Thursday, 4 August 2011

CHUA SOI LEK MAIN LAGI....

Chua Soi Lek main isu lagi.  Walaupun begitu akak setuju dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengaku pembangkang bagus membuat promosi tetapi dari segi pelaksanaan, hampeh!  Baca di SINI. 

Walaupun buat sikit jer kebajikan, dia punya hebahan, macam ada gunung berapi kat Malaysia nak meletup.  Lim Guan Eng bagitahu dia cukup prihatin dengan orang susah dan kerajaan Pakatan telah membantu mereka.  Padahal bagi RM100.00 jer untuk orang miskin.  Itupun setahun sekali.  Kerajaan bagi RM300.00 sebulan kepada semua orang miskin dengan peruntukan RM440 juta setahun.  Jauh bezanya tu.  Tapi yang dapat nama baik si DAP sebab keprihatianan dia dicanang ke merata tempat.   Bab-bab promosi ni memang dia orang bagus.  Bab-bab menipu dan putar belit lagi bagus.Tetapi MCA tak pulak buat macamtu, kalau nak dibandingkan dengan DAP la.  Janganlah harapkan UMNO dan MIC aje nak lawan.

Tapi akak memang faham sangat.  Orang kalau jual ubat memang bising.  Kalau akak pergi pasar tani Ahad kat Salak Tinggi tu, dari parking kereta lagi dah dengar si tukang jual ubat duk promosi ubat kuat dia.  Memang ramai yang kerumun.  Samalah kesnya bila pembangkang bagi ceramah dengan nada berapi-rapi, memang ramai yang datang dengar, penuh dewan.  Lepastu masukla ke blog-blog pembangkang tentang ramainya yang datang ke ceramah si anu dan si anu.  Siap amik gambar lagi tu.  Punya nak kasi promosi betapa hebatnya dia orang.  Mungkin pada mulanya pembeli atau pendengar penjual ubat tadi terpengaruh.  Tapi lama-kelamaan orang akan tahu penipuan si penjual ubat.  Orang tak akan beli lagi walaupun orang akan tetap jugak kerumun si penjual ubat.  Depa kerumun sebab nak tengok apa lagi temberang si penjual ubat.  Itu aje. 

Cuma akak tak nafikan kepentingan promosi untuk menjual sesuatu.  Macam filem jugak.  Kadang-kadang filem tu hampeh dan tak menarik pun, tapi dia punya promosi hebat, ramailah yang datang menonton.  Macam TV3 jugak.  Dia cukup terkenal kerana mempromosikan produk dia terutamanya drama dia, sedangkan banyak lagi drama yang menarik dan terbaik sebenarnya ada di RTM.  

Jadi, BN kena perhebatkan lagi promosi.  Tidak cukuplah dengan menulis 'Sebuah lagi projek Barisan Nasional'.  Nanti si bangang pembangkang tu akan kata yang duit itu datangnya dari rakyat, jadi bukan projek BN tapi projek rakyat, dah memang tanggungjawab kerajaan yang memerintah.  Habis kalau si Lim Guan Eng tu bagi RM100 pada orang miskin, dia bagi guna duit sapa?  Bukan duit rakyat jugak ker?  Bukan tanggungjawab DAP yang memerintah ker?  Depa kena dibagi faham yang kalau PR memerintah, tak tentu lagi depa nak buat cemana BN buat projek untuk kebajikan rakyat.  Mungkin kalau depa memerintah, depa akan gunakan duit rakyat tadi buat lebih banyak rumah urut, lebih banyak rumah judi, lebih banyak kuil atau lebih banyak kelab gay...Mana tahu.  Kannnnn????

No comments:

Post a Comment