Sapa rasa yang si Ketua Pembangkang itu adalah ketua dalam Pakatan Rakyat/ pembangkang? Anwar Ibrahim bukan seorang ketua tetapi hanyalah seekor anjing garang yang menurut perintah tuannya, si tokong Lim Guan Eng!
Jiran di depan rumah akak ada bela seekor anjing besar yang garang macam nak mampos. Setiap kali orang lalu kat tepi rumah tuan dia, dia pun menyalak bagai nak giler sampai nampak gigi kuningnya yang tajam runcing. Kiranya kalau anjing jenis itu menggigit orang, boleh mati orang dibuatnya. Tapi bila tuan dia sergah, anjing besar garang itu terus tunduk, terus diam dan duduk sambil lidahnya terjelir-jelir.
Macamtulah akak nampak si Ketua Pembangkang yang lantang bersuaratu. Dia nak bagitahu kat semua orang bahawa dia amat berkuasa dan boleh menjatuhkan kerajaan. Kerjanya mudah. Dengan duit yang dia ada, dia beli katak-katak bobot untuk melompat ke kandang dia. Janji hasrat dia tercapai untuk jadi Perdana Menteri. Dia lupa yang dia bukan tokong, dia bukan ketua yang sebenarnya. Lim Guan Eng sudah tentu tidak suka dengan cara buruk dan kotor Anwar untuk menang. Beli katak sana sini. Nanti esok lusa katak DAP pulak Anwar akan beli. Itu yang LGE tak suka. Sebab itu LGE begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan enakmen antilompat parti.
LGE secara tidak langsung nak sedarkan Anwar siapa sebenarnya ketua dan tuan atau tokong yang memerintah. Dan macam anjing, jiran akak tu jugak, Anwar akhirnya angguk-angguk, kata ok dan tunduk kepada tindakan LGE yang bertentangan dengan cara politik beli jual katak Anwar di SINI.
LGE jugak nak ingatkan kepada PKR dan penyokong si Anwar bahawa Anwar hanyalah seekor anjing. Percaya dan patuh kepada Anwar samalah macam percaya dan patuh kepada seekor anjing yang hanya tahu menyalak dan menggigit sedangkan makannya sendiripun diberikan atas ihsan.
Akak rasa simpati kepada Anwar bukan sebab dia Anwar Ibrahim yang terkenal itu, tetapi kerana dia adalah orang Melayu dan orang Islam. Kalau nak kata akak rasis, memang akak rasispun. Tapi rasis akak bukan sampai nak menjahanamkan orang bukan Melayu. Pada akak orang Melayu patut sedar bagaimana orang hebat yang macam Anwarpun tidak mampu melawan kehendak DAP dan LGE, apatah lagi orang Melayu lain yang tidak punya taring. Ini bermakna jika PR memerintah, ketua yang sebenarnya adalah DAP walaupun Perdana Menterinya adalah Anwar Ibrahim.
Untuk tengok bagaimana cara DAP memerintah, lihat sajalah di Pulau Pinang. Bukan seorang dua yang kata cara sombong dan angkuh LGE memerintah. Dan terbaru ianya diluahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri PP, Datuk mansor Othman.
'Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR).” seterusnya di SINI.
Ini orang kuat PKR PP sendiri yang cakap dan dia sendiri begitu dekat dengan LGE. Ramai lagi tokoh sebelum ini yang pernah mendedahkan sikap sebenar LGE yang macam diktator. Tak payah cakapla yang itu cara LGE sendiri dan bukannya merupakan sikap sebenar kesemua pemimpin DAP. Tengok Karpal Singhpun dah nampak perangai sebanar DAP. Cara dia tak suka dan bantah hudud. Dia tak peduli apa perasaan parti PAS apatah lagi orang Islam.
Cukup-cukuplah menyokong Pakatan. Mungkin ada sisi PR yang baik dan bagus untuk rakyat. Ada idea yang boleh memperbaiki kelemahan yang ada sekarang. Tetapi untuk meletakkan PR sebagai pengganti BN ianya sesuatu yang amat tidak menyenangkan dan menggerikan untuk dihadapi. PR lebih baik sebagai pembangkang yang kuat di Malaysia. BN adalah parti yang boleh mendengar dan menerima pandangan serta kritikan rakyat dan BN bukan diktator atau tokong yang menjadikan sebarang keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah seperti DAP.
No comments:
Post a Comment