Tuesday, 27 September 2011

NIK AZIZ NAK SUNATKAN KARPAL SINGH! CEMBURU BETUL NIK AZIZ PADA MAT SABU....

Kecoh betul.  Semuanya gara-gara Nik Aziz yang cemburu dengan populariti Mat Sabu.  Melihat kepopularitian Mat Sabu melebihi dia, Nik Aziz perlu buat sesuatu untuk meraih kembali perhatian orang kat dia.  Itu sebab Nik Aziz keluarkan kenyataan untuk melaksanakan hukum hudud.  Bila keluar kenyataan tu, melompatlah semua orang terutamanya si Karpal Singh!  Semua perhatian terarah balik kat Nik Aziz.  Memang akak rasa Nik Aziz ni semakin tua dan biasanya orang-orang tua ni memang perlukan perhatian lebih.  Cemburupun lebih.  Jadi, janganlah berasa hati kalau sesekali Nik Aziz mintak perhatian. 

Walau camanapun akak yakin kenyataan Nik Aziz yang memperbudakkan orang-orang DAP, mesti bikin telinga depa bernanah.  Nik Aziz kata DAP ibarat budak yang takutkan hantu.  DAP takut pada hudud.  Hudud tu umpama hantu pada orang DAP.  Pandai gak Nik Aziz buat cerita hantu.  Hantu lawak.  Kata Nik Aziz, hukum hudud hanya terlaksana pada orang Islam, jadi apa pasal si Karpal, si Lim Guan Eng dan lain-lain orang DAP nak melompat.  Kira terjawab jugaklah soalan Tun M baru-baru ini kepada Nik Aziz pasal pelaksanaan hudud sama ada hanya terhad kepada orang Islam atau menyeluruh termasuk yang bukan Islam.  Kiranya kalau si Anu, lelaki Islam buat seks dengan China Doll, yang kena rejam adalah si Anu.  Si China Doll hanya jadi penonton je masa pelaksanaan rejam tu.  Itu yang akak fahamla.  Agaknya lah.  Tapi orang-orang DAP ni pulak duk bimbang jika si Anu tu betul-betul kena rejam dan mati pulak.  Payahlah nanti depa nak cari kuda lain sebagai pengganti.  

Berbalik cerita budak takut hantu tu, setahu akak, kategori budak ni semuanya belum lagi akil baligh, belum lagi bersunat.  Jadi orang macam Karpal, macam Lim Guan Eng ni, patut jadi dewasalah.  Untuk jadi dewasa patut disunatkan.  Itu yang Nik Aziz nak buat.  Sunatkan depa!  Cuma akak heran, apa pasal Nik Aziz duk risau pasal kenyataan DAP yang nak keluar dari pakatan tu?  Bukan ker sebelum ni Nik Aziz kata tak heran kalau DAP nak keluar?  Sekarang dah lain pulak citernya.....Memang nyanyuk dan merapu betul Nik Aziz ni. 

Apa-apapun akak sebenarnya nak pesan pada Nik Aziz, kalau nak sunatkan Karpal, pastikan ada video.  Boleh gak akak tengok anunya bengkok ke tidak....heheheh.
 ---------------------------------------------------------------------------------------------


Nik Aziz: DAP ibarat budak takut hantu

Sep 27, 11 2:28am

Kongsi 51
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

azlanBeliau menyifatkan DAP seperti "budak-budak kecil takutkan hantu" sedangkan hukum Hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

"DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di Kota baharu, semalam.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz berkata hukum Hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin kanan DAP dilaporkan akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadikan negara Islam atau melaksanakan hukum Hudud di negara ini.

        

No comments:

Post a Comment