Wednesday, 22 August 2012

BILA PLAK MASANYA MCA KEDAH SOKONG HUDUD???

Tetiba jer kecoh yang MCA Kedah sokong hudud.  Mula2 bacapun akak dah rasa lain macam.  Sejak bila pulak MCA dan orang Cina kat Malaysia ni sokong hudud?  Dan hari ini MCA Kedah nafikan dan mintak akhbar yang menyiarkan artikel berkaitan mohon maaf kerana buat laporan palsu.  

Bukan setakat orang Cina atau orang bukan Islam, malah ramai jugak orang Islam yang tolak perlaksanaan hudud.  Jangan marah kepada mereka sebab mereka tidak diberikan gambaran yang jelas tentang undang-undang hudud.  Bila cakap pasal hudud mesti dikaitkan dengan potong tangan dan saksi rogol 4 orang.  Dah tentu2 lah majoriti rakyat akan tolak hudud.  Dan jangan salahkan jugak kepada yang menentang ini kerana tidak mahu memahami bagaimana proses perlaksanaan undang-undang tersebut.  Nak suh rakyat baca dan faham sendiri dah tentulah tak masuk akal.  Pada akak, nak buat hudud, buatlah.  Tapi sebelum nak sebut perkataan 'HUDUD' dan sebelum nak cuba melaksanakannya di negara yang berbilang bangsa dan kaum, para ulama, para bijak pandai agama seharusnya mendidik masyarakat sedikit demi sedikit tentang intipati hudud itu sendiri.  Ceritakan tentang keadilan yang akan dibawa, tentang kecantikan dan keindahan perlaksanaan hukuman yang berlandaskan Islam, tentang bagaimana undang-undang sivil yang diwarisi sekarang yang dirasakan tidak adil, tidak sistematik, tidak lengkap, zalim dan sebagainya.  Perlu dijelaskan kenapa hudud mampu menjadi satu bentuk undang-undang yang lebih menyeluruh.  Ini tidak.  tetiba jer terus nak tukar undang-undang sekarang kepada undang-undang Islam.  Mahu tak panik semua orang?  

Memang dah lama isu nak laksanakan hudud, tapi setakat hangat-hangat tahi ayam jer.  Hangat masa nak pilihanraya.  Lepas pilihanraya semuanya senyap macam tak ada apa-apa berlaku.  Kalau Pas betul-betul bersungguh untuk laksanakan undang2 Islam ini, dari dulu dia dah jelaskan kepada semua rakyat tentang bagaimana melaksanakan hudud ini.  Bukan setakat nak jelaskan pada Karpal Singh jer, tapi seluruh rakyat.  Jangan main salahkan Umno saja.  Kalau dah namanya Parti Islam seMalaysia, parti yang benar-benar ikhlas untuk menjadikan negara Malaysia ni negara Islam yang mengamalkan undang2 Islam, para pemimpin Pas sepatutnya dah bergerak dari dulu lagi dan bagi penerangan.  Rasanya kalau diperincikan tentang hukum hudud, bukan saja orang Islam, tapi seluruh rakyat akan menerima hudud.  Tapi kalau para pemimpin Pas dan ulama sendiri bertelingkah tentang hukuman serta bagaimana perlaksanaan hudud sepatutnya dibuat, apa ke jadahnya?  Rakyat sendiri akan tolak.  Tak kiralah orang parti manapun.  Akak sendiri merasa was-was, betul ke depa ni tahu sangat pasal hudud?  Jangan tetiba jer umum nak laksanakan undang2 Islam, lepastu baru kaji satu-satu kesalahan dan baru bincang apa hukuman yang setimpal dan adil dan bagaimana nak tentukan salah tidaknya orang yang dituduh. 

Dan lagi, orang agama ni suka guna istilah yang payah-payah untuk memperlihatkan ketinggian ilmu mereka.  Lagi banyak istilah yang sukar, lagi banyak menggunakan istilah Arab, lagi perasan hebatlah depa nie.  Cuba terangkan sesuatu itu menggunakan istilah yang paling mudah difahami oleh majoriti masyarakat. 

Anehnya, jika undang-undang hudud itu suatu yang benar-benar adil dan hebat, kenapa ianya tidak boleh dilaksanakan untuk keseluruhan umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama? Salah ke pertanyaan akak nie?

No comments:

Post a Comment