Monday, 4 February 2013

BLAH JE LA....

Ramai rakyat Malaysia yang dah berhijrah ke negara lain. Dan ramai pulak lagi yang berkira-kira untuk berhijrah dengan alasan Malaysia bukan negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak. Malaysia dikatakan telah mengamalkan diskriminasi sejak 50 tahun yang lalu. Asyik2 kerajaan bantu orang Melayu dan Bumiputera. Nak beli rumahpun ada diskriminasi. Nak belajarpun sama. Nak berniaga apatah lagi. Orang bukan Bumiputera tidak mendapat tempat yang sama macam orang Melayu dan orang Bumiputera. 

Betul ke macam tu? Memang betulpun. So? Tunggu apa lagi? Blah la!

Logik jugak kalau orang Cina dan India yang cakap nak berhijrah sebab alasan yang macamtu. Tapi jangan tak tahu bilamana ramai jugak orang Melayu yang kononnya nak berhijrah jugak dengan alasan yang sama. Depa pun sama-sama nak kata yang kat Malaysia ni tidak ada masa depan. Sebenarnya orang macamni adalah orang yang ego. Kalau di Malaysia ni depa malu kalau kerja di bawah orang Melayu atau orang Malaysia. Tapi depa bangga kalau kerja jadi kuli orang putih. Bangga kalau dapat beli apartment di pinggir bandar orang putih sedangkan dengan harga semahal itu depa boleh duduk kat banglo dua tingkat di Nilai.

Akak tak nampak kat mana kurangnya Malaysia ni. Malah semakin berkembang maju dan sasaran untuk menjadikan negara maju ada kemungkinan lebih awal 2 tahun dari 2020. Orang Jepunpun ramai yang hantar anak belajar di Malaysia kerana percaya dengan sistem pendidikan dekat sini. Banyak peluang perniagaan yang ada di sini. Orang Malaysia semakin kaya je akak tengok. Kiri kanan semua rumah besar-besar belaka. Kat jalanrayapun banyak kereta mewah. Hotel-hotel di Malaysia banyak yang penuh tanpa mengira cuti atau tidak. Tiket flightpun penuh untuk ke luar negara. Masih kata tak senang? Masih rasa tak kaya? Pada akak ini semua orang yang tak reti nak bersyukur. Bila kita tak bersyukur, gaji 20k sebulanpun tak cukup berbanding gaji 2k sebulan. 

Dan lagi, kalau nak tahu negara tu maju atau tidak, tengok pada sikap orang Cina la. Kalau dulu, masa zaman 30 tahun yang lalu, mana ada ramai orang Cina minat nak sibuk-sibuk jadi pemimpin, terlibat dengan politik? Tapi bila negara dah maju, depa pun dah banyak duit, banyak sumber kekayaan yang dimonopoli, makanya depa pun nak kuasa politik. Depa nak jadikan orang pendatang ni semua kaya-kaya belaka. Dalam pada masa tu depa pun duk hasutla orang Melayu suh pindah ke luar negara. Biar yang bijak pandai tak ada kat Malaysia. Senangla depa nak kontrol Malaysia ni nanti. Panjang akai depa ni semua.

Pada akak, kalau ada sesiapa nak berhijrah, pi blah je la. Akak sikitpun tak kisah kalau Malaysia ni macam 20 tahun yang lalupun. Biarlah macamtu. Kalau negara maju dan kaya sangatpun, tapi tak aman, baik tak payah. 'Tak aman' bagi akak tu bukan setakat tak aman sebab berperang, tapi 'tak aman' di dalam hati. Tak aman dalam perhubungan antara agama dan kaum. 

Tak perlulah untuk jadikan Malaysia semaju Singaporepun. Lantak pi lah kat depa di Singapore sana tu. Ingat dia orang tak ada masalah ke? Ingat semua rakyat dia gembira ke jadi rakyat Singapore? Tak caya tanyalah Aaron Aziz....Hahahaha.  Agak-agak Abby Abadi nak berhijrah ke Singapore tak?  Kalau dia nak, kita hamparkan permaidani merah dari Tambak Johor hingga ke Singapore.... 

No comments:

Post a Comment