Monday, 1 August 2011

ANWAR: BAPAK SEGALA JANJI, BAPAK SEGALA LUBANG

Buat janji memang senang.  Cuma perlu air liur jer.  Berjanjilah apa aje.  Janji nak bagi bulan, bintang, mickey mouse, ultraman.  Itu janji akak pada anak akak biar dia suka.  Biar dia ketawa mengekek, biar dia cakap seribu kali 'I Love You, mama'.   Bila anak akak tanya soalan, bila nak tunai janji, akak mintak aje dia bersabar.  Akak akan cakap, sabar tu sebahagian dari iman.  Jadi anak akak akan senyap dan lama-lama akan lupalah dan akak akan janji lagi untuk bagi yang lain pulak.  Bukan susah manapun buat janji.  

Tapi masalahnya si Anwar ni ingat dia berjanji ngan bebudak ke apa?  Dari dulu lagi berjanji akan buat itu, akan buat ini.  Jumpa orang itu dia berjanji nak bagi ini, jumpa orang ini dia janji nak bagi itu.  Syaratnya semua orang kena usahakan untuk dia jadi PM.  Jumpa orang kampung dia duk gula-gulakan janji nak turun harga minyak, janji nak hapuskan tol, nak benteras rasuah, nak bagi itu, bagi ini.  Yang terbaru janji untuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat sebaliknya memberi permit individu kepada pemilik teksi.  Janji-janji Anwar ini disambut dengan teriakan 'Hidup Datuk Seri!' oleh sebilangan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor.


Alahai abang teksi, jangan duk percaya dengan Anwar bapak segala lubang tu.  Cer ingat balik janji dia nak tawan Putrajaya 16 September tu.  Dah tunai ker?  Buat penat undi pakatan jer bang.  

Nanti akakpun nak bertanding gak pada PRU13.  Abang teksi kena undi akak sebab kalau akak menang, akak akan bagi free teksi Perdana baru kat semua abang-abang teksi.  Akak akan sediakan pembantu teksi yang cantik untuk duduk kat sebelah abang teksi setiap kali abang memandu.  Amacam?  Boleh akak print gambar akak beserta logo kunci untuk abang teksi edarkan?????    Cer laungkan  'Hidup Akak Nilai!!!'. 


No comments:

Post a Comment