Wednesday, 22 February 2012

LAA ITU JER JAWAPAN NIK AZIZ PASAL PERTEMUAN NGAN ANWAR SEMALAM????

Ni akak amik dari blog sebelah sana jawapan Nik Aziz terhadap isu sokongan Anwar terhadap Israel.  Nik Aziz memang masih tak bersetuju dengan pendirian Anwar yang tak nak mintak maaf dan tak akan saman WSJ.  Semua yang diperkatakan oleh Anwar dan semua yang ditulis oleh Utusan atau media yang kononnya pro kerajaan adalah benar lagi membenarkan. 

Cuma akak tak faham kenapa Nik Aziz dan Pas terlalu takut dengan Anwar?  Baru-baruni bukan main garang lagi dengan bagi kata dua:  Mintak maaf atau saman WSJ.  Tapi bila Anwar enggan, Nik Aziz cuma kata:  
PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini. 

Apa lu cerita Nik Aziz?  Sapa nak terima siapa nie?  Pas nak terima Anwar atau Anwar nak terima Pas?  Nik Aziz dan Pas memang macam pompuan lemah yang dibuli dek laki yang kaki pompuan dan jantan!  Apa je faedahnya bagi kata dua kalau akhirnya sendiri beralah bila bertentang mata dengan si Nuar Al Juburi tu?  Issyyy tak faham akak.....  Akak nak dengar apa pulak kata Majlis Syura Pas dan pemuda Pas.  

-------------------------------------------------------

22/02/12

Kenyataan TGNA isu Anwar dan Israel


DATUK SERI ANWAR, PALESTINE DAN ISRAEL

Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestine untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.
   

6 comments:

  1. Anonymous10:59:00

    Kira-kira yang senang..

    Anwar sokong Israel + PAS sokong Anwar = PAS & Anwar sokong ISRAEL.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:29:00

    (PAS sokong palestine + sokong anuar - tak sokong israil)+(anuar sokong israil + bongok2kan pas - sokong kezaliman israil kpd rakyat palestine) = dua2 macam gampang.............

    ReplyDelete
  3. Dik non kat atas ni semua pandai matematik. Akak like! Hahaha

    ReplyDelete
  4. Perbuatan Rosakkan Agama, Akidah Umat Islam Semakin Dahsyat - Harussani | http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlcpZo | http://antarapos.com/v1

    ReplyDelete
  5. Anonymous18:21:00

    When sοmeone ωrіtes an аrticle he/she гetаins the thought οf а
    useг in his/her mind thаt hoω а user can know it.
    So that's why this piece of writing is outstdanding. Thanks!

    Also visit my blog post :: payday loans

    ReplyDelete
  6. Anonymous16:17:00

    Hі there tο аll, hοw iѕ the wholе
    thіng, I think evеry one is getting mοre fгom thiѕ web page, and your ѵiеws are pleasant in favor of new visitors.


    My weblog ... payday loans

    ReplyDelete