Monday, 19 September 2011

BERITA TERKINI! MANOHARAN BENGKAK DIBELASAH....KERANA ISU BENDERA

Kesian sungguh akak pada Manoharan, Adun Kota Alam Shah yang berhasrat menukar bendera Malaysia.  Bak kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa, kerana facebook jiwa merana!  Sudahlah mendapat tamparan dan sepakan daripada puak penyokong kerajaan kerana keceluparannya sehingga Manoharan terpaksa menarik balik tulisannya dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.  Terkini beliau dibelasah teruk oleh orang pakatan sendiri.  Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan beliau dan golongan pelampau lain supaya fokus pada menukar kerajaan, bukan menukar bendera.  Kesian...kesian...Memang bengkak betul hati si Manoharan.  Sampai sekarang diam seribu bahasa.  Tak berani lagi keluar kenyataan.  Padan ngan muka dia. 

Ramai lagi golongan pembangkang yang cuba cari publisiti bangang gara-gara terkenalnya si Mat Sabu dengan kes heronya, Mat Indera.  Semuanya mencuba nasib.  Nak nya sekarang, waktu pencarian calon sesuai untuk pilihanraya yang katanya nak dibuat tak lama lagi.  Orang yang bercakap tak pakai otak, patutnya lempar tepi jer.  Suruh dia buat kerja bukak pasang poster lagi baik. Pada akak, Malaysia perlukan pembangkang yang bagus, pembangkang yang bila bersuara mencetuskan idea bernas, pembangkang yang bila bergambar, gambarnya penuh dengan rakyat yang memeluk dan mencium tangannya, bukan pembangkang yang gambarnya sedang beraksi dengan China Doll!!  Hehehe....Balik-balik kesitu jugak....Nak wat camana, dah namanya Ketua Pembangkang!  Hahahaha.



        

No comments:

Post a Comment