Friday, 10 August 2012

ROGOL: KISAH YANG MENYAYAT HATI....

Seorang bapa yang baru pulang dari menoreh getah terperanjat apabila mendengar jeritan anaknya di rumah.  Sepantas kilat si bapa meluru naik dan mendapati 3 orang anaknya sedang bergaduh.  Si bapa lantas bertanya apa yang berlaku.  Anak lelaki sulungnya mengadu yang dia marah sebab ke dua adiknya bercita-cita mahu menjadi pelakon dan penyanyi. Si bapa bertanya kepada Angah kenapa memilih untuk menjadi artis.  Lalu si Angah menjawab:  'Angah nak dapat banyak duit.  Jadi artis boleh popular.  Bila dah tak popular boleh masuk politik dan dapat banyak lagi duit'.  

Si bapa menggeleng kepala dan bertanya pula kepada anak bungsu lelakinyanya kenapa bercita-cita mahu jadi penyanyi.  Lalu jawab si bungsu: 'Kalau adik jadi penyanyi, nanti kalau rumah terbakar atau berlaku malapetaka, adik boleh dapat RM100 ribu'

Si bapa beristifar beberapa kali sebelum bertanya anak sulungnya apakah cita-citanya.  Lalu dengan bangga si anak menjawab:  'Along nak jadi ahli sukan!  Nanti senang nak rogol orang sebab kalau ahli sukan rogol orang, dia tak salah dan boleh lepas macamtu jer'

Si bapa jatuh pengsan dan dalam pengsannya dia seolah-olah ternampak Putrajaya runtuh sedikit demi sedikit....... 

No comments:

Post a Comment