Thursday 30 August 2012

AGENDA LIM GUAN ENG DAN DAP DIRUNGKAI...!!

DAP 2.0 berciri evangelis Kristian dan bukannya “cauvinis Cina”. Konco-konco Papa dan Mama DAPster tumbuh umpama perkembangan pesat multi-level marketing — ‘Member Get Member’. Dalam konteks parti DAP, ianya ‘Christian Get Christian’.  Seterusnya di SINI

Menarik jugak kupasan yang dibuat oleh Helen Ang ini untuk dibaca dan dimengerti.  Apa kata PAS?  Tapi salah ke DAP membawa agenda Kristian sebagai wadah politiknya jika PAS membawa agenda Islam? 

Tuesday 28 August 2012

AMARAN LGE KEPADA ANWAR IBRAHIM!

Sapa rasa yang si Ketua Pembangkang itu adalah ketua dalam Pakatan Rakyat/ pembangkang?  Anwar Ibrahim bukan seorang ketua tetapi hanyalah seekor anjing garang yang menurut perintah tuannya, si tokong Lim Guan Eng!  

Jiran di depan rumah akak ada bela seekor anjing besar yang garang macam nak mampos.  Setiap kali orang lalu kat tepi rumah tuan dia, dia pun menyalak bagai nak giler sampai nampak gigi kuningnya yang tajam runcing.  Kiranya kalau anjing jenis itu menggigit orang, boleh mati orang dibuatnya.  Tapi bila tuan dia sergah, anjing besar garang itu terus tunduk, terus diam dan duduk sambil lidahnya terjelir-jelir.  

Macamtulah akak nampak si Ketua Pembangkang yang lantang bersuaratu.  Dia nak bagitahu kat semua orang bahawa dia amat berkuasa dan boleh menjatuhkan kerajaan.  Kerjanya mudah.  Dengan duit yang dia ada, dia beli katak-katak bobot untuk melompat ke kandang dia.  Janji hasrat dia tercapai untuk jadi Perdana Menteri.  Dia lupa yang dia bukan tokong, dia bukan ketua yang sebenarnya.  Lim Guan Eng sudah tentu tidak suka dengan cara buruk dan kotor Anwar untuk menang.  Beli katak sana sini.  Nanti esok lusa katak DAP pulak Anwar akan beli.  Itu yang LGE tak suka.  Sebab itu LGE begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan enakmen antilompat parti.

LGE secara tidak langsung nak sedarkan Anwar siapa sebenarnya ketua dan tuan atau tokong yang memerintah.  Dan macam anjing, jiran akak tu jugak, Anwar akhirnya angguk-angguk, kata ok dan tunduk kepada tindakan LGE yang bertentangan dengan cara politik beli jual katak Anwar di SINI.

LGE jugak nak ingatkan kepada PKR dan penyokong si Anwar bahawa Anwar hanyalah seekor anjing.  Percaya dan patuh kepada Anwar samalah macam percaya dan patuh kepada seekor anjing yang hanya tahu menyalak dan menggigit sedangkan makannya sendiripun diberikan atas ihsan.  

Akak rasa simpati kepada Anwar bukan sebab dia Anwar Ibrahim yang terkenal itu, tetapi kerana dia adalah orang Melayu dan orang Islam.  Kalau nak kata akak rasis, memang akak rasispun.  Tapi rasis akak bukan sampai nak menjahanamkan orang bukan Melayu.  Pada akak orang Melayu patut sedar bagaimana orang hebat yang macam Anwarpun tidak mampu melawan kehendak DAP dan LGE, apatah lagi orang Melayu lain yang tidak punya taring.  Ini bermakna jika PR memerintah, ketua yang sebenarnya adalah DAP walaupun Perdana Menterinya adalah Anwar Ibrahim.  

Untuk tengok bagaimana cara DAP memerintah, lihat sajalah di Pulau Pinang. Bukan seorang dua yang kata cara sombong dan angkuh LGE memerintah.  Dan terbaru ianya diluahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri PP, Datuk mansor Othman.  

'Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR).”   seterusnya di SINI.       

Ini orang kuat PKR PP sendiri yang cakap dan dia sendiri begitu dekat dengan LGE.  Ramai lagi tokoh sebelum ini yang pernah mendedahkan sikap sebenar LGE yang macam diktator.  Tak payah cakapla yang itu cara LGE sendiri dan bukannya merupakan sikap sebenar kesemua pemimpin DAP.  Tengok Karpal Singhpun dah nampak perangai sebanar DAP.  Cara dia tak suka dan bantah hudud.  Dia tak peduli apa perasaan parti PAS apatah lagi orang Islam.  

Cukup-cukuplah menyokong Pakatan.  Mungkin ada sisi PR yang baik dan bagus untuk rakyat.  Ada idea yang boleh memperbaiki kelemahan yang ada sekarang.  Tetapi untuk meletakkan PR sebagai pengganti BN ianya sesuatu yang amat tidak menyenangkan dan menggerikan untuk dihadapi.  PR lebih baik sebagai pembangkang yang kuat di Malaysia. BN adalah parti yang boleh mendengar dan menerima pandangan serta kritikan rakyat dan BN bukan diktator atau tokong yang menjadikan sebarang keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah seperti DAP.    

Wednesday 22 August 2012

BILA PLAK MASANYA MCA KEDAH SOKONG HUDUD???

Tetiba jer kecoh yang MCA Kedah sokong hudud.  Mula2 bacapun akak dah rasa lain macam.  Sejak bila pulak MCA dan orang Cina kat Malaysia ni sokong hudud?  Dan hari ini MCA Kedah nafikan dan mintak akhbar yang menyiarkan artikel berkaitan mohon maaf kerana buat laporan palsu.  

Bukan setakat orang Cina atau orang bukan Islam, malah ramai jugak orang Islam yang tolak perlaksanaan hudud.  Jangan marah kepada mereka sebab mereka tidak diberikan gambaran yang jelas tentang undang-undang hudud.  Bila cakap pasal hudud mesti dikaitkan dengan potong tangan dan saksi rogol 4 orang.  Dah tentu2 lah majoriti rakyat akan tolak hudud.  Dan jangan salahkan jugak kepada yang menentang ini kerana tidak mahu memahami bagaimana proses perlaksanaan undang-undang tersebut.  Nak suh rakyat baca dan faham sendiri dah tentulah tak masuk akal.  Pada akak, nak buat hudud, buatlah.  Tapi sebelum nak sebut perkataan 'HUDUD' dan sebelum nak cuba melaksanakannya di negara yang berbilang bangsa dan kaum, para ulama, para bijak pandai agama seharusnya mendidik masyarakat sedikit demi sedikit tentang intipati hudud itu sendiri.  Ceritakan tentang keadilan yang akan dibawa, tentang kecantikan dan keindahan perlaksanaan hukuman yang berlandaskan Islam, tentang bagaimana undang-undang sivil yang diwarisi sekarang yang dirasakan tidak adil, tidak sistematik, tidak lengkap, zalim dan sebagainya.  Perlu dijelaskan kenapa hudud mampu menjadi satu bentuk undang-undang yang lebih menyeluruh.  Ini tidak.  tetiba jer terus nak tukar undang-undang sekarang kepada undang-undang Islam.  Mahu tak panik semua orang?  

Memang dah lama isu nak laksanakan hudud, tapi setakat hangat-hangat tahi ayam jer.  Hangat masa nak pilihanraya.  Lepas pilihanraya semuanya senyap macam tak ada apa-apa berlaku.  Kalau Pas betul-betul bersungguh untuk laksanakan undang2 Islam ini, dari dulu dia dah jelaskan kepada semua rakyat tentang bagaimana melaksanakan hudud ini.  Bukan setakat nak jelaskan pada Karpal Singh jer, tapi seluruh rakyat.  Jangan main salahkan Umno saja.  Kalau dah namanya Parti Islam seMalaysia, parti yang benar-benar ikhlas untuk menjadikan negara Malaysia ni negara Islam yang mengamalkan undang2 Islam, para pemimpin Pas sepatutnya dah bergerak dari dulu lagi dan bagi penerangan.  Rasanya kalau diperincikan tentang hukum hudud, bukan saja orang Islam, tapi seluruh rakyat akan menerima hudud.  Tapi kalau para pemimpin Pas dan ulama sendiri bertelingkah tentang hukuman serta bagaimana perlaksanaan hudud sepatutnya dibuat, apa ke jadahnya?  Rakyat sendiri akan tolak.  Tak kiralah orang parti manapun.  Akak sendiri merasa was-was, betul ke depa ni tahu sangat pasal hudud?  Jangan tetiba jer umum nak laksanakan undang2 Islam, lepastu baru kaji satu-satu kesalahan dan baru bincang apa hukuman yang setimpal dan adil dan bagaimana nak tentukan salah tidaknya orang yang dituduh. 

Dan lagi, orang agama ni suka guna istilah yang payah-payah untuk memperlihatkan ketinggian ilmu mereka.  Lagi banyak istilah yang sukar, lagi banyak menggunakan istilah Arab, lagi perasan hebatlah depa nie.  Cuba terangkan sesuatu itu menggunakan istilah yang paling mudah difahami oleh majoriti masyarakat. 

Anehnya, jika undang-undang hudud itu suatu yang benar-benar adil dan hebat, kenapa ianya tidak boleh dilaksanakan untuk keseluruhan umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama? Salah ke pertanyaan akak nie?

Thursday 16 August 2012

JAM OMEGA MASIH DICARI, TERCARI2 DI DLM KAIN; SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Raya!  Raya!  Raya!  Kita lupakan dulu Pilihanraya!  Kita rayakan hari raya!  Sebenarnya akak amat berharap agar raya kali ini biarlah Najib sorang saja yang muncul mengucapkan selamat hari raya kepada rakyat.  Rosmah tak payah bersuarala.  Tolong eh.  Tolong sangat.  Rosak malam raya akak yang berwarna warni.  Hehehe.  Jangan marah.  Ni ikhlas punya cakap!  

Sehingga ketemu lagi minggu depan......Akak cuti dari melihat, mendengar dan mengambil tahu tentang politik.  Nak tumpukan pada hari raya & keluarga.  Nak buat lemang, ketupat dan rendang.  Nak makan kesemuanya tanpa rasa benci, marah, sakit hati dan meluat pada Pakatan Rakyat  

Selamat hari raya semua!  Maaf zahir dan batin!  Love you!

Monday 13 August 2012

PRESIDEN UPKO BIKIN ANWAR SESAK NAFAS!!

Kata Presiden Upco, Tan Sri Bernard Dompok, BN akan menang PRU 13 nanti.  Jadi Anwar tak payah nak berangan untuk duduk di kerusi PM.  BN masih kuat di Sabah, cuma ada sedikit cabaran di kawasan bandar dan sub bandar, katanya.

Akak tak nafikan yang orang Sabah ni terlewat keretapi.  Dulu PRU ke 12, orang2 Sabah terperanjat dengan apa yang berlaku di Semenanjung bila beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang.  Mereka tak perasan apa yang berlaku. Mereka adalah orang2 baik yang tidak begitu bernafsu dengan permainan politik.  Kalau ramai yang pilih, mereka akan pilih.  Begitulah agaknya. Kali ini baru orang Sabah perasan dan nak sama-sama pilih pembangkang.  Malangnya depa terlewat lagi.  Orang kat Semenanjung pulak dah muak dengan janji palsu pembangkang dan beraleh semula sokong BN, orang Sabah pulak pergi sokong PR.  

 Sila baca di SINI

Friday 10 August 2012

BLOGGER BERAYA DI PENJARA!!

Hari ini blogger Amizudin Ahmat atau lebih dikenali dengan nama Sharpshooter dipenjara selama 3 bulan sebab menghina mahkamah.  Dia dah langgar perintah mahkamah supaya jangan lagi duk tulis cerita merapu dan fitnah pasal rais Yatim.  Tapi dia ketegaq jugak dan tulis lagi 11 artikel yang berkaitan Rais Yatim.  Akhirnya masuk penjara.  Dan yang paling sadis bila blogger hebat ini kata "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".  Tak berapa nak cerdik rupanya mamat nie.  

baca kat sumber

ROGOL: KISAH YANG MENYAYAT HATI....

Seorang bapa yang baru pulang dari menoreh getah terperanjat apabila mendengar jeritan anaknya di rumah.  Sepantas kilat si bapa meluru naik dan mendapati 3 orang anaknya sedang bergaduh.  Si bapa lantas bertanya apa yang berlaku.  Anak lelaki sulungnya mengadu yang dia marah sebab ke dua adiknya bercita-cita mahu menjadi pelakon dan penyanyi. Si bapa bertanya kepada Angah kenapa memilih untuk menjadi artis.  Lalu si Angah menjawab:  'Angah nak dapat banyak duit.  Jadi artis boleh popular.  Bila dah tak popular boleh masuk politik dan dapat banyak lagi duit'.  

Si bapa menggeleng kepala dan bertanya pula kepada anak bungsu lelakinyanya kenapa bercita-cita mahu jadi penyanyi.  Lalu jawab si bungsu: 'Kalau adik jadi penyanyi, nanti kalau rumah terbakar atau berlaku malapetaka, adik boleh dapat RM100 ribu'

Si bapa beristifar beberapa kali sebelum bertanya anak sulungnya apakah cita-citanya.  Lalu dengan bangga si anak menjawab:  'Along nak jadi ahli sukan!  Nanti senang nak rogol orang sebab kalau ahli sukan rogol orang, dia tak salah dan boleh lepas macamtu jer'

Si bapa jatuh pengsan dan dalam pengsannya dia seolah-olah ternampak Putrajaya runtuh sedikit demi sedikit....... 

Thursday 9 August 2012

BILA A SAMAD SAID TERMALU DAN DIMALUKAN....DIA BUAT HAL LAGI!

Termalu bila negeri2 jajahan pakatan tidak begitu mengiktiraf tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa yang dipilih oleh A Samad said selaku pengerusi pemilihan tema hari Kemerdekaan, maka A Samad Said mula mengaleh perhatian rakyat dengan seruannya supaya menyambut malam Kemerdekaan dengan perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini. Apa punya makhluk perosak la Samad Said ni.  Tak kan nak cemarkan sambutan hari Kemerdekaan negara dengan perhimpunan yang macamtu?  Kalau kejadian Bersih 3.0 hari tu berulang lagi dengan kecederaan dan kes baling, pukul, pecah, tidakkah nanti semangat Kemerdekaan itu menjadi cacat?  Gila ker apa dia orang nie semua?  

Dah berpuluh tahun akak menyambut kemerdekaan dengan aman dan penuh semangat.  Waktu muda remaja dulu akak pergi ke Dataran untuk berkumpul bersama dan malaungkan kata-kata penuh semangat "Merdeka! Merdeka! merdeka"dan nyanyi lagu Negaraku.  Bila dah ada anak kecik, akak tonton kat TV dan lihat bunga api dari jauh dengan semangat yang sama. Dan amatlah malang jika tahun 2012 ini sambutan Kemerdekaan negara kita disambut dengan laungan 'hidup! hidup! hidup Anwar! bersih! bersih! bersih pilihanraya' dan lain-lain yang menyakitkan telinga dan mata, apatah lagi hati!  Tooloonglaah!!!

Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.  Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.  Seterusnya di SINI

  

Wednesday 8 August 2012

SE-DOG: TEMA BARU 4 NEGERI PAKATAN PEMBANGKANG!

Hahahahaha.  Hehehehe.  Akak dah tahu dah yang Pas akhirnya akan melutut mencium ibu jari kaki si peliwat dan Dapigs.  Kelmarin bukan main garang lagi Pas Kedah dan Pas Kelantan bila mempertahankan tema hari Kemerdekaan untuk negeri masing-masing.  Tak mainla tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' yang dirasakan tidak sesuai, tidak islamik dan terlalu menyamai konsep 1Malaysia.  Semalam Pas Kelantan tewas dulu dengan menyatakan akan mengikut tema Selangor dan Pulau Pinang.  Tinggal Kedah jer yang keras hati dan berpendirian.  Tapi akhirnya semua akur, semua menurut perintah dan semua kecut perut bila disergah dek PKR dan DAP.  Hari ini Mustafa Ali mengumumkan kesemua negeri di bawah pemerintahan pakatan pembangkang telah bersetuju untuk menggunakan tema Se, Se tu di sini.

Kononnya depa nak tunjuklah yang depa tu sepakat.  Hahahaha.  Terlambat beb, terlambat.  Sepatutnya kalau sepakat, dari awal lagi dah umumkan bersama.  Bukan kejap 3 tema, kemudian 2 dan akhirnya jadi satu.  Amende ni bang?  Nampak sangat depa nie gelojoh.  Buat dulu fikir kemudian.  Samalah konsepnya dengan tawaran yang dibuat kepada rakyat Malaysia untuk pilih PR.  Depa tawar janji dulu.  Nanti kalau menang, fikir kemudianlah camana nak kelentong lain.  Janji dah pegang jawatan PM dan menteri.  Lain-lain belakang cerita.  Siapa jadi menteri apa, parti apa jaga apa, semua fikir kemudian.  Apa punya perancanganlah pemimpin yang macam nie.  Kelam kabut Malaysia ni kalau PR menang nanti.  

Dan lagi akak kesian sungguh dengan Pas.  Apa yang Pas cadangkan semuanya tidak akan mendapat pekenan Dap dan Pkr.  Pas kena ikut telunjuk Pkr dan Dap kalau nak selamat.  Tak payah nak tunjuk besar kepala walaupun Pas mendakwa mereka parti yang kuat berbanding Pkr dan Dap.  Kuat ke macamtu?  Sedihla tengok Pas.  Betul-betul sedih.    

Tuesday 7 August 2012

MUSTAFA ALI SEMAKIN SEWEL AKIBAT TEKANAN.....

Nak kesianpun ada, tapi nak kata apa dah itu pilihan dia.  Dia sendiri yang nak ke depan walaupun apa yang disuarakan menggeletek ulu jantung.  Itulah Datuk Mustafa Ali yang berjawatan Setiausaha Agung Pas.  Terbaru Mustafa Ali mahu kerajaan tayang dulu filem Tanda Putera kepada PR untuk dibuat penilaian sama ada boleh tayang atau tidak kepada umum.  Gila ke apa?  Siapa jer PR nie yang nak amik tugas Lembaga Penapisan Filem pulak?  Apa ke hebat sangat PR sampai nak tayang filem pun kena mintak izin dari depa dulu?  Kan ke mengarut namanya tu?  Yang dia duk melompat tu apa hal?  Dah tengok ke filem tu?  Ker dengar sinopsis jer atau setakat tengok promo jer?  Ker Dap dah arahkan Pas untuk balun filem tu dan pastikan filem itu tidak ditayangkan? 

"Kita (PR) minta kerajaan tayangkan filem itu kepada PR dahulu untuk dikaji dan dinilai supaya tak akan timbul masalah lain," katanya pada sidang media hari ini.  sumber
 

ABBY ABADI DENGAN SIAPA MALAM-MALAM TUU??

Bila akak tegur orang kata akak cemburu dengan Abby.  Mungkin betul agaknya akak cemburu bila tengok Abby semakin galak sekarang nie sebagai Ostazah Pas.  Dan akak semakin cemburu bila nampak Abby diusung ke sana ke mari dek ramai ostad2 Pas.  Lebih membara kecemburuan akak bila terbaca di SINI yang Abby Abadi berjalan malam2 bersama Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju untuk bertemu dengan golongan gelandangan.  Yang akak cemburu tu, apa pasal yang Pemuda Pas duk usung Ostazah Abby?  Dan kenapa pulak si Abby ni tak ikut kumpulan Dewan Muslimat Pas jer.  Kan lebih manis, lebih bersopan.  Apa lagi malam2 di bulan Ramadan nie....Isyy..isyyy isyyyy. 

Dan lebih cemburu akak bila tengok Abby pakai jeans ketat!  Jeles akak.  Kalau pakai jeans ketat macamtu, akakpun layak gakla dipanggil Ostazah! 

MUSTAHIL KATA CHONG WEI!! MANOHARAN SAKIT OTAK

Semua orang nak marahkan Adun Kota Alam Shah, M Manoharan sebab perkecilkan kekalahan tipis Datuk Lee Chong Wei.  Semua orang bengang bila Manoharan kata jika PR memerintah, Malaysia akan dapat pingat emas kat Olimpik 2016.  Hebat janji Manoharan!  Nak salahkan manoharan tak boleh jugak sebab budaya menipu dan menabur janji ni dah disemai dek ketua pembangkang sendiri si Anwar tu.  Bila si ketua dah biasa menipu, anak buahpun menipu samalah.  Tabur jer janji sebanyak mungkin walaupun bunyinya bangang dan aneh serta tak masuk dek akal.  Tapi jangan tak percaya jika ada yang terpengaruh dan kata 'kenapa tak bagi peluang pada PR, mana tahu kalau betul depa boleh lakukan'.  

Bagi Lee Chong Wei pulak, untuk beraksi di Olimpik 2016 adalah sesuatu yang amat mustahil. Usianya tika itu sudah menjangkau 34 tahun dan barangkali dari segi stamina dan kesihatan ianya begitu mustahil untuk beliau beraksi.  Memang sepatutnya kita tidak terlalu bergantung kepada Chong Wei sahaja sebab Malaysia perlu ada pelapis.  Tapi tak nampakpun sesiapa yang menonjol setakat ini.  Tak tahulah pulak kalau Manoharan dah ada calon atau dia sendiri nak masuk bertanding??  

Apa-apapun akak salah seorang yang terjert-jerit masa perlawanan Chong Wei haritu menentang Lin Dan.  Akak kagum dengan semangat dia dan daya juang Chong Wei yang tinggi.  Bagi akak Chong Wei cuma tak bernasib baik.  Chong Wei tetap juara di hati semua rakyat Malaysia kecuali Manoharan yang semakin menderita sakit otak.....kesiannya dia!! 

Friday 3 August 2012

BOLEH PERCAYA KE SI HARRIS IBRAHIM MINTAK SEDEKAH?

Mual la pulak akak bila baca blog Haris Ibrahim hari nie.  Ada ke dia duk mintak sedekah kat orang ramai sebab dia nak lancarkan perang terhadap Umno/BN (ABU: Asal Bukan Umno).  Dia saja nak tunjukkan yang diatu rakyat marhaen miskin yang berjuang demi rakyat bagi menentang kezaliman.  Dia kononnya lancarkan perang, tapi tak ada duit untuk beli senjata perang.  Boleh percaya ker?  Apa jer yang dia nak buktikan?  Dia nak kata yang dia tu benar-benar pejuang tulin?  Dia bukan macam Anwar Ibrahim yang dapat tajaan sana sini?  Bercakap pasal Anwar Ibrahim dan balaci PKR-nya, mana pergi CheguBard?  Bukan ke hari tu CheguBard yang beriya-iya pasal ABU?  Sekarang nie kat blog CheguBard tak nampak pulak banner ABU.  Apa dah jadi bang?  Ker akak yang tak perasan benda ni?  Dulu rasanya CheguBard yang beriya-iya lancarkan ABU kat merata tempat.  Apa dah jadi ek?  Sesiapa boleh tolong jelaskan tak?

Yang si Harris ni mintak simpati orang ramai, nak mintak duit, sebab dia nak bikin sampah.  Dia nak cetak banyak-banyak risalah ABU dan bagi kat orang ramai.  Nak tampal kat merata tempat macam stail 'along'.  Biar pandang tiang letrik, nampak ABU, pandang masjid nampak ABU, pandang bulan nampak ABU.  Merapu la korang nie semua!!  Nak kutip derma untuk buat agenda ABU ker atau nak masuk poket sendiri bang??  Macam-macam pandai depa nie semua tau. 
  

SIAPA PEMIMPIN TERTINGGI PARTI POLITIK YANG TERLIBAT AJARAN SESAT??!!

Pak Habib mana?  Sapa nama?  Kalau ikut ajaran Pak Habib nie, kita tak payah berpuasa sebab ianya tidak wajib.  Solat jugak tidak perlu.  Boleh minum arak dalam kuantiti yang banyak.  Wahh ini macam punya ajaranpun ramai pengikut di kalangan profesional termasuk doktor dan jurutera.  Malah salah seorang dari pengikutnya adalah seorang pemimpin tertinggi sebuah parti politik!!  Siapa ya?

Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.

Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut ‘barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat’.  Seterusnya di SINI


Thursday 2 August 2012

LAGI KES LOMPAT PARTI.....! MONYET SUNGGUH!

Semakin nak pilihanraya semakin ramai yang panas bontot. Masing2 bimbang jika dahan tempat berpaut akan patah atau dipatahkan.  Maka mulalah sang monyet melihat dahan yang lain.  Yang mana berbunga lebih supaya boleh melompat ke dahan itu.  Kalau bunganya banyak di kira pasti akan berbuah lebat.  Itulah perkiraan monyet tua yang tamak.  Tapi si monyet tadi tidak pernah terfikir yang dahan berbunga banyak tidak semestinya berbuah lebat.  Ada kalanya bunga jatuh menyembah bumi dan tidak menghasilkan buah.  Dan bila berputik pulak, akan datang banyak lagi monyet-monyet muda sedia ada yang akan berebut-rebut nakkan buah yang sama.  Itu belum lagi berbuah, baru berputik dah berebut.  Lalu jatuhlah jugak putik buah ke bumi.  Lalu putihlah mata si monyet tua tadi untuk makan buah yang banyak di dahan yang lain.  Sedihkan baca cerita akak nie?  Huhuhu.    

Dengar ceritanya memang akan ada lagi tokoh Umno yang akan lompat parti.  Dan ini disampaikan dengan penuh bangga dek ketua monyet2 se Malaya, saudara/i Anwar Ibrahim.  Beritanya dari Sabah.  Dan lagi kata orang-orang PR pulak, akan ada tokoh Umno yang keluar parti di masa terdekat nie dan akan diisytiharkan di Gombak.  Ye ker? Orang yang sama atau orang yang lain?  Biaq pi kat depa lah.  Nak jadi monyet lompat sana sini.  Dah tahu diri tak terpilih sebagai calon, baiklah lompat parti dan sertai PR sebab Anwar dah kata mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan  jika mahu terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 boleh menyertai Pakatan Rakyat (PR) di sini

Iye ke si Anwar nie?  Maknanya calon Umno yang dah tahu namanya tak tercalon, dia akan sertai PR dan PR akan bagi laluan untuk dia jadi calon mewakili PR?  Biar betul?  Kontang sangat ke calon PR sampaikan terpaksa rembat jugak bekas2 calon BN yang sememangnya digugurkan sebab tidak bawa kemajuan kepada masyarakat yang diwakilinya?  Maknanya PR sanggup pakai barang terbuang untuk melengkapkan calon pilihanraya mereka?  Tak marah ke ahli PR lain yang sekian lama berjuang untuk PR?  Nampak sangat depa nie memang tak ada ahli yang baguspun.  Itu pasal bahan terbuang depa duk kutip.  Tak apalah kan, saudara/i Anwar dulupun barang terbuang jugak.....

Wednesday 1 August 2012

ANWAR MENGAMUK DENGAN A SAMAD SAID!!

Nak mengaku malu. Nak memuji nanti penyokong pulak mengamuk dan buat tunjuk perasaan. Nak tak nak akhirnya terpaksalah ubah serba sedikit.  Janji tak nampak sama sangat walaupun maksudnya memang sama.  

Tema hari kebangsaan 4 negeri di bawah PR akan menggunakan tema hari Kemerdekaan ke-55 berbeza dengan tema 'Janji Ditepati' yang dibuat dek Menteri hebat abad ini, Rais Yatim.  Tema yang dipilih oleh A Samad Said selaku Pengerusi Jawatankuasa ialah 'Sebangsa, Sejiwa Senegara'.  Se bermakna satu (1).  Jadi maknanya ketiga-tiga 'Se' ini adalah pecahan daripada slogan 1Malaysia yang dipelopori Najib!  Hahahaha.  Tak sangka rupanya PR setuju dengan slogan 1Malaysia tu selama hari nie.  Mulut kata lain tapi hati kata lain. Akak rasa mesti Anwar akan bengang dengan A Samad Said yang pilih tema macamtu. 

Tak apalah, kalau benda baik kenapa nak tolak, ye dak?  Cuma akak duk hairan jugaklah, kononnya Sebangsa, Sejiwa, Senegara.  Kenapa yang DAP duk sokong sekolah vernakular?  Sepatutnya kalau dah 'se' maknanya satu bangsa.  Jadi tak payahlah buat sekolah Cina, sekolah Tamil.  Buat sekolah kebangsaan jer la.  Cakap tak serupa bikinla puak-puak PR nie.  Cakap ikut 'dan' dan ikut sedap mulut jer.

Bila sentuh soal sambutan hari kemerdekaan negara, akak rasa tema yang sesuai adalah "keamanan".  Dalam situasi sekarang nie, keamanan yang paling penting.  Tidak ada permusuhan.  Sebangsapun tapi kalau bermusuh dan berperang sesama bangsa sendiri apa kes?  Kalau negara aman, kejayaanpun senang nak dicapai.  Itu pendapat akak.  

Dalam soal memilih tema hari Kemerdekaan yang disambut oleh semua rakyat nie seharusnya kerajaan lebih peka dan bijak.  Ianya memang tidak harus memperlihatkan kepartian sebab Merdeka adalah milik semua rakyat Malaysia.  BN seharusnya duduk semeja dengan PR dan berbincang tentang tema dan sambutan yang bakal dibuat.  Dalam hal ini pemimpin sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.  Pemimpin mahu rakyat jadi 1Malaysia, Sebangsa, Sejiwa, Senegara, tapi pemimpin BN dan PR tidak mampu duduk semeja untuk perkara yang bersifat nasional.  Jadi lupakan ajelah segala slogan yang baik dan indah-indah belaka tu.  Ianya sekadar slogan yang tidak punya makna dan tidak dijunjung oleh mereka yang melahir dan mengangkat slogan itu sendiri.    

RAFIZI KENA GARI PUN KECOH?? MACAM KENA TEMBAK.....

Apa daaa... Setakat kena gari dah kecoh macam kena tembak dek polis.  Cer tengok gambar yang akak amik dari blog 'Omak Kau' ni.  Ada ke nampak muka Rafizi ketakutan, sedih atau kesakitan?  Tak ada kan?  Siap sengeh lebar lagi dan tayang kat orang tangan dia yang kena gari tu.  Macam bangga jer rupa dia.  So, yang orang-orang Pakatan nak emo sangat apa hal?  


Polis tanggkap ikut prosedur.  Pergi rumah, suruh keluar dan bawak ke mahkamah dan didakwa kemudian dilepaskan dengan ikat jamin.  Apa ada hal?  Yang tetiba semua orang Pakatan nak marah ni nape pulak?  Wan Azizah pun satu hal.  Punya nak tunjuk dia punya prihatin, siap dia kecam lagi tindakan polis dalam twitter dia.  Dan terang-terang ada kes mestilah polis bertindak kak oiii.  Apa daa.....

Cer tengok pulak gambar Rafizi masa dia tiba kat mahkamah.  Tak pun dia kena gari..... Macamlah dari rumah dah kena gari sampai ke mahkamah.  



RAFIZI DITANGKAP POLIS!!

Rafizi ditangkap pagi ni berhubung kes NFC.  Dia akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ni.  Mesti kelam kabut orang2 Pkr dan Anwar hari nie.  Sat lagi adala himpunan haram tu.  Tak percaya tengokla nanti.   

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.  Seterusnya di http://www.malaysiakini.com/news/205130