Apa nak jadi dengan pelampau PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ni. Bila dia gagal memerintah Kelantan, gagal membentuk akhlak masyarakat di negerinya sendiri, Nik Aziz salahkan orang lain. Kebimbangannya semakin menjadi-jadi bila Yayasan Aids Malaysia membuat rumusan yang Kelantan mencatatkan angka tertinggi penghidap HIV, tahun lalu, selepas Pahang, Wilayah Persekutuan dan Johor. Serambi Mekahnya diwarnai dengan wajah-wajah pengidap HIV dan AIDS. Memang memalukan buat sebuah negeri yang majoritinya terdiri dari orang Melayu dan Islam dan ditakbirurus oleh PAS, sebuah parti Islam.
Selama ini Nik Aziz dibuaikan dengan mimpi yang semua orang-orang Kelantan baik-baik belaka. Yang jahat, yang runtuh akhlak adalah orang-orang di bawah pentadbiran UMNO dan BN. Sebab itu Nik Aziz nak tukar kerajaan, nak kasi baik semua masyarakat Malaysia ni. Rupa-rupanya negeri dia yang lagi hina, lagi hodoh dan lagi berpenyakit. Bila dah tersedar dari mimpi cepat-cepat Nik Aziz meletakkan salah ke bahu orang lain. Sampai bila Allah tanya di akhirat nantipun, Nik Aziz akan namakan Tun Mahathir sebagai dalang yang buat orang-orang Islam di Kelantan tidak berakhlak. Jadi terlepaslah beban dosa yang sepatutnya dipikul oleh Nik Aziz selaku ketua negeri yang bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah kuasanya. BACA DI SINI
Sebenarnya Nik Aziz dah lupa dah pasal cita-citanya dulu untuk laksanakan hukum hudud. Itu pasal sekarang PAS dah tukar imej. Bukan lagi memperjuangkan Negara Islam tapi Negara Kebajikan. Tapi bila kuar isu penyakit rakyat di negerinya, cepat-cepat Nik Aziz pusing cakap. Rakyat Kelantan jadi penagih dadah, jadi pencuri, jadi perompak, perogol, penzina, pembuang anak dan macam-macam penyakit sosial lagi adalah kerana negerinya tidak menjalankan hukum hudud. Hukum hudud akan membolehkan rakyat Kelantan jadi baik dan berakhlak. Dan kononnya Nik Aziz memang nak buat hukum hudud tapi Tun Mahathir tak benarkan, Tun Mahathir tentang. Yang akak pelik, lama betul dah Tun Mahathir bersara, kenapa masih belum jugak laksanakan? Masa Pak Lah dulu, sepatutnya Nik Aziz laksanakanlah hukum hudud tu sebab Pak Lah, PM yang lembek, yang jugak memperjuangkan Islam. Tapi masa tu, Nik Aziz senyap jer. Nik Aziz sibuk pertikaikan Islam Hadhari. Baru sekarang Nik Aziz teringat balik hukum hudud dan mintak DS Najib sokong hudud yang nak dilaksanakan di Kelantan. Apa punya kelentongla!
Akak rasa Nik Aziz sendiri tak yakin dengan pelaksanaan hukum hudud tu. Dr Asri pun tak yakin Kelantan dapat melaksanakan hudud. Hukum hudud tu setakat pemanis bibir Nik Aziz jer. Tambahan sekarang ni, mana ada berani PAS nak buat hudud. Dan orang yang akan tentang hudud atau yang pertama kena disabitkan dengan hukum hudud ialah si Mat Sabu. Mahu tak takut si Mat Sabu!!! Hehehe. Akak harap DS Najib bagi lampu hijau pada kerajaan Kelantan untuk buat hukum hudud. Kita tengok sapa yang kenaaa!!!!
No comments:
Post a Comment