Tuesday, 23 August 2011

CHEGUBARD WAJIB MASUK SEKOLAH BALIK

Susah sangat ke nak faham bila Khairy Jamaluddin (KJ) bagitahu yang dia akan akur jika Presiden UMNO putuskan yang dia tak perlu bertanding jika dia bukan calon yang boleh menang?  Untuk lebih spesifik, ini kata-kata KJ yang dipetik dari Bernama Online:   "Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," 
 
Rasanya ayat tu mudah sangat.  Akak heran jugak bila Chegubard tak faham dan tetiba jadi prihatin dengan nasib KJ, seteru lamanya tu.  Tetiba pulak Chegubard kata ini budaya UMNO yang suka jadi pak turut, putih kata presiden, putihla, hitam kalu, hitamla.  (Tapi bila kena kat KJ memang sah la hitam.  Hehehe.)
 
Dengan penuh berkobar-kobarnya si Chegubard ni kata yang UMNO tak faham demokrasi.  Tak faham kehendak rakyat dan tak reti nak menghormati keputusan akar umbi.  BACA SINI
 
Yang sebenarnya Chegubard yang tak faham.  Chegubard yang patut masuk sekolah balik untuk belajar memahami ayat-ayat mudah.  Mari akak ajar Chegu ya....Bila Presiden UMNO kata yang si polan atau si polan itu tak boleh bertanding sebab bukan calon yang boleh menang, akak ulangi, bukan calon yang boleh menang, bermakna Presiden UMNO memahami demokrasi.  Presiden akur bahawa seorang yang tak boleh menang adalah orang yang tidak disukai oleh akar umbi, seorang yang ditolak oleh rakyat.  Menjadi Ketua Pemuda UMNO bukan satu lesen untuk jadi calon.  Mungkin pencapaian dulu membolehkan dia jadi Ketua.  Tapi sekarang atau akan datang, kehendak rakyat, kehendak akar umbi barangkali berbeza.  Presiden yang peka dan turun padang, dan tak tidur, pastinya dah tahu mana calon yang disukai atau mana yang boleh dinyahkan.  Faham Chegubard?  Tak mungkin Presiden UMNO tetap meletakkan KJ jika memang terbukti KJ tidak diterima di Rembau, atau di mana-mana dalam Malaysia ni.  Faham Chegubard?  Kalau tak paham jugak, nanti akak mintak anak akak ajarkan Chegu ye....
 
 
Nasihat akak, janganlah duk masuk campur urusan pilihan calon BN, cer tanya Pak Sheikh (lama tak dengar panggilan ni digunapakai untuk si peliwat tegar tu) sama ada nama Chegubard yang kalah dulu akan jadi calon ke tidak?  Ker PKR akan pilih anjing dari pilih Chegubard?  Cer gi tanya Chegu.... 

No comments:

Post a Comment