  

Dan jika ini berlaku....pasti ianya adalah komplot BN dan mahkamah.   Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah dibayar oleh DS Najib untuk melepaskan Anwar demi survival politiknya kerana sebenarnya segala bukti keterangan sebelum ini adalah mencukupi untuk menyumbat Anwar ke dalam penjara!            

Wednesday 4 January 2012

BERHIMPUN UNTUK BEBAS ANWAR 901 SAMA SEPERTI HIMPUN SEMBAHYANG DI MASJID!

Mana pulak punya fatwa ni bang?  Punyalah nak menghalalkan perhimpunan kempen Bebas Anwar 901, fatwa baru dikeluarkan oleh Nabi Nik Aziz.  Katanya berhimpun untuk kempen pembebasan Anwar 9 Januari ni tak salah sebab sama macam berhimpun 5 kali sehari di masjid.  Tinggi betul darjat Anwar Ibrahim.  Nak kata camana, dah Imam Mahdi ye tak?  Dan kalau Anwar meliwat sekalipun dia tetap masuk syurga sebab dia sokong Pas sekalipun mewakili Pkr.  Jadi memang tak perlu dengar keputusan hakim 9 hb nanti.  Inilah yang dikatakan rakyat menjadi hakim.  Rakyat Malaysiani semuanya alim belaka, semuanya tak ada dosa dan suci lagi mensucikan.  

Haritu Dr Rani pun dah cakap seolah-olah pergi perhimpunan kempen bebas Anwar 901 macam pergi haji kat mekah.  Dia kata polis boleh kawal 3 juta jemaah kat mekah, jadi tak kan polis kat sini tak boleh nak kawal 100 ribu orang.  Dr Rani menyamakan orang yang pergi haji sama macam pergi berhimpun kat mahkamah.  Sikap orang yang berhimpun tu sama.  Kalau semua orang yang berhimpun tu sama cam orang pergi haji, tak adalah cermin klinik pecah bang oiii.  Tak adalah depa keluarkan kata-kata mencabar, kata-kata menghina dan tak adalah nak kapankan Najib.  

Suka hati hangpalah.  Pada akak biar je lah depa buat perangai bodoh duk berhimpun  depan mahkamah tu.  Kita tengok apa akan jadi.  Tapi akak yakin, kalau polis biarkan mesti ada malaun yang akan pecahkan apa-apa dan bikin kecoh.  Bila polis bertindak dan bagi bahan bukti depa akan cakap yang pecahkan tu sebenarnya adalah budak-budak rempit yang dibayar oleh Umno untuk memburuk-burukkan perhimpunan tu.  Skrip dah boleh baca derrr.... 


--------------------------------------------------------------------------------

Nik Aziz minta beri hak rakyat berhimpun | Print |
Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun termasuk pada 9 Januari ini sempena kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, perhimpuan itu langsung tidak bersalahan dengan demokrasi, apa lagi kerana peluang berhimpun itu sendiri diajar oleh Islam.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci kediaman penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, tengah hari tadi. (Gambar)
Katanya, Islam tidak menghalang demonstrasi atau berhimpun kerana ianya ada pada agama suci itu sendiri.
“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

BILA MASA PULAK SI YUYU LUNA KENA BUANG? PENIPU PUNYA ADAM ADLI!!!

Kalau dah belajar dari ketua penipu, mestilah pandai jugak menipu.  Tapi kalau dah tahap belum habis belajar, mestilah penipuannya tahap budak lulus PMR.  Mudahla orang nak tahu yang dia orang tu menipu.  Inilah budak-budak mahasiswa bengap yang belajar menjadi burung kakak tua.  Cakap tak usul periksa, percaya membabi buta.  Babi buta pun bijak lagi kot.

Haritu kononnya budak Adam Adli lu bagitahu kat press yang mahasiswi UPSI, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim atau Yuyu Luna yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.  Baca SINI

Budak pompuan tu pun kononnya popularlah sekelip mata.  Ramailah yang simpati walaupun memang patut dia dibuang.  Tup tup semalam budak pompuan tu cakap yang tak adapun notis diberikan dan diapun masih sihat walafiat lagi duduk kat kolej tu.  Si bengap Nurul Piteriah ni rupanya hanya dengar cakap kengkawan dia je.  Dan kengkawan dia pulak kata dari pihak atasan.  Memang cabul betul mulut budak tak cukup ajar ni.  Tak habis-habis nak fitnah orang.  Tak kan senang-senang je kalau dah dipecat, dibuang ko boleh lepak lagi kat kolej tu weii. Dan mustahil kalau dipecat, dibuang ke apa ke, tak ada notis, tak ada surat rasmi.  Menyusahkan orang jer la korang ni semua. 

Akak heran betul dengan bebudakni semua.  Budak Melayu yang suka sangat dengar gossip dan khabar angin dan jadikan khabar angin tu macam betul-betul berlaku.  Mudah sangat dia orang ni ditipu, senang sangat nak masuk perangkap.  Lepas tu ada hati nak berpolitik.  Ni semua kalau betul jadi ahli politik esok ni, satu apapun yang keluar dari mulut dia tak boleh dipercayai. 


 -------------------------------------------------------------------------
Mahasiswi dipecat bertekad terus menetap di asrama
Seorang daripada pelajar yang disingkirkan daripada kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, beliau akan terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan.

siti nurul piteriah abd halim UPSI sacked studentSiti Nurul Piteriah Abdul Halim (kiri), yang menyertai demonstrasi mahasiswa di luar UPSI di Tanjung Malim pada 1 Jan, berkata setakat ini beliau hanya diberikan notis lisan daripada rakan-rakan kolej, yang memetik pesanan "dari pihak atasan".

"Saya masih di kolej.

"Selagi tidak ada notis (rasmi), saya akan tetap tinggal di sana. Itu adalah hak saya," kata pelajar diploma kesusasteraan Melayu hari itu.