Wednesday 30 January 2013

ANWAR BAKAL PENJARAKAN NIK AZIZ!

Macam bagus2 je si Anwar penipu tu berjanji yg dia akan bawak ke muka pengadilan mana2 pemimpin yg mkn rasuah klau dia amik alih Putrajaya. Pertamanya, mampu ke PR kalahkan BN? Keduanya, klau pr menangpun, betul ke Anwar akan jadi PM? Dan ketiganya, sanggup ke dakwa semua pemimpin yg rasuah? Rasanya, klau betul nk dakwa semua, kena buat pilihanraya sekali lagi kot. Sebab akak percaya semua atau klau nk bersangka baik sikitpun, lebih separuh pemimpin yg terima dan bagi rasuah. Penuh mahkamah kt Malaysiani dgn kes rasuah sampai takde tempat kes lain nk dirujuk dan dibicarakan.


Rasuah ada mcm2. Jgn pulak nnti rasuah pegi haji Anwar kata ok pulak. Nik Aziz sendiri ngaku yg dia dh byk kali pegi haji ditaja. Cuma yg tahun 2009 je yg dia batalkan saat akhir bila media heboh ckp dia ditaja pakej haji yg lumayan. Entah batal sbb sedar atas kesilapan atau sbb malu diri terkantoi terima rasuah. Akak rasa lbh pada malu. Jadi dh confirm satu unit bilik penjara dihuni dek Nik Aziz!


Tak payahla nk menjuarai masalah rasuah. Apatah lagi yg dah lepas2. Diri sendiripun belum tentu bersih. Anak binipun belum tentu x terima rasuah. Ini kes Nik Aziz yg kononnya alim dan berpengetahuanpun blh jadi terima rasuah. Memang akak akui yg pemimpin kena bersih. Tapi nak cari bersih 100% mmg mustahil! Tapi tahu sajalah si Anwar. Selagi dia ada mulut dan anak tekak, selagi itulah dia akan buat janji kat rakyat. Asalkan dia dapat putrajaya. Podaahhhh!


P/s: yg nik aziz terima kek bday dr karpal aritu kira rasuah jugak ke? rasuah jiwa..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 23 January 2013

LUCAH SUNGGUH!!

Bukak je blog, ada cerita lucah. Berapi-rapi blogger duk cerita perihal kelucahan melampau yang perlu dirujuk kepada mufti. Akakpun terujalah nak tahu apa yang lucah tu. Rupanya kes orang berlaga pipi! Berlaga pipi depa kata lucah dik non! Berlaga 'Anu' tak lucah pulak. Hairan sungguhla akak dengan depa ni semua. Punyalah nak cari salah, sampaikan isu berlaga pipi Sultan Selangor dengan Kavita Kaur pun umpama satu kelucahan yang boleh memberi ereksi kepada penonton. Kenapalah teruk sangat sakit hati dengan Sultan Sultan ni semua? Pada akak, ini bukan setakat sakit hati, tapi iri hati yang semakin membusuk di jiwa. Cuba bawak bertenang bang.... Cuba duduk fikir, apasal duk sakit hati sangat ngan para Sultan ni?


 --------------------------------------------------

Dalam satu majlis pertunjukan fesyen di mana Kavita Kaur menjadi salah sorang modelnya, Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah telah turut menjadi tetamu. Melihat kepada kelaku Sharafuddin Idris Shah, timbul beberapa persoalan dihati saya.

Lihat dulu turutan gambar yang dipaparkan dan kemudiannya saya amat berharap Mufti Selangor dapat menjawab beberapa soalan saya di sini.

Persoalan:
- Apakah Mufti Selangor sedar majlis sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam itu dihadiri oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah?

- Apakah wajar seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri menghadiri majlis seumpama itu?

- Apakah tindakan Mufti Selangor setelah mengetahui seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri bukan hanya menghadiri majlis sosial yang mengkhayalkan, malah kelakuan Sultan Sharufuddin Idris Shah yang terlalu lucah dengan melagakan pipinya dengan wanita bukan muhrimnya, Kavita Kaur?

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/01/perbuatan-sultan-selangor-sharafuddin.html#more
----------------------------------------------------

Monday 21 January 2013

KEBIMBANGAN ANWAR...

Anwar menang saman ke atas Utusan Malaysia yang didakwanya memfitnah awal tahun lepas. Bukan ini kali pertama menang. Dah beberapa kalipun. Dan banyak lagi saman yang masih belum didengar, masih belum diputuskan. Jadi langsung tidak masuk dek akal kalau Anwar bimbang media memutarbelitkan kenyataan atau memfitnahnya.   Kalau pihak media tanya Anwar, wartawan akan rakam. Jadi kenyataan yang dirakam lebih mudah untuk membuktikan kesahihannya. 

Akak tak faham kenapa Anwar tiba-tiba jadi tidak berani untuk mengutarakan pendapatnya tentang isu kalimah Allah, tentang gesaan Karpal Singh yang menuntut Majlis Syura Pas menukar keputusan supaya kalimah Allah digunakan sebagai ganti God atau Lord dalam bible Bahasa Melayu. Anwar langsung tak berani dan menyatakan dia bimbang jika kenyataannya diputarbelit oleh wartawan. Masuk akal ke? Poodahh! Kalau kenyataan diputarbelitkan, kasi saman je la. Takut mende??

Anwar melalui buah hatinya Azmin dah lebih dulu menyatakan pendirian yang senada dengan Dap, sebelum karpal Singh bersuara lagi. Tak payah nak menyorok dan tunjuk baikla Nuar! Rasa nak muntah oren akak dibuatnya! 

--------------------------------------------------------
Kalimah ALLAH: Anwar bimbang kenyataannya diputar belit
AHMAD NORMAN ABU TALIB
21 Januari 2013
Anwar Ibrahim
Anwar ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Petaling Jaya malam tadi.
 
PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak ketika diminta mengulas  kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu Majlis Syura Pas mengkaji semula pendiriannya mengenai kalimah ALLAH.

Anwar tidak mahu menjawab soalan tersebut ketika ditanya pemberita sebaliknya mendakwa bimbang kenyataannya akan diputarbelitkan oleh media.

“You (kamu) mana punya? Ini media Umno... Umno ini dia pusing. Pasal lain saya jawab. Ini media Umno. Kita jawab apa pun, dia pusing,” katanya ketika ditemui selepas ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta pemberita untuk mengelas mengenai kenyataan Karpal yang akan memujuk Abdul Hadi supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Saturday 19 January 2013

CINTA GILA ORANG PAS...

Dalam pada akak duk tunggu cerekarama Cinta Gila kat tv3 ni, akak masih lagi tergiang2 kata2 Karpal Singh kat Buletin Utama tadi. Dia dengan lagak angkuh dan penuh kurang ajarnya cuba nak desak Majlis Syura Pas untuk tarik balik ketetapan yg telah dibuat tentang isu kalimah Allah. Katanya biar senada dengan Pakatan Rakyat. Akak yg tak mungkin undi Pas ni pun naik bengkak hati dengan Karpal Singh ni. Dia ingat dia siapa? Isu kalimah Allah bukan isu politik. Bukan isu nak raih undi. Boleh pulak dia nak arahkan majlis syura utk tarik balik apa yg dah diputuskan. Sakit betul hati akak dibuatnya.
Akak tak tahulah kalau orang pas boleh jadi bodoh macam lembu kena cucuk hidung bila digertak dek orang Dap. Memang cinta Pas kat Dap adalah cinta gila paling tragis sepanjang zaman!
Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 18 January 2013

HARAKAH: PAS SETUJU KONGSI KALIMAH ALLAH!

Harakah: Berita terkini melaporkan yang PAS setuju berkongsi kalimah Allah dengan penganut agama lain!   Betul ke? Ada berani ke Hakarah nak kata macamtu? Habis punah dan berteraburlah ahli-ahli PAS yang duk baca Harakah dan jadikan Harakah sebagai Quran no 2 keluar parti! Mampus depa tak akan berani nak tulis macamtu!

Sejak semalam lagi akak duk tunggu Harakah online keluarkan kenyataan tentang persetujuan Pakatan Rakyat untuk menggunakan kalimah Allah dalam bible versi BM. Kenapa lama sangat nak respon sedangkan kenyataan Azmin tentang kesepakatan penggunaan kalimah tu dah hampir 24 jam berlalu.  Pada akak memang Hakarah tak berani nak cakap persetujuantu. Nanti apa kata Majlis Syura, apa kata penyokong tegar PAS. Sekarang semua mata duk tertumpu pada Nik Aziz, pada Hadi Awang. Mat Sabu tak payah cakapla. Memang dia lama dah setuju dengan DAP.

Kalau tengok kat Harakah Online terpampang mesej Hadi Awang yang berbunyi: Lafaz Allah: Umno tidak mampu tunai amanah, seperti yang dilampirkan di bawah. Hadi Awang salahkan UMNO kerana tidak menjalankan tanggungjawab. Tapi bagaimana pulak tanggungjawab Hadi Awang dalam Pakatan Rakyat? Kalaupun UMNO dituduh gagal, kenapa Hadi Awang dalam diam-diam bersetuju dengan lain-lain kepimpinan Pakatan Rakyat yang kalimah Allah itu boleh digunakan dalam bible versi Bahasa Melayu?  Ertinya jika Pakatan memerintah, pihak gereja secara terbukanya akan menterjemahkan perkataan God dan Lord sebagai Allah. Hadi Awang cuba nak berselindung, tetapi Azmin sendiri menyatakan yang Hadi Awang pada 8 januari telah bersetuju. Patutlah Azmin bengang sebab Hadi Awang tukar pendirian setiap hari. Kejap kata boleh, kejap kata tak boleh.

Akak rasa lebih baik PAS tarik diri je dari Pakatan Rakyat. Tekanan yang dibuat oleh DAP dan PKR terlalu hebat buat PAS untuk bertahan dan mempertahankan Islam. Hanya UMNO dan parti BN sahaja yang mampu menangani dan mengekang kebiadapan dan keangkuhan DAP dan PKR. Sebenarnya PAS tak perlupun menyertai BN. Cukuplah sekadar mereka parti yang tidak terikat dengan Pakatan Rakyat.

Disebabkan semua dah mintak dilakukan 'gencatan' dari kalimah Allah, maka akakpun terencatlah jugak nak menulis pasal tu lepas nie. Cumanya, kalau pasal Islam, cepat je nak wat gencatan. Yang keluarkan ledakkan bom dulu di celaka Guan Eng. Orang Islam asyik nak mengalah jer.  Bosan tul akak!


Kalimah ALLAH: Pakatan pegang keputusan 8 Jan, kata Azmin

17 Januari 2013
Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pihaknya berpegang pada pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Azmin juga menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa  menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan.

"Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah.

"Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Lafaz Allah: Umno tidak mampu tunai amanah

Abdul Hadi Awang, 14 Jan 2013

Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, di mana UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini, bagi memimpinkerajaan bagi pihak melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya Perikatan.

Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza.

Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.

Apabila tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan Allah, UMNO telah gagal bertanggungjawab dengan betul sebagai pihak yang berada di kerusi kekuasaan kerajaan.

Media arus perdana kepunyaan UMNO dijadikan medan perbincangan (tempat bermuzakarah) dalam perkara yang besar ini sehingga melibatkan semua orang, termasuk yang buta ilmu Islam dan hurufnya, setelah hurufnya dihapuskan oleh UMNO.

Padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam urusan yang berkait dengan Agama Islam, ianya perlu mendapat nasihat dan kelulusan pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Majlis Agama Islam di Negeri – Negeri, di mana keseluruhannya berada di bawah UMNO yang menjadi parti Melayu Islam yang memerintah.

Portfolio kementerian ini di perkuatkan dengan seorang menteri di peringkat Pusat atau exco agama di peringkat negeri.

Mengapa UMNO menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah UMNO yang memerintah?.

Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihanraya sehingga menjadi berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?

PAS tampil dengan ilmu Islam dan adabnya. Sebagaimana dalam kenyataan media saya pada 8 Januari 2013 lalu, intipati perkara dua dalam kenyataan media itu adalah jelas dan sangat mudah difahami (hanya yang berniat jahat sahaja tidak membacanya), bahawa kalimah Allah yang Maha Suci dan Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada bahasa yang lain, termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang lain daripada perkataan Allah, kerana tidak ada satu kalimah yang sama erti dengannya.

Lebih jauh lagi, perkataan ber Bahasa Melayu atau apa sahaja bahasa di kalangan bangsa yang menganut agama Islam, sehingga semua bangsa penganut Islam tidak menterjemahkan kalimah “Allah” ke dalam bahasa lidah masing-masing atau bahasa sendiri.

Begitulah juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Allah, kerana tidak mencapai maksudnya. Firman Allah menjelaskan makna Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat ; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya".

Mengikut bahasanya perkataan God dan Lord ada plural, male dan female (God, Gods, Goddess, Lord, Lords) dan begitulah juga perkataan Tuhan dalam bahasa lain.

Adapun perkataan Allah adalah Maha Esa seperti dinyatakan dalam surah al-Ikhlas adalah huraian mengikut bahasa al-Quran, sehingga semua nama-nama Allah (Al Asma Al Husna) termasuk dalam nama tunggal Allah.

Maka pihak bukan Islam tidak boleh mengelirukan kalangan penganut Islam apabila menggunakan kalimah Allah (intipati perkara tiga dalam kenyataan media 8 Januari 2013). Bahkan menafsirkan perkataan ar-Rahman pun boleh merendahkan maknanya sehingga laksana maki hamun terhadap Allah.
  

Thursday 17 January 2013

AZMIN ALI BIDAS MAJLIS SYURA PAS !

Amik ko PAS! Berbaikla lagi dengan manusia2 yang macam DAP, macam Anwar dan Azmin tu. Percayalah sangat dengan dia orang akan membawa kebahagian dunia dan akhirat pada seluruh umat kat Malaysia ni. La nie pasal nama Allah sendiripun korang tak boleh nak pertahankan. 

Azmin kata,Majlis Syura tak ada kena mengena nak buat keputusan boleh guna atau tak kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu. Keputusan dah dibuatpun. Pakatan Rakyat tak ada masalah dan setuju kalimah Allah digunakan.  Memang kata-kata Azmin senada dengan kehendak Lim Guan Eng dan agenda Kristian kat Malaysia ni. Bagus sungguh Azmin. Hebat PKR. Cayalah PAS! 


------------------------------------------------------------------------------

Azmin: Pakatan firm on ‘Allah’ issue

Anisah Shukry | January 17, 2013
The PAS Syura Council’s stance that non-Muslims cannot use the word “Allah” in translations of religious text is not applicable to Pakatan, says Azmin Ali.
KUALA LUMPUR: Pakatan is sticking to its decision that non-Muslims are allowed to use the word ‘Allah’, the party’s vice president Azmin Ali said today, despite the PAS Syura Council stating otherwise.
“The issue of Allah is resolved and has not changed. Recently, the PAS president reaffirmed the position of PAS in the meeting of the Pakatan presidential council on Jan 8, and it was the same as in 2010…
“We are bound by the Pakatan Rakyat policies that were discussed during the meeting. And because we are bound to those policies, we will stick to that decision. The Syura Council is not related to it,” Azmin told reporters at a press conference at the PKR headquarters today.


Seterusnya di FMT...

Wednesday 16 January 2013

LISTEN! LISTEN! LISTEN! LU CELAKA! CELAKA! CELAKA!

Listen! Listen! Listen! Lu memang Cina paling celaka dalam Malaysia la Patrick Teoh.  Lu hina orang Islam, hina Al Quran ikut sedap lu punya mulut, lu punya tangan. Lu punya celaka sama macam itu Guan Engla. Mahu tunjuk terror dalam ini Malaysia. Betul-betul sial punya orangla ini Patrick Teoh!

Orang macam si Patrick ni lah yang boleh bikin Malaysia susah. Bikin pergaduhan antara kaum dan agama. Tak reti nak menghormati perasaan kaum dan agama lain. Inipun jenis yang berpendidikan tinggilah ni macam si minah Listen! Listen! Listen! tu. Setakat Listen, listen, listen jer takde hal. Dia nak bergaduh dengan bebudak jer. Memang patutpun budak Bawani tu kena macam tu walaupun cara si Sharifah tu sedikit salah.

Akak hangat perut betul dengan si Patrick Teoh ni! Patut orang macamni dah lama kena humban dalam ISA! Patrick Teoh ni Salman Rushdie versi Malaysia. Nasib baik ko ada kat Malaysia, Patrick. Kalau tak, dah lama ko kena gantung sampai mati!  

Tuesday 15 January 2013

BILA ZIP MAT SABU TERBUKAK....ALAH MAK!!

Dia cukup gah waktu nak kumpulkan sejuta rakyat kat Padang Merdeka. Bukan setakat gah, garang pulaktu waktu nak mintak Najib tunaikan janji untuk bagi stadium sebagai tempat untuk menjerit jerit. Bila timbul isu kalimah Allah, Mat Sabu cepat-cepat respon tanda sokongan kepada Lim Guan Eng. Dia takut kalau orang Kristian boikot tak mau datang ke stadium. Tup tup yang boikot untuk datang ke perhimpunan tu orang Pas dan orang Melayu sendiri. Dari 1 juta jadi 100 ribu. Itupun tak sampai...Agak-agak jela.

Akhirnya bila Majlis Syura PAS keluarkan kenyataan kata ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini, Mat Sabu terus malu-malu alah mengaku yang diapun setuju dengan Majlis Syura.  Boleh pulak tukar-tukar pendirian mengikut situasi semasa. Samala cam Nik Aziz jugak. Kalau esok lusa puak DAP kata orang Islam boleh makan daging babi yang disembelih oleh pemimpin Pas, Mat Sabupun akan kata halal jugak. Jadi diapun sama-samala makan daging babitu..

Akak cukup tak faham kenapa Mat Sabu dan ramai lagi orang Pas yang diBabikan dek DAP. Si Lim Guan Eng tu dah memang terkenal dengan keangkuhan dia. LGE sengaja timbulkan isu kalimah Allah tu untuk tengok setakat mana sokongan Pas kepada Dap. Ini macam kes nak kahwinla ni. Pasangan menguji hati perut pasangan masing-masing. Nak tahu betapa tingginya cinta pasangan itu sebelum betul-betul kahwin. Sanggup ke pasangantu tinggalkan keluarga demi cinta. Buang emak, buang saudara semua kerana cinta. Dalam hal cinta Dap & Pas ni pun samala. LGE kata, kalau betul Pas nak kahwin dengan Dap, Pas kenala sanggup belakangkan agama. Pas ni macam orang pompuanla. Dap pulak macam orang lelaki yang ada ego cukup tinggi. Kononnya kalau Pas turutkan kehendak Dap, Pas akan bahagia sebab kalau depa kahwin nanti, segala urusan ekonomi akan diuruskan oleh Dap. Orang Pas hanya duduk kat rumah je jaga anak. Gitula perumpamaannya.

Dap pun la ni dah tak peduli sangat kalau Pas nak sokong atau tak. Bagi Dap, yang penting dapat sokongan Sabah dan Sarawak. Itu pasal Dap berani mainkan isu kalimah Allah. Tak dapat kahwin dengan Pas pun tak apa. Dap tak rugi. Dap boleh beli cinta orang Sabah dan Sarawak.

Akak tak tahu sampai bila lah orang Pas nak sabar dan sedar. Nik Azizpun semakin merapu. Ulama yang kononnya amat hebat di rantau ini juga tewas dengan cinta dunia. Apatah lagi Mat Sabu....Zip seluarpun terbukak!...

 

Sunday 13 January 2013

APA KE BENDA HKR112 TUE? TAK BANGKIT-BANGKIT LAGI KE PENYOKONG PR?

Sabtu pagi akak bfast kat mamak, lunch menghadiri kenduri kahwin kat Majlis Perbandaran Nilai, petang akak kat Shah Alam bawa anak lepak kat Tasik Shah Alam. Malam balik dinner kat R n R.  Akak langsung tak perasan adanya KL112 atau HKR 112 atau entah apa-apa nama lagi yang puak Pakatan duk bagi untuk mensensasikan perhimpunan ala-ala sukan sekolah menengah tue. Setiap tempat yang akak hadiri, ramai je orang. Tak pulak dengar mana-mana orang duk sebut KL112. Akakpun sampai lupala adanya himpunan sejuta rakyat yang nak dibuat di Stadium Merdeka tu!

Sejuta rakyat datang? Pehh ramai tu. Pakatan Rakyat Selangor jer dah kerah 300 ribu orang.  Nama asal perhimpunan ialah Himpunan Sejuta Rakyat. Akhirnya cuma jadi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).  Mana taknya, niat hati nak kumpul sejuta, tapi penyokong masih tidur lena dibuai mimpi indah bersama BN.  Tak bangkit bangkit. Nak tak nak, kena tukar nama jadi Himpunan kebangkitan Rakyat. Kesian kan? 

Nampak kat gambar memang penuhla. Stadium yang muat 30k orang tu memangla penuh. Campur kat padang, adala lagi 30k. Tapi nak sedap hati kasila 100k. Kesian. Biarlah nampak berbaloi sikit kerja-kerja abang Mat Sabu. 100 ribu yang datang? Fuyooooo!! Ramai giler tu....!! 

Akak rasa PR kena kerja lebih keras lagi untuk mem'bangkit'kan ahli-ahlinya..... Hahahahah. Lawak siot! Nanti kalau PR buat himpunan lagi, akak nak datangla untuk meramaikan majlis. Kesian dia orang.



Pakatan Rakyat S'gor kerah 300,000 ke HKR 12 Jan

Muhammad Faizal, 07 Jan 2013
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat Selangor akan mengerahkan sejumlah 300 ribu yang terdiri daripada anggota, penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari nanti.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, Pakatan Rakyat Selangor komited terhadap usaha untuk menggembleng solidariti rakyat bagi menyatakan pendirian berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan pentadbiran negara, ekonomi, alam sekitar dan pilihan raya.

Jelas beliau lagi, HKR adalah wahana bagi rakyat untuk menyatakan pendirian terhadap kerajaan, sokongan padu perlu diberikan kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung demi kepentingan rakyat.

"Pakatan Rakyat Selangor akan melakukan mobilasi rakyat untuk bersama-sama dalam himpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari nanti.

"Atas usaha itu Pakatan Rakyat Selangor melakukan mobilasi sejumlah 300 ribu rakyat negeri ini untuk turun pada hari tersebut dengan menyatakan sokongan mereka atas apa yang kita perjuangkan," jelas beliau pada sidang media Ibu Pejabat PKR pagi ini.