Akak taklah terlalu ghairah sangat nak tahu pasal Perhimpunan Agung Umno 2012. Setakat berhimpun pakai baju merah, putih, pink, berbahas, keluarkan cerita-cerita hina pembangkang, rasanya tak lah teruja sangat. Cuma kalau dulu-dulu akak suka jugak nak baca atau dengar lawak-lawak jenaka yang dituturkan dek perwakilan. Tapi kali ini kononnya perhimpunan ni tak boleh nak buat main. Perwakilan diingatkan supaya jangan ketawa banyak, jangan buat lawak, kena serius. Yang nampak gabra sangat si Rais Yatim la.
Alahai bang.... Tak kan lah bergurau sikitpun tak boleh kot. Tak kan nak bergelak ketawapun kena sound. Tahulah awak tu jenis yg tak ada humor. Cakap macam robot. Dari dulu lagi, setiap kali adanya Perhimpunan Agung UMNO, mesti tak lari dengan lawak jenaka. Tak salahpun. Tak pulak BN hilang kerusi sebab perwakilan buat lawak. Jangan buat lawakla Rais.
Lagi satu akak ada dengar jugak yang semua pembahas kena bagi teks ucapan untuk diteliti dan diedit. Apa ke punya bangang orang atas nak buat cam gitu? Kenapa tak bagi kebebasan untuk perwakilan bersuara, mengemukakan pendapat, menyatakan isi hati dan perasaan? Kenapa teks perlu diluluskan? Baik orang atas jer yang buat teks ucapan semua perwakilan atau tak payah langsung bagi perwakilan berucap atau berbahas. Tak payah buang masa orang untuk dengar.
Tak kan orang nak dengar lagi cerita pasal Anwar kaki liwat, Anwar comolot dengan Yahudi, Pas dah lari dari perjuangan asal, Dap egen Kristian. Atau cerita lagi masalah air kat selangor, ibu tunggal tak dapat 100 ringgit. Dan ada lagi ungkapan Pakatan tidur sebantal mimpi lain-lain. Bosanla beb!! Bosan yang teramat bosan!! Citer ni dah banyak kali berkumandang kat TV dan banyak kali dah baca kat paper, kat blog. Nak cakap benda yang sama berulang2 apa kes? Tandus idea ke? Mual lah beb!!
----------------------------------------------
Rais harap perwakilan perhimpunan Umno lebih serius, kurangkan jenaka
24 November 2012
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim berharap Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bermula Selasa ini akan menumpukan kepada perkara-perkara lebih faktual dan mengurangkan jenaka serta gelak ketawa.
Beliau berkata perwakilan tidak harus menyamakan perhimpunan kali ini dengan perhimpunan yang lalu sebaliknya ia harus menjadi perhimpunan yang paling lengkap untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau berkata perwakilan tidak harus menyamakan perhimpunan kali ini dengan perhimpunan yang lalu sebaliknya ia harus menjadi perhimpunan yang paling lengkap untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Tahun lalu berlaku banyak berjenaka, ketawa...sehingga 'kerja rumah' yang paling penting kadangkala dilupai.
akak jangan marah...pesan orang tua memang begitu. jangan terlebih lawak nanti bala datang. Akak ni pendek akal la untuk menyelami pesanan berkias menteri tua kita itu.
ReplyDelete~PENSIL TUMPUL~
Klu akak nak dengar lawak sangat, pi la dengar ceramah mat sabun... kih2...
ReplyDeletemaharaja lawak pun dah tak lawak citer-citer hentam pembangkang best nak tengok orang malaysia tuduh menuduh dan takda akai serang menyerang semata kuasa
ReplyDeleteurat geli derang tu dah putus akak, sbb tu sibuk suh serius
ReplyDeleteAha maharaja lawak ada...takpun you tube ust azhar idrus..lawak giler apa..
ReplyDeleteakak...beli majalah gile2 lah kalau nak teks lawak......
ReplyDelete