Bagus! Makin lama makin terserlah keangkuhan Dap. Dap nak jadi parti yang paling berkuasa di Malaysia. Dap tak perlukan Pas, tak perlukan Pkr. Kalau Pas dan Pkr tak nak dengar kata, depa boleh berambus. Mana-mana pemimpin yang tak dengar kata akan kena tendang. Hebat Dap ni. Perasan hebat!
Konflik DAP-PKR Johor: Karpal bidas Jui Meng
19 Februari 2013
Beliau berkata, DAP memandang berat penegasan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Karpal berkata, siasatan mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti orang di sebalik 'serangan berbisa secara rahsia' terhadap DAP itu dan 'tangan hitam' di sebaliknya.
Katanya, penegasan Boo itu tidak boleh diketepikan begitu saja demi kepentingan pakatan pembangkang.
"Kredibiliti Chua boleh diragui. Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya.
"Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan 'ibu politiknya' tidak layak dipandang mulia dan dengan penuh kebanggaan. Sekiranya apa yang dilakukan Chua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, maka perbuatannya perlu disekat, lebih cepat, lebih baik," kata Karpal.
Sehubungan itu, Karpal menyeru pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj. - Bernama
No comments:
Post a Comment