Wednesday, 27 July 2011

DR ASRI NAK GANTI NAJIB

Membaca warkah Dr Asri kepada abang-abang polis buat akak rasa ada yang tak kena.  Bukan rasa lagi, memang tak kena langsung.  Apa ke halnya Dr Asri buat warkah terbuka yang hanya sekerat dua jer polis yang baca.  Apa ke jadahnya Dr Asri menulis warkah berjela-jela hanya untuk bagitahu polis tentang tugas sebenar dia orang.  Macamlah polis tu semua tak tahu menjalankan tugas.  Kalau polis tak tahu buat keje, dah lama huru hara Malaysia ni.  Dah lama penjenayah bermaharajalela.  Dr Asri meminta dengan lemah lembut supaya abang polis jangan zalim.  Zalim ker polis tu?  Akak rasa Dr Asri lagi zalim kerana mempengaruhi orangramai membenci polis dengan menulis warkah terbuka yang macam gitu.  Tengoklah berapa ramai yang bersorak bila Dr Asri tulis macamtu.  Seolah-olah membenarkan tuduhan yang selama ini polis memang tak buat kerja, memang zalim dan anjing kerajaan.  Tapi mudah untuk kita lihat kenapa Dr Asri mengambil keputusan seperti itu.  Dalam kepayahan Pakatan Haram mencari nama untuk menjadi PM pada September nanti (hahahahaha), Dr Asri mengambil pendekatan popular.  Dr Asri dikenali sebagai seorang Islam yang warak, moderate dan diminati si Kitol Kimak (meminjam panggilan manja Parpukari).  Orang2 pakatan haram duk pening kepala nak pilih PM.  Nak pilih Nik Aziz dia dah tua nyanyuk, dah 80 tahun.  Nak pilih si Lim Kit Siang pun dah tua jugak.  Nak pilih Anwar, lagila depa takut.  Calon yang depa duk nampak si Nizar Lambai tu.  Akakpun heran kenapa Nizar Lambai boleh termasuk dalam pilihan dia orang.  Mungkin sebab Hadi tak mahu jadi PM, jadi calon yang popular si Nizar.  Setakat Nizar, Dr Asri boleh pukul punya.  Dr Asri lagi nampak jantan dan berkaliber.  Itu sebab Dr Asri jadi cam anai-anai.  Merayap senyap-senyap, lepastu dia makan sikit-sikit sampai habis runtuh satu rumah.  Orang PKRpun dah nampak perkara ni.  Dia orang memang tak ada calon yang bagus, sebab itu bila Dr Asri kononnya dituduh sebagai pengganas, depa buat bising, depa marah macam nak rak.  Depa akan naikkan lagi nama Dr Asri.  Wah, kalau Dr Asri jadi PM, setiap harilah kita dapat warkah terbuka.  Hehehe.  Abang polis semuapun akan jadi lemah lembut.  I likeeeeee.....  

No comments:

Post a Comment