Friday 11 September 2015

MAZHAB NAJIB: HARAM MENCURI, TAPI KALAU NAK CURI, CURILAH. HARAM PERHIMPUNAN BAJU MERAH 16 SEPT, TAPI KALAU NAK PI, PI LAH...

Patutlah negara semakin huru hara. Dah macam ini PM punya mazhab. Akak tak kisah kalau si Jamal Shinchan itu menyalak berhari-hari nak buat perhimpunan baju merah sebab setiap salakan pasti dapat huluran makanan. Tapi masaalahnya si PM ni yang macam tak tahu undang-undang. Kalau dah polis kata haram, maknanya haramlah. Tak boleh buat. Itu undang-undang. Yang ko tak kisah kalau anak buah ko nak buat tu apa kes? Jangan nak cakap pulak...Bersih ok je. Haram jugak, tapi semua orang pergi. Mahathir pun pergi. Tapi yang pergi tu adalah rakyat yang bukan penggubal undang-undang. Ini kalau yang buat undang-undang, yang luluskan undang-undang, lepastu dia pulak yang tak peduli, yang tak kisah kalau orang langgar undang-undang tu, apa cer?

Kalau setakat nak tunjuk baju merah melaut kat jalanraya sebagai tanda sokongan rakyat pada PM, pada akak itu satu pertunjukan yang paling kelakar. Dan yang paling kelakar nanti ialah, polis atau kereta polis lagi banyak dari si pemakai baju merah..Hahahahahahhahahahaha. Lebih baik kita pakaikan polis dengan baju merah....Barulah ramai beb!

3 comments:

  1. Anonymous10:31:00

    mcm rokok juga, haram merokok tapi kalu nak gak merokok juga...

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:38:00

    Bila pulak merokok ni haram dlm undang2??? Tak kene perbandingan nih...

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:00:00

    isap rokok daging halal ke tak?

    ReplyDelete