Monday, 26 November 2012

BAIK PUNYA SYIOK!!!

Akak memang bosan, menyampah tahap cirit pada orang2 BN yang perasan bagus.  Dahla perasan bagus, kalau memang bagus tak apalah jugak.  Ini setakat bagus2 tahi lembu.  Kalau tahi lembu tu masih boleh guna gak buat baja.  Tapi ini jenis tahi lembu yang dah kena virus gila meroyan.  Satu senpun tak guna.


Dah lama tak menulis, tetiba menulis marah2 plak.  Akak tak pedulilah apa korang pembaca nak kata.  Tapi sekarang nie, kalau memang BN kalah nanti, akak sikitpun tak heran dan tak terperanjatpun.  Memang ciri2 untuk kalah tu dah adapun.  Tak guna kalau PM dan TPM duk bekerja 24 jam untuk pastikan BN menang, tapi kalau jentera kat bawah, yang tak reti buat kerja, sombong, angkuh, idea macam zaman batu, baik pilihanraya esok tak payah BN bertanding.  Terus sedekah jerla semua kerusi kat PR.  Duit rakyat pun tak rugi. 

Akak dah tak peduli PR atau BN memang.  Kalau BN menangpun, ada maarip2 yang duk hangguk dan sombong macam nak mampus tu bermaharajalela, baik tak payah.  Sekarang dah dekat nak pilihanraya, ada plak kem itu dan kem ini.  Kalau kem itu tak suka kem ini jadi kem ini tak boleh dibantu.  Kem ini buat program, kem itu tak kan sokong dan cuba gagalkan demi memperlihatkan yang kepala kem ini tak ok.  Boleh ke macam tu?  Kalau 15 tahun lepas buat macamtu tak apala.  Ini sekarang masa tengah BN sedang nazak, depa duk buat hal. 

Ada plak geng yang buat program, tapi program syiok sendiri.  Program yang cuma akan disukai oleh geng2 depa jer.  Program yang akan dihadiri oleh geng2 sendiri jer.  Bukannya nak tarik geng lain, apatah lagi geng parti yang lain.  Janji bos suka, janji bos nampak dia buat kerja.  Yang bos pun satu maarip jugak.  Suka kena bodek, suka kena kipas.  Bukan nak amik tahu apa yang rakyat nak, apa yang penyokong parti lain nak.  

Dah la BN.  Agaknya memang orang2 BN nie suka syiok sendiri.  Memang dah patut masuk kubur pun agaknya....!!         

No comments:

Post a Comment