Hanya kerana dia seorang lelaki, Abil yang berhenti kerja sebab nak jaga isteri dia, Fauziah yang terlantar sakit mendapat liputan meluas. Semua bersimpati. Semua nak tolong. Macam Abil lah satu-satunya insan yang penyayang di bumi Malaysia ni. Bagaikan tiada lagi pengorbanan yang sehebat Abil.
Pandang di sekeliling kita. Berapa ramai isteri yang sanggup berhenti kerja kerana menjaga suami yang sakit dan dalam masa yang sama menyara anak lagi. Berapa ramai wanita yang menjaga ibu atau bapanya yang sakit terlantar? Kenapa semua pengorbanan ini tidak mendapat perhatian sebagaimana yang diterima oleh Abil? Hebat sangat kah seorang lelaki yang menjaga isterinya yang sakit?
Membaca blog Abil agak meloyakan. Terasa fake sangat cinta yang didendang. Cara penulisan dia membuat akak terfikir yang seorang lelaki, seorang suami tidak mungkin menulis seumpama itu untuk bacaan orang lain. Adalah sesuatu yang aneh sekiranya blog itu ditujukan buat isterinya Fauziah. Tidak lebih tidak blog yang dibina sekadar untuk meraih simpati, setakat mahu menonjolkan diri sebagai suami dan manusia yang baik dan pastinya bagi mendapatkan bantuan kewangan bagi menyara kehidupan.
Jika sayang sekalipun bagi akak Abil perlu bekerja. Kalau semua orang mengambil jalan yang sama macammana? Isteri sakit suami berhenti. Suami sakit, isteri berhenti. Ibu bapa atau anak sakitpun suami dan isteri berhenti kerja. Orang lain yang akan tanggung kehidupan mereka. Itu bukan pengorbanan, itu mengorbankan orang lain. Senang banyak la duduk kat rumah jaga orang yang sakit. Cer kerja, balik jaga orang sakit. Barulah pengorbanan dipandang lebih tinggi. Bukan tak boleh nak upah atau gajikan orang lain. Paling tidak ianya memberi peluang pekerjaan kepada orang lain jugak.
Abil popular kerana dia seorang lelaki. Lelaki dan perempuan merasa kagum kerana sukar bagi seorang lelaki melakukan apa yang dilakukan oleh Abil. Kalaulah Abil itu seorang perempuan dan yang terlantar itu seorang lelaki....apakah perhatian masyarakat akan sama seperti yang diterima Abil?
Setuju! Mungkin kerana dia satu dalam seribu. Sedangkan pengorbanan wanita yang mengalami situasi yg sama berpuluh dalam seribu tidak dipandang mulia lalu dianggap biasa biasa saja kan?
ReplyDeletehang ni bodo la.. hati berpenyakit..
ReplyDeletemmg bodoh..x tau hal sebenar jgn ckp bnyk.
ReplyDeletejangan mudah berprasangka buruk, lebih2 lg dgn insan y tengah dduga Allah..
ReplyDelete