Monday 13 February 2012

NIK AZIZ DULUPUN SAMBUT VALENTINE LAH DERR!!

Setiap kali muncul 14 Februari, setiap kali itu jugaklah semua nak berkokok.  Semua nak tunjuk macam dialah yang paling alim, dialah ulama yang mempertahankan Islam dan dialah juara orang Islam se Malaysia.  Kengkadang akak naik jelak jugak dengan alasan-alasan merekani.  Menyambut hari Valentine menggalakkan pembuangan bayi, menyambut Valentine seperti kita mengagungkan St Valentine dan hukumnya adalah haram dan bla-bla bla.

Akak tak beranilah pulak nak kata bendani haram atau tidak sebab dulu-dulu akakpun sambut gak.  Masa kat asrama pompuan akak sambut dengan adik atau kakak angkat.  Bila dah ada boyfriend, akak sambut dengan boyfriend.  Bila dah kahwin sambut ngan husband, bila dah ada anak, akak sambut ngan anak.  Dalam fikiran cuma nak suka-suka jer.  Tak ada pulak disertakan dengan niat nak mengagungkan St Valentine.  Tak kenalpun sapa mamat tu.  Apalagi kisah yang berlaku 14 Februari tu.  Yang akak tahu masatu ada hari nak nyatakan perasaan kasih kat orang yang kita sayang.   Masa sambut hari kekasihtu ada makan-makan, ada bunga, ada cekelat, ada bear.   Seronok siot!  Sampai la nie, tak pulak akak sesat atau ikut ajaran agama lain. Entah-entah dulupun Nik Aziz dan Harussani ada sambut hari Valentine jugak tak?  Setakat Mat Sabu dan Anwar dah memang confirm!  Anwar pulak, bukan setakat tarikh 14 Februari dia sambut Valentine.  Tak percaya cer tanya dia pegi mana 12 dan 13 Januari taun lepas?  Hehehe

Cuma akak tak faham kenapa orang PAS duk sibukkan isu Valentine tu?  Macam isu menyambut Valentine tu isu yang paling penting sepanjang zaman.  Bila isu murtad, depa buat tak kisah pulak.  Pada akak isu murtad lebih penting, maha penting berbanding isu sambut hari kekasih.  Sambutan hari kekasih tu pada akak tak jadi hal, yang jadi hal kalau orang yang sambut tu pergi buat maksiat.  Pun orang nak buat maksiat tak payah tunggu 14 Februari.  Hari-haripun depa buat maksiat.  Kalau tak, masakan wujudnya video seorang yang menyerupai Anwar bermesra dengan China doll.  Pun itu bukan bertarikh 14 Februari.  Kalau nak ikutkan, 14 Februari adalah hari untuk kekasih, hari menyatakan perasaan sayang.  Kalau seorangtu sayangkan kekasihnya, mustahil depa nak pi buat maksiat.  Itu teori kuno akakla.  Jadi kat mana kebenaran nak kata yang sambutan hari Valentine tu akan menyumbang kepada berlakunya maksiat dan pembuangan bayi??  Betulke dah ada kajian yang menunjukkan anak-anak tak sah taraf semuanya lahir bulan November?  Cer buat kajian kat Kelantan sana sebab negeri tu memang ada banyak kes.....

Pun akak sebenarnya bukan nak sokong sambutan hari Valentine atau nak sokong Karpal Singh.  Kalau Karpal nak bergaduh ngan Hadi Awangpun apa akak peduli.  Lagi baik.  Cuma akak tak nak orang luar nampak sangat yang agama Islam ni aneh.  Akakpun sekarangni dah lama tak sambut hari kekasihni sebab ianya mendorong kepada ciri-ciri pembaziran yang melampau.  Harga sekuntum bunga dan lain-lain hadiah naik berganda-ganda.  Harga makan di hotelpun mahal.  Nak keluar pulak kena cari baju baru lagi.  Nak pakai make-up lebih lagi.  Belum nak letak perfume satu badan.  Issyyy membazir semuatu.  Dan membazir tu satu amalan syaitan.  Itu yang akak cakap kat anak akak yang masih kecik tu.....

Tak apalah, nanti kita sambut 14 Februari sebagai hari memperingati pejuang kemerdekaan jer seperti yang diumumkan dek kerajaan.  Jangan pulak nanti ramai pasangan yang bukak meja kat kubur pulak....Baca yasin dan terus sambut Valentine kat situ.  Parah nie....
 
Tapikan, akak pun sebenarnya teringin nak dating ngan Nik Aziz sempena Hari Valentine.  Akak nak bagi bunga kat dia.  Bukan sekuntum tau, tapi sepokok.  Sepokok bunga kemboja! Kepada Abang Nik Aziz, Happy Valentine's Day darling!!!!   Hehehe

6 comments:

  1. Anonymous19:13:00

    bagi aje pisang setandan..sesuai sgt dengan dia kak ooi..otak tahap kera..

    ReplyDelete
  2. hai kak Nilai kat ner?

    ReplyDelete
  3. Dik non 13:13
    Saja nk bg kemboja, biar dia ingat kubur.

    Belangtaring
    Akak ada kt putra nilai. Nk htr bunga kt akak ke apa? Hehe

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:35:00

    Parah akidah akak nih...

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:25:00

    Kan TGNA kata tukar nama Valentine Day kepada Hari Suami Isteri.
    Tarikh sama ... name je tukar.
    Tarikh sama ... Hari Suami Isteri ... yg belum nikah tu OK ke ?
    Tarikh sama ... sambutan sama ... masalah 9 bulan kemudian tetap sama.

    Yg pasti tak sama wavelength dgn TGNA.

    ReplyDelete
  6. Anonymous17:09:00

    akak
    ko jgn cynical ngat kay, nak dating org tua tu pesal? dia takde buat tazkirah kul 2.39pagi la, bilik 121 Hotel Perdana dah tutup!!

    ReplyDelete