Monday 30 July 2012

ABBY ABADI TANPA TUDUNG!!

Apa nak heran kontrak tudung batal?  Berapa je boleh dapat setakat jadi duta tudung berbanding duit dalam sampul yang dapat tiap kali pergi ceramah Pas?   Abby Abadi yang dah jadi ustazah Pas dan jadi ahli Pas seumur hidup buat gempak badak pagi tadi bila menulis kat twitter  yang kontrak dia dengan sebuah syarikat tudung ditamatkan gara-gara masuk Pas.  Ada akak kisah?  

Ni semua lakonanla.  Abby Abaditu kan pelakon.  Dia boleh buat jadi gila, jadi mangsa rumahtanga, jadi perempuan yang nak bunuh diri, jadi baik, jadi alim.  Semua dia boleh buat.  Skrip yang dia duk ceramah tu pun dia boleh hafal jer.  Janji duit masuk.  Tak payah nak temberangla.  Sebab tu Abby cakap, lepas PRU 13 nanti dia akan kembali aktif semula ke dunia seni.  Bukan sebab masatu Pakatan memerintah, tapi sebab masatu Pas dah tak panggillah Abby untuk bagi ceramah sana sini.  Maka hilanglah pendapatan.  Bukan orang tak tahu banyak mana yang Abby dan artis lain boleh dapat kalau hadir dalam satu-satu acara apalagi kalau bagi ceramah.  Paling kurangpun RM2,000.  Itu baru satu tempat.  Kalau dalam satu hari beberapa tempat, tak ke kencang tu?  Sebulan senang-senang kutip RM60K.  Kalau berlakon, satu hari berpanas berhujan baru dapat RM1,000 jer.  Itupun kalau artis tu bagus.  Kalau setakat Abby, dapat RM500 dah cukup baik.  Kalau berlakon 1 bulan tanpa henti untuk drama bersiri 13 episod, Abby cuma boleh dapat RM19,000 jer.  Itupun kalau watak utama.  Kalau watak ke dua penting setakat RM10K jer la.  Macam Abby, dia dah tak laku di pasaran.  Jangan kata watak utama atau 2nd lead, watak extrapun belum tentu orang nak amik!

Tak payah cakap pasal kesedaran dan perjuangan ke jalan Allah la Abby.  Lebih senang kalau cakap yang awak tu berjuang untuk poket dan belanja anak-anak.  Itu lebih jujur dan tidak merendahkan agama Islam.  Penceramah boleh saja dianggap sebagai satu kerjaya, dan itu sama sekali tidak salah.  

Tunggu sajalah tahun depan.  Kita akan lihat Abby menyatakan penyesalannya menyertai Pas dengan airmata yang berjujuran... Hahaha.     

   

BAHAGIANYA DUNIA TANPA ANWAR!! DAP PILIH UNTUK TERUS JADI PEMBANGKANG...

Anwar bakal bersara tidak lama lagi.  Paling lamapun 7 bulan lagi.  Tak sabar nak tunggu waktu tu.  Bila celik mata, tidak ada lagi wajah serabut itu menghiasi dada akhbar atau mana-mana portal dan blog di internet.  Pasti dunia lebih berseri tanpa Anwar!  Pasti Malaysia lebih aman dan bahagia tanpa Anwar!  Dan mujurlah anak akak yang masih kecil itu tidak kenal dengan Anwar.  Dan nanti bila dia besar, dia nampak nama Anwar atau mula bertanya siapa Anwar, akak akan kata, inilah spesis nyamuk yang suka buat bising dan curi darah orang.  Jangan jadi macam Anwar!

Anwar masih dalam mimpi bila dia menawarkan mimpi juga kepada rakyat.  Anwar yakin sangat dia bakal jadi PM selepas PRU ke 13 ini.  Anwar tidak sedar dia cuma alat bagi menjadikan Malaysia ditakbir dengan lebih baik.  DAP dan penyokongnya tidak mungkin mahukan Anwar menjadi PM kerana mereka tahu Anwar kaki rembat duit rakyat dan seorang diktator selain tidak boleh dipercayai.  PAS dan juga penyokongnya tidak mungkin mendambakan Anwar jadi PM kerana masalah moral dan masalah lidahnya yang bercabang-cabang.  Orang PKR sendiri sudah bergerak secara berasingan dan masing-masing mencari pengaruh untuk kepentingan masa depan.  

DAP tidak begitu tergesa-gesa untuk mentadbir Malaysia, berbanding Anwar.  Bagi DAP, mereka lebih pentingkan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Cina di Malaysia.  Mereka lebih suka jadi pembangkang dan jika boleh mengekalkan Pulau Pinang sebagai kubu kuat mereka seperti PAS di Kelantan.  Mereka lebih suka memberi tekanan kepada kerajaan pusat dari menerima tekanan dari rakyat dan orang Melayu sekiranya mereka menjadi sebahagian dari kerajaan di bawah PR.  Mereka akan memberi masa kepada rakyat untuk menerima mereka secara baik dan ini pastinya memerlukan masa yang lebih lama berbanding PRU 13.  Lagipun DAP tidak mahu Anwar menjadi PM sekiranya PR menguasai banyak kerusi dalam PRU nanti.  Ini akan memberi mereka lebih banyak masalah dan tekanan dari sekarang.  Lalu kenyataan Anwar yang dirinya akan bersara sekiranya gagal menjadi PM tahun depan memberikan kelegaan kepada DAP.  

Anwar pasti bimbang jika PAS dikeluarkan dari Pakatan kerana penyokong PAS lebih banyak dari penyokong PKR sendiri.  Sekiranya PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat bermakna peluang Anwar untuk jadi PM langsung tidak ada malah Anwar boleh bersara sebelum PRU ke 13!  Sebab itu kalau kita lihat Karpal dan DAP tetap tidak mahu menyokong perlaksanaan Hudud sekalipun mereka tahu itu adalah agenda PAS.  Mereka tidak bimbang membuat kenyataan terbuka sekalipun ianya bakal mengguris hati PAS.  DAP tidak takut kehilangan PAS dan kehilangan kerusi PAS kerana mereka bukan mahu jadi PM atau menawan Putrajaya.  Mereka cuma mahu memperlihatkan bahawa mereka adalah parti yang kuat dan berpendirian dan menjaga kaum mereka.  Ini tidak memerlukan mereka menjadi kerajaan pusatpun.  Suara mereka pasti akan didengar kerajaan dan sesiapa sahaja yang menjadi PM.

Akak tidak percaya DAP mahu menjadi kerajaan yang bakal berdepan dengan sikap orang Melayu yang sukar dijangka.  Dari dulu DAP dan orang Cina hanya pentingkan ekonomi berbanding kuasa.  Kuasa ekonomi boleh menentukan hala tuju kerajaan.  Dasar kerajaan boleh dibeli dengan kekuatan ekonomi.  Jadi apa masalahnya untuk jadi pembangkang?  

Tapi Anwar cuma bercita-cita jadi PM.  Dia tidak peduli apa akan jadi pada rakyat dan negara.  Sebab itu dia janji bulan dan bintang.  Ingat DAP tidak takut ke dengan janji-janji Anwar?  Kalau betul dia orang menang, pakatan tidak akan mampu melaksanakan semua janji yang ditabur oleh Anwar sebelum pilihanraya dan imej DAP akan merudum dan mereka bakal ditolak dan dihina oleh rakyat dan kaum mereka sendiri.  DAP pasti tidak mahu reputasi mereka jatuh hanya kerana janji Anwar yang tidak masuk akal itu.  Dan tidak mustahil DAP akan buat pusingan U lalu keluar pakatan dari membentuk kerajaan bersama PKR dan PAS. 

Rakyat sibuk mahu menukar kerajaan.  Dan ini boleh jadi kenyataan sekiranya DAP benar-benar mahu memerintah.  Tapi sebenarnya tidak.  Pemimpin DAP tetap mahu menjadi pembangkang yang kuat.  Mereka tidak cukup berani berhadapan dengan orang Melayu (Melayu UMNO,PKR, PAS dll).  Meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah satu perkara yang tidak mungkin mereka lakukan secara realiti.  

Jadi kepada Anwar akak ucapkan:  selamat jalan romeo!                

       

Friday 27 July 2012

CINA MELAMPAU LAGII! BOLEH TAK TAK PAYAH LAYAN????

Lagi nak bikin kecoh.  Lagi nak buat ugutan.  Bosanla dengan Dong Zong dan sesetengah Cina kat Malaysia nie. Apa lagi yang depa nie nak?  Bagi betis nak peha.  Tak boleh kasi muka depa nie semua.  Haritu dah buat himpunan besar kat Kuantan menuntut kerajaan sediakan sebuah sekolah tinggi persendirian Cina di ibu negeri Pahangtu.  Kali ni nak buat himpunan besar-besaran lagi kat Johor pulak.  Depa nak kerajaan buat jugak sekolah tinggi persendirian Cina kat Segamat.  Lepas tu nanti depa akan tuntut pulak dibuat kat semua daerah.  Gila ke apa?  

Jangan duk layanla depa ni semua.  Elok-elok ada sekolah kebangsaan, lagi mahu sekolah asing-asing ikut bangsa.  Jurang makin dalam lah antara kaum kalau buat cam gini.  Memang ramai jugak anak Melayu dan India yang masuk sekolah Cina.  Habis sekolah kebangsaan akan jadi apa?  Dah tentu-tentu akan datang nanti Sekolah kebangsaan akan jadi sekolah yang bertaraf second class.  Tak percaya tengok jer la nanti.  Akak dah nampak trend orang Cina yang tidak mengiktiraf sekolah kebangsaan.  Bagi depani, Sekolah kebangsaan tak bagus.  Cikgu Melayu tak pandai mengajar.  Sistem pembelajaran tidak meyakinkan.  Dan lagi kalau duduk kat dalam Sekolah kebangsaan payahla depa nie nak terapkan semangat keCinaan depa tu.  Dari dulu lagi orang Cina kat Malaysiani tak suka sekolah kebangsaan.

Dulu ramai jer orang Cina Malaysia tak hantar anak ke sekolah kebangsaan.  Dia orang ajar bisnes sendiri, ajar anak jadi mekanik, jaga kedai runcit, baiki aircond dan peralatan elektrik.  Itu pasal di bidang yang macamtu kaum Cina begitu dominan sebab depa dari kecik lagi dah diajar cari duit dan pengalaman bekerja.  Sekarang ni ada berapa orang jer budak Cina kat sekolah kebangsaan?  Dan lagi sekarang ni, pra sekolahpun depa hantar anak ke tadika Cina.  Sekolah macam Smart Reader pun dah terlalu kurang anak-anak Cina pergi.  Akak lihat dah lebih 70 peratus di sekolah Smart Reader adalah anak-anak Melayu.  Kat tadika kemas dan tadika Melayu dah tentu-tentulah tak ada anak Cina yang dihantar.  Maknanya orang Cina kat Malaysia ni memang semakin rasis, semakin membina kelompok mereka sendiri.  Dan ini amatlah tidak bagus untuk negara seperti Malaysia.

Kalau pemimpin tidak tegas, lama-lama esok silap-silap bahasa kebangsaanpun boleh tukar ke bahasa Mandarin.  Jangan layan la.  Kalau dilayanpun undi depa tetap kat DAP.  Akak kesian sungguh dengan PM dan pemimpin Melayu kita sekarang ni.  Asyik-asyik ditekan dan dihenyak kiri dan kanan.  Dan lebih menyakitkan hati bila ada Melayu 'murtad' yang duk sokong Cina nie semua.    

CEPAT! CEPAT! JALAN KE SYURGA DILANCAR OLEH PAS!!

Nak jalan pintas ke syurga?  Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menderma ke dalam akaun amanah lebuh raya rakyat yang akan dilancarkan 4 Ogos ini!!  Cepat, cepat!  Lagi banyak kita derma, lagi cepat masuk syurga dan lagi hebat kenderaan yang digunakan ke syurga!

Majlis pelancaran akaun Amanah Tabung Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai akan dilancarkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, pada 4 Ogos depan.  Menurut pengarah majlis pelancaran ini, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Kerajaan Negeri Kelantan mengalu-alukan seluruh warga di Lembah Klang, terutama sekali warga kelahiran Kelantan, hadir memeriahkan majlis berkenaan yang dianjurkan Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan Malaysia (Perakan) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.  Seterusnya di SINI
  

Wednesday 25 July 2012

NASRUDDIN TANTAWI BUAT RAYUAN POLITIK!!

Apala nak jadi isu sangat pasal hal solek menyolek nie?  Mula-mula duk bising kata Nasruddin Tantawi dimake-up dek pompuan.  Pastu kecoh pulak pasal ust Fathul Bari jugak disolek dek pompuan masa majlis debat baru-baru nie.  Apa masalahnya kalau ustaz atau ulama disolek agar nampak molek kat TV?  Akak faham yang dia orang bising tu bukan pasal solek, tapi disolek dek pompuan.  Macam bagus-bagus jer.  Kalaupun disolek, tidak akan berlaku sentuhan sebab jurumekap tu semua bukan guna tangan nak letak bedak atau blusher atau yang lain-lain tu.  Dan lagi para ulama tu semua sedang bekerja dan jurusolek itu jugak sedang bekerja.  Janganlah nampak sangat kita ni terlalu rigid dalam hal-hal agama nie.  Lagipun ketika disolek itu ada ramai lagi orang lain berhampiran, bukannya berdua-duaan.  


Hanya kerana tersebarnya gambar Ust Fathul Bari disolek oleh jurusolek wanita, maka Nasruddin Tantawi sampai buat rayuan supaya gambar itu dipadam.  Kononnya Nasruddin nak jadi herolah, nak tunjuk dia baik dan melindungi sesiapa sahaja walaupun dari parti musuh.  Politik bangggg!!  Politik!  Pada akak ini menampakkan sikap ulama Pas yang melampau. Penyokong Pas pun ada yang marah-marah bila ulama dia orang disolek oleh pompuan.  Lawak la semua nie.....Tak ada ke sesiapa di kalangan ulama yang lebih rasional sikit untuk bagi pencerahan isu nie?  Baca INI dan SINI

Teruk betul orang Malaysia nie berpolitik!  Masing-masing nak tunjuk diri alim dan lebih tinggi agamanya dari yang lain.  Sampaikan tidak ada toleransi.  Akak percaya Islam bukan agama yang terlalu keras dan melampau.  Setakat disolek ala kadar bagi nampak segar, tidak ada salahnya.  Tidak pula berlaku sentuhan dan jika adapun secara tidak sengaja.  Takkan itupun akan mengurangkan iman dan meruntuhkan akhlak seseorang dan bakal disumbat ke dalam neraka.  Gila apa ker! Jangan bikin malu orang Islam la weiii....!!

Ustaz Fathul Baripun mintak maaf pasal isuni di SINI  Katanya Islam meminta kita menjaga mata kerana Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang.  Pada akak, kenapa pulak nak tengok jurusolek tu?  Setakat tengok aurat wanita, bersepah merata-rata wanita yang tak bertudung dan tidak menutup aurat.  Caranya kata nabi:  larikan saja pandangan itu.  Jadi kalau disolek oleh wanita yang tidak menutup aurat tutup jer lah mata.  Senang jer kan?  Jangan benda senang nak dijadikan berat.  Inilah masalahnya yang buat semua orang takut dengan Islam.  


Selamat berpuasa.....

SELALULAH AKAK TURUN KEDAH KALAU MUKHRIZ JADI MB!!! HAHAHA

Cantik!  Memang cantik kalau Mukhriz jadi MB Kedah.  Nak dibandingkan dengan Azizan, macam langit dengan bumi, macam kekura dengan kuda.  Tak boleh dibandingkan langsung.  Bukanlah dari segi muda belia dan kekacakannya, tapi dari segi cara buat kerja, cara diplomasinya, cara hubungannya dengan orangramai.  Segalanya menyenangkan dan boleh membawa Kedah ke satu tahap yang lebih tinggi.  Akak percaya tu dan percaya jugak yang orang Kedah memang menunggu saat Mukhriz ditabal sebagai MB seperti kajian yang dibuat oleh Universiti Utara Malaysia!!  Hidup Umno!!

Kajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.  "Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mempu menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.  "Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.  Seterusnya di SINI

MENGADA-NGADA LAA.....KJ PUN SATU.....!!! HAMPEH!

Ni apa kes pulak nie?  Tak cukup lagi ke apa yang ada?  Nak jadi sayap itu ini macam lah tak boleh nak bagi sumbangan kepada parti melalui cara lain.  Bila ada ura-ura kata ulama nak dijadikan sebagai sayap Umno, tampil pulak golongan veteran mencadangkan kumpulan mereka yang veteran tu untuk jadi sayap Umno.  Betul mengada!  Tak payahla nak buat banyak-banyak sayap kalau memang dah tak boleh nak terbang tinggi.  Ada sayap tambahanpun setakat lemau macam veteran, apa kes?  Sayap itu yang bakal membebankan sayap yang dah memang ada dan menarik jatuh sayap yang lain terhempas ke bumi. 

Cukuplah sayap yang dah ada.  Cuma kena perkuatkan lagi, kena bekerja keras.  Sayap Pemudapun macam dah semakin lembek.  Bila dah lembek mulalah dia tunjuk ganas dengan tarik masuk mat-mat rempit.   Bukan dia nak tarik golongan profesional yang lebih banyak guna akal dari mat mat rempit tu semua. Mat Rempit yang dia nak tukar jadi Mat Cemerlang.  Yang dah cemerlang nie semua dia lepas tangan jer dan masuk Pkr dan Pas.  Last-last bergelutlah dengan Mat Mat Rempit nie semua untuk ubah dia orang jadi Cemerlang.  Pemuda lain dah merancang untuk tawan angkasa, yang Mat Rempit nie masih cerita camana nak tawan hati minah rempit!!  Apa daaa....  Cuma KJ terasalah diri hebat bila duduk di kalangan Mat Rempit.   Hahaha.

Sayap Puteri tak payah nak ceritalah.  Ada tak ada memang tak terasa.  Dulu zaman Azalina nampakla garang sikit.  Nampaklah usaha tarik golongan muda masuk Umno.  Masuk zaman Rosnah macam payah jer nak berjalan....

Pada akak tak payah ada banyak-banyak sayap.  Kalau orang veteran nak bagi sumbangan, buat macam Tan Sri Zainuddin Maidin.  Jadi penulis yang tulisannya dibaca ribuan orang dan bakal menyedarkan ramai orang.  Kalau nak harap veteran ni gi berjalan sana sini bagi ceramah, dah tentu-tentu semput bang.  Tak payahlah nak lawan si Kadiaq tu.  Biar jer lah dia berkokok, bila orang terjaga lepas tu dia yang kena sembelih.  Tengok jer lah nanti.  Para veteran ni lebih baik menulis, pergi surau dan masjid dan bisik-bisikkan ke telinga mereka yang ada di sekeliling tentang perjuangan Umno, tentang BN yang hebat.  Veteran ni semua boleh menasihatkan anak cucu sendiri, anak cucu jiran dan saudara mara supaya jangan terpengaruh dengan Pakatan Rakyat.  Mereka lebih afdal bergerak di belakang tabir kalau betul sayangkan Umno atau depani boleh jadi satu unit sahaja dalam Umno.  

Tapi masalahnya orang ni semua nakkan penghargaan, nakkan perhatian, nakkan duit.  Itu pasal nak jadi sayap.  Tak ada nama, tak ada duit tak terbang.  Silap-silap boleh meroyan pulak macam Kadiaq. Kan beban jer tuu?

POLIS PUKUL SAMBIL MENYANYI.....KEJAM SUNGGUH!

Boleh bayangkan ker macammana pukul orang sambil menyanyi?  Cer buat, cer buat try tengok.  Kalau pukul sambil memaki tu ada gak logiknya.  Tapi dalam kes ni lain pulak.  Polis pukul sambil menyanyi lagu 'Barisan Kita'.  Camana agaknya bunyi lagu tu ek?  Mesti tukar jadi rentak rap!  Setiap satu perkataan, satu kali tendang, satu perkataan lagi, satu kali tumbuk.  Agaknye lahhh......Kalau nyanyi ikut versi asal, mesti tendang tumbuk ala-ala manja gitu.....

Polis pukul peserta Bersih nyanyi lagu 'Barisan Kita'

Hazayani Zakaria, 24 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa sekumpulan polis memukul beliau sambil menyanyikan lagu 'Barisan Kita' pada 28 April lalu.

Leong Siew Meng, 34, berkata, polis juga memaki beliau dengan kata-kata kesat 'ini cina babi' 'ini langsi punya orang' sewaktu menangkap beliau.

"Polis pukul saya ramai-ramai sambil nyanyi lagu 'Barisan Kita'. Masa itu saya pakai rantai emas dan rantai saya turut dirampas," kata beliau kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Leong ketika itu mengikut kumpulan Anti-Lynas yang mula berkumpul di KLCC sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Daniel Lee Teck Yew, 39 pula menerima lima jahitan di telinga kanannya akibat terkena senjata tajam.

Beliau juga menunjukkan bukti video dan gambar kepada pihak Suhakam termasuk video seorang lelaki tua mengalami kesukaran bernafas akibat gas pemedih mata.

Tambah beliau lagi, dua kereta polis dilihat menghala ke arah kumpulan peserta di jalan Tun Perak menyebabkan peserta memabling botol air mineral ke arah kereta.

"Mood peserta berubah setelah ditembak gas pemedih mata. sebelum itu semua gembira," katanya.

Mereka berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.


  

Tuesday 24 July 2012

HARGA KERETA BAKAL DITURUNKAN!! RAFIZI AKUI YANG RAKYAT MALAYSIA MAKMUR DI BAWAH BN!!

Harga minyak turun, gaji minima naik, tol tak ada satupun kat jalan di Malaysia nie dan kini harga kereta bakal turun!  Pehhh bagus sungguh niat pembangkang di bulan ramadan nie.  Itu belum dimasukkan dengan segala elaun naik dan pelbagai bentuk habuan yang bakal dinikmati rakyat.  Akak rasa inilah satu-satunya parti yang paling prihatin di abad ini dan abad yang akan datang!  

Kereta bagi Rafizi Ramli adalah satu keperluan masa kini.  Keperluan yang Rafizi samakan dengan makan minum dan elektrik.  Maknanya orang Malaysia ini tidak boleh tidak kena jugak ada kereta kerana kereta suatu keperluan.  Ini secara tidak langsung memperlihatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia yang meningkat.  Tak adalah papa kedana dan melarat di bawah kerajaan BN, betul tak?   Sebabnya kalau negara Malaysiani miskin, rakyatnya melarat, pada akak bukan kereta yang jadi barang keperluan, tapi makan dan minum.  Maknanya rakyat Malaysia ni dah terlebih makan, terlebih minum dan ada penempatan tempat tinggal yang selesa.  Sebab itu mereka sudah jadikan kereta satu keperluan!  Terima kasih Rafizi!  Patutlah PR begitu menolak idea Najib untuk wujudkan kedai 1 Malaysia.  Depa dah tak pergi kedai-kedai jual barang murah cam gitu!  

Akak suka jugak kalau harga kereta turun.  Tapi agak-agaklah.  Kalau semua orang dah berkereta (sekarangpun satu rumah berbiji-biji kereta), macammana dengan jalanraya?  Tidakkah nanti sesak lagi menyesakkan sebab jalan masih belum bersedia untuk terima trafik yang lebih tinggi.  Rafizi dah fikir ke?  Apa akan jadi dengan pemandu teksi yang cari makan dengan membawa penumpang yang tidak berkereta?  Apa akan berlaku pada pemandu bas, pemilik bas atau pengangkutan awam yang lain?  

Tapi akak tidaklah terlalu teruja sangat dengan janji-janji manis yang sesuka hati makcik dia jer nak tabur kat rakyat.  Memang dah tabiat pembangkang menabur janji.  Buat tak buat belakang cerita.  Akak tak hairan nanti pembangkang akan umumkan pulak penurunan harga helicopter supaya orang boleh beli heli sebab jalanraya dah sesak.  Atau barangkali semua rakyat Malaysia akan diberikan tambang percuma untuk naik kapalterbang melancong ke luar negara dua kali setahun sebab melancong juga satu keperluan!

TAK PAYAH PUASA LA BANGGGG!!

Akak rasa sedikit keliru dengan istilah 'pandangan peribadi' oleh seorang mufti.  Tak kiralah mufti mana sekalipun, tapi jika dia sudah memberikan pandangan, pandangan itu seharusnya selaras dengan kehendak Allah. Kerana itulah kata-kata seorang mufti menjadi pendinding kepada orang lain yang ilmu agamanya lebih cetek berbanding mufti tersebut.  Kalau segalanya yang dipertuturkan dan disampaikan kepada orang ramai adalah pandangan peribadi, apakah bezanya seorang mufti dengan seorang driver lori yang mamakai seluar pendek, atau seorang korporat yang duduk di kelab dangdut?  Apakah yang berlaku kepada orang yang menurut 'pandangan peribadi' itu sedangkan ianya sama dengan 'pandangan peribadi' seorang pendebat tersohor yang jahil agama dan pengamal homoseksual?

Tidak ada istilah 'pandangan peribadi' oleh seorang yang bertaraf mufti apabila dia membicarakan tentang soal hukum.  Mana mungkin wujudnya 'pandangan peribadi' sedangkan segala hukum hakam itu tercatat di dalam Al-Quran dan hadis sahih.  Jika mufti menyatakan bahawa atlit Olimpik boleh menangguh puasa berdasarkan kepada keadaannya yang sedang bermusafir, maka sudah pastilah para mufti ini ada hujah yang pasti dan tepat.  Dan pandangan ini bukan pandangan peribadi mufti tersebut seperti yang dikatakan oleh Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor di SINI

 Amat memalukan sekali untuk jadi seorang mufti yang tidak merujuk kepada mana-mana Al-Quran dan hadis sahih apabila membuat kenyataan tentang sesuatu hukum.  Dan akak percaya, mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan mufti perak, Tan Sri Harussani serta bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sudah merujuk kepada sumber yang betul apabila menyatakan atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik boleh menangguhkan ibadah puasa.

Dan jika begitu, sila nyatakan surah mana, hadis mana dan rujukan apa yang dibuat.  

Monday 23 July 2012

BLOGGER BN DAH SONGSANG?? HARAMJA APA!!!???

Tahniahla akak ucapkan pada Tun Faisal, kepala Unit Media Baru yang telah berjaya sekali lagi menghantar penyokong BN/ pengundi atas pagar untuk beraleh arah menentang Umno/ BN!  Hari tu kerana tweet Tun Faisal yang amat bijak dah bikin Dr Mohd Asri bersemangat untuk menentang Umno.  Takde ribut, takde jadah apa, tetiba jer Tun Faisal nak sindir Dr Mohd Asri yang kejadian amuk di Putrajaya adalah hasil dari fatwa Dr Mohd Asri.  Memang patutpun Dr Mohd Asri kata 'bala bagi Umno jika orang seperti Tun Faisal menduduki kepimpinan".  Akak setuju.  

Dan terbaru bekas blogger tersohor BN, blogger APA mengisytiharkan untuk tidak lagi menyokong BN.  Kenapa boleh jadi lagu tu?  Memangla semuanya atas kehendak masing-masing, atas pilihan sendiri untuk menyokong mana-mana pihak.  Dan apa yang dilakukan oleh APA langsung tidak menyalahi mana-mana etika.  Dia punya sukala nak sokong siapa atau parti manapun.  Cumanya akak duk hairanlah, haramja apa yang Tun Faisal dah buat?  APA dulu pernah berada di bawah UMB.  Tun Faisalpun bukan tak tahu apa masalah yang dihadapi oleh APA.  Tapi apa yang Tun Faisal lakukan sampai seorang blogger yang berjaya menduduki carta paling atas beraleh arah dan mengisytiharkan diri tidak menyokong Umno/BN? Ini suatu kegagalan besar buat seorang pemimpin unit media baru!  

Terus terang, akak tidaklah kecewa bila APA tidak lagi sokong Umno/BN sebab APA dari dulu lagi memang selalu marah-marah pada Pak Lah dan Najib.  Ada ketikanya akak rasa ianya amat keterlaluan dan masalah yang diciptakan APA tentang hutang Pak Lah/BN yang juta-juta itu jugak kurang meyakinkan.  Pendedahan yang dibuat langsung tidak menggamit simpati malah terasa amat yang APA ini manusia yang cuba meletakkan kesalahan di bahu orang lain apabila dirinya gagal atau telah melakukan kesilapan.  Itu pandangan peribadi akak bila baca blog APA sejak setahun yang lalu.  RM250 juta Umno berhutang dengan APA!  Hebat APA dulu....Boleh bagi pinjam RM250 juta pada Umno!!  Cuma akak tahu RM250 juta itu bukan duit APA tapi duit kontraktor yang diperdaya oleh APA untuk buat kerja-kerja yang masih tidak mendapat lampu hijau dari Umno.  Kerana itu APA berdendam dengan Pak Lah dan menuntut Najib selesaikan masalah yang diciptanya sendiri.  http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2011/11/hadiah-untuk-imam-hadharirevisited.html Dan baca juga di SINI

Dan kerana tulisannya yang kurang ajar itulah yang bikin dia berjaya merampas takhta dari Papagomo.  Akak rasa APA suka dan bangga dengan apa yang berlaku pada dirinya sekarang.  Dan akakpun salah seorang peminat blog APA dan tidak ketinggalan membaca entry yang dibuat.  Cuma akak rasa orang macam APA tidak ada bezanya dengan Anwar, dengan Puak DAP yang melakukan sesuatu untuk kepentingan peribadi.  Pun itu sebenarnya tidak salah.  Cuma akak rasa ianya salah apabila meletakkan persepsi yang Umno berhutang dengan seorang lelaki tukang angkat beras dan bekas pengurus kelab dangdut (pekerjaan APA dulu)!  Bukan salah Umno pun, dan bukan jugak salah Pak Lah, apatah lagi Najib.  Ini kesalahan diri sendiri dan salah orang yang tamak dan sesetengah pihak yang mencari keuntungan di atas Umno/BN.

Apa-apapun akak tetap peminat setia blog APA.  APA seorang yang kreatif dalam penulisan untuk menarik orang singgah di blog beliau.  Moga APA terus sukses!      

Akak:  Patutnya Papagomo bagi satu lagi penumbuk kat Tun Faisal!   

PAKATAN BERHIMPUN LAGI....

Memang sudah menjadi satu kewajipan untuk penyokong pakatan untuk berhimpun bilamana ada isu yang boleh dijadikan isu politik.  Kalau tak berhimpun orang tak nampak, orang tak tahu yang pemimpin pakatan nie berjiwa rakyat.  Lagi-lagi kena buat waktu panas terik, barulah nampak hebat, nampak kesungguhan yang melampau.  

Sekumpulan 100 orang penyokong kerajaan negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Shah Alam hari ini sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut.  Seterusnya di http://www.malaysiakini.com/news/204377


Monday 16 July 2012

AKHIRNYA LATHEEFA KOYA LETAK JAWATAN!

Tahu takpe.  Sebelum disingkir, lebih baikla blah dulu.  Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika beliau dispekulasikan akan disingkir.  Mkini di SINI.

Thursday 12 July 2012

LATHEEFA MULA KOYAK!! TERBAEKKKLA KHALID ....!!!

Hidup, hidup, hidup demokrasi!  Bagusla Kerajaan negeri Selangor nie.  Bagusla dia punya MB!  Terbaekkkk!!!!! Akak suka!  Khalid Ibrahim nampak bertokoh sungguh.  Dia sungguh berkuasa dan gagah perkasa.  Dia boleh pecat sesiapa atau lantik sesiapa je dia suka.  Macam Negeri Selangor itu syarikat ayah dia punya.  Bagus Khalid!  Nampak macho sungguh!!   Mangsa terbaru ialah si Latheefa Koya, Pengerusi Biro Undang-undang Pkr bakal dicantas akibat keceluparannya mengkritik kepimpinan Kerajaan negeri Selangor.  Koyak beb....Koyak si Latheefa!! 

Speculation is rife that Petaling Jaya (MBPJ) local councillor Latheefa Koya is on the chopping block.  According to a source, the proposal to sack the PKR legal bureau head came about following her strong criticism of the Selangor state government.  The source said that the proposal to expel her was tabled by Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim.

RUGI KE KALAU PAK LAH MASUK PAS? TAK KOT......

Katanya si makhluk perosak Felda, nak ajak Pak Lah masuk Pas.  Kononnya perjuangan Pak Lah sama sehaluan dengan perjuangan Pas.  Kononnya Pak Lah nie, badan Umno tapi rohnya Pas.  Itu pasal Pak Lah akan jadi tetamu jemputan istimewa dalam perhimpunan 'Oren' nanti.  Entah apa yang oren entah.  Kejap kuning, kejap hijau, kejap oren.  Tak lama lagi ada pulak la perhimpunan kaler kelabu taik anjing.  Untunglah orang yang dapat projek buat baju T pelbagai kaler tu kan....?  Suka hati tok abah korang la....  

Isunya sekarang Pak Lah dipujuk untuk sertai Pas.  Sebenarnya takde isu apa pun dan kalau Pak Lah nak join Pas pun silakanla.  Diapun bukannya pandai buat kerja, setakat tidur boleh la.  Tapi kita dah tahu yang Pas ni memang store reject. Apa nak diherankan.  Semua ahli Umno yang direject semuanya masuk Pas.  

Kalau ikut sejarahnya, Dr M dah nak bawak Felda gi listing dulu lagi dan ada disebut dalam belanjawan tahun 2003.  Tapi bila Pak Lah jadi PM, dia batalkan rancangan tu.  Kalau tidak, dah lama orang Felda dapat durian runtuh.  Sebab itulah kononnya Pak Lah dekat sangat di hati penentang-penentang penyenaraian Felda.  Dan sebab itu jugaklah wajah Pak Lah depa dah letak kat poster perhimpunan Oren Sabtu ni.  Kalau Pak Lah tak setuju muka dia diletakkan, dia patut dah boleh bantah.  Tapi sampai la nie, Pak Lah duk diam jer.  Tak tahulah kalau masih tidur lagi...

Akak sikitpun tak rasa rugi kalau Pak Lah masuk Pas, apatah lagi duk jadi perhiasan masa perhimpunan Oren tu. Sebenarnya majoriti ahli BN tolak Pak Lah, itu pasal Pak Lah terpaksa lepas jawatan PM kat Najib.  Jadi untuk seorang yang tidak bawa apa-apa keuntungan kepada parti, malah telah bawa banyak kerosakan melampau, lebih baiklah Pak Lah tidak berada di dalam Umno.  Suka hati dialah nak pi mana pun.  

Mana KJ?  KJ mana?  Tak habis merempit lagi??    

Wednesday 11 July 2012

PALING SEKSI!!

“Seksi bukanlah perkara yang boleh dibuat-buat. Menjadi seorang yang seksi tidak hanya bergantung kepada pakaian."  Itu kata Katrina Kaif yang dipilih sebagai wanita terseksi di dunia oleh majalah FHM.    Bukan sekali dua, sebaliknya undian ini adalah kali keempat buat bekas kekasih Salman Khan ini dipilih dalam kategori yang sama di majalah tersebut.

Pemilihan selebriti Bollywood yang mesra disapa Kats ini sekali gus menyaksikannya mengetepikan selebriti lain seperti Freido Pinto, Priyanka Chopra dan Deepika Padukone.  Seterusnya di SINI.

Kalau kat Malaysia nie, sapa yang paling seksi eh?  Apakah Nurul Izzah?  Atau Hanna Teoh, atau Rainbow, atau Elizabeth Wong, atau Rosmah Mansor? 

Tuesday 10 July 2012

ISU PLAT WWW1: NIZAR SERAH SAMAN

Lantak ko lah Nizar.  Nak saman, samanla.  Kalau tak saman nanti tak boleh pulak nak lambai-lambai kamera. Nak glamer kenalah saman.  Barulah nampak diri tu betul.  Makin parah akak tengok penyakit si Nizar giler glamer nie.  Jangan esok dia mengamuk kat Putrajaya sudah.....  

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana didakwa menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
  
Mohammad Nizar memfailkan dua saman itu secara berasingan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Awi & Co.  Seterusnya di SINI

HADI AWANG BERJENAKA KASAR.....

Hilang akal ke orang tua nie?  Kalau nak buat jenaka pun janganla kasar sangat.  Tang mana logiknya si Hadi Awang nie duk kata yang Pas parti yang paling kuat kat dalam PR?  Tak kan sebab himpunan hijau yang membariskan ramai ulat-ulat hijau tu dah buat Hadi Awang gelap mata dan angkuh tanpa sebarang perkiraan yang logik.  Pandang-pandangla pilihanraya yang lepas di mana kedudukan Pas dan berapa banyak kerusi yang Pas menangi.

Hadi Awang bercakap senada dengan Nik Aziz yang tidak percaya Dap memperuntukkan 90 kerusi parlimen untuk parti Dap berbanding Pas dan Pkr yang jauh lebih kecil bilangan kerusinya dari Pru yang lepas.  Kalau Nik Aziz akak percayalah memang dia tak tahu apa-apa.  Nik Aziz sentiasa tak tahu apa yang berlaku kat sekitar dia.  Itu pasal Husam Musa dan geng-geng dia boleh temberang Nik Aziz, dan sebab tu Nik Aziz tak tahu penyelewengan yang berlaku dalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.  Tapi yang buat-buat terperanjat pasal Dap letak 90 kerusi ni, Hadi Awang, Presiden Pas yang kononnya comolot ngan Dap.  Hadi Awang tak percaya yang Dap buat macamtu, Hadi Awang percaya yang Pas lebih kuat dari Dap dan Pkr.  Kalau berbanding Pkr akak percayalah Pas lebih kuat.  Tapi kalau nak dibandingkan dengan Dap, sendiri mahu ingatla.

Dalam PRU12 pun Pas cuma menang 23 kerusi jer berbanding Dap yang menang 28 kerusi.  Padahal Pas bertanding 66 kerusi parlimen berbanding Dap yang cuma 47 kerusi.  Lu cerita apa bang?  Yang kerusi Pkr tak payah ceritalah.  Itu parti perasan bagus yang memang bakal bungkuspun.

Bawak-bawaklah bangun wahai Tuan Guru!  Dap dalam diam dah bergerak dalam senyap untuk mentadbir negara ni.  Jangan tidur lagila. Sebab itu semua orang duk peringat kat pemimpin Pas, jangan dianjingkan dek Dap, jangan terpengaruh dengan kata-kata manis dia orang tu dan jangan duk ghairah nak tumbangkan BN jika parti sendiri masih tidur dan masih miskin.

http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-pas-paling-kuat-dalam-pr-1.65096      

Monday 9 July 2012

DR RANI SINDIR ANWAR: AJAK DEBAT TINDAKAN TIDAK BERMARUAH?

Bila PM tak nak berdebat dengan si ketua penipu se Malaya, Anwar Ibrahim tu pandai pulak duk ejek kata PM takut, PM pondan dan sebagainya.  Tapi bila dia diajak berdebat, boleh pulak tukar nada dan kata ajakan berdebat itu suatu bentuk tindakan yang tidak bermaruah.  Gila ke apa.  

Memang akak tak pernah bersetuju dengan debat debat nie semua sebab pandai berdebat bukan bererti pandai buat kerja.  Pandai bercakap jer baik pi jual ubat kuat.  Berdebat ni kalau kat Malaysia hanya sesuai untuk bebudak sekolah jer.  Cari fakta lepas tu lawanlah debat, lawan fakta mana yang lebih kuat dan fakta mana yang boleh dimanipulasikan.  Untuk pemimpin, tak payah debatla.  Tengok cara dia buat kerja dan lihat moral dia jugak sudut pandangan dia dalam pelbagai isu sudah memadai untuk memilih pemimpin.  

Akak simpati gak dengan Dr Rani, Pesuruhjaya Pas Selangor yang begitu gementar bila Hassan Ali ajak berdebat.  Dr Rani kononnya tak nak layanla Hassan Ali ni dengan alasan Hassan Ali bukan dari parti politik dan Hassan Ali sudah tidak relevan lagi.  Yang lawaknya Dr Rani mintak pulak Hassan Ali berdebat dengan Khalid Samad.  Kalau dah tak relevan, kenapa boleh pulak alihkan debat tu kat orang lain?  Kelakar kan? 

"Saya tidak nafikan yang wakil Hasan Ali ada datang ke pejabat saya bagi menghantar jemputan bagi mengadakan debat.  Namun demikian, pihak saya tidak pernah memberi sebarang jawapan atau bersetuju untuk mengadakan debat yang dicanangkan kepada orang ramai kini," katanya pada sidang media di lobi Bangunan SUK hari ini.

Pihaknya juga menegaskan yang tindakan Hasan itu sebagai satu provokosi atau gangguan gangstrerisme yang cuba dilakukan terhadap Pas.

"Saya minta agar cubaan yang tidak bermaruah ini dihentikan dengan segera," tegas beliau di  SINI

Hahaha.  Tak bermaruah dia kata?  Yang Anwar Ibrahim duk ajak Najib berdebat tu bermaruah pulak ker?  Apa punya statement daaa.....

Tapi apa-apapun akak tetap tak sokong Hassan Ali!  Tu jenis yang pandai dan bijak berdebat lah tu.....

Friday 6 July 2012

UNCLE SEEKERS POSITIF MORFIN!

Terperanjat ke bila diberitahu yang mamat gila hantu nie amik dadah jenis morfin? Tak terperanjat sikitpun. Tengok cara diapun dah tahu camana orangnya. Tapi itulah manusianya yang mula dipuja dek masyarakat yang anti raja sekarang nie.

Akak percaya yang pemuja uncle seekers akan salahkan polis dan sultan johor. Depa akan cakap yang uncle seekers dianiaya. Uncle tak pernah amik benda haramtu seumur hidup. Air kencing dia dipalsukan bagi memburukkan uncke seekers. Bosan kan dengan semua penafian yang cenggini? Memang dah perangai hantu nak wat camana...

Polis Johor: Uncle Seekers positif dadah - Semasa - Sinar Harian
Published with Blogger-droid v2.0.3

PENOLONG PENGUASA SPRM DIPENJARA 13 TAHUN!!

Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah. Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda, penjara 13 tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga.

Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 tahun selepas Hakim Azhaniz Teh memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh jatuh hukum hari ini. 

Sumber:  BH

HASSAN ALI KECEWA DENGAN RAJA?

Hassan Ali hilang?  Hassan Ali dah letak jawatan?  Dah bubar JATI?  Uncleseekers dah berjaya bikin Hassan Ali kecewa dengan Raja?  Mana Hassan Ali?  Mana si pejuang yang sanggup mati mempertahankan raja raja Melayu ie?  Temberang!

Bila orang kutuk raja dan sultan, Hassan Ali senyap tak berbunyi.  Sebelum tu gah bukan main, palu kompang keliling kampung kata memperjuangkan raja-raja Melayu.  Bila raja dihina dan diaibkan, Hassan Ali buat bodoh jer.  Cakap tak serupa bikin.  Poodahhh!!  

BILA 'HANTU' MENJADI RAJA.......RAJA PULA MENJADI HANTU.....

Dari dulu lagi sepatutnya si pemuja hantu dibakar hidup-hidup!  Bila hantu diberi peluang untuk hidup, diberi kebebasan untuk meracuni pemikiran manusia, hantu ini akan jadi amat berkuasa dan bakal menjahanamkan bukan sahaja manusia tetapi seluruh negara dan alam semesta. 

Dari kecil lagi kita dah ditakutkan dengan cerita hantu, dimomokkan dengan kepelbagaian hantu yang boleh menjadikan manusia jadi begitu dan begini.  Kekuatan hantu melampaui kekuatan Tuhan, begitulah kepercayaan yang ditanam ke dalam diri seseorang sejak zaman kanak-kanak.  Sikit-sikit ibu dan bapa akan kata "eee takut hantu...Jangan pergi sana, nanti hantu tangkap..."  Segala-galanya yang menakutkan dan berkuasa adalah hantu.  Ibu dan ayah tak pulak nak sematkan ke jiwa anak-anak supaya takut pada Allah.  Itu pasal bila dah besarpun semangat hantu terus ada dalam diri.  Ditambah pulak lagi cerita-cerita hantu yang begitu banyak disiarkan menjadikan hantu terus merajai hati.  

Hantu dilihat sebagai satu entiti yang amat berkuasa dan sebab itu bila ada manusia yang bijak memanipulasi keadaan mengambil kesempatan dari kepercayaan ini untuk jadi jaguh hantu.  Lalu dia meletakkan dirinya berada di atas segala hantu dengan menjual mitos bahawa dia bisa menangkap hantu dan menundukkan hantu.  Bila dia boleh menundukkan hantu maka sudah tentulah dia lebih berkuasa dan hebat dari hantu.  Lalu ramailah yang teruja dan kagum dengan kebolehan si penangkap hantu ini walaupun tak pernah dibuktikan si penipu ini pernah berjaya menangkap hantu.  Kalaulah si penipu ini terror sangat tangkap hantu, dia patut dah tangkap semua hantu yang ada kat Malaysia ni dan buang jauh-jauh kat Amerika atau bunuh saja hantu ni semua.  Tak adalah kita dengar sana sini orang kena rasuk dek hantu, histeria tak menentu, tak adalah kemalangan maut yang disebabkan ternampak hantu dan tak adalah bebudak sakit demam meracau kerana ditegur hantu dan sebagainya.  

Tapi memang orang kat Malaysiani amat mudah percaya kepada perkara yang tak masuk diakal.  Sebab itu jugaklah ramai yang percaya dengan cerita pembohongan Anwar Ibrahim walaupun cerita dan janjinya merepek tahap gaban.  Orang Malaysia percaya kepada bomoh dan perkara ghaib yang tidak berpijak di bumi nyata.  Orang masih boleh percaya seorang yang berada di Johor, boleh berada di Janda Baik dalam masa yang sama.  Aneh kan?  Tapi itulah realiti kepercayaan melampau masyarakat.  Akak lebih suka menganggap bahawa ini sebenarnya satu penyakit mental tahap kronik.

Si penangkap hantu ini tahu dia tidak boleh selamanya menjual cerita dongeng 'hantu'nya yang diulangtayang bertahun lamanya.  Dia tahu tahap kebosanan si pemujanya bakal menemui titik penamat.  Sebab itu si penangkap hantu ini mengambil peluang dengan cerita sensasi yang berlaku untuk memastikan masyarakat tidak lupakan dia.  Dan dia meletakkan keberaniannya sama seperti keberanian dia menangkap hantu.  Lalu rakyatpun terpaku dan mengagumi dia sekali lagi.  Dia mula mendedahkan perilaku Sultan dan Raja.  Pun segalanya dikutip dan diceduk dari penceritaan orang kepadanya, tanpa menyelidik asas kebenarannya.  Si penangkap hantu ini cuma inginkan perhatian, cuma inginkan populariti.  Sebab itu bila dia ditangkap dia gembira kerana dia tahu popularitinya akan mencanak naik.  Dia akan menjadi raja di hati rakyat yang kononnya menjadi mangsa raja dan kerabat raja.  Lalu jadilah pula sang raja dan sultan sebagai hantu yang cuba dielakkan, ditakuti dan dibuang bukan untuk dihormati dan disanjung tinggi.

Bukan seorang dua yang berharap si penangkap hantu ini bakal dikapankan di lokap agar menjadi satu sebab melakukan pemberontakan besar-besaran untuk menurunkan Raja Raja Melayu.  Si penangkap hantu ini sanggup bekerjasama dengan kumpulan penentang Raja demi nama dan nafsunya untuk jadi terkenal.  Orang yang macam ini tak patut ada di dunia.  Kalau di buang negara sekalipun dia akan terus merosakkan negara dengan kepelbagaian tulisan yang menyemat perasaan benci dan dendam rakyat kepada raja dan pemerintah.  

Tapi apa-apapun akak yakin pihak berkuasa akan menjalankan tugasnya secara profesional.  Amat sukar untuk menghalang sesiapa sahaja dari menyebarkan fitnah atau menulis sebarang cerita sensasi.  Jadi untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa fitnah, mangsa cerita sensasi, mangsa cerca dan caci, jangan beri sedikit peluangpun untuk orang lain mencari kesalahan.  Dengan erti kata lain, sentiasalah berbuat baik, jauhi dari melakukan sebarang penganiayaan dan mengamalkan hidup cara Islam yang sebenarnya....InsyaAllah segalanya akan selamat.....Daulat Tuanku!        

Allah Maha Besar!  Allah Maha Besar!!   

Wednesday 4 July 2012

DEBAT MORAL DAN SEKS LGE VS CSL!!

Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek saling berbalas kenyataan tentang hubungan sulit yang mereka dah buat.  Kata Lim Guan Eng (LGE), dia bukan Soi Lek dan kata Soi Lek pulak LGE tidak punya keberanian moral dan politik seperti dirinya yang berani bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan berdepan dengan tuduhan secara anak jantan.  

Pada akak korang berdua sama spesis jer.  Dua-dua kaki tipu bini.  Dua-dua pun tak boleh pakai sebagai seorang suami dan bapak.  Jadi akak nak cadangkan debat yang bakal dibuat antara LGE dan CSL 8 julai nanti lebih baik berkisar tentang moral.  Tak payahlah nak bercakap pasal polisi parti mana yang lebih baik untuk rakyat.  

Akak cadangkan tajuk debat:  Moral siapa lebih hebat? atau Siapakah yang paling hebat dalam menipu isteri dan anak-anak atau LGE dan CSL:  Siapa lebih hebat di ranjang!    

ANWAR UMUM PERSARAAN!! MACAM MIMPI PLAK RASANYA!

Macam tak percaya, tapi itulah yang dikatakan dek Anwar. Dia akan bersara jika PR gagal memerintah selepas Pru ke 13 nanti. Kalau nak tahu betul2 yang Anwar ni lidah biawak ke tidak, cer semua org undi BN dan biar PR kalah. Kita sama2 tengok sama ada si ketua penipu ini dah pandai cakap betul atau masih terus jadi ketua penipu paling handal dalam sejarah politik di Malaysia.

Atau barangkali Anwar dah tahu nasib dia selepas Pru nie. Tu lah dia bagi hint untuk jadi tenaga pengajar jer dan x terlibat lagi dalam hal2 politik. Jangan esok ajar meliwat dan ajar bebudak menipu dah la ya bang non!


Anwar timbang 'bersara' jika Pakatan kalah PRU - Malaysiakini
Published with Blogger-droid v2.0.3

HUDUD PULAK DAHHH.....KERING BETUL LA!!

Dua tiga hari nie, kecoh pasal hudud dan BN bila sorang Adun yang kurang publisiti melontarkan pendapat yang dia rasa paling bijak sepanjang sejarah dia jadi Adun.  Dan kerana lontaran idea itu, dia bakal jadi calon pertama yang disahkan akan bertanding dalam Pru ke 13!

Akak bukan anti hudud.  Akakpun tak peduli apa sahaja undang2 yang nak dilakukan selagi ianya tidak melakukan sebarang penganiayaan kepada orang yang tidak bersalah.  Kalau kita tidak melakukan kesalahan, tidak melakukan dosa, tak perlu bimbang kena rejam, kena pancung, hilang tangan atau sebagainya.  

Cuma pada akak tindakan menyuarakan cadangan agar hukum hudud dilaksanakan di Johor satu tindakan politik yang kurang berakal.  Hudud dijuarai oleh Pas sejak dari dulu lagi.  Bila Pas sendiri lemas dan hampir karam dengan hududnya dia orangpun ketepikan hudud dan tukar konsep dari negara Islam kepada negara kebajikan.  Pas bermain dengan istilah dan orang BN fikir penyokong Pas akan marah lalu tinggalkan Pas dan masuk Umno.  Kerana nak dapatkan sokongan Melayu, sokongan orang Islam, Adun sekor nie pulak tetiba saja ambil idea hudud dan diserapkan dalam perjuangan BN.  Boleh gitu?

Cadangan perlaksanaan hukum hudud di Malaysia ini tidak lebih dari permainan politik jer.  Kalau Adun Kemelah rasa Pas telah gagal melaksanakan hudud, maka BN pulak perlu menjuarainya untuk mendapatkan nilai tambah politik, dia betul-betul keliru.  Betapa sukarnya pemimpin BN dan Najib nak respon dengan cadangan hudud nie.  Kalau PM respon dan kata pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dibuat, orang Islam akan marah lalu menolak Umno dan BN.  Tak pedulilah kalau diri sendiripun diselubungi dosa atau apapun, janji sokong hudud dan nampakla diri itu kononnya lebih islamik dari orang lain.  Kalau PM respon yang hukum hudud akan dilaksanakan, Pas akan kata Umno yang hampir karam mencuri idea politik mereka dan berkokoklah pemimpin dan penyokong Pas semuanya. Parti komponen lain macam MCA dan MIC pasti membantah.  Baik MCA dan MIC sertai Dap.  Dap lebih hebat sebab dia berjaya menidakkan hudud dari pejuang hudud yang dipelopori dek Nik Aziz dan Pas.  Dalam dua-dua situasi, BN rugi dan tidak menang apa-apapun dari lontaran cadangan yang merepek ini.

Biar ulamak, biar mufti yang berbincang sesama mereka dan memperincikan hukum hudud itu dan dipersembahkan kepada pemimpin negara, kepada Sultan dan Agung selaku ketua agama.  Hukum hudud jangan dipolitikkan dan jangan dipermainkan sebab ianya akan memperlihatkan kelemahan Islam dan sistem perundangannya dan menunjukkan betapa tidak bersatupadunya penganut Islam itu sendiri.  

Dan akak sangat percaya bahawa perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.  Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta'lim, Syarh Usul al-'Isyreen dan lain-lain menyatakan dengan ungkapan yang jelas, "hudud dalam Islam...datang pada [kedudukan] penghujung [proses] pensyariatan [hukum] kerana Islam lebih prihatin terhadap tangan manusia [daripada dipotong akibat mencuri], kehormatan, hak milik dan kehidupan mereka keseluruhannya".

Justeru, beliau menolak dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud berada pada kedudukan teratas dalam ‘jadual perlaksanaan Islam’ berbanding hukum hakam yang lain.

Beliau menyatakan, "[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]".  (Lihat http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82931&SecID=391)

Oleh sebab itu, sebelum dilaksanakan hudud, beri makan terlebih dahulu kepada orang  yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih pekerja. Mesti dilakukan ini semua sebelum melaksanakan hukum hudud.  

Jadi kepada Ayub Rahmat, rentikanlah idea tu.  Jaga jer kawasan awak dan orang kampung awak.     
    

Tuesday 3 July 2012

ADUN SRI MUDA BUKAK ZIPPP LAGI!!

Masih tidak puas, masih menekan dan masih berbunyi!  Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie terus menekan Khalid Berahim supaya buang si Faekah.  Macamlah dia tu berprinsip sangat dan macamlah bos dia si Azmin tu tak korup dan macamlah bos paling besar dia si Anwar tu tak main kroni.  Si Shuhaimi ni ingat bila dia buat bising dan nampak prihatin sangat soal rasuah dan intergriti, rakyat semua akan rasa yang parti Pkr ni parti suci. Pigidah!!  Ataupun si Shuhaimi ni dah mula nak mengintai peluang untuk dijemput oleh Umno ker?  Alahai politik, politik....

Kemelut dalam PKR Selangor masih jauh dari selesai, dengan ketua penerangan parti itu, Shuhaimi Shafie mengulangi gesaannya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan terhadap setiausaha politiknya Faekah Husin kerana mengeluarkan surat sokongan.  Baca seterusnya dalam berita yang meloyakan itu di SINI
    

Monday 2 July 2012

POLITIK MULA MEMBOSANKAN......

Memang bosan!  Tak ada apa yang menarik.  Cerita Najib yang bagi itu ini kat rakyat tapi rakyat tak peduli, citer orang BN yang tidak membantu Najib, citer pembangkang PR yang lagi merapu dan meloyakan, citer bodek blogger, citer sudut pandangan berbeza pengamal media untuk satu isu yang sama, citer mencari salah dan gelar menggelar ahli politik......dsb.  Bosan kan?  Bukan sikit punya bosan, ini bosan tahap nazak!  Bila la pilihanraya nak dibuat nie?  Jom kita bercucuk tanam dulu nak?