ONLINE MEDIA
- AGENDA DAILY
- AIDC
- ANTARAPOS
- BEAUTIFULNARA
- BERITA HARIAN
- BERNAMA
- FMT
- FREE MALAYS
- HARAKAH
- KEADILAN DAILY
- KL POS
- M STAR ONLINE
- MALAYSIA TODAY
- MALAYSIAKINI
- MALAYSIAN DIGEST
- MOLE.MY
- MYKMU
- SELANGOR DAILY
- SINAR HARIAN
- THE MALAYSIAN INSIDER
- THE MOLE
- THE ROCKET
- THE STAR
- UMNO ONLINE
- UTARA NEWS
- UTUSAN MALAYSIA
Wednesday, 29 February 2012
MANGSA BERDARAH DAN TERKULAI! APA KAITAN DENGAN ANWAR???
MAAFKAN PAPAGOMO, PARPUKARI! PLEASE.........
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron
Tuesday, 28 February 2012
INAFIONA BERSUARA!
Sunday, 26 February 2012
GANAS GILER!
24 jam siot. Kalau tak batal terima padah. Wahhhh ganas betul dia punya ugutan. Penganjur Himpunan Hijau 2.0 bagi kata dua kat kerajaan. Kalau tak batal projek Lynas, depa akan buat Himpun Hijau 3.0 pulak. Takutnyerrrr....!!
Lawaklah depa ni semua. Macamlah Himpun Hijau 2.0 tu berjaya sangat. Setakat 5000 je yang datangpun. Bukannya ramai sangat. Itupun kalau tolak orang luar kawasan, entah2 500 orang je penduduk tempatan. Lagi mahu ugut. Agak2 la weiii.
Tapi akak percaya, kalau Himpun Hijau dibuat lagi pasti orang pertama yang akan datang ustaz Badrul. Dia akan bukak kaunter hijau jam 3 pagi. Hehehe
Himpunan Hijau berakhir, kerajaan diberi 24 jam batal projek Lynas - Nasional - Sinar Harian
BLOGGER UMNO, SUDAHLAH TUUU...
Korangni kalau tak tahu jangan duk main hentam je. Kesian ustaz yang sanggup meluangkan masanya yang berharga untuk tolong carikan bilik, untuk tolong dengar cerita sedih kami kaum pompuan ni. Bukan siang, tapi malam2 buta. Memang ustaz tu tahap2 wali. Kebaikan dan keprihatinan dia begitu menyentuh perasaan akak. Kalaulah Nik Aziz macamtu kan bagus. Kalau mufti perlis atau bekas mufti perlis yang buat kat orang pompuan macamtu lagi baik...muda lagi tuuuu...
Sampai sekarang akak masih tak dapat nak faham kenapa blogger umno duk mengata ustaz BAD tue. Sampai hati korang...huhuhu
Kul 3 pagi nanti ustaz ada kt hotel mana eh? Sajalah nak tahu. Kot2 ada kengkawan nak mengadu masalah rtangga, boleh gak akak tolong hantar ke bilik ustaz. Hehehe
Lupa plak nak pesan kat korang, kalau wife korang duk cari ustaz jam dua tiga pagi, jangan marah. Izinkan je. Ustaz nak bagi tazkirah tu. Nak nasihat wife u all suh balik kat u all. So janganla duk hantar samseng plak..
KERONCONG UNTUK ANA...
Ana tak bersalah. Ini cuma satu keroncong yang didendang oleh Umno. Ana sekadar menolong isteri orang. Ana sudah terangkan segalanya kepada Imam Mahdi dan wali kita di Kelantan jugak sudah memaafkan ana dan meletakkan senarai nama ana sebagai penghuni syurga. Ana mintak jika ada isteri yang punya masalah, sila hubungi ana dan pastikan datang ke hotel antara jam 2-3 pagi. Insyaallah anak akan bantu. Imam ana jugak punya hobi membantu tidak kira bila, di mana dan siapa. Pun tidak peduli lelaki atau perempuan. Cuma ana masih tidak dapat menandingi kehebatan imam ana itu sebab ana cuma tahu membantu perempuan. Ini kelemahan ana berbanding imam mahdi.
Hahaha hehehe hohoho
Wednesday, 22 February 2012
HASSAN ALI BUBAR JATI???
MKINI BUAT HAL LAGI.......
LAA ITU JER JAWAPAN NIK AZIZ PASAL PERTEMUAN NGAN ANWAR SEMALAM????
22/02/12
Kenyataan TGNA isu Anwar dan Israel

Tuesday, 21 February 2012
JATI BERCIRIKAN SYAITAN? HASSAN ALI?? OHH TIDAKKKKKKK......
____________________________________________________
Logo Jati macam logo setan?
Harakahdaily, | 21 Feb 2012 |


Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.
Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu.
http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html
SESUDAH DEBAT, RAMAI YANG MASUK DAP!!
Yang akak tengok, sekarang LGE dan CSL dah mula berbalas-balas komen di akhbar. Penyokong ke dua-dua pihakpun mula kutuk mengutuk ke dua pendebat terbabit. Para penulis mula mengambil bahagian-bahagian tertentu dalam sesi debat untuk diangkat, dipuji atau untuk dikeji. Debat 20 minit ke 2 jam, apa jer nak cakap? Dan masalahnya, nak cakap apa lagi? Bosan la....Setakat nak tunjuk berani berdebat jer, lain tak ada.
Rakyat dah tengok dan baca banyak yang dilaksanakan oleh DS Najib dan BN dan apa tindakan Anwar juga PR selama ni. Dari situ rakyat dah dapat membuat penilaian, dah tahu nak pangkah sapa dan parti mana. Kalaupun Anwar tu bakal menang dalam debat, apakah ini membuatkan kita semua merestui dia sebagai Perdana Menteri yang baik? Lupakan moral, lupakan segala pembohongan dia selama ini dan lupakan kecintaan dia kepada Israel, kerana dia hebat di pentas debat, dia layak menjadi Perdana Menteri? Begitu?
Rasanya kalau nak suruh berdebat, suruh calon yang baru nak masuk gelanggang, yang tak pernah ada track record. Boleh jugak kita tahu ke mana hala tuju calon yang berdebat tu. Dan kalau untuk calon pilihanraya, kawasan pilihanraya tu sendiri buat debat di kawasan masing-masing. Biar rakyat di kelompok yang kecil itu pilih calon mana yang sesuai untuk jadi ahli parlimen atau dun depa. Setakat Anwar dan DS Najib, tak payah debat beb. Itulah masalahnya kita ni semua. Negara lain nak buat, kita nak buat. Tapi hampeh!
Apa punya debat daaaa.....
Monday, 20 February 2012
TAK ADA YANG PEDULI, ANWAR DI MAHKAMAH SYARIAH ESOK!!!
PAKATAN PILIHAN TERBAIK.....
KESIAN ANWAR!! SUDAH-SUDAHLAH TU.....
Friday, 17 February 2012
MENDIDIH DARAH CHEGU BARD PEPAGI NI BILA BACA BERITA NIE!!
Thursday, 16 February 2012
HARUSSANI OOHHHH HARUSSANI..... MUFTI KE DIA NIE?
Wednesday, 15 February 2012
BUKU JINGGA DIANGGAP TULISAN RASULULLAH? PAS MAKIN HILANG AKAL!!!
Giler ke apa? Ada ke patut depa boleh samakan buku Jingga tu macam surat yang dihantar oleh Rasulullah saw? Bukan main lagi orang Pas mengagungkan buku jingga ni. Hukum hudud pun tak ada, lagi mahu cakap yang kemuliaan buku jingga tu macam datangnya dari Rasulullah saw. Akai ada ka? Kalau nak bagi perumpamaanpun agak2 la beb!
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah bukan main bengang lagi bila buku jingga yang dimuliakannya tu dibakulsampahkan dek Ahmad Maslan dalam satu majlis yang melibatkan orang Felda. Dia cakap yang Ahmad Maslanni macam Maharaja Rom yang mengoyak surat yang dihantar oleh Rasulullah. Tang mana yang buku jingga tu hebat dan mulia sangat tak tahulah akak. Memang taraf buku jinggatu sama cam sampah je.
Tapi apapun akak tak setuju jugak dengan tindakan kurang cerdik Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan duk campak buku jingga kat bakul sampah. Siap depan ramai orang lagi tuu. Bagi akak itu bukan cara yang berhemah untuk tunjukkan kebencian kita terhadap sesuatu yang dipercayai hebat oleh orang lain. Apalagi kalau bukutu bagi sesetengah orang macam datangnya dari langit! Tak sesuai langsung tindakan Ahmad Maslan macamtu. Akak memang tak setuju dan meluat. Tapi nak wat camana. Benda dah berlaku. Sesekali wat bodoh je la, ye x?
Ahmad Maslan ulangi sejarah ‘Maharaja Rom’
PEGUAM QAZAF ANWAR DISAMAN 10 JUTA!!
Amik kau! Ini berita menarik yang berlaku disekeliling Anwar. Peguam kes qazaf Anwar, Kamar Ainiah dan syarikat guaman dia disaman 10 juta beb! Ini angkara kenyataan sedap mulut yang dibuat dek Kamar Ainiah pada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang disiarkan kat Malaysiakini dan Haramkahdaily.
Semua orang yang teraniaya failkan saman. Akak cuma nak tunggu Anwar saman Dato T dan Umi Hafilda je lagi...
Peguam Anwar kes qazaf disaman RM10 juta - Politik - Sinar Harian
PAS BERTEPUK SEBELAH TANGAN!
Bilalah Pas nak sedar nie? Akak rasa mungkin depa dah sedar jugak, tapi kemilau Putrajaya membuatkan hati depa ni tertutup kot....Begitulah politik....
Tuesday, 14 February 2012
JADI WARTAWAN TAPI BANGANG!
AZMIN ALI DISIASAT POLIS!!
http://www.malaysiakini.com/news/189070
Monday, 13 February 2012
NIK AZIZ DULUPUN SAMBUT VALENTINE LAH DERR!!
Pun akak sebenarnya bukan nak sokong sambutan hari Valentine atau nak sokong Karpal Singh. Kalau Karpal nak bergaduh ngan Hadi Awangpun apa akak peduli. Lagi baik. Cuma akak tak nak orang luar nampak sangat yang agama Islam ni aneh. Akakpun sekarangni dah lama tak sambut hari kekasihni sebab ianya mendorong kepada ciri-ciri pembaziran yang melampau. Harga sekuntum bunga dan lain-lain hadiah naik berganda-ganda. Harga makan di hotelpun mahal. Nak keluar pulak kena cari baju baru lagi. Nak pakai make-up lebih lagi. Belum nak letak perfume satu badan. Issyyy membazir semuatu. Dan membazir tu satu amalan syaitan. Itu yang akak cakap kat anak akak yang masih kecik tu.....
Tak apalah, nanti kita sambut 14 Februari sebagai hari memperingati pejuang kemerdekaan jer seperti yang diumumkan dek kerajaan. Jangan pulak nanti ramai pasangan yang bukak meja kat kubur pulak....Baca yasin dan terus sambut Valentine kat situ. Parah nie....
Friday, 10 February 2012
KENAPA RAJA NONG CHIK HALAU SHAHRIZAT??
NIK AZIZ MINTA CARI KEBENARAN DI TANDAS
Memang sah nyanyuk. Nyanyuk tahap kronik. Ubat yang sesuai untuk penyakit nyanyok kronik cam gini ialah dengan menelan sebotol pil tidur. Biar terus tidur agar tak menyusahkan orang! Pun begitu akak dah tentulah tak sampai hati tegok Nik Aziz terbujur kaku setelah menelan pil tidur tanpa perlu meminta maaf kat semua rakyat Kelantan dan pengundi Pas se Malaysia.
Kat mana logiknya seorang tuan guru yang kononnya setaraf dengan wali meminta orang lain mencari kebenaran di dalam tandas? Logik ke? Celaka, celaka, celaka. Semuanya sebab Nik Aziz marahkan Puad Zarkashi yang menyuruhnya menyatakan pendirian terhadap kenyataan Anwar yang menyokong negara Israel. Puad mintak ulama dalam Pas mentarbiyah semula Nik Aziz agar dia kembali ke pangkal jalan. Itupun Nik Aziz kata sesat? Suka~suka hati je orang tuani nak kata orang sesat. Dah maksum sangat ke? Dah tentu masuk syurga ke sampai tak boleh nak ditarbiyah. Akak nampak Nik Aziz ni semakin angkuh, semakin tak boleh ditegur.
Dan lagi kalau kita rasa orangtu salah, sesat atau perlu diperbetulkan, kenapa mintak orangtu cari kebenaran dalam tandas? Dan mintak orangtu dengar kata iblis. Sepatutnya minta orangtu ditarbiyah macam yang disaran oleh Puad. Orang dah sesat,lagi mintak dia terus sesat dengan bagi saranan yang sesat lagi menyesatkan!
Gila betul...Hanya sebab Anwar, tuan guru boleh jadi lagu nie...Parah
Nik Aziz: Kenyataan Puad jelas tersesat - Politik - Sinar Harian
Thursday, 9 February 2012
FAEKAH LETAK JAWATAN!
Baru dia tahu langit tinggi rendah. Dia ingat orang saja2 buat tuduhan dan tak berani bagi bukti. Dia ingat semua orang macam bos gagap diatu yang takut pada Anwar dan DAP. Kes Eli Cork pun sedang hangat dan tak terjawab, ni muncul pulak cerita lagi pedih.
Puncanya si Faekah dan bos dia MB Selangor duk tuntut RPK untuk dedahkan bukti amalan rasuah pemimpin pakatan di Selangor. Tup tup hari ni RPK tunjuk bukti kat Malaysia Today, siap dengan gambar dan no kad pengenalan lagi. X cukup dengan itu RPK siap bagi no cek dan salinan cek lagi. Tu diaaaa. Camana la ni? Agak2 nak letak jawatan tak?
Tapi sebelum hantar notis berhenti, hang tolong jawap sikit tuduhan RPK tu tau Faekah. Ye ke tak. Fitnah ke betul. Akak nak tahu jugak sebab RPK pun bukan boleh dipercayai sangat. Tapi kalau betul, PR di Selangor bakal bungkus! Dan sebelum ditendang keluar, baiklah hang letak jawatan Faekah ooiii!
DIALOG RAKYAT: Selangor tuntut Raja Petra kemuka bukti rasuah
APA KAITAN AZMIN DENGAN PEMBUNUHAN DATO' PATRICK???
SC: …itulah…pasal yang YB mintak 50 ribu nak ape…nak pakai 50 ribu boleh takde masalah…dalam minggu depan boleh?
Mat Suhaimi: Dalam minggu depan ye…
SC: Pasal saya nak setelkan akaun sikit…
Mat Suhaimi: Okay…
SC: Lepas tu takde masalah lah…
Mat Suhaimi: okay, okay, okay, hari Isnin boleh?
SC: Hari Isnin boleh…lagi satu YB…say mintak tolong satu…saya di Batang Kali ada tanah…geran…nak keluar pasir…pasir banyak lagi tu…
Mat Suhaimi: Berapa besar tanah tu?
SC: Dia 100 lebih ekar…
Mat Suhaimi: Nanti saya bincang dengan Azmin….tapi kena bayarlah…Azmin sedang collect duit untuk pilehanraya…
SC: ah, okay, okay…nanti kita bincang.
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/47137-episode-4-the-selangor-sand-mining-scandal
Wednesday, 8 February 2012
MENCARI TOKOH SEKS MALAYSIA!
Saturday, 4 February 2012
RAHSIA BESAR NIK AZIZ!
Rahsia besar Nik Aziz ialah dia pernah dimarah oleh pemimpin Pas Kelantan sebab menyatakan hasrat untuk mengundur diri dari bertanding dalam PRU akan dtg! Terperanjat tak! Memang terperanjat siot! Akak ternganga mulut selama 4 jam setengah tak boleh tutup sebab terperanjat sangat dengan rahsia tu. Patutlah Nik Aziz kata dia tetap nak bertanding jugak. Rupanya takut kena marah beb. Kesian Nik Aziz.
Yang pemimpin Pas Kelantan pun tak agak2 nak marah orang tua yang sentiasa sakit tu. Agaknya tu sebab Nik Aziz kena masuk spital hari tu tak. Kena marah dek pemimpin Pas Kelantan rupanya..
Hadi Awang tak bolehlah perli Nik Aziz pasal akhlak orang Islam yang nak mintak jawatan. Nik Aziz bukan mintak jawatan, bukan nak bertanding atau nak jadi MB sampai mati tapi dia terpaksa. Kesian sungguh akak kat Nik Aziz. Pemimpin Pas Kelantan ketandusan orang untuk ganti Nik Aziz. Kesian. Betul2 kesian.
Friday, 3 February 2012
AZIZAN RAZAK AKUR TUTUP MULUT! MB NO KOMEN
POLIS TAHAN NAJIB! BANGANG PUNYA PKR!
SMM DISALAHGUNA? ADA KAITAN DENGAN PENYOKONG YAHUDI?
Thursday, 2 February 2012
ZAID IBRAHIM: LALANG YANG REBAH
Ape cer Zaid? Dulu marahkan Umno, masuk Pkr. Marah Pkr, mtk maaf kt Umno dan kuar Pkr lalu masuk parti Kita. Pun masa awal tu terus jugak kutuk pakatan. Tetiba bila rasa tak ok, BN x nak layan, merajuk pulak dan patah balik dengan pakatan. Tapi masih lagi dalam Parti Kita. Tup tup merajuk pulak dengan Kita terus nak bubar parti tu. Apa ke jadahnya Zaid oiii. Takde pendirian langsungla mamat lalangni.
Kelakar betul. Si Zaid ni ingat senang ke nak jadi pemimpin? Senang ke nak puaskan hati semua orang? Mudah ke nak mintak semua orang ikut dan patuh pandangan kita? Orang macam hang ni Zaid, baik duduk kat pejabat je. Jadi peguam sepenuh masa. Tak payah menyibuk nak masuk politik.
Zaid Ibrahim mahu bubar parti KITA - Politik - Sinar Harian
MAHASEWEL DIAJAR!
Wednesday, 1 February 2012
PENGAKUAN KETUA PENGARANG HARAKAH BIKIN KHALID SAMAD BENGANG!!
Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lufti Othman mengaku yang PRU 13 merupakan pilihanraya yang bukan saja getir tapi jugak sukar dan amat kritikal kepada Pas! Wahhh mesti Khalid gereja bengang giler sebab selamani dia dan pemimpin Pas lain duk kata yang BN akan dikafankan selepas PRU 13. Malah Pas semakin kuat tanpa Hassan Ali. Hahaha. Mustahil seorang pengamal media yang menerajui Harakah tidak dapat membaca kemahuan rakyat.
Ahmad Lufti cakap macamtu semasa membentangkan kertas kerja di Konvensyen ICT &media Baru Pas Pahang 2012 di Sg Gau Sabtu lepas. Wajarlah dia rasa macamtu sebab konvensyen tu pun cuma dihadiri 200 orang je. Bukan 2000 orang. 20,000 lagi jauh.
Jadi nampak sangat yg Pas sendiri ketar. Tapi cakap kat luar macamkan mulut naga. Berapi2. Yg tenat Umno dan BN. Pas kuat, Pas akan talkinkan Umno, Pas akan rampas Tganu dan macam2 lagi. Rupanya dalam senyap depa takut sendiri, dlm bisik depa nyatakan kebimbangan.
Bukan setakat Pas, lidah rasmi Pas, Haramkah pun semakin lemau, semakin tak menyengat. Berita konvensyen Sabtu lepas baru keluar harini. Dan lagi kelakar bila konvensyen tu tentang ICT dan Media Baru tapi cerita lewat 4 hari. Dan lebih malang ianya dihadiri oleh Ketua Pengarang Harakah sendiri!
Lawak jugak bila baca tentang ke'poyo'an AJK Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Mokhtar Senik yg turut membentangkan kertas kerja. Dia kata yg Umno hanya boleh hidup di habitat yg tidak bermaklumat. Lazimnya sukar untuk melakukan perubahan sebab masyarakat di habitat yg sedemian jahil maklumat. Kononnya sebab itulah Pas hidup di bandar2. Lawak kan?
Akak nak jugak tanya, ramai sangat ke calon Pas di bandar yg menang? Di Kelantan tu, seluruh habitatnya yg mudahcapai maklumat ke? Bukan ke ramai masyarakat Kelantan yang tidak pernah tahupun tentang kewujudan media baru? Sebabtu Pas masih terus berkuasa di Kelantan. Mereka cuma dengar ceramah politik dari pembesar suara je. Dahla depa dimomokkan dengan kejahatan dan penipuan TV3 dan Utusan. Jadi depa tak dapat berita semasa yg sahih dan tepat. Tapi mujurlah Umno dan BN terus terusan mendekati rakyat Kelantan dan tidak meminggirkan dia orang. Tu pasal rakyat Kelantan sekarang semakin bijak, semakin dahagakan maklumat yang tepat dan mula berjinak2 dengan media baru. Bila dah nampak yang Pas semakin dijauhi rakyat, mulalah pemimpin Pas gelabah. Tu pasal depa mula adakan konvensyen yang bermatlamat mewujudkan saluran alternatif maklumat melalui media baru. Baru nak buat beb! BN dan Umno dah lama ada. Pas baru nak meneroka. Lagi si Mokhtar Senik tu cakap habitat Umno di tempat yg tidak bermaklumat. Lawak giler la pemimpin2 Pas ni. Betul giler punya lawak!
KEPALA BABI LAWAT KEPALA BABI!!!
________________________________________________________
Kepala babi: PAS Selangor lawat Masjid Nurul Iman
Harakahdaily, | 01 Feb 2012 |

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Khalid Samad mengetuai lawatan itu dan mengadakan perbincangan dengan pihak masjid yang disertai nazir masjid, Ilham Akhbar Harun. Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib turut serta dalam pertemuan itu.
Selepas mengadakan perbincangan, mereka pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak bagi mendapat maklumat berhubung kejadian pagi semalam itu.
Khalid meminta pihak polis menjalankan siasatan rapi dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan keji itu serta mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu.