Ini belanjawan paling menarik untuk diperkatakan dan untuk digunapakai. Segala-galanya untuk rakyat Malaysia. Najib tak nak tahu ker? Inilah yang rakyat nak. Inilah yang diidamkan oleh rakyat. Jadi, jika rakyat tertarik dengan belanjawan/ budget ini, sila pilih akak sebagai PM anda! Serius nie!!
1) Kereta percuma untuk kereta yang pertama (Nilai tidak lebih RM80K), kereta seterusnya diskaun 50% dari harga asal (nilai tahun 2012)
2) Cukai individu dimansuhkan. Cukai korporat dikurangkan 50%
3) Gaji minimum RM3,000 akan ditanggung oleh kerajaan bagi tidak membebankan syarikat swasta.
4) Rumah percuma untuk rumah yang pertama bagi pekerja yang berusia 28 tahun ke atas dan berkahwin (nilai rumah tidak melebihi RM250K)
5) Tol dan parking dihapuskan sama sekali
6) Tiada had laju dijalanraya. Tiada saman oleh polis trafik.
7) Pendidikan percuma sepanjang hayat
8) Perubatan percuma sepanjang hayat
9) Harga makanan dan barang makanan diturunkan 30%
10) Setiap tahun rakyat Malaysia berhak mendapat percutian percuma ke luar negara sekali setahun (Nilai tidak melebihi RM7K setiap seorang)
11) Harga rokok diturunkan 50%
12) Setiap kelahiran anak, seorang ibu akan menerima RM3K dari pihak kerajaan
13) Ibu tunggal akan menerima bantuan RM2K sebulan dari pihak kerajaan sehingga beliau berkahwin lain
14) Semua masjid dan surau akan dinaiktaraf dan akan dipasang aircond untuk keselesaan jemaah
15) Gaji kakitangan awam akan dinaikkan 50% lagi dan bonus tetap setiap tahun tidak kurang dari 5 bulan.
16) Wi Fi percuma di seluruh negara.
17) Smart phone percuma untuk yang pertama bagi yang berusia 18 tahun ke atas. (Nilai kurang RM3K)
18) Astro percuma.
19) Elektrik dan air percuma pada kadar bulanan RM300.00. Selebihnya baru bayar
20) Perkahwinan pertama akan ditaja oleh kerajaan dengan nilai tidak lebih RM25K
Apa lagi? Banyak lagi rakyat akan dapat jika beri akak memerintah selama 5 tahun akan datang....!!! Susah sangat ker nak berjanji dan menawarkan itu dan ini? Kerja senang beb!
No comments:
Post a Comment