Wednesday, 28 September 2011

FENOMENA SABUISME ATAU SABUNISME?

Memang akak rasa nak muntah cendol bila Dekan Fakulti Sastera dan Sains Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar duk puji Mat Sabu yang mencetuskan fenomena minat sejarah di kalangan masyarakat.  Kerana Mat Sabulah, orang bercakap tentang sejarah, orang minat nak dengar ceramah serajah.  Dan lebih akak bengang bila dikatakan Mat Sabu telah berani menyuarakan penemuan baru tentang sejarah!  Biar betul!  Penemuan baru?  Kena iftiraf ke penemuan Mat Sabu tentang si Mat Indera yang membunuh ramai orang Melayu termasuk wanita?  Kena iftiraf jugak ke si Mat Indera sebagai salah seorang hero dan pejuang kemerdekaan yang layak mendapat gelaran Datuk atau Tan Sri? 

Akak ni bukan tahu sangat pasal sejarah, dan tak minat sejarahpun sebab cikgu sejarah kat sekolah akak dulu cuma suruh akak hafal tahun.  Sejarah adalah tahun.  Boringla.  Memang orang-orang yang arif sejarahni membosankan.  Depa tak buat kerja, depa tak reti nak tarik perhatian pelajar dan orang ramai.  Tapi, jangan disebabkan depa tak buat kerja, dan ada pulak orang yang memperkotak katikkan sejarah dalam bentuk yang sensasi, korang puji macam nak rak.  Macamlah si Mat Sabu tu pulak pejuang kemerdekaan.  Kesian akak dengan sejarah negara, kalau orang-orang yang terlibat dengan sejarahni miskin idea, miskin semangat.  Depa macam baru tersentak dari tidur bila Mat Sabu yang gila glamer tu cakap pasal sejarah.  Si Mat Sabu tu saja nak meraih perhatian orang supaya orang lupa sejarah hitam dia di bilik 121.  Yang semua orang duk bagi perhatian seolah-olah si Mat Sabun jumpa penemuan baru sejarah tu apa kes??

 

____________________________________________________________________
Sabuisme: Pensyarah kagum perubahan rakyat | Print |
Muhammad Faizal   
SHAH ALAM, 28 Sept: Ungkitan sejarah baru yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengaitkan pejuang Melayu, Mat Indera telah mencetus fenomena baru dalam negara ini.
"Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah merancakkan perbualan malah menjadi perbahasan pihak-pihak tertentu sehingga seluruh negara sekarang merungkai balik sejarah-sejarah lama dan inilah fenomena 'Sabuisme'.
"Satu pertubuhan sejarah baru yang sihat di mana sebelum ini kita melihat rakyat terlalu sukar untuk berbicara tentang sejarah malah golongan politik juga tidak mahu menyebutnya tetapi keberani Mat Sabu menjadikan mereka minat untuk mengetahui sejarah yang sebenar," kata Dekan Fakulti Sastera dan Sains Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.
Dalam pada itu beliau memberitahu sejarah perlu ada malah ia patut menjadi teras kerana sejarah merupakan laluan antarabangsa.
"Perlu ada malah ia perlu menjadi teras ini adalah kerana sejarah merupakan laluan antarabangsa.
"Dalam masa yang sama selain kita mengekalkan sejarah yang ada penemuan baru seperti ini perlu dirungkai dan saya tidak berkata ia perlu ditulis kembali tetapi perlu ada 'renovation' dan digilap kembali sejarah itu kerana telah wujud penemuan baru yang boleh mengukuhkan fakta yang telah ada.
"Selari dengan arus sekarang dalam globalisasi dunia yang mahukan pembaharuan serta tuntutan pelbagai pihak maka sejarah negara perlu dikaji kembali.
"Kita juga tidak mahu hanya golongan yang memperjuangkan kemerdekaan sahaja dikatakan pejuang sedangkan mereka yang lebih awal tidak pernah dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan dan bagi saya tidak salah ia dipulihkan," sambungnya lagi.
Mengaitkan Mohamad sebagai pencetus polemik politik negara, beliau begitu kagum dengan perubahan rakyat di negara ini.
"Saya menghadiri satu forum di Kota Bharu yang mana Mohamad Sabu adalah salah seorang panel bersama saya dan belum terjadi dalam sejarah negara dengan kehadirian puluhan ribu orang pada forum tersebut kerana ingin mengetahui sejarah sebenar negara ini.
"Saya amat kagum dengan perubahan tersebut malah bukan di sana sahaja, forum di Jabatan Sejarah juga melihatkan kehadiran yang ramai. Rakyat sudah bangkit dalam fenomena sejarah baru kita.
"Kalau dulu forum sejarah yang dijadualkan pukul 8 tapi 8.30 baru kita lihat kehadiran tetapi hanya beberapa kerat tetapi sekarang semua rakyat berlumba-lumba untuk mengetahui sejarah sebenar," tambahnya lagi.
     

No comments:

Post a Comment