Friday 5 April 2013

BILA NURUL IZZAH DAN ANWAR BERLAKON, AZMIN PULAK YANG NAIK SYIOK!!!!

Korang percaya ke dengan lawak jenaka pemimpin PKR nie? Tolonglah jangan terperangkap dengan tipu helah politik hancing dia orang nie. Dan tak payahlah nak seronok bila nampak anak beranak Anwar bergaduh. Semuanya hanya lakonan semata-mata. Mustahil dah tinggal sebulan nak pilihanraya, Anwar, Azizah dan Nurul Izzah bergaduh secara terang-terang dan si Azmin pulak jadi penampah perasa. Tak masuk akal lah beb. Korang tak kan tak tahu yang Anwar tu kerjanya adalah berlakon dan dia memang pelakon handalan. Sekarang nie si Nurul Izzah pulak mengikut jejak langkah bapak dia tu. Si Azmin memang tak tahu apala. Selama ini Azmin memang ingat yang Anwar akan sentiasa berada di belakang bontot dia. (Akak tak kata liwat eh... jangan salah faham pulak.) 

Baru je semalam kecoh pasal Anwar bagitahu satu dunia yang Wan Azizah tak bertanding walaupun Wan Azizah kata nak jadi calon kat Selangor. Tup tup hari ni Nurul Izzah nafikan pulak dan kata semuanya belum muktamad. Hai, takkan tak muktamad kot sebab yang umumkan tu Ketua Umum PKR?

Nak lagi lawak, si Azmin pulak tampil untuk bagitahu Nurul Izzah yang Wan Azizah memang tak bertanding. Confirm! Tak payah tunggu pengumuman Rabu depan pun.  Kena hormat keputusan yang dibuat. Ialah kan, dah pengarah Pilihanraya PKR pun cakap benda yang sama dengan Ketua Umum PKR. Sapa pulak si Nurul Izzah yang nak menafikan semuanya? 

Itu satu isu. Satu isu lagi pasal hal Anwar lari untuk bertanding di Perak.  Nurul Izzah selamba je cakap yang Anwar tak mungkin akan bertanding kat Perak sebab pengundi Permatang Pauh nakkan Anwar jugak jadi calon kat sana.  Lawak tak?

Apa pasal semua benda Nurul Izzah nak tunjuk yang dia lebih tahu dan lebih memahami akar umbi dari bapak dia si Anwar tu? Ini semua politik la. Bendani sengaja dirancang. Nanti minggu depan, Anwar akan umum pulak yang Wan Azizah akan bertanding kat Selangor dan dia sendiri akan bertanding di Permatang Pauh. Anwar akan bagilah alasan semuanya kehendak akar umbi.  Secara tak langsung nampaklah nanti yang Nurul Izzah ni betul, hebat, berani dan layak menjadi pemimpin. Betul tak?   

Alahai PKR.....semua yang korang rancang tu langsung tak menjadila. Lawak korang tu langsung tak kelakar. Cerita sedih keluarga Anwar langsung tak mengalirkan sebarang air kat tubuh badan. Akhirnya korang sendirila yang terperangkap dalam lakonantu dan berasa syok sendiri.  Lantak pi kat hangpa laa!!!!   


CABARAN BANGKAI DAP PERAK!

Akak tak tahu apa jenis cabaran yang dibuat dek DAP Perak nie. Tetiba je meroyan mencabar BN suruh letak 4 orang calon yang dah membebaskan diri dari pakatan supaya bertanding atas tiket BN. 4 orang tu ialah Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh. Depa nie dulu masa PRU 12 bertanding atas tiket DUN pakatan di Perak dan menang. Lepas tu tinggalkan DUN masing-masing dan mengisytiharkan diri sebagai calon bebas. Kerana itu jugaklah pemerintahan Perak beraleh dari Pakatan ke BN. Jadinya sekarang nie, adalah masa nak balas dendam la ni. Sakit hati sebab Perak terlepas ke tangan BN dan Nizar dapat merasa jadi MB sekejap je. Tapi dalam sekejap2 itu pun ada jugak pemimpin DAP duk sempat songlap duit!

Helo Dap... yang duk salah pilih calon tu bukan BN tapi korang. Sapa suruh pilih calon goyang masa PRU 12 dulu? Jadi silapnya adalah silap korangla sendiri. Yang sakit hati dan nak paksa pulak BN amik orang2 nie seme apahal? Dia orang tu ahli BN ke? Depa tu dah masuk BN ke? Apa ke bangkai punya cabaran yang DAP Perak buat nie?  

Dan lagi, yang suka berjanji nak bagi kuasa dan macam2 tu adalah Anwar Ibrahim, bukan Najib! Anwar yang suka2 hati mak bapak dia offer macam2 suruh orang BN tinggalkan parti dan jadi pengkhianat. Itu yang berlaku bila orang Johor terpaksa terima jeneral itu dan jeneral ini. BN tak akan buat offer bodoh macam yang PR buat. Harap maklum ek! 



***********************************************
Sinar Harian

DAP cabar BN calonkan 'fantastic four'
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
5 April 2013
PRU13
PRU13
DAP cabar BN calonkan 'fantastic four'
IPOH - DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.

Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini.

"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13.

"Peletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
 

APA DAH JADI NI NUAR? KAT PERAK PUN TAK JADI NAK BERTANDING?

Anwar terus kelam kabut. Tekanan demi tekanan yang dia terima buat dia betul2 gelabah ayam. Bukan setakat tekanan yang dia terima dari pihak barisan, tapi tekanan yang lebih kuat datang dari kem sendiri, kem pakatan haram! Biar dia rasa. Biar dia tahu orang kat dalam Malaysia ni memang dah nak korek lubang kubur dia. Masih perasan nak jadi PM. Puiii!

Haritu beriya-iya ucap selamat tinggal kat pengundi Permatang Pauh. Kononnya biarlah dia berjuang kat tempat lain. Baru nampak jantan, baru nampak hebat. Kononnya tak nak jadi hero kampung. Setakat Permatang Pauh tu, dia tidor sepanjang haripun, orang akan tetap undi jugak. Anwar nak tunjuk kat orang BN yang dia ni kat mana-manapun orang akan terima. Puiiii!

Tup-tup, Anwar macam was-was pulak nak bertanding kat Perak walaupun katanya Perak banyak tinggalkan kenangan kat dia sebab dia pernah duduk kat kem Kamunting masa dalam tahanan dulu. Tetiba pulak teringat balik kat jasa-jasa pengundi kat permatang Pauh. Puiiii!

Orang macam ni yang korang duk puja? Pendirian tak pernah tetap. Cakap macam biawak. Lidah bercabang. Kecenderungan seks bercabang. Puiii! Puiii!  Puiiii! Geli mak nyahh!

Thursday 4 April 2013

ANWAR: HANG NAK JADI YB BUAT APA JIJAH? NANTI SAPA NAK JADI FIRST LADY?

Ni dialog merajuk ala2 manja antara Anwar dan Kak Wan yang tak mungkin disiarkan oleh Keadilandaily!

Abang Non: 'Hang nak jadi YB buat apa Jijah oiii. Nanti sapa nak jadi First Lady?'

Kak Wan: 'Bukan Azmin ke bakal First Lady you?'

hahahahahaha.......
Kesian kak Wan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Sikitpun abg Non tak peduli dengan pengorbanan K Wan yang duk bagi kerusi Permatang Pauh dulu. Nak wat camana, Abg Non tu anugerah Tuhan. Setialah sampai ke hujung nyawa kak Wan, moga dapat payung emas berkarat-karat...huhuhu

KESIAN AZIZAH BILA ANWAR TAK KASI BERTANDING!!

Akhirnya Azmin berjaya menggunakan kuasa Anwar bagi menutup pintu buat Azizah dari bertanding.Kesian Wan Azizah. Baru je dia bagitahu yang dia akan bertanding di salah satu DUN di Selangor. Faekahpun dah menadahkan nyiru untuk menyambut kedatangan Azizah. Tapi apa nak buat. Kuasa mutlak ada di tangan Azmin, buah hati Anwar yang menyimpan seribu macam rahsia diari Anwar. 

******************************

Anwar sahkan Azizah tidak bertanding

Harakahdaily, 04 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa isterinya dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 sebagai respon  kepada dakwaan nepotisme dalam PKR.

"Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada di dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya,"katanya semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera petang semalam.

Jawapan Anwar ini memecahkan desas desus selama ini bahawa isteri beliau itu turut akan dicalonkan dalam pilihan raya umum ini.

ASPAN CIPAN PERASAN

Bukan main lagi gembira seluruh kaum kerabat pakatan haram menyambut berita pembubaran parlimen. Seolah-olah esok jugak pakatan akan memerintah. Seolah-olah esok jugak harga minyak akan turun, tol akan dirobohkan, kereta, motor semuanya turun harga dan bekas-bekas PM yang lepas akan disumbat ke dalam penjara. Lalu berdendanglah kaum kerabat akan lagu-lagu nasihat kepada pasukan barisan yang dijangka akan kalah supaya tidak meroyan apabila pakatan berkuasa.

Katanya menukar kerajaan itu bukan jenayah. Siapa pulak yang kata macam tu? DS Najib sendiri memberi jaminan sebarang peralihan kuasa akan dilakukan dengan tertib. Yang menjadi jenayah adalah jika melakukan kekerasan untuk berkuasa, yang dikatakan jenayah adalah apabila barisan kembali berkuasa, pihak pakatan tidak berpuas hati dan tidak mempercayai proses pengundian lalu melakukan huru hara dan menurunkan kerajaan secara paksa. Itu jenayah. Yang suka buat huru hara, yang suka buat demonstrasi bukan orang barisan, tapi kaum kerabat pakatan. Orang barisan adalah manusia yang 'cool', yang berjuang demi keamanan dan kesejahteraan negara. Selagi negara aman, selagi negara konsisten dalam pembangunan yang dilakukan, selagi tidak ada rakyat yang mati kebuluran, orang barisan akan mempertahankan kepimpinan yang ada sebelum ini. Budaya lepak di dataran berhari2, budaya berarak di tengah2 bandar, budaya irihati kerana melihat suatu kelompok memerintah terlalu lama, bukan budaya kaum kerabat barisan. Jadi tidak perlu bimbang jika pakatan diizinkan Allah untuk memerintah kerana orang barisan akan sentiasa 'cool', ok?

Jika diizinkan Allah? Tahu pulak si Aspan tu cakap pasal Allah, ek?  Mungkin khalifah Lim dah ajar kot. Atau istilah Allah yang dia cakap tu dalam versi haram bible tak? Tak apalah. Anggap je dia betul-betul faham yang semua yang berlaku adalah ketentuanNya. Bukan ketentuan Najib, bukan jugak Anwar dan bukan jugak SPR. Akhirnya si Aspan ni mengaku jugak bahawasanya SPR ni tidak ada kena mengena dalam kemenangan BN sebelum2 ini atau kemenangan yang akan datang. SPR memang melaksanakan tugasnya sebagaimana yang sepatutnya. Jadi apa ke bangang sangat kaum kerabat pakatan yang dibanggakan si Aspan ni duk melalak kat jalanraya sebelum ni ek? Dan apa ke halnya kaum kerabat pakatan duk pakat-pakat nak berpiket, nak berarak dan nak membanjiri jalanraya kalau pakatan kalah dalam PRU ke 13? Apakah nak melawan kehendakNya? Sekarang baru si Aspan nak kata yang 'melakukan jenayah di jalanan itu adalah contoh dari negara mundur dan negara ketiga sahaja' sedangkan Malaysia ini hampir kepada negara maju. Kenapa haritu si Aspan tak cakap macamtu kat Anwar, kat Ambiga dan kat mahasewel?

Apa? Negara maju? Aspan kata negara Malaysia negara maju la oiiii! Kalau dah maju yang duk nak sokong pakatan tu apa ke jadahnya? Heran ek? Jadi fahamlah akak bahawasanya pemimpin pakatan dan pengampu pakatan macam Aspan ni nak mengambil kesempatan di atas kekayaan negara Malaysia yang telah dimajukan oleh kepimpinan BN sebelum ini! Sebelum ini dah ambik kesempatanpun sebelum disedari oleh pemimpin barisan, lalu ditendang keluar. Bila dah tak ada cara nak curi kekayaan negara, orang macam Aspan ni cuba nasib la pulak dengan pakatan haram. Bukan susah sangat nak faham pun.

Tak apalah Aspan, bergembiralah selagi termampu apabila parlimen dibubarkan. Tapi akak ingat apa aruah mak akak pernah cakap dulu, 'jangan terlalu suka, takut nanti suka akan bertukar duka'. Jadi itulah akak nak pesan dengan Aspan dan kaum kerabat pakatan yang lain, jangan suka sangat, jangan percaya sangat dan jangan berharap sangat untuk mengambilalih kepimpinan negara, sebab kalau tanpa izinNya, ianya tak akan berlaku, dan korang pulak yang akan melalak di jalanan nanti....

Bawak-bawak beristiqfar Aspan.....


***********************************************************************************

04 April 2013

Menukar kerajaan itu bukan jenayah



Sekarang kita benar-benar berada dalam minggu-minggu pilihanraya yang ditunggu begitu lama. Pengumuman pilihanraya oleh Perdana Menteri menjadi isu hangat di merata tempat. Di mana-mana sahaja orang ramai bercakap tentang pilihanraya dan masing-masing mempunyai andaian dan telahan masing-masing tentang keputusannya.  Apa pun tidak berapa minggu sahaja lagi rakyat akan melakukan tanggungjawab besar iaitu untuk memberikan mandat untuk mentadbir negara dan rakyat seperti yang di peruntukan oleh perlembagaan negara kita.
Rakyat adalah ‘boss’ kepada pimpinan dan mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut selera dan cita rasa masing-masing. Rakyat mesti  bertanggungjawab untuk memberikan ‘verdict’ yang tepat terhadap pemimpin dan kepimpinan masing-masing. Perdana Menteri telah meminta agar peralihan kuasa jika ia terjadi, dilakukan dengan aman dan tertib dan inilah kenyataan yang pertama kali saya dengar sebagai kenyataan yang ‘magnanimous’ dari Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini.
Walau bagaimanapun yang penting semua pihak mesti akui yang pihak pembangkang sekarang ini tidak akan melakukan kerja yang tidak baik kerana mereka adalah pihak yang telah mengalami kekalahan di setiap pilihanraya dan tidak pernah pula mereka melakukan kerja-kerja yang tidak baik terhadap sesiapa setiap kali tewas dalam pilihanraya.
Kita mesti akui yang dalam demokrasi sifat ‘gentleman’ itu adalah asas kepada sistem itu. Kita mesti tengok contoh yang berlaku kepada Britain dalam pilihanraya umumnya dua tahun yang lalu. Setelah parti pemerintah, Parti Buruhnya telah di tewaskan oleh parti ‘Conservative dan Liberal Demokrat’ peralihan kuasa berlaku secara aman dalam tempuh enam jam sahaja.
Walaupun Gordon Brown dan partinya merupakan parti yang terbanyak kerusi tetapi tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Sebagai parti yang terbesar jumlah kerusi yang dimenanginya, parti itu di berikan keistimewaan untuk menubuhkan kerajaan. Itulah sistem yang di pakai di mana parti yang terbesar dalam Dewan Legislatif itu di tawarkan untuk menubuhkan kerajaan. Tetapi Parti Buruh tidak berdaya untuk menubuhkan kerajaan kerana kekurangan jumlah kerusi maka Parti ‘Conservative’ dan ‘Liberal Demokrat’ telah bersatu untuk menubuhkan kerajaan.
Ketua Parti Conservative David Cameroon telah menjadi Perdana Menteri dan Ketua Parti Liberal Demorat, Clegg menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi yang penting untuk kita jadikan contoh, peralihan kuasa telah berlaku dalam tempoh enam jam sahaja. Gordon Brown telah menghubungi David Cameroon dan mengucapkan tahniah diatas kejayaan parti itu membentuk kerajaan campuran itu dan itu adalah etika kepimpinan yang perlu di contohi oleh pimpinan BN jika tertewas dalam pilihanraya kali ini.
Saya menyebut isu ini kerana kecenderungan untuk parti pemerintah tewas dalam pilihanraya ini cerah tetapi yang maha penentu adalah Allah SWT jua. Jika berlaku peralihan kuasa, ini adalah kali pertama berlaku di negara kita. Itulah sebabnya elok kita mencari contoh yang baik bagi melakukan peralihan kuasa ini. Bagi saya peralihan kuasa di Britain dua tahun lalu adalah contoh yang paling baru yang ada dalam ingatan saya.
Percayalah menukar kerajaan itu adalah hak rakyat dan ia bukannya satu tindakan jenayah. Oleh kerana itu bukannya tindakan jenayah dan ia adalah perkara biasa berlaku dalam sesebuah demokrasi itu, maka kita hormati keputusan itu. Tidak perlu mana-mana pihak untuk melakukan perkara yang boleh menjahamkan ketenteraan negara. Kita yang mengaku sebagai sebuah negara yang hampir kepada status negara maju melakukan jenayah di jalanan itu adalah contoh dari negara mundur dan negara ketiga sahaja.
Kita bukannya Uganda semasa pemerintahan Iddi Amin dahulu. Pemimpin kita semuanya berpelajaran tinggi dan diharapkan pelajaran tinggi mereka itu akan membawa kita kepada kepimpinan yang beretika dan bermoral.
Kita akan melakukan kehendak demokrasi dalam beberapa minggu sahaja lagi dan kita tunjukkanlah kepada dunia yang kita juga sudah menghampiri tahap kepimpinan negara maju….yang mengambil alih kuasa itu secara demokrasiyang halus dan menyerahkan kuasa itu pun melakukan penyerahan itu secara halus dan beradap juga.
Bukankah itu budaya dan cara hidup serta masyarakat timur kita?