Tuesday 21 February 2012

SESUDAH DEBAT, RAMAI YANG MASUK DAP!!

Debat antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng dah berakhir.  Macam-macam kita dengar komen dari rakyat yang menilai perdebatan tu.  Apa kesudahannya?  Orang DAP dan PR terus menyokong dan mengatakan LGE hebat di pentas debat.  Orang MCA dan BN pulak mengatakan yang CSL memenangi debat tersebut dan LGE gagal.  Isu yang dikeluarkanpun semuanya isu lama yang boleh dibaca di mana-mana.  Jadi kat mana hebatnya debat antara MCA dan DAP tu?  Dan makin banyak pulak yang nak mengumpan supaya DS Najib dan Anwar pulak berdebat.  Ada faedah ke?  Setakat nak bertanding untuk menjuarai debat nak buat apa?  Rakyat dapat apa?  Kepuasan?  Kepuasan apa?  Ramai ke yang terpengaruh sampai pembangkang dah mula hantar borang nak masuk MCA?  Atau ahli-ahli MCA dah keluar beramai-ramai dan menyertai DAP bila dengar debat tu?

Yang akak tengok, sekarang LGE dan CSL dah mula berbalas-balas komen di akhbar.  Penyokong ke dua-dua pihakpun mula kutuk mengutuk ke dua pendebat terbabit.  Para penulis mula mengambil bahagian-bahagian tertentu dalam sesi debat untuk diangkat, dipuji atau untuk dikeji.  Debat 20 minit ke 2 jam, apa jer nak cakap?  Dan masalahnya, nak cakap apa lagi?  Bosan la....Setakat nak tunjuk berani berdebat jer, lain tak ada.   

Akak rasa kalau macam tu punya debat, tak ada maknanya.  Jadi tak payahlah nak mintak DS Najib berdebat dengan Anwar.  Debat dah jadi macam gelanggang lawak je.  Macam gelanggang tinjupun ada.  Cakap je, takde guna beb.  Perlaksanaan yang penting.  Masa debat, macam-macam boleh cakap, macam-macam boleh janji, boleh kutuk.  Tapi boleh ke janji tu dilaksanakan, bolehke kutukan tu diperbaiki atau dicari jalan penyelesaiannya?  Kalau cakap nak tutup tol, tapi bila menang tol masih terpacak, apa lu cerita? 

Rakyat dah tengok dan baca banyak yang dilaksanakan oleh DS Najib dan BN dan apa tindakan Anwar juga PR selama ni.  Dari situ rakyat dah dapat membuat penilaian, dah tahu nak pangkah sapa dan parti mana.  Kalaupun Anwar tu bakal menang dalam debat, apakah ini membuatkan kita semua merestui dia sebagai Perdana Menteri yang baik?  Lupakan moral, lupakan segala pembohongan dia selama ini dan lupakan kecintaan dia kepada Israel, kerana dia hebat di pentas debat, dia layak menjadi Perdana Menteri?  Begitu? 

Rasanya kalau nak suruh berdebat, suruh calon yang baru nak masuk gelanggang, yang tak pernah ada track record.  Boleh jugak kita tahu ke mana hala tuju calon yang berdebat tu.  Dan kalau untuk calon pilihanraya, kawasan pilihanraya tu sendiri buat debat di kawasan masing-masing.  Biar rakyat di kelompok yang kecil itu pilih calon mana yang sesuai untuk jadi ahli parlimen atau dun depa.  Setakat Anwar dan DS Najib, tak payah debat beb.  Itulah masalahnya kita ni semua.  Negara lain nak buat, kita nak buat.  Tapi hampeh!   

Apa punya debat daaaa.....


  

2 comments:

  1. Anonymous11:55:00

    anwar nak ajak debat? dengan sape? aku? dia tak layak debat dengan aku ada hati nak debat dengan DS Najib? pegeyda....

    ReplyDelete
  2. betul jugak cakap akak tu, akak ni sokong 200 peratus, buek ngabihkan boreh aje... orang lama ni tak payah nak tunggu debat baru tau sape yang nak dipilih tapi budak baru belajo tu ok gak.. tak berape nak kenal pemimpin. Tapi kan kalau hati dah hitam... debatlah apa pun, dema kata ada aku kesah?

    ReplyDelete