Ada Apa Kat Blakang Ads? Cer Klik Tengok

Sunday, 13 January 2013

APA KE BENDA HKR112 TUE? TAK BANGKIT-BANGKIT LAGI KE PENYOKONG PR?

Sabtu pagi akak bfast kat mamak, lunch menghadiri kenduri kahwin kat Majlis Perbandaran Nilai, petang akak kat Shah Alam bawa anak lepak kat Tasik Shah Alam. Malam balik dinner kat R n R.  Akak langsung tak perasan adanya KL112 atau HKR 112 atau entah apa-apa nama lagi yang puak Pakatan duk bagi untuk mensensasikan perhimpunan ala-ala sukan sekolah menengah tue. Setiap tempat yang akak hadiri, ramai je orang. Tak pulak dengar mana-mana orang duk sebut KL112. Akakpun sampai lupala adanya himpunan sejuta rakyat yang nak dibuat di Stadium Merdeka tu!

Sejuta rakyat datang? Pehh ramai tu. Pakatan Rakyat Selangor jer dah kerah 300 ribu orang.  Nama asal perhimpunan ialah Himpunan Sejuta Rakyat. Akhirnya cuma jadi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).  Mana taknya, niat hati nak kumpul sejuta, tapi penyokong masih tidur lena dibuai mimpi indah bersama BN.  Tak bangkit bangkit. Nak tak nak, kena tukar nama jadi Himpunan kebangkitan Rakyat. Kesian kan? 

Nampak kat gambar memang penuhla. Stadium yang muat 30k orang tu memangla penuh. Campur kat padang, adala lagi 30k. Tapi nak sedap hati kasila 100k. Kesian. Biarlah nampak berbaloi sikit kerja-kerja abang Mat Sabu. 100 ribu yang datang? Fuyooooo!! Ramai giler tu....!! 

Akak rasa PR kena kerja lebih keras lagi untuk mem'bangkit'kan ahli-ahlinya..... Hahahahah. Lawak siot! Nanti kalau PR buat himpunan lagi, akak nak datangla untuk meramaikan majlis. Kesian dia orang.



Pakatan Rakyat S'gor kerah 300,000 ke HKR 12 Jan

Muhammad Faizal, 07 Jan 2013
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat Selangor akan mengerahkan sejumlah 300 ribu yang terdiri daripada anggota, penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari nanti.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, Pakatan Rakyat Selangor komited terhadap usaha untuk menggembleng solidariti rakyat bagi menyatakan pendirian berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan pentadbiran negara, ekonomi, alam sekitar dan pilihan raya.

Jelas beliau lagi, HKR adalah wahana bagi rakyat untuk menyatakan pendirian terhadap kerajaan, sokongan padu perlu diberikan kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung demi kepentingan rakyat.

"Pakatan Rakyat Selangor akan melakukan mobilasi rakyat untuk bersama-sama dalam himpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari nanti.

"Atas usaha itu Pakatan Rakyat Selangor melakukan mobilasi sejumlah 300 ribu rakyat negeri ini untuk turun pada hari tersebut dengan menyatakan sokongan mereka atas apa yang kita perjuangkan," jelas beliau pada sidang media Ibu Pejabat PKR pagi ini.

2 comments:

  1. Anonymous13:04:00

    wahai cik akak,kalau tak tau membaca,belajar2 lh.Dr mula lagi tajuk ny ada lh #HKR112 bkn Himpunan Sejuta Rakyat.Yg naik meroyan tu knp?Klau cik akak nk tolong hadir,prg le ke perhimpunan PM di Tesco Semenyih.Kesian sy tengok.

    ReplyDelete
  2. GotYou!16:37:00

    30-40 k je ke yang 'bangkit'? ;)

    ReplyDelete