Tuesday, 20 September 2011

PAS CUBA SEBAR AJARAN SALAH ???

Risau akak dengan cara orang PAS (Penipu Apa Saja) berusaha untuk memenangi hati anak-anak muda.  Depa sanggup buat dan berjanji apa sahaja demi undi.  Janji dulu, boleh buat atau tidak, belakang cerita.   Depa sekarang semakin tertekan dengan kebangkitan anak-anak muda menyokong UMNO dan BN.  Pengumuman DS Najib memansuhkan ISA pula semakin menenggelamkan imej PAS yang kelabu dan keliru.  Kalau dulu boleh cakap yang PAS adalah parti Islam yang bakal meletakkan Malaysia sebagai negara Islam jika mereka memerintah.  Tapi sekarang atas tekanan sekutunya parti DAP, PAS terpaksa tukar slogan kepada penubuhan negara kebajikan.  Setakat nak buat negara kebajikan, semua negara akan buat perkara yang sama.  Sekarangpun Malaysia mengutamakan kebajikan masyarakat.  Masyarakat didahulukan, pencapaian diutamakan.  

Terbaru PAS sibuk nak bantu peminjam PTPTN.  Depa nak adakan pungutan suara sebagai referendum rakyat terhadap isu kelemahan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).  Kita tahu, yang pinjam ni adalah anak-anak muda.  Yang tak bayar PTPTN ni jugak adalah budak-budak muda yang hanya nak menerima tetapi tidak tahu berterima kasih.  PAS nak beli hati budak-budak ni semua la.  Dan bebudak ni perasanlah yang kalau depa undi PAS, PAS akan memerintah dan hutang depa akan lupus!  Banyak cantik muka depa!  Itu duit rakyat, duit akak!  Dah pinjam, kenalah bayar balik.  Nanti 15 tahun lagi anak akak nak pinjam dah tak ada duit, dah tak ada pinjaman sebagus PTPTN.  Sila baca di SINI

PAS memang sanggup ajar ajaran salah demi undi.  Pada akak, kita kena ajar anak-anak kita supaya bayar balik hutang yang dipinjam.  Bila dah habis belajar kena cari kerja sebab ada hutang yang perlu dijelaskan.  Hutangtu satu tanggungjawab.  Jangan pilih kerja, jangan menganggur sampai berbulan dan bertahun hanya untuk dapatkan kerja yang setaraf dengan kelulusan.  Nak tak nak, hutang kena bayar.  Berdosa jika kita tidak bayar hutang walaupun undi PAS.  Sekarang PAS nak ajar anak-anak muda jadi pemalas, tak payah berusaha keras, tak ada duit, tak ada kerja tetap, tak payah bayar hutang.  

Kalau macam inilah negara kebajikan yang cuba dibawak dek PAS memang alamat terlingkup dan muflisla Malaysia.  Nak buat kebajikanpun berpada-padala bang oiii.   Tapi akak rasa kalau depa memerintah, tak mananya depa nak buat kebajikan melampau macam yang depa laungkan.  Cakap jer lebih.  Macam isu tol jugak.  Konon dulu nak hapuskan tol bila memerintah, tapi bila Kelantan nak buat lebuhraya, depa awal-awal lagi cakap akan ada tol.  Bagila jalanraya free kalau dah memang nak buat kebajikan sangat....   

No comments:

Post a Comment