Tuesday 15 January 2013

BILA ZIP MAT SABU TERBUKAK....ALAH MAK!!

Dia cukup gah waktu nak kumpulkan sejuta rakyat kat Padang Merdeka. Bukan setakat gah, garang pulaktu waktu nak mintak Najib tunaikan janji untuk bagi stadium sebagai tempat untuk menjerit jerit. Bila timbul isu kalimah Allah, Mat Sabu cepat-cepat respon tanda sokongan kepada Lim Guan Eng. Dia takut kalau orang Kristian boikot tak mau datang ke stadium. Tup tup yang boikot untuk datang ke perhimpunan tu orang Pas dan orang Melayu sendiri. Dari 1 juta jadi 100 ribu. Itupun tak sampai...Agak-agak jela.

Akhirnya bila Majlis Syura PAS keluarkan kenyataan kata ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini, Mat Sabu terus malu-malu alah mengaku yang diapun setuju dengan Majlis Syura.  Boleh pulak tukar-tukar pendirian mengikut situasi semasa. Samala cam Nik Aziz jugak. Kalau esok lusa puak DAP kata orang Islam boleh makan daging babi yang disembelih oleh pemimpin Pas, Mat Sabupun akan kata halal jugak. Jadi diapun sama-samala makan daging babitu..

Akak cukup tak faham kenapa Mat Sabu dan ramai lagi orang Pas yang diBabikan dek DAP. Si Lim Guan Eng tu dah memang terkenal dengan keangkuhan dia. LGE sengaja timbulkan isu kalimah Allah tu untuk tengok setakat mana sokongan Pas kepada Dap. Ini macam kes nak kahwinla ni. Pasangan menguji hati perut pasangan masing-masing. Nak tahu betapa tingginya cinta pasangan itu sebelum betul-betul kahwin. Sanggup ke pasangantu tinggalkan keluarga demi cinta. Buang emak, buang saudara semua kerana cinta. Dalam hal cinta Dap & Pas ni pun samala. LGE kata, kalau betul Pas nak kahwin dengan Dap, Pas kenala sanggup belakangkan agama. Pas ni macam orang pompuanla. Dap pulak macam orang lelaki yang ada ego cukup tinggi. Kononnya kalau Pas turutkan kehendak Dap, Pas akan bahagia sebab kalau depa kahwin nanti, segala urusan ekonomi akan diuruskan oleh Dap. Orang Pas hanya duduk kat rumah je jaga anak. Gitula perumpamaannya.

Dap pun la ni dah tak peduli sangat kalau Pas nak sokong atau tak. Bagi Dap, yang penting dapat sokongan Sabah dan Sarawak. Itu pasal Dap berani mainkan isu kalimah Allah. Tak dapat kahwin dengan Pas pun tak apa. Dap tak rugi. Dap boleh beli cinta orang Sabah dan Sarawak.

Akak tak tahu sampai bila lah orang Pas nak sabar dan sedar. Nik Azizpun semakin merapu. Ulama yang kononnya amat hebat di rantau ini juga tewas dengan cinta dunia. Apatah lagi Mat Sabu....Zip seluarpun terbukak!...

 

1 comment:

  1. boleh masukkan blog www.putrarahman.blogspot.com dalam bloglis akak.

    tq

    ReplyDelete