Monday, 17 August 2015

NAJIB: TURUNLAH...PLEASE...PLEASE...PLEASE...!!!!!

Dah setahun lebih tak menulis. Naik bosan dengan cerita-cerita politik longkang dan membaca kelentong dan spin si penerima upah. Hakikatnya ekonomi semakin merudum...Tak payahla duk kata sangat ini sebab faktor luaran. Memang ada faktor luaran, tapi kalau politik kita ok, pemimpin kita semua tip top, bank negara ok, orang luar akan melabur kat kita. Depa tak bawak lari duit keluar dari negara kita.

Bercakap pasai duit keluar...Apa pasal duk bising duit derma 2.6b tu masuk negara kita? Kira ok apa? Kita patut galakkan lagi Najib mintak derma kat pak2 Arab tu. Tak apalah masuk akaun Najib pun. Orang kita jugak. PM kesayangan kita jugak. Yang tak ok, kita patut marah kat Najib, apa pasai dia bawak keluar pulak duit tu? Dah elok-elok park kat sini. Dan pasai apa duk bagi perabih kat Abang Mad 'boo". Betui tak? Akak tak tahulah semuatu betui ke tak. Tapi gitulah orang duk kata...

Yang akak nak kata lagi, kat mana-mana tempat akak pergi, asyik duk dengar orang berzikir mintak Najib turun. Yang anehnya, depa tu sebenarnya orang UMNO. Kalau dulu, pantang sentuh pemimpin UMNO sikit, mahu keluar silat kangkung depa duk pertahankan UMNO dan pemimpin. Sekarangni, tanpa malu, tanpa segan, depa duk mintak sangat Najib turun. Bukan tak sayang UMNO, bukan kata nak pangkah pembangkang yang lagi meraban tu. Cuma nak Najib turun sorang je. Gantilah kat sapa-sapa pun kecuali Abang Mad 'Boo"..Semua yakin, kalau Najib turun, esok ekonomi akan pulih dengan sendirinya. Ringgit akan naik, pasaran saham akan naik. Itu depa katala.. Akakni cuma sampaikan aje. Kalau nak dengar..dengarlah. Tak nak dengarpun tak apa.

5 comments:

  1. Anonymous11:46:00

    memang lama akak tak menulis kan.

    saya percaya. ini luahan hati rakyat.

    ReplyDelete
  2. Anonymous13:27:00

    Akak jangan ingat semua pekak dan bisu. Pembangkang yang Tongkang mereka dah pecah sedang memekak telinga orang dengan melalak fitnah bukan sahaja kepada Najib malah kepada sesiapa sahaja yang menyokong Najib.

    Orang yang berani sahaja yang sanggup menyokong Najib. Mereka yang telor kecut sahaja yang tak berani menyuarakan pendirian takut dikencam.

    Tongkang yang dikemudi Kit Siang telah Pecah, serpihan-serpihan terdampar di Pulau Reunion sedang dikutip oleh GHB untuk dianalisa, terdapat kesan minyak angin Mat Sabu, cebisan spender Stopa yang pasti bulu kambing Jamnapari Husam ada terlekat di celah kemudi.

    Paling mengejutkan ialah tin sarding cap Bintang Tiga yang belum expire.

    ReplyDelete
  3. Anonymous18:44:00

    Welcome back akaknilai.
    Mmg betul apa yg akak tulis ni. Pi raya sana sini, semua orang kutuk pm dan bini. Tua atau muda semua nak dia nyah.

    ReplyDelete
  4. Anonymous23:15:00

    Saya juga merupkan salah seorang ahli UMNO yang ingin sesangat melihat Najib PM ditukarkan dengn orang lain. Walaupun 10000 kali dia benar dan tidak bersalah tapi dalam keadaan sekarang yangmana terkelihatan kebanyakan rakyat dah tidak sukakan dia lagi maka sebiknya Najib bersenang hati dan penuh bermaruah turunlah dan gantikanlah tempat dia dengan orang UMNO yang lain. Yang menyokong Najib macam dh boleh dikira dengan jari jemari walaupun beliau mendakwa 3 juta ahli UMNO menyokong dia. Berapa pertuskah 3 juta ahli yang bakal mengundi dia di PRU 14 nanti dan kalau kesemua 3 juta itu mengundi BN, Umno cuma peroleh lebihkurang 1/3 undi....yang lain? So demi kebaikan UMNO/BN sebaiknya Najib cepat2lah letak jawatan......SEMOGA PEMIMPIN2 DAN AHLI2 UMNO BERLAPANG DADA MEMIKIRKAN MASA DEPAN UMNO/BN........IN SYAA ALLAH KITA SEMUA SELAMAT

    ReplyDelete