Friday 10 February 2012

KENAPA RAJA NONG CHIK HALAU SHAHRIZAT??

Biar betul citer nie. Katanya semua orang dalam UMNO dah tahu kes ni, cuma depa buat bodo jer.  Ye ker?  Menurut ceritanya, Raja Nong Chik adalah dalang yang menghantar email tentang segala bukti penyelewengan dalam NFC.  Dia buat macamtu sebab nak halau Shahrizat dari Pantai Dalam.  Kononnya Raja Nong Chik dah simpan hajat untuk jadi calon kat Pantai Dalam masa PRU ke 12 hari tu lagi.  Tapi nama Shahrizat yang naik untuk lawan Nurul Izzah.  Dan sebab sakit hati Raja Nong Chik dan kengkawan dia terus berpaling tadah dan sokong Nurul Izzah.  Itu yang bawak kemenangan kepada Nurul Izzah.  Dan kali ini Raja Nong Chik dah tak nak berputih mata lagi.  Dia harus tendang Shahrizat jauh-jauh ke kandang lembu.  Setakat nak lawan Nurul Izzah, rasanya Raja Nong Chik tak bimbang sangat kot.  Dia yakin akan menang.  Dan Nurul Izzah jugak katanya dah menggigil takut dan bakal lari ke Permatang Pauh.  Itulah konspirasi yang didedahkan dek RPK di SINI.

Betul atau tidak, itu adalah sebahagian dari sifat politik itu sendiri.  Sapa nak percaya boleh percaya.  Cuma  akak kurang yakin dengan motif Raja Nong Chik, jika betul dialah dalang yang diperkatakan.  Kalau setakat nak jadi calon kat Pantai Dalam, dia tak perlu pun nak dedahkan isu NFC.  Shahrizatpun tidak mungkin akan bertanding lagi sebab kekalahan memalukan di Pantai Dalam.  Lebih baik dia mencuba di tempat lain.  Orang Pantai Dalam mahukan orang lain jadi pemimpin dia orang.  Dulu masa PRU ke 12 pun, rakyat di Pantai Dalam dah tolak Shahrizat yang dah tiga penggal jadi ahli Parlimen.  Depa nak muka baru.  Muka yang fresh.  Tapi Shahrizat berkeras jugak nak jadi calon.  Itu masalah Shahrizat la.  Sekarangni masalah Raja Nong Chik yang kononnya duk halau Shahrizat untuk jadi calon di Lembah Pantai. Rasanya, Raja Nong Chik cuma perlu cakap dengan PM je dan tidak ada sebab untuk PM tolak memandangkan prestasi kerja beliau yang begitu menonjol.  Kenapa pulak Raja Nong Chik perlu rasa takut dengan Shahrizat?  Tak mungkin. Akak rasa kurang yakin kali ini dengan kisah konspirasi yang diadun oleh RPK di Malaysia Today.  Tapi akakpun bukan pandai dalam hal-hal politik.  Tu pasal akak tak jadi ahli politik.  Barangkali ini hanyalah permainan persepsi RPK jer...

Kalau betulpun pendedahan penyelewengan NFC tu dibuat oleh Raja Nong Chik, ini merupakan kesalahan di pihak suami dan keluarga Shahrizat sendirilah.  Dah tahu isteri awaktu Menteri, saja nak cari pasal dengan beli pelbagai kondo dengan dana yang disalurkan kerajaantu pasal apa? Akak tak akan salahkan Raja Nong Chik.  Dalam politik, untuk berjaya seseorang itru perlu bijak berpolitik.  Shahrizat memang akak suka, tapi laki diatu memang akak tak berkenan langsung.  Sebagai seorang isteri yang taat, dah tentulah Shahrizat akan ikut kemahuan laki dia.  Macam Wan Azizah jugakla.  

Pada akak, Raja Nong Chik memang calon yang sesuai di Pantai Dalam sebab dia memang orang dalam.  Bukan orang luar macam Shahrizat.  PRU ke 13, BN kena ambik balik Pantai Dalam dari parti paling bermasalah, PKR!  Tapi kalau DAP masuk daun, tak tahulah pulak akak camana.  Tapi wife Raja Nong Chik pun bangsa Cina jugak.  Apa ada hal?    
 

4 comments:

  1. Anonymous22:43:00

    Akak..., beginilah. Pertama : Ijat dah kalah dalam PRU12. Itu fakta. Tok Jib nak cari "winnable" candidate. Kedua : Ini soal persepsi. Pembangkang tidak akan peduli (they don't give a shit) Ijat terlibat ke tidak?. This is a good 'bola tanggung' for them. Syarikat NFC tu dikuasi oleh siapa?. Suami dan anak-anak Ijat bukan?. Kalau syarikat itu bukan kepunyaan suami dan anak2nya habis cerita. Tutup buku. Ketiga : Ijat kata dalam road shownya 1.3 juta wanita 'solid' dibelakangnya. Betul ke?. How sure is she?. Kak Fidah dan Timbalannya bukan ahli wanita ke?. ke 4,5,6,7,8,9...... she is not a winnable candidate seperti yang diharapkan oleh Tok Jib. Kita suka Kak Ijat, dia come lote, tapi kita lebih sayangkan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Anonymous00:16:00

    How sure is she? laaa tak tengok ke shot event Dato Shahrizat yg dok kuar kat blog2 pro UMNO/BN?

    Dato Shahrizat popular kalangan wanita. Tapi persoalannya adakh pengundi golongan kaum laki akan sokong beliau? Mgkin kena cari kawasan ramai pengundi majoritinya wanita.Pantai Dalm bukan lubuk dia. Dlm isu NFC, dia dh buktikan dia telus dgn 'bercuti' dn bg SPRM jlnkn siasatan.

    ReplyDelete
  3. Anonymous07:45:00

    Dah lama semua ni orang tau.....tapi bagaina nak buat?Kak Jat pun perlu...Raja pun perlu.Mereka dok satu kapal iaitu Pantai Dalam...maka terpaksa le jadi rebutan.Sbb 2 le kalah masa PRU12.PRU13 ni kalah pula di Lembah Pantai.Dah pasti orang Kak Jat akn tenyeh Raja.Ini semua dendam kasumat.Habis le BN.Chah keting le....!Kak Jat kena ambik di Gelugur PP.WASALAM.

    ReplyDelete
  4. salam akak,
    blog akak dah dilinkkan dalam malaywebarmy.blogspot.com. Sesiapa yang masih tercicir sila maklumkan kpd saya. jika boleh mahu seluruh web warga proBN ada disana dalam sebuah kesatuan maya.

    hehe akak kata tak pandai politik.. lucu gak. Kalau tak pandai ngapa dapat ulas politik dengan baik.. hehe. Merendah diri akak nie.

    ReplyDelete