Terus terang akak cakap yg akak memang tak kenal dengan Tun Faisal sehinggalah Papagomo memperkenalkannya. Baru akak bukak blog TF dan baca tulisannya pasal Papagomo yang pondan dan takde kelas. Akak garu-garu gak kepala yg dilitupi tudung ala-ala Siti Nurhaliza ni. Betulke si Papagomo takde kelas? Pondan? Yang selama ini akak baca blog Papagomo sehari berkali-kali menanti catatan terbaru dia? Bodoh sangat ke pembaca blog si Papagomo yang dah hit hampir 10 juta tu? Pondan ker dia? Hampir 10 juta? Ko ada ker TF? Akak rasa bila Papagomo tulis pasal TF barulah orang kenal siapa TF, terutamanya orang macam akak yang sikitpun tak heran jawatan orang. Maknanya TF pun dipopularkan oleh Papagomo. Patut TF ucap terima kasih pada Papagomo bukannya balun dia. Akak takde kaitanpun dengan Papagomo. Akakni lagilah baru menulis, baru nak pandai berblog. Tapi akak memang kagum dengan Papagomo. Kagum dengan apa yang dia buat menyerang orang2 Pakatan Haram tu terutamanya si Anwar. Lagi satu yang akak duk tak paham bila baca TF tulis yang Papagomo tak buat kerja terutamanya masa kat PR Sarawak. TF kata Papagomo tulis pasal dirinya disoalsiasat polis, macam selebriti. Jadi papagomo gagal menjalankan tanggungjawabnya. Akak heranlah dengan TF ni. Untuk jadi popular, memangla kena buat cam gitu TF oiii. Tengok macammana berjayanya si Anwar tu meraih simpati masyarakat dari dulu sampai sekarang. Lihat camana si RPK menarik peminat yang bersimpati bila dia ditangkap dulu. Apa yang Papagomo buat adalah stategi yang cukup bagus. Peminat (yang suka atau benci dia) akan mengikuti perkembangan dia dan dia akan menambah jumlah pelayar blognya. Bila dah ramai pengikut, senangla nak masuk jarum. Itu sebab Papagomo berjaya, bukan cam TF. Tak kan asyik nak tulis pasal lawatan menteri itu, menteri ini. Nak tulis pasal pemberian itu dan ini...bosan la. TF ni walaupun katanya berpendidikan tinggi tapi tak bijak. Pandai jer tak cukup adik oiii....Orang pandai tapi setakat menghafal jer kejernya dan assignmentpun suh orang buatje, apa ker jadahnya. Lebih jadah lagi bila asyik kata Yes Sir untuk dapat pengiktirafan. Tapi akak yakin, TF berani sebab bos dia dah bagi lampu hijau. Tapi TF, awak tu ketua, kononnya. Seorang ketua, dia tak perlu bercakap banyak. Papagomo hentam sekali jer, tapi pengikut dia yang banyak balun TF. Bila akak baca komen dari blog TF, banyak yang balun TF dari Papagomo. Itu TF kena fikirlah kenapa. Pada akak, Papagomo dah berjaya buat kerje dia dengan baik. Yang penting adalah pengundi di luar macam akak. Bukannya orang dalam. Tak payahla TF nak dedahkan siapa Papagomo, berapa yang dia dia dapat sebulan, siapa bagi dia. Itu tak penting. Kecualilah TF benar-benar cemburu dengan pencapaian Papagomo....Kesian Tun Faisal....Jambu budaknya....issyyy....isyyyy...
No comments:
Post a Comment