Wednesday 22 February 2012

HASSAN ALI BUBAR JATI???

Baru sehari tubuh tak kan nak bubar?  Tak kan sebab logo ala-ala logo setan, buat Hassan Ali kecewa dan terus nak bubar Jati.  Tak kan bila Mahathir tak restu, Hassan Ali jadi mati kutu.  Tak mungkin.  Memang tak mungkin. 

Siapa pulak yang percaya Hassan Ali nak bubar Jati?  Jati tu adalah kesinambungan hidup dia.  Dia dah berpatah arang berkerat rotan dengan Pas dan Umno.  Tu pasal dia tak nak masuk Umno, apatah lagi kembali kepada Pas.  Dia nak jadi kuasa ke tiga.  Dan orang yang ke tiga ni biasanya memang ada ciri-ciri yang tidak baik.  Bila duduk berdua-duaan, akan ada yang ke tiga.  Siapa?  Syaitan.  Bila ada orang ke tiga, hubungan baik antara suami isteri akan jadi punah ranah.  Itulah istilah orang ke tiga.  Dan apakah kuasa ke tiga yang dikatakan oleh Hassan Ali dan sesetengah orang tu sebagai satu kuasa yang tidak baik sama konsepnya dengan 'orang ke tiga'?  Barangkali!  

Akak tak ada permusuhan apa-apa dengan Hassan Ali.  Tapi bila Hassan Ali dengan pantas menubuhkan Jati, rasanya ada yang tidak kena di mana-mana.  Jati ditubuhkan untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.  Dan suka jugak akak nak tanya, apakah selama ini Umno tidak memperjuangkan agama Islam?  Tidak mempertahankan hak orang Melayu dan Raja-raja Melayu?  Menyokong pertubuhan Jati seolah-olah merendahkan perjuangan Umno selama ini.  Apakah kita semua sudah tidak yakin yang Umno akan memperjuang dan mempertahankan Islam, Melayu dan Raja?  Dan pertubuhan Perkasa pun dah sedia ada di bawah pimpinan Ibrahim Ali.  Ibrahim Ali tak marah ke kat Hassan Ali yang tiba-tiba nak menjuarai isu Islam dan Melayuni?  Betullah apa yang Tun Mahathir cakap yang Jati boleh memecahbelahkan orang Melayu sedia ada yang dah semakin terpecah.

Bila Hassan Ali keluar dari Pas sebab perjuangan Pas dah lari dari perjuangan asal, itu akak rasa tindakan yang amat tepat.  Tapi rasanya tidak perlu menubuhkan Jati.  Masuk saja Umno, bantu sahaja Umno memartabatkan Islam, Melayu dan Raja.  Apa ada hal?  Tapi ini semua sebab Hassan Ali mahukan pengaruh.  Hassan Ali mahukan perhatian.  Hassan Ali mahu menjual dirinya kepada mana-mana parti politik yang ingin mengambil kesempatan di atas popularitinya sekarangni.  Tidak mungkin sebab IMR.  IMR hanya alasan.  

Semua orang tahu yang Hassan Ali seorang peniaga.  Seorang yang bijak menjual diri dan produknya sekalipun produknya sama dengan yang dimiliki oleh orang lain.  Dan lama-kelamaan, produk Hassan Ali hanya tinggal nama.  Percayalah!  Jati cuma untuk PRU 13.  Sebaik selesai PRU ke 13 nanti, Jati akan sepi.  Itu sebab Jati ditubuhkan secara tergesa-gesa.  Macam esok Melayu akan hilang, macam lusa kuasa Raja akan rampas.  Macam tulat Islam akan musnah.  Penubuhannya tidak diperincikan.  Pemilihan logo yang dikaitkan dengan ciri-ciri syaitan jugak memperlihatkan ketergesa-gesaan itu.  Kalau Hassan Ali lebih berhati-hati dan mengambil masa yang lama sebelum membuat pemilihan logo, pasti isu logo setan itu tak keluar.  Mustahil Hassan Ali perlukan publisiti yang negatif seperti itu.  Walaupun sesetengah pihak berpendapat, syaitan tidak pernah ada logo, tapi logo yang sama itulah dijadikan simbol oleh manusia yang memuja syaitan.   

Akak masih berharap yang Jati akan dibubarkan dan Hassan Ali masuk Umno dan berjuang bersama-sama Umno.  Tolong jangan memperkecil-kecilkan peranan yang telah, sedang dan akan diterusan oleh Umno dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja ini!!   Bagi akak, Jati bukan satu pilihan.              

10 comments:

  1. Anonymous20:19:00

    Ala..apa ni akak. Hujah akak pendek la..walau pendek jelas akak ni orang UMNO. Jangan kerana Tun M kata tak perlu JATI maka kita pun terikut-ikut..ala akak...strategi politik biar pelbagai..lagi banyak cabang orang Melayu...adik rasa lagi baguih. Ambik contoh DAP dan MCA..dasarnya macam mereka ini berbeza hakikatnya perjuangan mereka sama...demi bangsa mereka..tak dapat dari luar ...mereka akan dapat dari dalam...baik luar baik dalam mereka akan dapat..yang hilang ialah tetap orang Melayu.

    Harap akak tak marah adik...

    ADIK

    ReplyDelete
  2. Anonymous20:38:00

    Entah apa2 lar akak ni... Sebagai rakyat negara ini, sesiapa2 pun boleh tubuhkan NGO... Harap semua orang termasuk UMNO asalkan orang Islam mesti memperkasakan Islam melalui program mereka tersendiri...

    ReplyDelete
  3. Anonymous22:11:00

    Biar lah Hassan ali dengan JATIya...lagi banyak NGO melayu lagi bagus.Kalau satu senyap yang satu lagi boleh bersuara.Nak harap semuanya pada UMNO pun banyak gak yang tak boleh pakai,membodek dan berbelanja besar untuk kaum cina bagi meraih undi...MEMUALKAn.

    Pak Din Pencen

    ReplyDelete
  4. Tak marahpun. Sebagai rakyat negarani kita bebas menyatakan pandangan dan harus mampu menerima kritikan. Terima kasih dik non di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous22:49:00

      ok ler tu..kalau masuk UMNO dikata orang UMNO yg jadi dalang keluar dan terpecatnya Hasan Ali..atau UMNO dah sogok duit..atau Hasan Ali mata duitan dan kuasa dari UMNO..
      Biasa ler politik..buat le apa pun.

      Bila ada 2 orang Islam yg bersengketa..jadilah pendamai..dan jika tidak mampu, tinggalkan kedua2nya.
      Jadi pendamai lebih baik dan lebih afdal..

      Sekurang2nya Hasan Ali mampu ubah sedikit pemahaman ahli2 PAS..

      Delete
  5. pak ngah22:53:00

    pak ngah setuju pandangan akak.... semalam pak ngah berfikir semasa berita tv3, kalau jati di tubuhkan kerana IMR.... dah lama UMNO buat.. napa tak joint saja UMNO... perkukuhkan lagi perjuangan tu... kata tun M betul.. kalau dah banyak sangat cabang melayu,kuasanya menjadi kecil... dengan kuasa yang kecil apa yang kita boleh buat?... yang kalah jadi abu yang menang jadi arang. harap saudara2 bangsa melayu ku fikr sedalam dalamnya...

    ReplyDelete
  6. Anonymous23:30:00

    mungkin hasan ali malu nak masuk UMNO semula. iyala takkan dah ludah nak jilat balikkan. dulu dia masuk pas dan pukul canang sana sini kata UMNO begitu begini. maksudnya UMNO tu benda busuk, benda tak baik. Dia saja lah yang baik. pastu dia kena tendang dari PAS. siang malam dok promosi diri demi IMR. sebenarnya saya malas nak ambik kesah pasal hasan ali ni. hipokrit. kenapa dia keluar UMNO dulu. bukan ke UMNO sentiasa memperjuangkan IMR. mungkin dia keluar UMNO dulu sebab dia merajuk tak dapat sesuatu. dan sekarang ditendang dari PAS secara sangat aib. rasanya orang UMNO tahu kenapa dia keluar UMNO. cuma tak nak mengaibkan orang je.. pada saya satu hal yang pasti.... kalau benar dia ikhlas memperjuagnkan IMR kerana Allah Taala, permudahkan la urusannya tapi kalau dia ada agenda disebalik sikapnya, rasanya Allah juga yang maha mengetahui

    ReplyDelete
  7. Anonymous00:19:00

    Masing masing ada pandangan, kerana hakikat sesuatu tu ada buruk baik nya, cuma jangan dipilih yang lebih banyak buruk dari baiknya, tiada yang sempurna, yang penting masing masing bekerja ke arah yang satu, wadah mungkin berbedza, namun ghayah atau matlamatnya demi untuk memertabatkan ugama , bangsa dan tanah air dan kuncinya ialah benar dan tepat dalam menjalin kerjasama ... sepatutnya mustahil untuk orang yang mahukan negara Islam bekerjasama dengan mereka yang totok musyrikin namun oleh kepandaian 'yahudi' kumpulan itu boleh tidur sebantal. Walapun sebantal setilam namun mimpi mereka pasti berbedza kecualilah mimpi penyokong yang bodoh macam keldai dan bahalol macam baghal ...

    ReplyDelete
  8. Anonymous00:38:00

    ada banyak yg mempertahankan islam, melayu dan raja2 melayu lagi bagus...kalau satu gagal ada banyak lagi akan bersuara...

    yang penting satu suara, satu tujuan utk mempertahankan agama islam, bangsa melayu dan negara melayu...

    ReplyDelete
  9. Salam, mungkin ramai diantara kita kurang arif apa yang sebenarnya yang hendak dilakukan oleh Dr Hasan Ali. Janganlah harapkan dia masuk UMNO kerana ia tidak akan dapat membantu UMNO kerana pengaruhnya mungkin akan merosot dan dituduh alat UMNO.

    Kita terlalu pentingkan parti kita, ia tidak salah tetapi harapnya kita faham kedudukan sebenar. UMNO tak perlukan Hasan Ali untuk terus unggul tetapi peranan Hasan Ali sekarang ialah memecahkan kubu musuh tanpa campur tangan UMNO. Ia cukup baik. Saya fikir Dr Hasan lebih menyebelahi UMNO berbanding PAS berpandukan cara hujahannya. Ada kemungkinan ulama PAS akan sertai Dr Hasan dan akan memberi tamparan hebat kepada PAS. UMNO perlu memberi laluan JATI menggigit PAS dan PKR dalam PRU nanti.

    Ramai dikalangan penyokong PAS pro ulama dan juga atas pagar yang bersimpati kepada PAS akan menolak parti itu dalam PRU atas faktor Hasan Ali ini. Kita wajar bersyukur kerana ini. Janganlah tamak. Bila keadaan terdesak nanti, andaikata keputusan 50-50 PR dan BN, masa itu baharulah Hasan akan bantu BN memberi laluan tubuh kerajaan. Itu maksudnya kuasa ketiga yang ada kuasa tawar menawar. Jika dia masuk UMNO pengaruh PAS kembali kuat kerana ternyata Hasan telah dibeli oleh UMNO.

    Kuasa ketiga inilah yang akan memastikan Islam, Raja dan Melayu dipertahankan dengan sempurna. Ada check and balance. UMNO masih terikat dengan MCA dan MIC yang juga akan menghakis IMR. Cukuplah kita dipermainkan oleh ultra kiasu yang mementingkan diri. Sehingga kini Hasan hanya menyerang PR terutama Anwar dan PAS, itu banyak membantu membuka fikiran rakyat yang selama ini taksub dengan PR. Jangan kita halang. Pandangan orang berkecuali lebih senang diterima oleh ahli PAS dan PKR berbanding UMNO. Jika UMNO tersandung nanti, JATI mampu bantu. Bersangka baiklah wahai taulan. Jangan ingat semua yang TDM cakap itu semuanya betul.

    ReplyDelete