Thursday, 29 September 2011

ANWAR TERUS MAIN BELAKANG!! LANTAK KO LAH NUAR....

Memang bacul jantan ni.  Sehari dua ni darah akak memang naik mencanak sebab kesongsangan puak-puak pakatan yang sampai kiamatpun tak akan sepakat.   Dahlah tak berani melawan kes liwat Saiful, dalam isu Hududpun Anwar tetap menyorok kat belakang DAP.  Haritu bila Nik Aziz berkobar-kobar nak laksanakan hukum Hudud, Anwar kata dia menyokong penuh sebab hukum Hudud adalah hukum Allah.  Tapi camanapun kena bincang gak dengan DAP.  Dan semalam bila bincang dari pagi sampai ke malam, hasilnya memang dah dijangka.  Mustahil PAS akan dapat sokongan PKR yang bacul tu dengan DAP, si komunis yang memang nak menghancurkan Melayu kat Malaysiani.  Dan dengan nada yang penuh kelegaan Anwar umumkan: Kesepakatan yang berjaya dicapai dalam mesyuarat selama tiga jam, lewat malam semalam, hanyalah berhubung kesepakatan untuk PAS dan DAP meneruskan perbincangan bagi melaksanakan hukum hudud dan juga mempertahankan dasar-dasar bersama.  Sepakat nak bincang jer?  Hahaha.  Memang kelakar sangat keputusan yang depa ambik.   Sampai matilah Nik Aziz tak dapat nak laksanakan Hudud.  Kira mati mata terbukakla sebab hajat tak kesampaian.  Jangan pulak nanti duk salahkan DS Najib pulak.  Dulu dah salahkan Tun M.  Sendiri mahu ingatla bang.... 

Tapi akak kesian jugak kat PAS.  Memang PAS dah diketepikan.  PKR dan DAP tak akan peduli kalau Nik Aziz keluar dari PAS sebab merajuk kerana kemahuannya disepak terajang oleh anak-anak buah yang gilakan kuasa, gilakan seks dan mengidamkan Putrajaya!  Akak nak tergelak, simpatipun ada ngan Nik Aziz.  Punyalah berkobar-kobar nak laksanakan Hudud sampai tak peduli kalau DAP nak keluar dari Pakatan.  Apa yang Nik Aziz tak tahu ialah kalau dia tetap nak laksanakan Hudud, bukan DAP je yang blah, orang-orang PAS sendiri yang diketuai oleh Mat Sabu akan keluar PAS dan masuk DAP!!  Anwar tak payah ceritalah.  Dia akan terus menyorok kat dalam seluar Karpal Singh.  Apa kata Karpal, itulah juga kata Anwar.  Nak mampus kalau melawan Karpal...silap-silap Karpal akan tukar dari peguambela jadi pendakwaraya.  

Siapa yang lega bila Hudud tak dilaksanakan?  Hehehe....

No comments:

Post a Comment