Thursday, 4 April 2013

ASPAN CIPAN PERASAN

Bukan main lagi gembira seluruh kaum kerabat pakatan haram menyambut berita pembubaran parlimen. Seolah-olah esok jugak pakatan akan memerintah. Seolah-olah esok jugak harga minyak akan turun, tol akan dirobohkan, kereta, motor semuanya turun harga dan bekas-bekas PM yang lepas akan disumbat ke dalam penjara. Lalu berdendanglah kaum kerabat akan lagu-lagu nasihat kepada pasukan barisan yang dijangka akan kalah supaya tidak meroyan apabila pakatan berkuasa.

Katanya menukar kerajaan itu bukan jenayah. Siapa pulak yang kata macam tu? DS Najib sendiri memberi jaminan sebarang peralihan kuasa akan dilakukan dengan tertib. Yang menjadi jenayah adalah jika melakukan kekerasan untuk berkuasa, yang dikatakan jenayah adalah apabila barisan kembali berkuasa, pihak pakatan tidak berpuas hati dan tidak mempercayai proses pengundian lalu melakukan huru hara dan menurunkan kerajaan secara paksa. Itu jenayah. Yang suka buat huru hara, yang suka buat demonstrasi bukan orang barisan, tapi kaum kerabat pakatan. Orang barisan adalah manusia yang 'cool', yang berjuang demi keamanan dan kesejahteraan negara. Selagi negara aman, selagi negara konsisten dalam pembangunan yang dilakukan, selagi tidak ada rakyat yang mati kebuluran, orang barisan akan mempertahankan kepimpinan yang ada sebelum ini. Budaya lepak di dataran berhari2, budaya berarak di tengah2 bandar, budaya irihati kerana melihat suatu kelompok memerintah terlalu lama, bukan budaya kaum kerabat barisan. Jadi tidak perlu bimbang jika pakatan diizinkan Allah untuk memerintah kerana orang barisan akan sentiasa 'cool', ok?

Jika diizinkan Allah? Tahu pulak si Aspan tu cakap pasal Allah, ek?  Mungkin khalifah Lim dah ajar kot. Atau istilah Allah yang dia cakap tu dalam versi haram bible tak? Tak apalah. Anggap je dia betul-betul faham yang semua yang berlaku adalah ketentuanNya. Bukan ketentuan Najib, bukan jugak Anwar dan bukan jugak SPR. Akhirnya si Aspan ni mengaku jugak bahawasanya SPR ni tidak ada kena mengena dalam kemenangan BN sebelum2 ini atau kemenangan yang akan datang. SPR memang melaksanakan tugasnya sebagaimana yang sepatutnya. Jadi apa ke bangang sangat kaum kerabat pakatan yang dibanggakan si Aspan ni duk melalak kat jalanraya sebelum ni ek? Dan apa ke halnya kaum kerabat pakatan duk pakat-pakat nak berpiket, nak berarak dan nak membanjiri jalanraya kalau pakatan kalah dalam PRU ke 13? Apakah nak melawan kehendakNya? Sekarang baru si Aspan nak kata yang 'melakukan jenayah di jalanan itu adalah contoh dari negara mundur dan negara ketiga sahaja' sedangkan Malaysia ini hampir kepada negara maju. Kenapa haritu si Aspan tak cakap macamtu kat Anwar, kat Ambiga dan kat mahasewel?

Apa? Negara maju? Aspan kata negara Malaysia negara maju la oiiii! Kalau dah maju yang duk nak sokong pakatan tu apa ke jadahnya? Heran ek? Jadi fahamlah akak bahawasanya pemimpin pakatan dan pengampu pakatan macam Aspan ni nak mengambil kesempatan di atas kekayaan negara Malaysia yang telah dimajukan oleh kepimpinan BN sebelum ini! Sebelum ini dah ambik kesempatanpun sebelum disedari oleh pemimpin barisan, lalu ditendang keluar. Bila dah tak ada cara nak curi kekayaan negara, orang macam Aspan ni cuba nasib la pulak dengan pakatan haram. Bukan susah sangat nak faham pun.

Tak apalah Aspan, bergembiralah selagi termampu apabila parlimen dibubarkan. Tapi akak ingat apa aruah mak akak pernah cakap dulu, 'jangan terlalu suka, takut nanti suka akan bertukar duka'. Jadi itulah akak nak pesan dengan Aspan dan kaum kerabat pakatan yang lain, jangan suka sangat, jangan percaya sangat dan jangan berharap sangat untuk mengambilalih kepimpinan negara, sebab kalau tanpa izinNya, ianya tak akan berlaku, dan korang pulak yang akan melalak di jalanan nanti....

Bawak-bawak beristiqfar Aspan.....


***********************************************************************************

04 April 2013

Menukar kerajaan itu bukan jenayah



Sekarang kita benar-benar berada dalam minggu-minggu pilihanraya yang ditunggu begitu lama. Pengumuman pilihanraya oleh Perdana Menteri menjadi isu hangat di merata tempat. Di mana-mana sahaja orang ramai bercakap tentang pilihanraya dan masing-masing mempunyai andaian dan telahan masing-masing tentang keputusannya.  Apa pun tidak berapa minggu sahaja lagi rakyat akan melakukan tanggungjawab besar iaitu untuk memberikan mandat untuk mentadbir negara dan rakyat seperti yang di peruntukan oleh perlembagaan negara kita.
Rakyat adalah ‘boss’ kepada pimpinan dan mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut selera dan cita rasa masing-masing. Rakyat mesti  bertanggungjawab untuk memberikan ‘verdict’ yang tepat terhadap pemimpin dan kepimpinan masing-masing. Perdana Menteri telah meminta agar peralihan kuasa jika ia terjadi, dilakukan dengan aman dan tertib dan inilah kenyataan yang pertama kali saya dengar sebagai kenyataan yang ‘magnanimous’ dari Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini.
Walau bagaimanapun yang penting semua pihak mesti akui yang pihak pembangkang sekarang ini tidak akan melakukan kerja yang tidak baik kerana mereka adalah pihak yang telah mengalami kekalahan di setiap pilihanraya dan tidak pernah pula mereka melakukan kerja-kerja yang tidak baik terhadap sesiapa setiap kali tewas dalam pilihanraya.
Kita mesti akui yang dalam demokrasi sifat ‘gentleman’ itu adalah asas kepada sistem itu. Kita mesti tengok contoh yang berlaku kepada Britain dalam pilihanraya umumnya dua tahun yang lalu. Setelah parti pemerintah, Parti Buruhnya telah di tewaskan oleh parti ‘Conservative dan Liberal Demokrat’ peralihan kuasa berlaku secara aman dalam tempuh enam jam sahaja.
Walaupun Gordon Brown dan partinya merupakan parti yang terbanyak kerusi tetapi tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Sebagai parti yang terbesar jumlah kerusi yang dimenanginya, parti itu di berikan keistimewaan untuk menubuhkan kerajaan. Itulah sistem yang di pakai di mana parti yang terbesar dalam Dewan Legislatif itu di tawarkan untuk menubuhkan kerajaan. Tetapi Parti Buruh tidak berdaya untuk menubuhkan kerajaan kerana kekurangan jumlah kerusi maka Parti ‘Conservative’ dan ‘Liberal Demokrat’ telah bersatu untuk menubuhkan kerajaan.
Ketua Parti Conservative David Cameroon telah menjadi Perdana Menteri dan Ketua Parti Liberal Demorat, Clegg menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi yang penting untuk kita jadikan contoh, peralihan kuasa telah berlaku dalam tempoh enam jam sahaja. Gordon Brown telah menghubungi David Cameroon dan mengucapkan tahniah diatas kejayaan parti itu membentuk kerajaan campuran itu dan itu adalah etika kepimpinan yang perlu di contohi oleh pimpinan BN jika tertewas dalam pilihanraya kali ini.
Saya menyebut isu ini kerana kecenderungan untuk parti pemerintah tewas dalam pilihanraya ini cerah tetapi yang maha penentu adalah Allah SWT jua. Jika berlaku peralihan kuasa, ini adalah kali pertama berlaku di negara kita. Itulah sebabnya elok kita mencari contoh yang baik bagi melakukan peralihan kuasa ini. Bagi saya peralihan kuasa di Britain dua tahun lalu adalah contoh yang paling baru yang ada dalam ingatan saya.
Percayalah menukar kerajaan itu adalah hak rakyat dan ia bukannya satu tindakan jenayah. Oleh kerana itu bukannya tindakan jenayah dan ia adalah perkara biasa berlaku dalam sesebuah demokrasi itu, maka kita hormati keputusan itu. Tidak perlu mana-mana pihak untuk melakukan perkara yang boleh menjahamkan ketenteraan negara. Kita yang mengaku sebagai sebuah negara yang hampir kepada status negara maju melakukan jenayah di jalanan itu adalah contoh dari negara mundur dan negara ketiga sahaja.
Kita bukannya Uganda semasa pemerintahan Iddi Amin dahulu. Pemimpin kita semuanya berpelajaran tinggi dan diharapkan pelajaran tinggi mereka itu akan membawa kita kepada kepimpinan yang beretika dan bermoral.
Kita akan melakukan kehendak demokrasi dalam beberapa minggu sahaja lagi dan kita tunjukkanlah kepada dunia yang kita juga sudah menghampiri tahap kepimpinan negara maju….yang mengambil alih kuasa itu secara demokrasiyang halus dan menyerahkan kuasa itu pun melakukan penyerahan itu secara halus dan beradap juga.
Bukankah itu budaya dan cara hidup serta masyarakat timur kita?
  

No comments:

Post a Comment